Ohara Matsuri Kembali Lagi di CITTA Mall

5:30:00 pm Yana Yani 0 Comments

Ohara Matsuri Kembali Lagi di CITTA Mall | Penah dengar Ohara Matsuri? Tak pernah? Tak apa, meh dok dekat sikit, YY kasi explain pada korang. Ohara Matsuri ni merupakan satu festival perarakan tarian yang diadakan di bandar Kagoshima, Jepun. Perarakan ini diadakan pada setiap minggu pertama November selama dua hari berturut-turut. Ia kebiasaannya disertai ribuan penari professional dari pelbagai latar belakang. Khabarnya, semua orang dekat bandar tu turut terlibat pada setiap kali perarakan. Dengar pun dah YY boleh bayangkan dia punya level happening tu.

Di atas sambutan menggalakkan yang diterima pada tahun lalu, CITTA Mall dengan berbesar hati, sekali lagi menganjurkan Ohara Matsuri 2.0. Acara ini akan bermula esok, 2 November sehingga 5 November 2017. Ada banyak aktiviti menarik yang korang boleh sertai tau! Korang kena teruskan pembacaan kalau nak tahu.

Ohara Matsuri Kembali Lagi di CITTA Mall
Ohara Matsuri 2.0
Ohara Matsuri Kembali Lagi di CITTA Mall
Add caption

Bermula esok, ada pelbagai aktviti menarik yang korang boleh sertai. Kalau tengok aturcara di atas yang disediakan oleh CITTA Mall, memang padat dengan pelbagai aktiviti. Tinggal korang rajin dengan tak aje nak sertai. Haha!

Antara yang menarik perhatian YY adalah Sushi Rolling Workshop dan Children Bento Making Workshop. Dah nama pun Mama kan, of course benda-benda camni menarik perhatian. Especially bab belajar buat sushi tu. Kalau di Jepun, sushi ni merupakan nasi bercuka yang digabungkan dengan pelbagai jenis bahan lain seperti, makanan laut, sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

Bento pula kalau mengikut kefahaman masyarakat kita, bekal makanan yang mengandungi makanan yang dihias cantik. At least itulah yang YY percaya selama ni. Haha! Tapi di Jepun, ia merupakan hidangan yang disediakan di dalam bekas makanan yang mengandungi hidangan makanan lengkap untuk sekali makan. So kalau nak belajar buat sushi dan bento, meh datang ke CITTA Mall!

Ohara Matsuri Kembali Lagi di CITTA Mall
Sushi Rolling Workshop

Bab mewarna ni, YY yakin semua kanak-kanak suka. Even anak-anak YY pun suka sangat mewarna. Dia punya suka sampai dinding rumah pun diorang boleh jadikan kanvas untuk mencurahkan idea seni diorang. Sabar ajelahkan. Anyway bersempena dengan Ohara Matsuri, CITTA Mall sangat berbesar hati menganjurkan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Pelbagai hadiah menarik turut disediakan untuk para pemenang. So kalau korang rasa nak anak-anak korang sertai pertandingan ni, boleh isi borang melalui pautan yang YY sediakan di bawah

https://goo.gl/forms/FXWJ2tgsogUDRKGw2

Ohara Matsuri Kembali Lagi di CITTA Mall
Ohara Colouring Contest

Yang ni paling best pada YY. Bukan selalu boleh tengok pertandingan cosplay kan? 5 November ni nanti korang boleh tengok Ohara Cosplay Competition di CITTA Mall. Kalau nak jadi peserta pun boleh dan sangat digalakkan. Yang menariknya, semua orang boleh sertai tak kira kerakyatan dan juga umur. Tapi, ada tapi ye. Kalau korang di bawah umur 18 tahun, perlu dapatkan pengesahan dari ibu bapa atau penjaga beserta dokumen yang berkaitan. Hadiah berupa wang tunai dan barangan tajaan akan diberikan buat para pemenang. Nak sertai? Isi borang di pautan di bawah ye.

https://goo.gl/forms/X5qocScOsPsh1SYC2

Ohara Matsuri Kembali Lagi di CITTA Mall
Cosplay Competition
Ohara Matsuri Kembali Lagi di CITTA Mall
Cosplay Walkabout

Memang banyak aktiviti menarik yang bakal menanti korang bersempena Ohara Matsuri di CITTA Mall. Nak senaraikan pun, boleh lenguh tangan wohh! Haha! Ada Spicy Ramen Challenge, Japanese Tradisional Dance Workshop, Japanese Fusion Dance Workshop, Japanese Yukata Photo Op, Japanese Themed Arts and Crafts, Mini Japanese Street dan banyak lagi! Korang kena datang ke CITTA Mall baru boleh tahu betapa happening Ohara Matsuri 2.0 kali ni.

Ohara Matsuri Kembali Lagi di CITTA Mall
Japanese Fusion Dance Workshop

Dah panjang YY membebel ni, pastikan korang datang ke CITTA Mall bermula esok sehingga 5 November 2017 untuk mengalami sendiri keunikkan festival Ohara Matsuri. Maklumat lanjut mengenai festival ini boleh korang layari di pautan di bawah.

Ohara Matsuri 2.0 by CITTA Mall

Apa lagi korang, moh ler kita ke CITTA Mall!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...