Enchanteur Stunning Memberi Aroma Keanggunan Yang Mempesona

7:04:00 am Yana Yani 6 Comments

Enchanteur Stunning Memberi Aroma Keanggunan Yang Mempesona | YY yakin semua pembaca blog Diari Seorang Mama mengetahui bahawa ENCHANTEUR adalah merupakan rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti yang diinspirasikan daripada keunggulan haruman Perancis. Malahan setiap wangian direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis dalam kehidupan seseorang wanita. Paling penting, haruman yang dihasilkan bersesuaian dengan peredaran masa dan dengan harga yang mampu milik.

Untuk makluman, ENCHANTEUR telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang memberi aroma keanggunan yang mempesona telah diperkenalkan iaitu, Stunning!

Enchanteur Stunning Memberi Aroma Keanggunan Yang Mempesona
Stunning merupakan rangkaian haruman baharu yang diperkenalkan Enchanteur

Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia.  Ia juga telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur dengan kelembutan Sandalwood. Sesiapa sahaja yang mencuba haruman Stunning pasti akan tertawan dengan aroma sensual yang wujud. Haruman ini pastinya mampu menyerlahkan penampilan dan personaliti seseorang wanita.

Seperti yang kita sedia maklum, wangian dan wanita tidak dapat dipisahkan. In fact, kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Minyak wangi dikatakan sebagai aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan sisi lain si pemakai dan sekaligus mencipta aura yang tiada tandingan.

You are never fully dressed without perfume - C.Joybell C
Enchanteur Stunning Memberi Aroma Keanggunan Yang Mempesona
YY suka betul dengan haruman Stunning ni. Highly recommend!

YY sangat beruntung kerana diberi peluang untuk mencuba sendiri rangkaian haruman Stunning. Yang pasti ENCHANTEUR memang tidak pernah gagal dalam mencipta rangkaian wangian yang sangat menguja dan mempesonakan. Untuk pengetahuan korang, selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit terasa lebih lembut dan menawan.

Dia punya feeling tu buat kita rasa kulit sehalus satin. Ditambah pula dengan haruman wangian segar sepanjang hari. Memang best sangat!

Enchanteur Stunning Memberi Aroma Keanggunan Yang Mempesona
Botol terbaru rangkaian Eau De Toilette

Sempena dengan pelancaran haruman Stunning, ENCHANTEUR juga telah melancarkan semula rangkaian Eau De Toilette dengan membaharui bentuk botol rangkaian Eau De Toilette. Ia berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita yang memakai gaun berlipat dengan potongan duyung. Manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalam setiap rangkaian wangian.

Penutup botol juga sangat unik kerana ianya berbentuk bunga mawar mekar dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Botol terbaru Eau De Toilette ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

Enchanteur Stunning Memberi Aroma Keanggunan Yang Mempesona
Antara rangkaian penjagaan peribadi di bawah wangian Stunning

Paling YY suka mengenai rangkaian wangian ENCHANTEUR ini adalah kerana harganya yang mampu milik. In fact, kesemua produk wangian serta produk penjagaan diri ENCHANTEUR boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi di seluruh negara.

Jom kita semak senarai harga rangkaian produk ENCHANTEUR. Eau De Toilette boleh dimiliki dengan harga runcit RM28.20 bagi setiap botol 50ml. Losyen pula boleh didapati dalam pelbagai saiz bermula dari harga RM5.40 sehingga RM17.60. Deodoran yang hadir dalam pelbagai bentuk dan format seperti stik, bebola dan juga semburan pula berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40. Manakala bedak boleh didapati dengan harga dari RM4.40 sehingga RM11.80.

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang yang YY senaraikan di bawah. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

6 comments:

  1. Assalamualaikum Wrmbth
    .
    Salam pagi isnin yang produktif :) Apa khabar sis

    Jenama enchanteur ni memang dah lama

    bau dia ok

    Maznee pun pernah pakai dulu

    ReplyDelete
  2. Cikla mmg suka bau dari echanteur ni. Tak kiralah bedak, perfume, deodorant. Semuanya wangi...

    ReplyDelete
  3. suka bau dia sedap.. klu dulu time sekolah paki ni jeee. tu pun jimat2.. nak beli mahal..time budak sek bukan ada duit sgt hahaa

    ReplyDelete
  4. Nina pun suka Enchanteur Stunning ni... Wangian mewah! Botol nya pun cantik

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...