SAFI Shayla Syampu Yang Sesuai Untuk Wanita Bertudung

3:28:00 pm Yana Yani 3 Comments

SAFI Shayla Syampu Yang Sesuai Untuk Wanita Bertudung | Perkataan rambut adalah mahkota bagi setiap wanita acapkali didengari sebagai menggambarkan bahawa rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada empunya diri. Oleh itu, penjagaan rambut yang rapi harus dititik beratkan bagi memastikan rambut kelihatan cantik dan menawan. Bagi wanita bertudung, penjagaan rambut perlu lebih diberi perhatian agar rambut sentiasa kekal sihat dan bermaya.

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla yang merupakan rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Terdapat lapan variasi yang diformulakan daripada Habbatus Sauda dan mempunyai 1001 kebaikan. SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.

SAFI Shayla Syampu Yang Sesuai Untuk Wanita Bertudung
SAFI Shayla Syampu Yang Sesuai Untuk Wanita Bertudung

"SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda. Kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.

Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk terus berdiri gah. Ini terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul tiga emas dan satu perak bagi kedua-dua anugerah tersebut.

Anugerah yang diterima ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu SAFI Shayla mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya

SAFI Shayla Syampu Yang Sesuai Untuk Wanita Bertudung
Terdapat pelbagai pilihan variasi mengikut citarasa dan kesuaian pengguna

Baca: SAFI Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat

Memahami keperluan wanita bertudung dan keadaan ekonomi semasa, SAFI Shayla memperkenalkan satu solusi penuh inovasi iaitu pek fleksi. Dengan keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Disebabkan itu SAFI Shayla memperkenalkan pek flesi.

“Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

SAFI Shayla Syampu Yang Sesuai Untuk Wanita Bertudung
Pelbagai pilihan pek mengikut citarasa pengguna

Sama dengan format asal, SAFI Shayla Pek Fleksi mempunyai lapan variasi dengan pelbagai fungsi seperti

1. Hitam Menawan: dihasilkan bagi menyerlahkan kilauan rambut hitam yang sihat dan lembut
2. Segar Bermaya: dicipta bagi membuatkan rambut kelihatan segar dan bermaya
3. Anti Kelemumur: dihasilkan bagi menghilangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala
4. Itch-Kontrol: dicipta bagi mengawal kulit kepala berkeruping dan menyamankan
5. Kawalan Minyak: dicipta bagi mengawal lebihan minyak serta menyamankan
6. Kawalan Rambut Gugur: dihasilkan bagi mengawalkan keguguran rambut akibat kerapuhan
7. Kawalan Rambut Rosak: dicipta bagi merawat dan mengawal rambut rosak dan kasar
8. Licin Terurus: dihasilkan bagi melembap dan melicinkan rambut

SAFI Shayla Syampu Yang Sesuai Untuk Wanita Bertudung
Perapi rambut SAFI Shayla

Korang nak tahu tak apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita bertudung? Jom tonton video di bawah


Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI Shayla, korang boleh layari

Facebook: 

Instagram: 

YouTube: 

Laman sesawang rasmi SAFI:

3 comments:

  1. Sy prefer head and shoulder atau cool jer...

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah try lagi ni safi shayla. wajib beli lepas ni. haha!

    ReplyDelete
  3. Syapun nak trylh. Mna tw brkesan bwt rmbut fugue.. 😊

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...