Lazada Malaysia Big Baby Fair

7:18:00 am Yana Yani 4 Comments

Lazada Malaysia Big Baby Fair | YY rasa semua ibubapa atau yang bakal menjadi ibubapa tahu yang sekarang Lazada sedang mengadakan kempen Big Baby Fair yang bermula dari 29 Mac sehingga 2 April ini. Diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan bayi dan kanak-kanak boleh dinikmati. Yang menariknya, ada banyak jenama terkemuka yang terlibat bersempena kempen Big Baby Fair kali ni. Antaranya Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi.

Walaupun dah tak ada anak kecil, kempen Big Baby Fair kali ni sangat menarik minat YY.

Lazada Malaysia Big Baby Fair
Jom layari Lazada Big Baby Fair dengan klik pada banner sekarang!

Apakah jenama kegemaran lampin pakai buang kegemaran?

Sebut pasal lampin pakai buang ni, memang hanya ada satu jenama yang menjadi kegemaran YY sejak dari kelahiran Afif. Huggies merupakan jenama kegemaran dan kepercayaan YY. In fact, sebab terlalu minat, YY pernah terlibat bersama Huggies mencipta Malaysia Book of Record! Untuk kempen Big Baby Fair kali ni, Huggies menawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi pakai buang keluaran mereka.

Kalau ada anak kecil, memang borong dah! Hehe!

Baca: Cabaran Mega HUGGIES: MALAYSIA Book of Records!

Lazada Malaysia Big Baby Fair
Huggies, jenama diaper kesukaan YY

Apakah jenama susu formula kegemaran?

Sebut pasal susu formula, YY secara jujurnya agak selective. Tapi YY suka susu formula Nestle Lactokid. Kenapa? Sebab ia mengandungi 13 vitamin dan mineral disamping DHA untuk menyokong perkembangan otak anak kita secara optimum dan membantu pertumbuhan fizikal mereka. Kali terakhir Aisyah minum susu, adalah susu jenama ni. So bila ternampak susu formula ni boleh dimiliki pada diskaun serendah 24% untuk kempen Lazada Big Baby Fair, memang buat YY rasa tertarik.

Memang no doubt susu formula ini menjadi kegemaran YY.

Lazada Malaysia Big Baby Fair
Nestle Lactokid, favorite susu formula YY


Apakah produk yang ingin dimiliki untuk anak-anak di Big Baby Fair?

Anak-anak YY sekarang dah besar. Walau dah besar, keinginan untuk membelikan mereka mainan memang sentiasa ada. Sindrom mak-mak, biasalah kan. Hehe! Tapi YY nak belikan mainan yang bersifat pembelajaran. Paling penting, dua orang boleh main serentak. Dalam dok juling mata cari mainan yang sesuai untuk kedua beradik tu, terjumpa 100-pcs Wooden Building Block City Simulation. Harga yang ditawarkan pun dalam kategori mampu milik. Paling buat YY confident nak beli adalah review yang diberikan oleh pembeli sebelum ni. Sangat mengujakan!

Tips yang diajar pada YY kalau nak beli barang di Lazada adalah perhatikan review dan juga shipping term. Korang pasti akan tersenyum lebar bila barang tu sampai di tangan kelak.

Lazada Malaysia Big Baby Fair
Klik imej untuk ke pautan mainan ini

Jangan lupa yang kempen ini sudah pun bermula sejak 29 Mac yang lalu dan akan berakhir pada 2 April 2017 nanti. Tunggu apa lagi, jom membeli belah di Lazada Big Baby Fair! Layari  http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/ sekarang!

4 comments:

  1. da shopping dah ni..hadoiii..rasa nak shopping banyak lagi

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  2. mmg gila2 lazada buat sale, terbuntang2 bijik mata..ahaha

    ReplyDelete
  3. wow....banyak sangat shopping online ..macam2 nak beli hihihihi

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...