Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite

11:40:00 pm Yana Yani 2 Comments

Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite | Ramai di antara kita tidak sedar sinaran infra-merah daripada matahari dan pendedahan secara langsung kepada benda berbahang akan menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan. Keadaan ini menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap. SAFI kini memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis kerana memahami impian gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna.

Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman,
Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin. Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit dua tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi. Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam
SAFI juga memperkenalkan Sarah Hildebrand yang merupakan pelakon, model serta pengacara program televisyen sebagai duta SAFI BALQIS OxyWhite.

Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite
Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite Kawalan Minyak dan Jerawat

Tambah Puan Mahsuri Sulaiman lagi,
Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna
Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja. Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple dan trendy, sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.

Jom berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:

Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite
SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka

Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak membersih jauh ke dalam liang pori agar kulit bebas kotoran dan sisa solekan. Ia juga mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoran yang terkumpul di dalam liang pori kulit. Ia mampu mengekalkan kelembapan selepas penggunaan. Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit.

SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka boleh dimiliki dengan harga RM7.30 untuk saiz pek 50g dan RM12.30 untuk saiz pek 100g.

Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite
SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar

Selepas membersih kulit wajah, liang pori akan terbuka. Ini akan menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan. Ia juga menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan dan pasti memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol.

Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite ini sangat affordable. Ia boleh dimiliki dengan harga RM10.90 untuk saiz pek 100ml.

Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite
SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel

Pelembap Gel SAFI BALQIS OxyWhite ini berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam. Ia juga bertindak mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah. Dengan vitamin B3, ia menyamaratakan tona kulit muka. Asid Hialuronik pula memberi lembapan mendalam dan berpanjangan. Gel ini mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.

Apay yang menarik, ia sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam. Pelembap Gel ini boleh dimiliki dengan harga RM14.90 untuk saiz pek 40g.

Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite

Kesemua rangkaian produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari

laman facebook SAFI, @SAFI.MY
laman Instagram SAFI, @safimalaysia dan
saluran Youtube SAFI, SAFImalaysia

2 comments:

  1. produk safi ni dah lama sejak dari zaman sekolah lagi, dulu2 masa sek takdak duit so paki la safi..hihii

    ReplyDelete
  2. Nina pun guna range SAFI BALQIS Oxywhite. Paling suka moisturising gel Safi Balqis Oxywhite ni... best! Sejukkk, ringan, tak melekit

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...