CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula
CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula | CARRIE JUNIOR bukanlah satu jenama asing bila menyebut rangkaian penjagaan diri kanak-kanak dan bayi. Jenama premium ini juga banyak membantu dalam merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan anak melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Malahan rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni turut membantu kanak-kanak mencetus imaginasi mereka di dalam bilik mandi.Apa yang menarik, CARRIE JUNIOR kini didatangkan dalam pek isian semula. Pengenalan ini merupakan suatu pilihan penjimatan kepada pengguna yang mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan disebabkan keadaan ekonomi semasa.
CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula |
Inovasi ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baharu yang akan meningkatkan penggunaan plastik sekaligus memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR pek isian semula, ibu bapa dapat berjimat, menyelamatkan alam sekitar dan menyediakan anak kesayangan dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.
Anak dara YY, si dak Aisyah tu suka sangat dengan CARRIE JUNIOR ni. Kalau sebut mandi aje, memang dia nak mandi dengan CARRIE JUNIOR. So bila CARRIE JUNIOR perkenalkan pek isian semula ni, YY adalah antara pengguna yang sangat senang hati. Lagipun pek isian semula memang mudah sangat nak guna disamping lebih murah.
Aisyah suka sangat dengan CARRIE JUNIOR |
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E. Ia merupakan kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Ia memberikan korang pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.
YY suka dengan wangian dia, wangi sangat! Ia juga bertindak membersih dengan lembut dan sangat sesuai untuk kegunaan harian.
CARRIE JUNIOR Baby Bath |
Lebih menarik, rangkaian CARRIE JUNIOR ini diiktiraf Halal tau.
Untuk CARRIE JUNIOR pek isian semula Baby Bath berisipadu 500g, ia boleh dimiliki pada harga RM8.90 untuk Semenanjung. Bagi Sabah dan Sarawak pula, ia boleh dibeli pada harga RM9.30. CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash pula terdapat dalam harga RM9.90 di Semenanjung dan RM10.40 bagi Sabah dan Sarawak.
![]() |
CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash |
Kesemua rangkaian CARRIE JUNIOR termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair and Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil mempunyai bau buah-buahan yang pastinya digemari kanak-kanak. Even YY sebagai orang dewasa juga sangat suka bau wangian buah-buahan berkenaan.
So jangan lupa dapatkan pek isian CARRIE JUNIOR di semua gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.
nanti dah tak payah beli yang botol..beli isian semula je..rasa dah berlambak botol carrie junior ni kat rumah..heheh
ReplyDelete~ Kisahsidairy~
Senang ada pek isian semula ni. Tak payah beli botol baru
ReplyDeletesuka carrier junior ni, bau dia wangi...
ReplyDeletenak satu bolehhh hahaa
berbaloi2
ReplyDelete