CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula

7:34:00 am Yana Yani 4 Comments

CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula | CARRIE JUNIOR bukanlah satu jenama asing bila menyebut rangkaian penjagaan diri kanak-kanak dan bayi. Jenama premium ini juga banyak membantu dalam merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan anak melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Malahan rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni turut membantu kanak-kanak mencetus imaginasi mereka di dalam bilik mandi.

Apa yang menarik, CARRIE JUNIOR kini didatangkan dalam pek isian semula. Pengenalan ini merupakan suatu pilihan penjimatan kepada pengguna yang mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan disebabkan keadaan ekonomi semasa.

CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula
CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula

Inovasi ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baharu yang akan meningkatkan penggunaan plastik sekaligus memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR pek isian semula, ibu bapa dapat berjimat, menyelamatkan alam sekitar dan menyediakan anak kesayangan dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.

Anak dara YY, si dak Aisyah tu suka sangat dengan CARRIE JUNIOR ni. Kalau sebut mandi aje, memang dia nak mandi dengan CARRIE JUNIOR. So bila CARRIE JUNIOR perkenalkan pek isian semula ni, YY adalah antara pengguna yang sangat senang hati. Lagipun pek isian semula memang mudah sangat nak guna disamping lebih murah.

CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula
Aisyah suka sangat dengan CARRIE JUNIOR

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E. Ia merupakan kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Ia memberikan korang pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.

YY suka dengan wangian dia, wangi sangat! Ia juga bertindak membersih dengan lembut dan sangat sesuai untuk kegunaan harian.

CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula
CARRIE JUNIOR Baby Bath

Lebih menarik, rangkaian CARRIE JUNIOR ini diiktiraf Halal tau.

Untuk CARRIE JUNIOR pek isian semula Baby Bath berisipadu 500g, ia boleh dimiliki pada harga RM8.90 untuk Semenanjung. Bagi Sabah dan Sarawak pula, ia boleh dibeli pada harga RM9.30. CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash pula terdapat dalam harga RM9.90 di Semenanjung dan RM10.40 bagi Sabah dan Sarawak.
CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula
CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash

Kesemua rangkaian CARRIE JUNIOR termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair and Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil mempunyai bau buah-buahan yang pastinya digemari kanak-kanak. Even YY sebagai orang dewasa juga sangat suka bau wangian buah-buahan berkenaan.

So jangan lupa dapatkan pek isian CARRIE JUNIOR di semua gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.

4 comments:

  1. nanti dah tak payah beli yang botol..beli isian semula je..rasa dah berlambak botol carrie junior ni kat rumah..heheh

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  2. Senang ada pek isian semula ni. Tak payah beli botol baru

    ReplyDelete
  3. suka carrier junior ni, bau dia wangi...
    nak satu bolehhh hahaa

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...