Segarkan Rambut Dengan Hajarose Hair Mist

7:19:00 am Yana Yani 14 Comments

Segarkan Rambut Dengan Hajarose Hair Mist | Rambut dikategorikan sebagai aset yang berharga terutama bagi kalangan wanita. Sehinggakan wujud istilah “Rambut Adalah Mahkota Wanita”. Istilah tersebut jelas menunjukkan rambut merupakan salah satu bahagian penting dari segi penampilan seseorang. Rambut yang indah dan terawat pastinya akan menambah daya tarikan seseorang. Tapi lagi cantik kalau kita sebagai wanita melindungi mahkota itu dengan pemakaian tudung yang sesuai.

Ustazah YY dulu pernah kata, "Wanita yang baik adalah wanita yang mampu menjaga keistimewaan yang dia miliki" So dekat sini kita boleh rumuskan bahawa seseorang wanita sekiranya ingin menjadi Muslim yang baik, harus mampu menjaga rambut yang digelar mahkota ini dengan dengan sebaik-baiknya. Tapi itu tidak bernakna kita tak boleh kelihatan cantik dan berasa segar walau bertudung.

Segarkan Rambut Dengan Hajarose Hair Mist
Hajarose Hair Mist mampu menyegarkan rambut

Sebab tu Hajarose Kuala Lumpur memperkenalkan hair mist yang berfungsi memberi kesegaran kepada rambut. Terdapat dua wangian bunga yang boleh dipilih iaitu melor dan juga teratai. Kalau tanya YY, YY suka wangian melor. Wangi sangat!

Cara pembuatan produk ni juga sangat teliti. Tau tak yang Hajarose hair mist ni dihasilkan di dalam facilities yang mempunyai pengiktirafan GMP (Good Manufacturing Practice) dan Halal! Ia jelas meletakkan penanda aras kepada pengguna bahawa produk ini adalah selamat dan sangat berkualiti. Ia juga mesra wuduk dan sesuai digunakan oleh lelaki mahupun wanita.

Segarkan Rambut Dengan Hajarose Hair Mist
Kredit imej http://bit.ly/2kTpe1J

Pihak Hajarose juga memberi jaminan bahawa mereka tidak menggunakan sebarang bahan dari haiwan atau melakukan ujian ke atas haiwan. Yang pasti tiada paraben.

Hair mist dari Hajarose ni juga bukan sekadar wangian rambut. Ia mengandungi vitamin B5 yang membantu menyuburkan rambut sekaligus mengurangkan masalah keguguran rambut. Hair mist ni juga mengandungi vitamin E yang membantu melembapkan rambut dari luar dan dalam. Keistimewaan ini yang pastinya menarik pelakon popular Mia Ahmad menjadi duta Hajarose.

Segarkan Rambut Dengan Hajarose Hair Mist
Imej kredit http://bit.ly/2kTpe1J

Cara pemakaian Hajarose hair mist ni pun senang aje. Hanya perlu semburkan di atas tapak tangan. Lepas tu tambahkan setitik essential oil kegemaran dan sapu di rambut. Cara ni bukan sahaja melembapkan rambut, ia juga membantu merangsangkan minyak semulajadi pada rambut untuk menambahkan kelembutan dan sinar rambut. Nak lagi senang, sembur aje terus ke rambut pada bila-bila masa.

Segarkan Rambut Dengan Hajarose Hair Mist
Imej kredit http://bit.ly/2kTpe1J

Harga untuk sebotol Hajarose hair mist yang berisipadu 50ml adalah RM39.90.

Pembelian boleh dibuat terus pada website rasmi Hajarose. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk yang sangat awesome ni, korang boleh klik mana-mana pautan di bawah atau hubungi terus nombor telefon yang YY sediakan.

Facebook: @hajarosekl
Instagram: @hajarosekl
Phone:  +6012 707 1725 (Pengasas, Puan Hajar)
atau +6011 3174 7371 (Shimah)

14 comments:

  1. senang je nak guna, smbur pun bolh ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sembur tu lagi mudah sebenarnya
      tapi yang pasti bau dia wangi sangat!

      Delete
  2. Tak pernah dengar Hajarose YY sebelum ni. Ohh kiranya ni mcm minyak wangi utk rambutlah ek.

    Berapa lama boleh tahan agaknya ni yek YY?... Kalau hakak tak sedo menyepray seminggu pun tak sampai hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, betul tu OKje
      minyak wangi tuk rambut. wangi tau
      ikut cara pemakaianlah kot
      saya ni ada banyak lagi walau dah dekat sebulan dok spray =)

      Delete
  3. Mesti wangikan... sebab ada haruman rose..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ros ni memang wangi
      kalau teratai tu tak tau, belum cuba

      Delete
  4. Sisi JM suka kalau jenis yg x berminyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun tak berminyak
      bau dia best tau JM

      Delete
  5. mesti rambut jadi lembut lepas guna

    jemput baca: Belajar Buat Blog

    ReplyDelete
  6. Menarik...! Boleh tinjau-tinjau lepas ni....

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...