Berangan Membeli 5 Barang di Lazada

7:01:00 am Yana Yani 13 Comments

Berangan Membeli 5 Barang di Lazada | Sebut aje Lazada, YY yakin semua mengenali peneraju utama e-commerce di rantau ini. Dengan ratusan ribu produk dari pelbagai kategori termasuk kecantikan dan kesihatan, peralatan rumah, fesyen, telefon, perkakas elektronik dan barangan rumah, Lazada adalah platform dalam talian yang harus untuk dituju bagi memenuhi keperluan membeli-belah manusia seperti YY.

YY dah banyak kali juga membeli belah di Lazada. Salah satu sebab suka ke Lazada adalah kerana ia mudah di akses walau di mana sahaja. Tak kiralah kita akses melalui komputer atau smart phone. Pengalaman yang sememangnya best ditambah dengan servis penghantaran yang sangat efficient. Mau tak ketagih!

Berangan Membeli 5 Barang di Lazada
Jualan di Lazada sempena Tahun Baru Cina

Hujung bulan ni biasalah, poket rabak tahap kronik. Walaupun menyedari keadaan poket, YY secara sengaja telah meneroka http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale/. Lepas tu rasa menyesallah pula! Nasib poket rabak! Idak memang tak jumpa jalan pulang! Disebabkan nak beli betul-betul tak boleh, so kita berangan ajelah. Tak salahkan berangan. Haha!

Kalau tetiba ada duit kedebuk jatuh kan, YY cadang nak beli lima barang berikut. Hak yang pertama sekali nak beli adalah HETCH UV Vacuum Cleaner. Ni memang dah lama nak beli tau. Membayangkan kesenangan tanpa perlu pening kepala dok ngadap wayar berselirat tiap kali nak vacuum kereta. Heaven weh!

Berangan Membeli 5 Barang di Lazada
HETCH UV Vacuum Cleaner

Barang kedua yang YY berangan nak beli adalah Philips Steam Generator Iron. Ramai bagi feedback kata menatang ni memudahkan kerja mengosok diorang. Biasanya kalau YY mengosok baju sekolah bebudak, makan masa berjam lamanya. YY baca review, semua kata tak sempat nak penat bila guna menatang ni. Tak taulah betul ke idak. Tapi sebab positif review gitu, buat YY pun nak juga berangan memiliki menatang ni.

Berangan Membeli 5 Barang di Lazada
Phillips Steam Generator Iron

YY biasa guna kamera Canon Power Shot A2500. Hampir semua gambar dalam blog ni adalah hasil dari kamera tu. Orang lain banyak dah upgrade ke kamera jenis DSLR. Tapi kalau YY dapat Sony Cyber-shot DSC W810 ni pun jadilah. YY tergoda dengan 20.1 megapixel yang dia ada berbanding yang YY ada sekarang hanya 16.0 megapixel. Pada pandangan si amatur ni, lagi tinggi megapixel, lagi cantik gambar bila print. Haha!

Berangan Membeli 5 Barang di Lazada
Sony Cyber-Shot

Jujurnya YY suka tetamu berkunjung ke rumah. Masalahnya YY punya ruang tamu agak kecil. Tiap kali kalau ada tetamu datang ke rumah, YY terpaksa ajak diorang makan di dapur sebab ruang tu lebih besar. Tapi meja makan yang YY ada sekarang kecil. Hanya muat empat orang sekali makan. Ni kalau dapat meja makan macam Cavenzi Yukada 1+6 Dining Set ni dah kira bahagia sangat dah weh!

Berangan Membeli 5 Barang di Lazada
Yavenzi Yukada Dining Set

Last but not least, YY berangan nak beli VIVA HOUZ - HARMONY Storage Ottoman sebab nampak macam kelasss gitu! Selain boleh digunakan sebagai storage, menatang yang keihatan exclusive ni pun boleh digunakan sebagai kerusi. Cantik juga kalau letak di ruang tamu YY. Siap dapat bantal percuma wokey! Untunglah kalau dapat beli ni weh!

Berangan Membeli 5 Barang di Lazada
Viva Houz Storage Ottoman

Semua imej dekat atas ni korang boleh klik. Nanti pautan tu akan bawa korang ke barang yang YY berangan nak beli. Manalah tau korang berkenaan juga. Haha!

Nampak tak bertapa bernafsunya isteri kepada MyChintaHati ni. Ni kalau ditambah semua harga ni, cecah RM2017 juga weh! Eh, cantik pula harga keseluruhan tu. Haha! Nasiblah korang terpaksa melayan entri merapu YY hari ni. Manalah tau kan. dengan entri merapu ni boleh dapat kedebuk RM2017. Siapa tahu rezeki kan. Haha!

Okaylah, YY kena berhenti. Kang lagi merapu YY merepek. Selamat bercuti kepada yang bercuti. Semoga berbahagia bersama dengan yang tersayang. YY pula, esok dah kena kembali berkerja. Sungguh malas diri ini bila memikirnya. Haha!

13 comments:

  1. mesti barang rumah tak kan terlepas dari wishlist tu kan...

    ReplyDelete
  2. wow banyak tuh... ottoman tuh kite minat gak lah

    ReplyDelete
  3. Kemas betul blog yana ni. 😊
    .
    Sedap maznee nak baca
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetiba sengih lebar plak sebab komen ni...haha

      Delete
  4. mmg berbaloi membeli time sale ni

    ReplyDelete
  5. Lazada!!! My feberet online shopping tu 😬

    ReplyDelete
  6. berangan dan jadi kenyataan lagi best, inshaAllah mana tahu ada rezeki nanti

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...