Star Wars Lego Di Sunway Pyramid

7:38:00 am Yana Yani 12 Comments

Star Wars Lego Di Sunway Pyramid | Kami sekeluarga jarang ke Sunway Pyramid walau jarak antara shopping mall ini dengan rumah kami tidak begitu jauh. Kali terakhir kami singgah adalah sebelum kehadiran Aisyah dalam hidup kami. Salah satu faktor penyebab kami kami jarang ke sini adalah kawasan tempat letak kereta yang agak terhad. Ketika cuti bersempena sambutan Hari Natal baru-baru ini, kami mengambil kesempatan untuk ke kompleks yang seni binanya diinspirasi dari Piramid di Mesir.

Ketika kami sampai ada event #GoRogueThisChristmas yang YY pasti bersempena dengan filem antologi Star Wars yang pertama, Rogue One: A Star Wars Story yang baru sahaja ditayangkan pada 16 Disember yang lalu.

Star Wars Lego Di Sunway Pyramid
Afif dan Aisyah bersama Darth Vader

Dalam banyak-banyak watak dalam siri Star Wars, anak-anak YY cukup suka dengan watak Darth Vader yang merupakan bekas Jedi Knight. Kerana pengaruh dark side, Anakin Skywalker telah berubah menjadi Darth Vader. Entah kenapa ciri jahat pada Darth Vader telah menarik minat anak-anak YY. Kalau sebut Star Wars, memang nama Darth Vader yang akan disebut dahulu berbanding watak lain.

Darth Vader ni sebenarnya pernah tersenarai sebagai penjahat ketiga terbaik dalam sejarah perfileman yang dikeluarkan oleh American Film Institute (AFI) dalam 100 Years... 100 Heroes and Villains selepas Dr. Hannibal Lecter (The Silence of the Lambs) dan Norman Bates (Psycho).

Star Wars Lego Di Sunway Pyramid
Stormtropper

Bagi yang mengikuti cerita trilogy Star Wars asal dimulai dengan Episode IV: A New Hope pada tahun 1977, kemudian Episode V: The Empire Strikes Back pada tahun 1980 sehingga Episode VI: Return of the Jedi pada tahun 1983 pasti mengetahui sejarah Darth Vader. Masa dalam Episode VI: Return of the Jedi, YY terasa agak sedih juga masa Darth Vader suruh anak dia, Luke remove topeng dia dan bagitau yang dia pernah menjadi orang baik sebelum dia mati.

Anyway Carrie Fisher yang merupakan pelakon yang melakonkan watak kembar Lucas, Princess Leia telah meninggal dunia pada 27 Disember 2016 yang lalu.

Star Wars Lego Di Sunway Pyramid
Princess Leia, Chewbacca dan Han Solo

Sejarah jujurnya, YY hanya mengikuti cerita Star Wars ketika filem prequel trilogy pertama dipertontonkan iaitu Episode I: The Phantom Menace pada tahun 1999.

Masa ni diorang bercerita pasal Anakin Skywalker masa dia kecil. Diikuti Episode II: Attack of the Clones pada 2002 dan Episode III: Revenge of the Sith pada 2005. Perubahan watak dari seorang hero yang bercinta dengan seorang puteri cantik kepada penjahat yang kejam memang sangat menarik dalam prequel trilogy ni. Itulah yang merupakan faktor penyebab YY reverse tengok trilogy asal selepas berakhirnya prequel trilogy semata-mata nak fahamkan jalan cerita.

Star Wars Lego Di Sunway Pyramid
Obi-Wan Kenobi, Luke Skywalker dan Yoda

Tapi lepas tu YY dah tak tengok dah cerita Star Wars. Sequel trilogy dia, Episode VII: The Force Awakens yang dikeluarkan pada tahun 2015, YY tak tengok pun lagi. Lagilah filem antologi yang baru dikeluarkan, Rogue One: A Star Wars Story, memang tak jugalah jawabnya. Alasan tak logik yang YY boleh berikan adalah screenwriter dia bukan lagi George Lucas. Tapi alasan yang paling meyakinkan adalah YY tak sempat nak tengok dan mungkin bahasa paling tepat dah malas nak follow.

Obviously YY bukan peminat tegar filem ni. Hehe! Tapi nampak gayanya anak-anak pula yang mula menunjukkan minat menonton cerita francais paling epik dalam sejarah Amerika ciptaan George Lucas ni. Lepas ni akan ada lagi filem Star Wars yang akan dikeluarkan setiap tahun sehingga 2020. Siapa yang minat tu, jangan lupa tengoklah ye.

Star Wars Lego Di Sunway Pyramid
Stormtropper dan Royal Guard
Star Wars Lego Di Sunway Pyramid
C-3PO dan R2-D2

Berbalik kepada cerita Star Wars Lego tadi, Afif adalah manusia paling teruja. Tak terkecuali Aisyah. Aisyah siap boleh mengajuk lagu tema Darth Vader sepanjang keberadaan kami di sana. Seronok betul dia bila dapat jumpa watak "villains" kegemaran. Hehe! Diorang memang sangat seronok hari tu.

Nak dijadikan cerita, sebab dah lama tak jejakkan kaki di Sunway Pyramid, kami sesat. Terpusing-pusinglah kami anak beranak dok cari jalan keluar. Boleh pula YY dan MyChintaHati lupa jalan kami mula masuk. YY harapkan dia ingat, dia pula harapkan YY. Memang mendapatlahkan. Masa dok terpusing-pusing tu, terasa besar pula Sunway Pyramid ni. Kaki sampai letih dok cari jalan keluar. Rasa macam dah tak larat nak heret kaki time tu. Bila teringat balik, terasa kelakar pun ye. Hehe!

Star Wars Lego Di Sunway Pyramid
Antara seni bina yang dihasilkan dari Lego berdasarkan cerita Star Wars

So begitulah cerita Star Wars Lego yang kami lihat secara live di Sunway Pyramid. Walau penat sebab sesat cari jalan pulang, kami tetap seronok hari tu. Entah bila kami akan sampai lagi di kompleks yang mula dibuka pada tahun 1997 ni. Mungkin jawapan paling sesuai adalah tidak dalam masa terdekat ni. Jiwa kami anak beranak tidak selesa di tempat yang kelihatan ekslusif ni (^_^)

P/S - Tak lama lagi kita semua akan buka buku baru. Semoga buku 2017 akan dipenuhi kebahagian dan kecerian buat semua pembaca Diari Seorang Mama. Selamat Tahun Baru!

12 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Peralatan Tulis Murah Di Mr. DIY

7:36:00 am Yana Yani 36 Comments

Peralatan Tulis Murah Di Mr. DIY | Cuti persekolahan kali ini begitu singkat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sedar tak sedar, sesi persekolahan 2017 akan bermula pada minggu depan. Kiranya minggu ini adalah minggu terakhir untuk buat sebarang persiapan akhir. Seperti ibubapa yang lain, YY dan MyChintaHati juga sibuk menguruskan kelengkapan persekolahan buat kedua anak kami. Tahun ni Afif dah berada di Tahun Tiga manakala Aisyah pula akan bersekolah di Taman Bimbingan Kanak-Kanak atau lebih dikenali sebagai Tabika.

Kos kelengkapan sesi 2017 tak begitu banyak berbanding sebelumnya. Obviously pengalaman banyak mengajar kami. Lagipun mana yang masih boleh dipakai, terus dipakai. Dekat situ kira dah banyak juga yang boleh dijimatkan. Cuma bab peralatan tulis yang nak tak nak terpaksa dibeli dalam kuantiti yang banyak. Dulu YY tak simpan sangat stok peralatan menulis. Tapi lepas dok perhati cara penggunaan Afif, maka penyimpanan stok peralatan tulis adalah wajar dilaksanakan. So misi mencari kedai yang menjual peralatan tulis murah pun dilaksanakan.

Peralatan Tulis Murah Di Mr. DIY
RM35 dah boleh beli macam-macam

Untuk misi mencari peralatan tulis murah ni, YY mulakan dengan buat perbandingan harga. Setiap kali singgah di mana-mana pasaraya, pastinya harga peralatan tulis akan dilihat. Perbandingan tu YY buat di tiga pasaraya yang berdekatan seperti Tesco, Giant dan Econsave. Paling affordable adalah di Econsave. Memang YY bercadang nak beli di situ sahaja. Tapi last minute YY singgah di Mr. DIY. YY dok fikir, kalau dekat situ mahal, memang akan beli di Econsave aje. Seriously tak sangka peralatan tulis di Mr. DIY lebih murah berbanding tiga pasaraya lain yang YY dah singgah.

Kalau korang menitik beratkan soal jenama sesuatu peralatan tulis, mungkin Mr. DIY tak sesuai. Di sini hampir kesemua peralatan tulisnya bukan dari jenama yang dikenali. YY sarankan kalau korang punyai anak berusia di bawah usia 12 tahun, jangan dipandang sangat soal jenama. Kanak-kanak pada usia ini belum begitu pandai menjaga barang. Kemungkinan untuk setiap barangan itu hilang adalah sangat tinggi walau nama mereka korang dah tulis di setiap inci peralatan tulis tersebut.

Peralatan Tulis Murah Di Mr. DIY
Koleksi pensil warna dalam simpanan
Peralatan Tulis Murah Di Mr. DIY
Pensil warna 24pcs ni murah di Mr. DIY

Untuk pensil warna, YY suka beli jenis yang panjang. Dulu YY beli jenis yang pendek sebab YY rasakan ianya lebih murah. Masalah dengan jenis ni, dia cepat jadi pendek tiap kali diasah. Masa Afif berada di Tahun Satu, boleh kata tiap bulan perlu beli pensil warna. Melihat kesukaran Afif yang terpaksa mewarna dengan pensil warna yang terlalu pendek, YY mula membeli pensil warna jenis panjang. Di Mr. DIY, pensil warna jenis panjang dan mempunyai 24pcs ni dijual pada harga RM5.90. Sangat murah bagi YY.

Tahu tak kelau jenama Faber-Castell yang ada 12pcs tu, korang tak akan dapat dengan harga yang sama di Tesco. Masa YY survey, harga dia RM6 lebih. Dekat Mr. DIY, pensil warna yang ada 12 pcs tu, korang boleh beli pada harga RM3.10.

Peralatan Tulis Murah Di Mr. DIY
Glue stick ni pun murah

YY sarankan kalau nak beli gam untuk anak-anak, belikan jenis yang stick macam gambar di atas. Kalau jenis liquid, cepat sangat habis.

Masa Afif di Tahun Satu dulu, hanya dalam tempoh dua minggu, tiga jenis gam liquid habis! Tak tahulah sama ada dia makan or memang dia guna. So based pada pengalaman tu, YY memang beli jenis stick ni. Tahan lama sikit. Tapi masalahnya, jenis ni mahal. Di tempat lain, ada yang mencecah sehingga RM6 hanya untuk dua botol sahaja. Di Mr, DIY, untuk sebungkus yang mengandungi tiga botol glue sticks ni, YY boleh beli pada harga RM1.70. Memang YY borong!

Peralatan Tulis Murah Di Mr. DIY
Pengasah pensil
Peralatan Tulis Murah Di Mr. DIY
Pengasah pensil beli sekadar perlu

Kalau peralatan tulis yang lain YY sarankan beli banyak, yang ni jangan. Based pada pengalaman YY sendiri, pengasah pensil mudah jadi tumpul. Beli sekadar perlu sahaja. Dari segi harga, YY rasa harga dia lebih kurang untuk mana-mana pasaraya. Tak lari jauh sangat. Ada juga pasaraya yang jual sehingga berbelas ringgit untuk satu bekas, tapi ada banyak pengasah pensil dalam tu. Di Mr. DIY, untuk empat pengasah pensil seperti gambar di atas dijual pada harga RM1.30.

Peralatan Tulis Murah Di Mr. DIY
Elok beli jenis pensil 2B

YY tak tahu budak lain macamana. Tapi anak bujang YY cukup suka mengasah pensil. So pensil memang perlu ada banyak di rumah YY. Dulu YY suka beli jenis pensil HB sebab rasakan ianya lebih murah dan YY tak nampak sebarang perbezaan. Tapi sebenarnya ianya sangat berbeza. Pensil jenis HB, singkatan bagi "Hard Black" ni agak light kalau kita menulis. Kalau jenis 2B pula, lebih darker. Sebab tu kalau exam bebudak digalakkan pakai pensil jenis 2B. Untuk jenis ni, harga dia adalah RM3.10 di Mr. DIY.

Peralatan Tulis Murah Di Mr. DIY
Peralatan penting yang perlu dibeli banyak

Dulu masa anak baru masuk Tahun Satu, YY rajin melabelkan semua peralatan tulis dia. Siap print, gunting, lepas tu tampal pada setiap peralatan tulis dia. Malangnya hilang juga! Lepas tu YY jadi malas nak melabel beria sangat. Label ke, tak label ke, sama aje keberangkalian untuk hilang. Sekarang YY hanya tulis guna marker pen yang jenis fine atau bullet tip. Tulis pun sekadar buat syarat aje. Hehe!

Okaylah korang, rasanya setakat ni aje bebelan YY untuk peralatan tulis murah ni. Bagi YY, Mr. DIY ni memang murahlah berbanding tempat lain. Terpulang pada kemampuan sendiri mengatur perbelanjaan. Yang penting, kita sebagai parent adalah manusia yang paling sibuk bila anak mula bersekolah nanti. All the best untuk semua parent yang bakal mengharungi kesibukkan sesi persekolahan 2017 (^_^)

Entri berkaitan
Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah
Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah
Tips Membeli Kelengkapan Persekolahan

36 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Mengenali Watak Ultraman - Part 2

6:42:00 am Yana Yani 10 Comments

Mengenali Watak Ultraman - Part 2 | Bagi yang tidak tahu, siri Ultraman mula diterbitkan pada tahun 1966 oleh studio Tsuburaya Productions. Watak dalam siri Ultraman dicipta oleh Eiji Tsuburaya pada tahun 1963. Beliau juga merupakan orang yang mencipta watak Godzilla. Walaupun selepas kematian beliau pada 25 Disember 1970, siri Ultraman terus hidup sebagai salah satu ciptaan beliau yang terulung.

Seperti sebelum ni, YY akan senaraikan lagi sepuluh watak dalam siri Ultraman untuk rujukan korang. Senarai yang YY sediakan ini adalah berdasarkan rujukan yang YY rasakan sahih. Kalau salah tu harap maaflah ye. YY bukan pro dengan watak Ultraman. Senarai ini YY sediakan sebab anak bujang YY sangat meminati Ultraman. At least dengan mengambil tahu watak hero pujaan dia, YY harap dia tahu betapa pentingnya dia dalam kehidupan YY.

So let's check out sepuluh watak Ultraman untuk hari ini

11) Father of Ultra - Juga dikenali sebagai Ken. Kemunculan pertama Father of Ultra adalah dalam siri ke 27 episod Ultraman Ace. Dia juga merupakan suami kepada Mother of Ultra dan bapak kepada Ultraman Ultraman Taro dan Ultraman Ace. Dalam banyak-banyak Ultraman, dia ni kira Ultra yang paling kuat sekali di Land of Light. Lagipun dia berpangkat Komander tau.

Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Father of Ultra

12) Mother of Ultra - Dikenali juga sebagai Marie, Mother of Ultra merupakan mak kepada Ultraman Taro. Dia pertama kali muncul dalam episod Ultraman Taro. Dia ni juga merupakan Ultra yang sangat penting sebab dia hebat dalam bidang medic.
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Mother of Ultra

13) Ultraman King - Dulu YY dengan penuh confident bagitau Afif yang dia ni atuk Ultraman. Dia ni sebenarnya Ultra yang paling tua dalam kelompok Ultra. Dia bukanlah raja di Land of Light walau nama dia seolah menggambarkan dia seorang raja. Dia lebih dianggap sebagai "Tuhan" dikalangan Ultra. Dia muncul buat pertama kali dalam episod ke 26 Ultraman Leo
Ultraman King

14) Ultra Yullian - Dia  merupakan seorang puteri di Land of Light. Dia ni kira macam kawan baik kepada Ultraman 80. Dia muncul buat pertama kali dalam episod 43 Ultraman 80 bagi memberi amaran kepada Ultraman 80 bahawa raksasa bernama King Galtan telah merancang untuk membunuh Ultaman 80. Yullian tak pernah terlibat dengan sebarang pertempuran. Mungkin sebab status dia sebagai seorang puteri.
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Ultraman Yulian

15) Ultraman Chuck - Ultraman Chuck merupakan ahli paling tua dan ketua dalam Ultra Force. Dia dan juga dua ahli lain dalam Ultra Force dikenali sebagai Ultraman "Mat Saleh" kerana ketiga-tiga watak tersebut diwujudkan oleh syarikat di Amerika. Dalam jisim manusia, Ultraman Chuck adalah seorang stunt pilot yang dikenali sebagai Chuck Gavin
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Ultraman Chuck

16) Ultraman Scott - Dia ni paling muda dalam Ultra Force. Macam paling handsome pun ye juga kan? Hehe! Dia buat kemunculan pertama bersama ahli lain dalam Ultra Force dalam siri Ultraman: The Adventure Begins
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Ultraman Scott

17) Ultrawoman Beth - Merupakan satu-satunya karakter Ultra berciri kewanitaan dalam pasukan Ultra Force. Diorang bertiga ni ditugaskan untuk memusnahkan raksasa yang dikenali sebagai Sorkin. Bukan stokin ye
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Ultrawoman Beth

18) Ultraman Great - Dalam siri Ultraman, Ultra yang ni merupakan Ultra pertama dibuat di luar Jepun dan yang pertama dibuat di Australia. Dia juga merupakan Ultraman pertama mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Rasa dia ada buat kelas tuition dak ye? Hehe!
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Ultraman Great

19) Ultraman Powered - Ultra yang ni merupakan Ultra kedua yang dibuat di luar Jepun. Dia punya jalan cerita sebiji macam Ultraman yang pertama sebab Ultra yang ni merupakan siri adaptation Amerika. Apa yang berbeza adalah setiap karakter raksasa dalam siri itu lebih realistik. In fact, Ultra yang ni lebih "seksi", siap berkumis kau! Jelingan mata yang tak boleh tahan tu. Hehe!
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Ultraman Powered

20) Ultraman Zearth - Watak Ultra yang ni merupakan watak parody Ultraman. MyChintaHati kata dia ni Ultraman berus gigi. Hehe! Dia berasal dari Land of Pikari, Nebula Z95. Dia ni jenis Ultra pembersih, tak suka benda kotor. Sanggup basuh tangan lepas dah berlawan. Dia punya matlamat adalah membersihkan bumi yang tercemar. Comel aje perangai Ultraman hak yang ni. Hehe!
Ultraman Zearth

So itulah dia senarai sepuluh watak Ultraman untuk kali ni. Rasanya tak sempat YY nak habiskan kesemua watak Ultraman dalam tahun 2016 yang hanya berbaki beberapa hari aje lagi ni. Kita sambung tahun depan ajelah ye. Insya ALLAH tahun depan YY tambah lagi sepuluh watak yang pernah wujud dalam siri Ultraman. Till then, Assalamualaikum!

Entri berkaitan:
Mengenali Watak Ultraman - Part 1
Mengenali Watak Ultraman - Part 3
Mengenali Watak Ultraman - Part 4

Sumber maklumat Ultraman: http://bit.ly/2iyRUjo
Sumber gambar Ultraman: http://bit.ly/2hQ0pTK

10 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung

3:46:00 pm Yana Yani 18 Comments

MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung | Pada 1 sehingga 11 Disember 2016 yang lalu, telah berlangsungnya Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show). Apa yang mengagumkan, MAHA 2016 telah mencatat sejarah kerana menerima 3.7 juta pengunjung! Jumlah itu melebihi sasaran awal penganjur dan merupakan jumlah pengunjung yang terbesar direkodkan sepanjang penganjurannya.

MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung
Imej kredit http://bit.ly/2hcyfEl

Sama seperti tahun sebelumnya, MAHA 2016 diadakan di MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang). Walau MAHA diadakan setiap dua tahun sekali, YY secara jujurnya belum pernah berpeluang ke MAHA. Selalu clashed dengan planning lain. Tapi terasa sangat impress bila baca MAHA 2016 telah dikategorikan sebagai paling berjaya. Bayangkan, 3.7 juta pengunjung dalam tempoh 11 hari pameran berlangsung. Punyalah dahsyat penangan MAHA 2016.

Even nilai jualan juga khabarnya memberangsangkan. RM380 juta kutipan dicatatkan tau. Berdasar jumlah kutipan pada 2014 sebanyak RM152 juta, penganjur hanya menyasarkan kutipan sebanyak RM200 juta untuk MAHA 2016. Sekali lebih kau!

MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung
Imej kredit http://bit.ly/2hcyfEl
MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung
Imej kredit http://bit.ly/2hVS5m8

Jumlah kutipan tu sudah cukup jelas mengambarkan betapa happening nya MAHA 2016. MAHA 2016 juga digambarkan sebagai yang terbesar dan paling kreatif kerana mampu menarik penyertaan daripada golongan muda. YY rasa program berkonsepkan agrotainment seperti 'Rhythm of the Farmers' yang julung kali diadakan adalah antara faktor yang menarik minat golongan muda.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada sidang media MAHA 2016 menyebut ia merupakan petanda baik kerana selari dengan matlamat kerajaan untuk mendapatkan penyertaan lebih 40 peratus golongan belia dalam sektor pertanian.

MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung
Imej kredit http://bit.ly/2hcyfEl
MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung
Imej kredit http://bit.ly/2hcyfEl

Selain persembahan beberapa artis terkenal, khabarnya antara tarikan lain di MAHA 2016 termasuk kemunculan maskot Upin Ipin di Kampung Durian Runtuh, maskot Transformer, persembahan produk dan pelancaran, teknologi dan inovasi pertanian, bazar agro, persembahan kebudayaan, masakan tradisional dan pertandingan memancing. Terasa rugi pula YY tak dapat masuk dalam statistik 3.7 juta tu. Hehe!

Pameran pertanian dan makanan terbesar dan paling lama di rantau ini dijangka akan kembali lagi pada tahun 2018. Hopefully, kalau panjang umur dan sihat tubuh badan, YY dan family dapat pergilah time tu.

MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung
Imej kredit http://bit.ly/2hcyfEl
MAHA 2016 Diserbu 3.7 Juta Pengunjung
Imej kredit http://bit.ly/2hcyfEl

Selain gambar-gambar yang YY kongsi di atas di mana jelas memaparkan suasana MAHA 2016 yang diserbu jutaan orang, terdapat juga time-lapse video untuk tontonan korang. Moh tonton dua video berdurasi pendek di bawah;



Apapun YY ucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur MAHA 2016. Semoga kejayaan pengajuran kali ini akan terus memberi semangat untuk memberikan impak yang serupa untuk tahun-tahun penganjuran akan datang.

Sumber: BH Online

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

10 Barangan Menarik Untuk Dibeli Di ezbuy

8:41:00 am Yana Yani 8 Comments

10 Barangan Menarik Untuk Dibeli Di ezbuy | ezbuy merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan membeli-belah dalam talian yang semakin meningkat popular sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 2010. Sehingga ke hari ini, ezbuy menyediakan perkhidmatan untuk membeli-belah pelbagai barangan dari China, Taiwan dan Amerika Syarikat dengan harga yang sangat berpatutan. Ramai kenalan YY mula menyebut mengenai ezbuy kerana barangan yang dijual di platform tersebut lebih murah berbanding platform lain.

Apa yang menarik mengenai ezbuy ni adalah ia memperkenalkan keahlian Prime. Dengan keahlian Prime ni, korang boleh membeli apa sahaja barangan tanpa mengira saiz bungkusan, berat dan kuantiti dari pelbagai negara, dan korang hanya perlu bayar harga kos penghantaran RM8.80. Jimat tau! Contoh korang beli barang yang berat dia dalam 31kg, kebiasaannya korang kena bayar kos penghantaran antarabangsa dalam RM341. Tapi dengan keahlian Prime, dengan yuran keahlian serendah RM188 setahun, korang hanya bayar RM8.80. Jimat kan?

10 Barangan Menarik Untuk Dibeli Di ezbuy
Antara promosi yang sedang berlangsung, 50% off

YY senaraikan sepuluh barangan yang pada YY sangat menarik untuk dibeli. Of course ke semua barangan tu YY mengutamakan anak-anak. Pada YY, merekalah sumber kegembiraan YY. Diorang happy, YY lagilah happy!

1) Huimei assembling plastic LEGO - Barang permaian ini dijual pada harga RM93.10 dan mengambil masa antara sembilan ke 17 hari untuk sampai ke tangan. YY terasa nak beli sebab Lego jenis besar begini sesuai sikit untuk Aisyah yang mudah tak sabar bila suruh susun Lego.

10 Barangan Menarik Untuk Dibeli Di ezbuy
Huimei assembling plastic LEGO

2) COGO robot boy puzzle LEGO - Mainan ini dijual pada harga RM82.76 dan mengambil masa anggaran antara 11 ke 19 hari untuk sampai ke tangan. Tapi apa yang menarik dari robot yang memang sesuai untuk jiwa anak bujang YY ni adalah ia boleh dipecahkan menjadi lapan model robot yang berbeza. Dari lapan tu pula, kalau disatukan, jadi macam robot di bawah ni. Menarikkan?

10 Barangan Menarik Untuk Dibeli Di ezbuy
COGO robot boy puzzle LEGO

3) Four wheel truck toy - Mainan jenis adalah antara mainan yang YY teringin nak belikan untuk anak-anak YY. Mainan ini dijual pada harga RM75.76, lebih murah dari mana-mana kedai yang YY pernah survey. Anggaran masa untuk barangan ini sampai ke tangan adalah 20 ke 30 hari.

10 Barangan Menarik Untuk Dibeli Di ezbuy
Four wheel truck toy

4) RC remote control car - YY tak pernah belikan mainan jenis ni untuk si bujang. Bersesuaian dengan usia dia, YY rasa mainan berbentuk remote control ni sesuai dengan dia. Mainan ini dijual pada harga RM60.69 dan mengambil masa antara 20 ke 30 hari untuk sampai.

10 Barangan Menarik Untuk Dibeli Di ezbuy
RC remote control car

5) Sandal fun beach shoe - Anak dara YY suka dengan apa sahaja barangan berwarna pink. So sandal ni, YY pasti menarik minat dia. Comelkan? Harga dia RM33.79 dan akan sampai ke tangan dalam anggaran masa antara 12 ke 20 hari.

10 Barangan Menarik Untuk Dibeli Di ezbuy
Sandal fun beach shoe

6) Genuine leather children's shoes - Yang jenis YY nak belikan untuk anak bujang YY sebab dia cukup suka sandal jenis gini. Anak-anak YY tak berapa suka pakai kasut, so kalau dapat sandal diorang dah seronok sangat. Harga untuk sandal camni adalah RM36.62. Anggaran masa untuk kita terima sandal ni adalah antara 12 ke 20 hari

10 Barangan Menarik Untuk Dibeli Di ezbuy
Genuine leather children's shoes

7) World map wall sticker - Yang ni YY dah lama plan nak letak dalam bilik anak bujang YY. Nak bagi dia rasa teruja nak explorer dunia. Dunia bukan setakat Malaysia aje, ada banyak negara lain yang dia boleh jelajah. Sticker dia pun besar tau dan dijual pada harga RM33.79. Anggaran masa untuk sampai adalah sekitar 12 ke 20 hari.

10 Barangan Menarik Untuk Dibeli Di ezbuy
World map wall sticker

8) Plastic storage boxes - Yang ni YY nak letak buku-buku budak ni. Kalau beli jenis rak, banyak makan ruang. So kita try beli jenis macam ni. Harga pun takdelah mahal sangat. Affordable. Storage jenis ni boleh dimiliki pada harga RM22.76 dan anggaran masa sampai ke tangan antara 20 ke 30 hari.

10 Barangan Menarik Untuk Dibeli Di ezbuy
Plastic storage boxes

9) Solid wood flower - Kalau tadi kita dah banyak beli untuk anak-anak, sekarang untuk Mama diorang plak. YY ni boleh dikategorikan hantu bunga. Mood down pun boleh jadi ceria kalau nampak bunga. Sebab tu hampir semua tempat YY dok letak bunga nak bagi mood ceria. So YY nak beli rak jenis gini untuk laman rumah YY yang tak berapa nak besar tu. Harga dia dalam RM68.97 dan anggaran sampai antara 20 ke 30 hari.

10 Barangan Menarik Untuk Dibeli Di ezbuy
Solid wood flower

10) Car vacuum cleaner wireless - Ini adalah barangan terakhir yang ada dalam senarai 10 yang YY rasakan menarik untuk dibeli di ezbuy. YY memang dah lama cari vacuum jenis wireless ni. Senang nak bersihkan kereta. Yang YY ada sekarang, jenuh nak pasang wire panjang-panjang. Harga yang ni pun lebih murah dari kedai biasa. Hanya laburkan RM68.97, dah boleh dapat vacuum jenis wireless ni. Anggaran masa untuk sampai adalah antara 10 ke 20 hari.

10 Barangan Menarik Untuk Dibeli Di ezbuy
Car vacuum cleaner wireless

Bayangkan ye kalau YY beli semua benda ni, dah lah semua barangan ni dari luar negara, kalau platform lain, rasanya beratus ringgit YY akan habis hanya untuk kos penghantaran. Tapi dengan keahlian Prime di ezbuy, YY hanya perlu bayar RM8.80! Jimat kan? Okay, mungkin korang rasa yuran keahlian sebanyak RM188 setahun tu agak mahal. Korang boleh cuba trial version untuk sebulan. Harga dia RM18.80 sahaja.

10 Barangan Menarik Untuk Dibeli Di ezbuy
PERCUMA RM15 voucher membeli belah

Lebih menarik lagi, kalau korang daftar sekarang, korang akan dapat FREE RM15 Shopping Voucher! Banyak tu RM15! Bukan senang-senang boleh dapat! Hehe! Kalau tak percaya, korang boleh layari laman web rasmi ezbuy untuk maklumat lanjut. Cuba survey sendiri sejauh mana barangan yang dijual lebih murah. Once dah tau, mesti korang terjebak nak beli lagi dan lagi dan lagi. Hehe!

Selamat membeli belah! (^_^)

8 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Mengenali Watak Ultraman - Part 1

3:21:00 pm Yana Yani 2 Comments

Mengenali Watak Ultraman - Part 1 | Boleh dikatakan hampir semua di antara kita mengenali Ultraman. YY sendiri membesar dengan siri Ultraman ini. Bezanya YY tidak fanatik macam anak bujang YY. Dia mengenali hampir kesemua watak Ultraman. Kalau korang tanya YY nama setiap Ultraman tu, YY akan cakap semua nama dia Ultraman. Berbeza dengan anak bujang YY yang tahu setiap nama Ultraman termasuk gaya mereka yang tersendiri.

So mulai hari ini YY akan senaraikan kesemua watak Ultraman untuk rujukan korang. Jenuh jugalah YY dok buat research pasal Ultraman. Tak sangka ada banyak watak Ultraman rupanya. Kalau tak silap ada lebih 40 watak Ultraman yang pernah muncul dalam siri Ultraman. So YY terpaksa publish blog entri ni ke beberapa bahagian. Untuk memastikan korang benar-benar kenali mereka, pastikan korang ikuti kesemua blog entri yang akan YY publish, sooner or later.

Bukan apa tau, at least in the near future, kalau anak-anak korang tanya nama sesuatu watak Ultraman, korang tak kelihatan blur sampai boleh dok dengar bunyi cengkerik berkrik-krik. Lepas ni dengan penuh keyakinan kita mampu memberi jawapan. Hehe! Untuk bahagian pertama ni, let's check it out sepuluh watak Ultraman yang pertama dalam siri Ultraman atau lebih dikenali sebagai Ultra Warrior.

1) Ultraman - Yang ni kalau korang kata nama dia Ultraman, memang betul sangat sebab nama dia pun memang Ultraman. Dia merupakan ahli pertama dalam Ultra Brothers.
Mengenali Watak Ultraman - Part 1
Ultraman

2) Ultraman Zoffy - Zoffy merupakan Ultra kedua yang "diturunkan" ke bumi. Dia juga adalah ahli kedua dan merupakan ketua dalam Ultra Brothers. First appearance dia adalah dalam siri Farewell, Ultraman.
Mengenali Watak Ultraman - Part 1
Ultraman Zoffy

3) Ultraseven - Lebih dikenali sebagi Seven dalam Ultra Brothers. Dia merupakan Ultra ketiga dalam Ultra Brothers. Dia juga adalah bapak kepada Ultraman Zero. Ultraseven adalah Ultra yang fizikal appearance dia berlainan berbanding Ultra Brothers yang lain especially part anak mata yang sangat ketara kelihatan.
Mengenali Watak Ultraman - Part 1
Ultraseven

4) Ultraman Jack - Muncul buat pertama kali dalam siri Return of Ultraman. Ultaman Jack merupakan Ultra keempat dalam Ultra Brother. Fizikal appearance dia hampir sama dengan Ultraman yang pertama. Hak yang beza adalah jalur merah yang kelihatan seperti "seluar kecik" dan knees pad.
Mengenali Watak Ultraman - Part 1
Ultraman Jack

5) Ultraman Ace - Ultraman Ace merupakan Ultra kelima dalam Ultra Brothers. Dia juga merupakan satu-satunya Ultra yang boleh menguasai dua badan manusia dalam satu masa. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.
Mengenali Watak Ultraman - Part 1
Ultraman Ace

6) Ultraman Taro - Ultraman Taro merupakan Ultra keenam dalam Ultra Brothers. Dia juga merupakan anak kepada Father of Ultra dan Mother of Ultra. Sekarang dia dah tukar profession jadi cikgu dekat Land of Light. Mengajar Ultra muda di sana macamana cara nak berlawan dengan musuh.
Mengenali Watak Ultraman - Part 1
Ultraman Taro

7) Ultraman Leo - Ultraman Leo merupakan Ultra yang bukan berasal dari Land of Light. Dia berasal dari Nebula L77. Selepas L77 musnah disebabkan raksasa bernama Alien Magna, dia berpindah ke bumi. Apabila raksasa yang sama cuba memusnahkan bumi, dia mula bertindak dengan bantuan Ultraseven. Dia buat kali pertama muncul dalam episod satu Ultraman Leo
Mengenali Watak Ultraman - Part 1
Ultraman Leo

8) Ultraman Astra - Merupakan adik kepada Ultraman Leo. Mereka berdua termasuk Ron yang merupakan raksasa peliharaan mereka adalah the only survivor setelah planet mereka musnah. Ultraman Astra sebenarnya telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Alien Magna dan kemudian diselamatkan oleh Ultraman King. Dia muncul buat pertama kali dalam episod 22 Ultraman Leo.
Mengenali Watak Ultraman - Part 1
Ultraman Astra

9) Ultraman 80 - Merupakan ahli kesembilan dalam Ultra Brother. Di bumi dia merupakan seorang guru bernama Takeshi Yamato yang mengajar di sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sakura-ga-Oka Middle School. Dikalangan warga Ultra, dia juga merupakan seorang guru di planet Nebula M78
Mengenali Watak Ultraman - Part 1
Ultraman 80

10) Ultraman Joneus - Dikenali juga sebagai Ultraman Joe. Berbeza dengan Ultra yang lain, dia berasal dari Planet U40 dan muncul buat pertama kali dalam siri The☆Ultraman
Ultraman Joneus

So itu dia sepuluh watak Ultraman yang mampu YY senaraikan untuk kali ni. Insya ALLAH akan ada lagi bahagian lain yang juga akan menyenaraikan lagi sepuluh watak Ultraman untuk rujukan korang semua. Lepas ni senang sikit nak berdiskusi dengan anak. Tidaklah nampak blur bila diorang tanya. Hehe!

Entri berkaitan:
Mengenali Watak Ultraman - Part 2
Mengenali Watak Ultraman - Part 3
Mengenali Watak Ultraman - Part 4

Sumber maklumat Ultraman: http://bit.ly/2iyRUjo
Sumber gambar Ultraman: http://bit.ly/2hQ0pTK

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...