Luahan Hati Seorang Pengasuh

12:05:00 pm Yana Yani 12 Comments

Luahan Hati Seorang Pengasuh | Pengasuh merupakan perkhidmatan yang sangat diperlukan dalam dunia hari ini. Disebabkan ramai parents yang bekerja, perkhidmatan pengasuh memang terpaksa digunakan. YY faham meninggalkan anak-anak dengan orang lain merupakan sesuatu yang agak sukar dilakukan. Ditambah pula cerita yang kurang enak yang didengari mengenai pengasuh khususnya yang melibatkan kematian dan kecederaan. Perasaan berat dan takut pasti membelenggu saat meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh.

Luahan Hati Seorang Pengasuh
Perkhidmatan pengasuh sangat diperlukan ketika ini

Mungkin tidak keterlaluan untuk YY katakan bahawa meninggalkan anak dengan orang lain sama ada dikenali atau tidak adalah satu pertaruhan yang sangat tinggi nilainya. Tapi sedarkah kita kes-kes yang melibatkan kematian atau kecederaan di bawah pengasuh adalah sangat jarang berlaku. Hanya kerana tindakan tidak berakal sesetengah pengasuh, tidak wajar untuk kita samakan bahawa semua pengasuh adalah sama. Pengasuh juga manusia, sama seperti kita yang punyai hati dan perasaan.

Cerita mengenai pengasuh yang sering dianiaya oleh parents dalam pelbagai aspek hampir tidak pernah kita dengari. Kalau kita dengar pun, kita tetap akan kata mereka yang salah. Yang sentiasa betul adalah kita sebagai parent yang menghantar anak-anak kepada pengasuh. Hari ini, YY nak perdengarkan luahan hati seorang pengasuh. Semoga beri manfaat buat kita semua.

Luahan Hati Seorang Pengasuh
Budak macam-macam perangai

Luahan Hati Seorang Pengasuh
Jangan berkira dengan pengasuh

Luahan Hati Seorang Pengasuh
Bukan senang jaga anak orang

Luahan Hati Seorang Pengasuh
Ambil berat perihal anak. Jangan harapkan pengasuh sepenuhnya

Luahan Hati Seorang Pengasuh
Tanggungjawab mendidik anak adalah parents, bukan pengasuh

Luahan Hati Seorang Pengasuh
Jangan berkira dengan pengasuh

Luahan Hati Seorang Pengasuh
Bukan semua pengasuh jahat

Screen shoot di atas adalah luahan pengasuh yang YY sangat kenali secara peribadi. Seorang wanita pertengahan 50-an. Berpengalaman puluhan tahun dalam perkhidmatan pengasuh. Adalah sangat wajar sebagai parent kita mengambil teguran yang diberikan secara berlapang dada. Ada benarnya apa yang diluahkan di atas. YY sendiri menjadi saksi. Memang ada parent kalau datang ambil anak selepas seharian bekerja akan dok belek anak, takut kena dera depan pengasuh.

Jujur YY katakan, sangat biadap apa yang dilakukan itu. Kalau ada rasa tidak percaya dengan pengasuh tersebut, carilah pengasuh lain. Jangan dilukakan hati pengasuh tersebut. Kadang apa yang terjadi pada anak kita ada kemungkinan disebabkan kelakuan kita sendiri. Kalau kita sememangnya elok melayan pengasuh, perkara yang tidak diingini masih terjadi, ianya ujian DIA. Pengasuh yang melakukan hal tidak elok itu memang hanya mengasuh disebabkan duit semata.

Tapi jangan menghukum semua pengasuh hanya disebabkan kelakuan segelintir pengasuh. Tidak adil hukuman sebegitu. Percayalah, ramai pengasuh yang baik dan mampu mengasuh anak kita dengan baik, wujud di luar sana. Mereka tidak wujud di mata media sahaja. Apa yang perlu kita sebagai parent lakukan adalah menghormati pengasuh sepertimana kita mahu diri kita diihormati. Insya ALLAH kebaikan yang kita lakukan akan dibalas dengan kebaikan. Selebihnya berserahlah pada DIA.

Don't condemn everyone for the actions of a few.

12 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Benarkah Agama Islam Mengajar Keganasan?

9:58:00 am Yana Yani 4 Comments

Benarkah Agama Islam Mengajar Keganasan? | Sewaktu bekerja di dalam kelompok yang majoritinya bukan Islam tak lama dulu, YY kerap diajukan soalan mengenai Islam. Dalam banyak-banyak soalan yang diajukan, ada satu soalan yang YY teringat sehingga ke hari ini. Ia mengenai bab jihad dalam ajaran Islam yang dikaitkan dengan keganasan. Adakah benar agama Islam mengajar keganasan?

Isu keganasan mula dikaitkan dengan Islam hanya beberapa tahun kebelakangan ini khususnya setelah peristiwa 11 September 2001. Kalau difikirkan secara logik, ajaran Islam berkembang sejak Nabi Muhammad SAW mula menerima wahyu. Ia terus berkembang sehingga ke seluruh alam serta pernah membina tamadun yang teragung. Kenapa hanya selepas peristiwa 9/11 kita mendengar kaitan Islam dengan keganasan?

Tidak keterlaluan untuk YY katakan ia adalah hasil didikan media antarabangsa. Media antarabangsa khususnya media Barat sering bersikap berat sebelah dalam menakrifkan keganasan. Ia menyebabkan komuniti bukan Islam melihat adanya kaitan antara Islam dan keganasan. Walau hakikatnya keganasan disebabkan sikap seseorang individu dan tidak mewakili mana-mana agama mahupun bangsa.

Benarkah Agama Islam Mengajar Keganasan?
Media merupakan kuasa besar di dunia

Media Barat berterusan melabel Islam sebagai pengganas hanya kerana tindakan beberapa kumpulan atau individu yang dikaitkan dengan Islam. Tapi label yang sama tidak diberikan kepada agama Kristian, Yahudi, Buddha mahupun Hindu sekiranya penganut agama-agama tersebut melakukan aktiviti jenayah. In fact kelakuan jenayah mereka mostly disokong sepenuhnya oleh pemerintah yang diiktiraf oleh mereka.

Lihat sahaja kekejaman yang dilakukan oleh tentera Myanmmar dan disokong sepenuhnya oleh parti pemerintah terhadap etnik Rohingya. Ironinya etnik Rohingya yang diperlakukan kejam dituduh pengganas, sedangkan tentera Myanmar yang mengebom dan menceroboh perkampungan mereka, merogol dan membunuh kaum keluarga mereka tidak termasuk dalam senarai pengganas.

Islam hanya menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di kalangan manusia. Sebab tu kita boleh tengok golongan minoriti bukan Islam dapat hidup aman di tengah-tengah masyarakat Islam di serata dunia. Contoh paling mudah adalah negara kita. Namun keadaan sebaliknya berlaku terhadap minoriti umat Islam di kebanyakan negara. Lihat nasib umat Islam di Myanmar, China, India, Thailand dan beberapa negara lain.

Berdasarkan rumusan di atas, adakah benar Islam mengajar keganasan?

Benarkah Agama Islam Mengajar Keganasan?
Kredit http://bit.ly/1Xn3I6B

Keganasan bukan tabiat orang Islam dan ia juga bukan ajaran Islam. Adalah tidak adil menyalahkan Islam hanya kerana tindakan segelintir orang Islam yang menyalahgunakan pengertian jihad. Benar bab jihad tercatat jelas dalam al-Quran dan al-sunah dan kita sebagai seorang Islam tidak boleh menafikannya. Namun kita boleh menjelaskan kepada dunia maksud jihad yang sebenar dalam Islam.

In fact Islam melarang menumpahkan darah manusia berlainan agama secara membabi buta kerana peraturan peperangan dalam Islam adalah sangat ketat.

Apa yang YY cuba sampaikan adalah kita semua menentang keganasan. Tiada sesiapa pun di dalam dunia ini yang bersetuju dengan keganasan. Menyalahkan seluruh komuniti hanya kerana sikap buruk seseorang dalam komuniti itu adalah salah sama sekali. Kejahatan yang wujud dalam diri individu itu adalah kerana sikap mereka sendiri. Ia tiada kaitan langsung dengan keturunan, bangsa dan apatah lagi agama.



Berhentilah menyemai benih kebencian sesama manusia. Lagipun sejarah telah membuktikan bahawa benih kebencian hanya menyebabkan kehancuran. Mulai hari ini, jika seseorang melakukan keburukan, kita hanya perlu benci diri dia seorang ataupun lebih tepat kelakuan dia yang buruk. Jangan kaitkan langsung dengan agama yang dia anuti kerana ia memang tiada kaitan.

Don't condemn everyone for the actions of a few. Your beliefs or religion don't make you a good or a bad person. Your actions do!

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein Travel

7:23:00 am Yana Yani 17 Comments

Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein Travel | YY dapat tahu mengenai GA melalui Instagram empunya blogger kaki travel, Jari Manis. Beliau adalah antara blogger yang pemurah pernah YY kenali. Lagipun YY dah lama tak join GA. So sebagai tanda sokongan, YY akan cuba penuhi jemputan GA mana-mana blogger yang memang YY "kenali" di alam maya ni. Lagipun nak bagi warm up sikit skill. Lama sangat terperap. Haha!

Jomlah join korang! Manalah tahu ada rezeki kan. Boleh kongsi dengan YY (^_^)

Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein Travel
Klik banner untuk menyertai


SYARAT - SYARAT PENYERTAAN :

1. WAJIB FOLLOW blog Jari Manis : Travel List dan Scdha Sein Photo And Travel. - Done -

2. BUAT dan PUBLISH satu entri bertajuk 'Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel'. - Done -

3. TAMPAL BANNER penyertaan dan backlink kepada entri INI sahaja. - Done -

4. TAG sekurang-kurangnya seorang rakan blogger atau lebih.
- Bab ni YY memang tak boleh fikir orang lain. Teringat Mummy Dearie aje! -

5. JANGAN LUPA tinggalkan tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entri INI sahaja. - Will be done -

6. Nota Penting : Pastikan follow syarat 1 -5. Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, penglibatan TERBATAL. - Done all the above -

INGAT!!!! Tempoh penyertaan dari "07 November 2016 hingga 07 Disember 2016 sahaja".

17 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Ruam Bayi Powder Tidak Pernah Menukar Label

7:45:00 am Yana Yani 19 Comments

Ruam Bayi Powder Tidak Pernah Menukar Label | Ruam Bayi Powder merupakan produk yang sangat dikenali kerana berkesan mengatasi pelbagai penyakit kulit seperti psoriasis, ekzema, ruam bayi dan lain-lain berkaitan dengan penyakit kulit. Kerana keberkesanannya, ia menarik kemunculan pelbagai produk tiruan yang cuba menandingi produk Ruam Bayi Powder yang asli. Pelbagai taktik digunakan bagi menarik pembeli Ruam Bayi Powder yang sedia ada.

Bagi mengaburi mata kasar pembeli, taktik yang digunakan oleh produk tiruan adalah mengatakan produk Ruam Bayi Powder telah menukar nama dan label. Ini adalah tidak benar sama sekali! Diulang sekali lagi, TIDAK BENAR! Produk Ruam Bayi Powder tidak pernah menukar nama mahupun label. Bagaimana korang beli sebelum ini, begitulah juga nama dan labelnya kini. Tiada sebarang perubahan. Ingat tau!

Ruam Bayi Powder Tidak Pernah Menukar Label
Ruam Bayi Powder tidak pernah menukar nama mahupun label

Apa yang menarik mengenai Ruam Bayi Powder sehingga menarik kemunculan produk tiruan? Bagus persoalan tu. Inilah yang YY akan cuba rungkaikan dan jawapannya adalah, of course sebab keberkesanannya!

Untuk makluman, produk Ruam Bayi Powder dihasilkan daripada 100 peratus tanah liat putih kaolin yang berkualiti tinggi dan yang terbaik di dunia. Ia mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit. Ia kemudian ditambah dengan air bertapis atau paling tepat tanpa klorin.

Baca Penawar Psoriasis, Ruam Bayi Dan Semua Jenis Penyakit Kulit

Bahan semulajadi yang digunakan itulah yang menyebabkan ianya sesuai digunakan untuk semua jenis masalah kulit. In fact produk Ruam Bayi Powder mempunyai permintaan tinggi sehingga ke negara Jepun, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Ruam Bayi Powder Tidak Pernah Menukar Label
Ruam Bayi Powder dihasilkan daripada 100 peratus tanah liat

Pandang bekas nampak kecil aje kan? Oops, don't judge the book by its cover! Kecil-kecil cili padi ni! Walaupun bekasnya kelihatan kecil, setiap bekas Ruam Bayi Powder ni tahan lama tau Kisah benar ni! Ia juga boleh ditambah dengan air bertapis atau air Zam-Zam sekiranya kering. Tapi jangan gunakan air paip tau! Nanti hilang kemujaraban produk Ruam Bayi Powder ni.

Yang bestnya pasal Ruam Bayi Powder ini adalah ianya cepat meresap pada kulit dan terasa sejuk ketika kita mula menggunakannya. Anak dara YY, si dak Aisyah tu ada mild ekzema. So YY pun cuba gunakan pada dia. Aisyah cakap, “Sejuklah Mama. Sonok!”

Baca Penyembuh Bagi Sakit Kulit Biasa dan Kronik

Ruam Bayi Powder Tidak Pernah Menukar Label
Dak Aisyah suka guna Ruam Bayi Powder. Sejuk katanya

Cara penggunaan pun mudah sahaja. Korang hanya perlu sapukan Ruam Bayi Powder di bahagian yang bermasalah. Sapukan pada waktu pagi selepas mandi dan waktu malam sebelum tidur. YY dimaklumkan yang sapuan pada waktu malam lebih berkesan sebab masa tidur kita kurang bergerak. Tapi kita juga boleh sapu atau gunakan seberapa banyak kali dalam sehari untuk mendapatkan kesan maksima. Takde masalah.

Kalau apa yang YY huraikan ni kurang meyakinkan, korang boleh baca TESTIMONI pengguna lain yang telah melalui sendiri pengalaman menggunakan produk Ruam Bayi Powder yang asli. Ingat ye, bagi memastikan keberkesanan, pastikan korang membeli produk Ruam Bayi Powder yang asli.

Ruam Bayi Powder Tidak Pernah Menukar Label
Pastikan beli produk Ruam Bayi Powder yang asli

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk Ruam Bayi Powder yang asli atau ingin membeli, korang boleh klik pautan atau hubungi terus nombor yang YY sertakan di bawah. Ingat ye, pastikan korang memiliki produk yang asli untuk mendapat keberkesanan Ruam Bayi Powder

Nombor telefon :
Encik Hafis +6013-480 6787 (Bahagian Pemasaran)
Puan Nurul  +6017-623 9935 (Produk Owner)

Facebook :

19 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Impian Menjadi Kenyataan

8:38:00 am Yana Yani 22 Comments

Impian Menjadi Kenyataan | Adalah normal untuk seseorang manusia untuk mengimpikan sesuatu dalam kehidupan. Impian biasanya dipengaruhi oleh faktor persekitaran ataupun gaya hidup. Dengan mengimpikan sesuatu, ia boleh menjadi satu bentuk hiburan kepada seseorang yang mungkin sedang berdukacita. Malahan ia juga mampu menjadi pembakar semangat untuk seseorang terus berusaha. Sebab itu tidak mustahil untuk impian menjadi kenyataan.

Itulah yang YY lalui. Mengimpikan seorang suami dan anak-anak. Alhamdulillah semua itu sudah pun menjadi kenyataan. YY bahagia dengan kehidupan sekarang. Tapi manusia tak pernah puas. Bila impian yang sebelum tu telah tercapai, akan muncul impian lain. Ianya tidak akan pernah berkesudahan. Bila mempunyai anak, YY mengimpikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran.

Impian Menjadi Kenyataan
Tak pernah menyangka ianya akan menjadi kenyataan

Tapi YY lupa bahawa anak juga hanya manusia biasa. Memori menyaksikan Afif duduk sambil bersandar di dinding dengan mengetuk kepala berulang kali sambil mengucapkan, "Afif bodoh" masih lagi berligar sehingga ke hari ini. Seolah wayang tanpa bunyi, imej tu sering berputar difikiran YY. Sungguh YY rasa sangat menyesal memberikan dia tekanan yang mungkin YY sendiri tidak sedari. Apalah seorang kanak-kanak berusia lima tahun tahu ketika itu.

Dari seorang kanak-kanak yang mempunyai cita-cita unik, ianya jatuh menjunam. Dia yang pernah bercita-cita untuk menjadi seorang archeology bertukar cita-cita dengan mendadak. Bila ditanya apakah cita-cita dia, dia akan menjawab nak jadi pekerja kilang. Bila kita tanyakan kenapa, dia akan jawab, "Sebab Afif tak pandai"

Hancur hati YY melihat semangat anak sendiri jatuh disebabkan kejahilan YY sendiri. Bertitik tolak dari situ, YY mengubah cara didikan YY. YY yakin masih belum terlambat untuk YY mengubah Afif dan diri YY sendiri. Di rumah YY tak pernah lagi menyentuh bab pelajaran. Hanya apabila dia ada homework, baru YY akan menyentuh bab pelajaran. Even sebelum exam, Afif tak pernah buat sebarang ulangkaji. Apa yang dia belajar di sekolah, itulah yang akan diterjemahkan pada kertas jawapan.

Impian Menjadi Kenyataan
Moment paling berharga

YY lebih tekankan apa yang dia minat. Afif sangat meminati seni kreatif. Maka YY belikan lebih banyak kertas lukisan dan apa sahaja yang berkaitan. Dia lebih "hidup" bila buat apa yang dia minat. Bertambah "hidup" sekiranya dalam aktiviti seni tu YY terlibat sama. Sekarang dia cukup gemar melukis komik. Melihat bagaimana dia mengubah plot cerita cukup mengagumkan YY. YY akan terus bimbing dia dalam bidang ini sekiranya memang itu yang dia inginkan.

Even kerja di rumah dia juga mampu uruskan seperti menggunakan mesin basuh. Dia dah tahu nak buat. Kebanyakkan kerja di rumah ini dia boleh lakukan termasuk mencuci tandas. YY tak pernah larang dia menolong buat kerja rumah. YY juga cuba membentuk cara dia berinteraksi dan menghormati persekitaran sama ada dengan manusia atau hidupan lain. Pernah YY terdengar dia memarahi adik dia yang memukul semut, "Adik! Kan Mama kata jangan bunuh binatang kalau dia tak kacau kita. Berdosa!"

Impian Menjadi Kenyataan
Senyuman bangga seorang Papa

YY akhirnya berjaya mendidik diri YY sendiri untuk tidak memfokuskan sangat hal berkaitan akademik. Apa yang penting hal berkaitan sahsiah dan rohani. Teringat arwah Nenek yang selalu pesan, "Biar bodoh, jangan rosak akhlak"

Tapi yang memeranjatkan, makin tak disentuh hal berkaitan akademik, makin meningkat prestasi Afif. Ustazah di Sekolah Agama cukup sayang pada dia kerana dia mempunyai harapan yang tinggi terutama dalam bab hafazan. Malahan Ustazah tersebut yang terlebih kecewa apabila Afif gagal menepati sasaran dia. Nak tergelak YY bila teringat reaksi Ustazah tersebut ketika Hari Terbuka baru-baru ni.

Sekarang Afif dah mula berkeyakinan. Kalau tanya apa cita-cita dia sekarang, dia akan jawab dia nak jadi askar atau pilot. Dia dah mula bercita-cita nak beli motor besar. Nak beli rumah besar. Nak ada isteri cantik dan anak comel. Hehe!

Impian Menjadi Kenyataan
Anugerah ini yang buat YY sangat bangga pada Afif

Anyway, impian YY untuk menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan tercapai baru-baru ni. Bukan untuk bidang akademik tapi ia tetap membanggakan YY. Anugerah Tokoh Sahsiah yang diterima Afif baru-baru ini sudah mampu membuat YY tersenyum bangga. Ajaran YY selama ini Afif telah terjemahkan dengan baik sekali. Pujian yang diberikan oleh guru-guru mengenai perwatakan Afif sudah cukup untuk buat YY terasa di awang-awangan. Impian YY telah pun menjadi kenyataan. Terima kasih ALLAH.

Buat Afif bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran dia pada hari ini, Mama nak Afif tahu bahawa Mama sangat bangga dengan Afif. Terima kasih kerana membanggakan Mama. Teruskan menjadi orang "baik". Ingat tak Mama selalu pesan, kalau kita baik dengan semua orang, dengan pokok, dengan haiwan, ALLAH akan "baik" juga dengan kita. Apa sekalipun Mama tetap sayang Abang dan Adik dunia dan akhirat. SELAMAT HARI LAHIR sayang. Terima kasih kerana hadir dalam hidup Mama (^_^)

22 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

ENCHANTEUR PARIS, Wangian Memukau dan Berkekalan

7:19:00 am Yana Yani 16 Comments

ENCHANTEUR PARIS, Wangian Memukau dan Berkekalan | Bila menyebut ENCHANTEUR PARIS, kita pasti teringat seleksi wangian yang memukau. Ia merupakan antara faktor YY masih kekal menggunakan ENCHANTEUR PARIS sehingga ke hari ini. Bagi yang tidak mengetui, ENCHANTEUR PARIS merupakan jenama terkenal dengan rangkaian wangian mewah dan produk penjagaan peribadi inspirasi Perancis. Seleksi wangian mewah ini memberikan setiap wanita merasai kesegaran tubuh badan yang menyeluruh sepanjang hari.

Keadaan iklim negara kita yang panas dan lembab membuatkan kebanyakkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit sepanjang hari. Untuk menyerlahkan lagi pesona diri korang, ENCHANTEUR PARIS memeperkenalkan rangkaian wangian penjagaan badan yang merangkumi losyen atau serum badan, deodoran bebola serta semburan pewangi badan.

ENCHANTEUR PARIS, Wangian Memukau dan Berkekalan
Seleksi wangian memukau ENCHANTEUR PARIS

Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didadapti di dalam tiga (3) variasi wangian yang memukau. Ia terdiri daripada :

ENCHANTEUR PARIS Mon Amie

Ia diinspirasikan dari keceriaan saat-saat indah persahabatan. Amat sesuai digunakan ketika melakukan aktiviti santai bersama rakan-rakan. Seleksi ini mempunyai Losyen Wangian Formulasi Ringan dan Segar (Light and Fresh Parfum Lotion) dan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum) yang diperkaya dengan ultra hyaluronic dan minyak zaitun.

Gunakan Deodoran Wangian Anti-Peluh Mencerah dan Menyegar (Whitening and Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) untuk menyerlahkan lagi wangian ceria dan memastikan kesegaran sepanjang hari. YY suka haruman segar ENCHANTEUR PARIS Mon Amie, ia membangkitkan mood ceria sepanjang hari.

ENCHANTEUR PARIS, Wangian Memukau dan Berkekalan
YY suka haruman losyen ENCHANTEUR PARIS Belle Amour

ENCHANTEUR PARIS Belle Amour

Diinpirasikan bagi menggambarkan bibit cinta dan asmara yang berkembang mekar. Rangkaian ini pasti menjadikan anda lebih disayangi si dia. Rangkaian ini mempunyai Losyen Wangian Pencerah untuk tiga kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang. YY suka sangat dengan haruman losyen ENCHANTEUR PARIS Belle Amour ni. Cepat meresap dan tak melekit tau!

Untuk pencerahan tona kulit bawah lengan pula boleh gunakan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant). Bagi mengekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan pula, gunakan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.

ENCHANTEUR PARIS, Wangian Memukau dan Berkekalan
Haruman ENCHANTEUR PARIS memukau dna berkekalan

ENCHANTEUR PARIS Adore

Merupakan kombinasi wangian dari bunga-bungaan dan buah-buahan. Kombinasi ini membangkitkan keajaiban nostalgia indah dengan wangian yang kekal berpanjangan. Rangkaian ini mengandungi Losyen Wangian Badan dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) bagi memastikan kulit sentiasa dilindungi dengan wangian kekal dan pasti tidak dapat dilupakan.

Ia juga menganduingi Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah dan Menyenangkan (Whitening and Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) bagi memelihara bawah lengan dengan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan. Bagi YY , haruman ENCHANTEUR PARIS Adore memang sangat memukau.

ENCHANTEUR PARIS, Wangian Memukau dan Berkekalan
Seleksi wangian memukau dan berkekalan daripada ENCHANTEUR PARIS

ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Wangian ENCHANTEUR juga direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita

Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati di dalam bentuk tiub dengan harga RM 7.50 bagi 85ml dan RM 7.90 bagi 100ml. Bagi jenis botol pula, ia dijual pada harga RM16.95 untuk 275ml dan RM18.00 bagi 300ml. Untuk Deodoran Wangian Anti-Peluh ENCHANTEUR PARIS, ia dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. Bgai Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS pula, ia dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol.

Menarik bukan? Sebab tu YY sangat sarankan korang memiliki rangkaian produk ENCHANTEUR PARIS terutama bagi yang belum memiliki. Percayalah, dengan harga yang sangat affordable, korang dah boleh miliki rangkaian wangian mewah dengan haruman berkekalan sepanjang hari! Cubalah!

Kesemua rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS boleh didapati di semua rangkaian pasaraya-pasaraya besar dan farmasi terkemuka. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR PARIS, korang boleh rujuk pautan berikut :

16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Birthday Giveaway by KasihkuAmani

6:59:00 am Yana Yani 13 Comments

Birthday Giveaway by KasihkuAmani | Blogger Sha ni adalah antara blogger yang kerap berkunjung ke blog YY. Dia tak jemput YY join GA ni. Tapi YY buat muka tak malu join. Boleh tak gitu? Lagipun cam best hadiah dia nak bagi. Novel seram okay! Dah lah lately ni YY dah mula terjebak dengan creepypasta. Creepypasta ni merujuk pada cerita seram atau lagenda yang di copy paste dari pelbagai negara di seluruh dunia.

Creepypastas are horror-related legends or images that have been copy-and-pasted around the Internet. These Internet entries are often brief, user generated ghost or alien stories intended to scare readers. They include gruesome tales of murder, suicide, and otherworldly occurrences.

Antara sebab blog dok bersawang sebab YY melekat dekat Wattpad. Gila dok baca cerita jenis creepypasta ni. Syok pula baca cerita horror. Haha! Eh dah cukup! Jauh dah melalut YY ni. Haha! Jomlah sama-sama memeriahkan GA anjuran blogger Sha ni ye. Manalah tahu ada rezeki. Boleh menang novel kan (^_^)

Birthday Giveaway by KasihkuAmani
Klik banner untuk menyertai

Syarat Penyertaan:

1. Mestilah blogger di Malaysia. - Confirm Malaysian -

2. Sila follow blog KasihkuAmani. - Done -

3. Buat satu entry dengan menggunakan tajuk Birthday Giveaway by KasihkuAmani. - Done -

4. Letakkan banner pada entry. - Done -

5. Banner hendaklah dibacklink ke SINI. - Done -

6. Link penyertaan/URL blog hendaklah ditinggalkan di kotak komen INI sahaja. - Will be done -

7. Pemenang akan dicabut oleh Sha dan juga Suami. - Noted -

Hadiah Untuk Pemenang Sebuah Novel X 4 orang pemenang
(Hadiah akan ditambah bergantung pada penyertaan)
Update : SENARAI HADIAH

Tarikh Giveaway : 01 Oktober 2016 hingga 30 November 2016
Pengumuman Pemenang : 01 Disember 2016
Tempoh Menuntut Hadiah : 01 Disember 2016 hingga 7 Disember 2016

13 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Happy Anniversary Hainom OKje!

7:06:00 am Yana Yani 16 Comments

Happy Anniversary Hainom OKje! | YY dah agak lama tak menyertai sebarang GA di blog. Kalau di Facebook tu agak aktif juga. Senang sikit syarat dia kalau compare dengan blog. Lagipun YY ni terkena penyakit M hari tu. Teruk jugalah serangan penyakit M kali ni. Ni kira dah sihatlah, tu yang muncul kembali setelah beberapa ketika.

Bila dah muncul tu, dapat tahu pula my sweet and lovely Hainom OKje (ayat bodek) buat GA sempena ulang tahun perkahwinan dia yang ke 21.

Hadiah yang ditawarkan pun sangat attractive. RM50 cash okay! Banyak tu weh! Lepas beli dua botol minyak masak! Duit punya pasal, terus “hidup” YY dibuatnya. Haha! Terus bersemangat memerah segala idea. Malulah kalau wartawan Utusan (gelaran Hainom OKje bagi pada YY) tak berjaya dalam GA ni.

Happy Anniversary Hainom OKje!
Happy 21st Wedding Anniversary Hainom OKje!

Tapi tulah, nak buat karangan ni letih otak! Padanlah muka kan. Siapa suruh lama sangat bertapa. Kan dah tepu otak jadinya. Nak cairkan balik segala idea yang tepu tu dah satu hal. Tapi takpe! Demimu Hainom OKje (sebenarnya demi RM50) ku gagahkan jua! Haha!

Anyway, hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan Hainom OKje yang ke 21. Tak sangka dah dua dekad dia dan suami melayari alam rumahtangga. Muka nampak cam muda remaja lagi aje. Kalau dia selfie dengan anak-anak, memang nampak cam adik-beradik aje (Ni bukan bodek, jujur okay!)

Siapa sangka dah dua dekad rupanya Hainom OKje dan suami melayari bahtera perkahwinan. Pastinya mereka telah melalui pelbagai ombak badai bagi memastikan bahtera perkahwinan mereka terus gah sehingga ke hari ini. Nak membina sesebuah rumahtangga itu senang, tapi nak mengekalkannya perlu banyak pengorbanan dan ianya bukan satu kerja mudah tau!

Happy Anniversary Hainom OKje!
Lukisan yang menggambarkan betapa sweetnya mereka ni. Ayat bodek. Haha!

Dari pembacaan, YY dapat tahu yang Hainom OKje dan suami sudah pun berada di fasa ke empat yang merupakan fasa terakhir dalam alam perkahwinan. Dikatakan pasangan yang berada di fasa ini sudah boleh berasa selesa kerana telah mengenali sepenuhnya pasangan masing-masing.

Buat Hainom OKje dan suami, di kesempatan ini YY nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN yang ke 21. Semoga hubungan kalian berdua berkekalan hingga ke akhir hayat. Teruskan sikap toleransi kerana YY percaya ia adalah resepi kebahagian sesebuah rumahtangga. Maintain sweet juga tau. Suka tengok gambar korang berdua walau jiran sebelah rumah korang selalu dok jealous. Abaikan aje dia. Haha!

Hainom OKje pesan, "Buat satu entry khas mengenai blog mak dan selitkan ucapan Wedding Anniversary mak yang 21"

Tapi YY tak tahu apa yang YY merepek ni. Yang YY tahu, Hainom OKje kena pastikan YY tersenarai antara tiga pemenang tu eh! Lagipun YY jumpa mascot korang ni. Ni YY tempek kat sini. Exclusive untuk tatapan Hainom OKje. So ni kira added advantage lah kan? Haha!

Happy Anniversary Hainom OKje!
Maskot Hainom OKje (^_^)


16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan

6:43:00 am Yana Yani 18 Comments

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan | Korang sedar ke tidak yang hari ini kita dah berada di pertengahan bulan November? Ye, dah nak masuk hujung tahun! Cepat betul masa berlalu kan? Pejam celik kita dah hampir berada di penghujung tahun 2016. How time flies! Tapi kan bila dah sebut hujung tahun ni, of course buat YY rasa teruja sebab cuti! Yeah!

Hujung tahun kebiasanya cuti panjang. Dengan cuti sekolah ditambah pula dengan cuti musim perayaan, memang awesome lah! Bila dah sebut cuti tu memang kepala otak dok ligat fikir apa nak buat time cuti ni. Dulu sebelum jadi Mama, bab ni jarang sangat fikir. Tapi setelah secara rasminya bergelar seorang Mama sejak sembilan tahun dulu, bab ni lah yang paling kerap difikir.

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan
Afif ceria dapat jumpa Optimus Prime dan Bumblebee

Selalu kepentingan anak-anak memang mendahului diri sendiri. Even kalau merancang nak bercuti pun, memang fikirkan sama ada ianya bersesuaian dengan jiwa anak-anak. Setakat ni memang YY dan MyChintaHati belum lagi buat sebarang perancangan. Ada jugalah dok senaraikan tempat yang mungkin nak diterjah. Dari tempat yang sejuk seperti di Cameron Highlands sehingga ke tempat bersejarah seperti di Melaka.

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan
Seronok tengok diorang seronok

Again ianya hanya perancangan. Lagipun kami ni jenis terjah aje. Jarang percutian kami dirancang rapi. Fakta tu tau! Pernah kami rancang nak ke Bukit Merah Laketown Resort. Tapi end up kami hanya beriadah di Taman Tasik Shah Alam. Hehe! But still ianya sesuatu yang menyeronokkan. Terutama bila dok nampak Afif dan Aisyah ceria sepanjang hari. Priceless!

Selain dari bab cuti, apa yang YY teruja adalah hari lahir Afif dengan Aisyah pun jatuh pada bulan November dan Disember ni tau. Tu pun buat YY rasa teruja sangat!

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan
Aisyah dah mula tunjuk minat pada Hello Kitty

Dah namanya pun Mama kan, mestilah ligat dok fikir apa nak diberikan pada dak Afif dan Aisyah pada hari istimewa diorang. Masa dok fikir nak bagi apa, YY dapat tahu tentang kewujudan Printcious. Dekat situ ada banyak juga hadiah yang boleh diberikan pada budak berdua tu. Asyik bagi mainan aje, cer bagi benda yang lain sikit dari kebiasaan. Bikin gempak sikit. Hehe!

Hadiah untuk perempuan ada, hadiah untuk lelaki pun ada. Tinggal pilih nak beli design sedia ada atau design sendiri. Tapi kalau nak ada sentimental value, design sendiri lagi okay kot. Cuma kena pastikan level kerajinan korang berada pada tahap tertinggi. Kalau level kerajinan tak cukup tinggi, beli siap ajelah wehHehe!

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan
Wajah-wajah kesayangan yang berikan semangat

Yang pasti dapat habiskan masa dengan keluarga tersayang ketika musim cuti memang priceless. Peluang dapat cuti bersama memang sentiasa dinanti. Keluarga adalah sumber kekuatan dan berikan kita semangat dalam meneruskan kehidupan, Siapa kita tanpa keluarga, betul tak?

Terbebel panjang dari yang sepatutnya ni. Hehe! Sampai sini ajelah bebelan YY. Semoga kita berjumpa lagi di lain entry. Assalamualaikum (^_^)

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Program Mudah Kurus Dr. Malinda

1:19:00 am Yana Yani 12 Comments

Program Mudah Kurus Dr. Malinda | Sama ada kita sedar ataupun tidak, obesiti sumber kepada pelbagai penyakit merupakan masalah paling ketara dalam dunia hari ini. Obesiti dalam bahasa mudah merujuk kepada peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu. Korang dikategorikan sebagai obes apabila peratusan lemak badan melebihi 32 peratus bagi wanita dan melebihi 25 peratus bagi lelaki.

Untuk maklumat, “penyakit” obesiti hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Ia hanya wujud dalam dunia moden. Kenapa? Sudah pasti ianya berkaitan dengan gaya hidup seperti kurangnya melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Selain itu adalah disebabkan masyarakat dunia moden kurang mengambil makanan bernutrisi. Mereka lebih gemar mengambil makanan yang tinggi kandungan karbohidrat dan gula. Kerana menurut pandangan tekak mereka, ianya lebih “sedap”.

Program Mudah Kurus Dr. Malinda
Ilustrasi menunjukkan lemak abnormal yang berjaya dihapuskan

Bila sebut obes, automatik kita akan teringat lemak. Sebenarnya ada tiga jenis lemak dalam badan kita dan tak semua lemak baik. Lemak yang tidak baik dalam badan kita dikenali sebagai lemak abnormal. Ia adalah merupakan lemak yang tidak diperlukan badan. Lemak jenis ini akan disimpan di bawah kulit menyebabkan keadaan buncit atau berlipat-lipat pada badan.

Lemak abnormal adalah cukup sukar dibakar walau kita berdiet secara extreme. Habis tu kalau dah susah, macamana nak hapuskan lemak degil tu ye dak? Hah! Inilah yang YY nak cerita. Dr. Malinda memperkenalkan program mudah kurus yang merupakan tranformasi perubatan terbaru yang dikenali sebagai Human Chorionic Gonadothrophin (HCG) dalam dunia pelangsingan.

Program Mudah Kurus Dr. Malinda
Program Mudah Kurus Bersama Dr. Malinda

HCG adalah sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia dan kebiasaanya dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil,. HCG berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’. HCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 sehingga 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Bagaimana HCG bertindak sebagai rawatan obesiti? HCG akan mengurangkan lemak badan melalui tindakannya atau “trick” kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus. Ia akan memberi isyarat seolah-olah berlaku situasi kecemasan kepada hypothalamus untuk ia mengerakkan lemak degil yang tersimpan di dalam badan.

Program Mudah Kurus Dr. Malinda
Dr. Marlinda Mohd Ali

Dalam program ini semua manual dan menu pemakanan akan disediakan. Korang juga tidak akan berlapar sepanjang program. In fact korang akan rasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan. Ia juga selamat.

Bagaimana rawatan HCG ini dilakukan? Dengan bantuan pakar, program ini akan berlangsung selama 23 hari dengan tiga fasa berbeza. Korang hanya perlu suntik di bahagian lemak yang ingin dibuang. Again tak usah risau, ada pakar yang akan mengajar korang untuk melakukan suntikan yang betul.

Program Mudah Kurus Dr. Malinda
Testimoni peserta program yang berjaya

Confirm ke boleh kurus? Apa sahaja yang kita lakukan dalam dunia ini perlukan kesungguhan. In fact kejayaan program ini bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi korang untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Sebab kita bukan takat nak kurus semata. Tapi kita nak SIHAT!

Ada berita baik sekiranya korang berminat untuk sertai program ini kerana ada promosi istimewa dan hadiah percuma sepanjang bulan ini. Hubungi nombor telefon atau pautan yang disediakan di bawah untuk maklumat lanjut. Jom ucap selamat tinggal kepada kehidupan lama yang tidak sihat (^_^)

Telefon: +6017 508 4430

12 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Lazada Online Revolution Kembali!

12:42:00 am Yana Yani 8 Comments

Lazada Online Revolution Kembali! | Lazada Malaysia bukanlah nama asing kerana ia merupakan destinasi nombor satu jualan dan beli-belah dalam talian di Asia Tenggara. Sebab tu YY rasa seronok sangat bila dapat tahu Lazada Online Revolution kembali lagi pada tahun ini. Anyway, bagi yang tak tahu, jualan Online Revolution merupakan acara jualan dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara. Ia kini telah memasuki tahun kelima semenjak ia mula diperkenalkan pada 12 Disember 2012.

Pada mula ia diperkenalkan, jualan Online Revolution hanya diadakan selama satu hari. Ia kemudian dilanjutkan selama sebulan dan menjadi acara tahunan kerana sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Seperti tahun sebelumnya, jualan Online Revolution yang menggunakan tema Jenama untuk Semua (Brands for All) pada tahun ini berlangsung selama sebulan bermula pada hari ini, 11 November 2016 dan berakhir pada 12 Disember 2016.

Lazada Online Revolution Kembali!
Lazada Online Revolution – Jenama untuk Semua

Tema Jenama untuk Semua digunakan sebagai menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang turut menyertai acara Online Revolution pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan banyak lagi.

Apa yang lebih menarik adalah Lazada Malaysia menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran mereka. Awesome! YY dapat tahu kita mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG! Hebat kan? Dah lah YY tak pernah merasai lagi pengalaman menaiki kapal terbang. Manalah tahu kot ada rezeki kan. Siapa tahu!

Ada juga tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank sepanjang berlangsungnya “Online Revolution” 2016 kali ini.

Lazada Online Revolution Kembali!
Boleh menang banyak hadiah hanya dengan membeli di jualan Lazada Online Revolution

Sempena sambutan jualan Online Revolution, Lazada Malaysia juga telah bermurah hati mengedarkan Parcel of Joy yang ekslusif kepada blogger yang terpilih. Alhamdulillah, YY adalah antara blogger yang tersenarai menerima parcel yang ekslusif tersebut. The moment terima aje Parcel of Joy terus bersemangat menulis entri walau hampir couple of months tak sentuh blog. Haha!

Apakah yang ada di dalam Parcel of Joy tersebut? Dalam parcel tu ada banyak barang-barang yang merupakan kegemaran ramai dan sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia. YY menerima beberapa produk dari jenama-jenama terkenal seperti L'oreal, Nestlé, Tefal, dan banyak lagi.

Lazada Online Revolution Kembali!
Antara barangan di dalam Parcel of Joy yang YY terima

So apa tunggu lagi korang weh! Cepat layari jualan Lazada Online Revolution bermula hari ini, 11 November 2016 sehingga 12 Ddisember 2016. Yang pasti acara jualan kali ini menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti! Paling penting tawaran yang terbaik untuk para pengguna di Asia Tenggara seperti kita.

Lazada Online Revolution Kembali!
Jom shopping di Lazada Online Revolution

Oh sebelum YY terlupa, nak tanya ni. Korang dah tengok ke belum iklan terbaru Lazada? Iklan yang menceritakan bagaimana impian seorang kanak-kanak berjaya direalisasikan dengan hanya kehadiran sekotak bungkusan. Riak ceria kanak-kanak tersebut sangat priceless. Dan korang juga boleh jadi jadi seceria kanak-kanak tersebut. Let's Find Joy in Every Parcel #LZDMYRevolution.


8 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...