SAFI Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat

7:33:00 am Yana Yani 24 Comments

SAFI Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat | Dalam keadaan ekonomi seperti sekarang, kita sebagai penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan. Selain dari menjimatkan, kita juga mahukan produk yang memberikan nilai dan tentu sekali mempunyai kualiti yang tinggi. Memahami keperluan wanita bertudung dan keadaan ekonomi semasa, SAFI Shayla yang diperkaya Habbatus Sauda merupakan rangkaian jenama syampu khas bagi wanita bertudung memperkenalkan satu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi.

SAFI Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat
SAFI Shayla Pek Fleksi lebih jimat tanpa kompromi

SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

Menurutnya lagi, “Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan “fleksibel” iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada tiga keadaan yang berbeza.”

SAFI Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat
SAFI Shayla Kawalan Rambut Rosak

Diberi peluang untuk mencuba sendiri SAFI Shayla Pek Fleksi bagi variasi Kawalan Rambut Rosak ini, YY suka wangian yang terhasil ketika menggunakan syampu SAFI Shayla ini. Memang YY sebagai salah seorang wanita bertudung rasa sangat selesa walau dengan sekali percubaan. Sangat mudah dibawa ke mana sahaja. In fact hari yang dilalui bertambah ceria dengan shawl daripada SugarScaft yang turut hadir sama dalam pek tersebut.

SAFI Shayla Pek Fleksi mengekalkan warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol. Ia bertujuaan bagi memberikan kemudahan kepada pengguna setia untuk mencari produk ini. Sama dengan formal asal, SAFI Shayla Pek Fleksi mempunyai lapan variasi dengan pelbagai fungsi

1. Hitam Menawan – dihasilkan bagi menyerlahkan kilauan rambut hitam yang sihat dan lembut
2. Segar Bermaya – dicipta bagi membuatkan rambut kelihatan segar dan bermaya
3. Anti Kelemumur – dihasilkan bagi menghilangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala
4. Itch-Kontrol – dicipta bagi mengawal kulit kepala berkeruping dan menyamankan
5. Kawalan Minyak – dicipta bagi mengawal lebihan minyak serta menyamankan
6. Kawalan Rambut Gugur – dihasilkan bagi mengawalkan keguguran rambut akibat kerapuhan
7. Kawalan Rambut Rosak – dicipta bagi merawat dan mengawal rambut rosak dan kasar
8. Licin Terurus – dihasilkan bagi melembap dan melicinkan rambut

SAFI Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat
Pelbagai pilihan variasi SAFI Shayla Pek Fleksi

Selain menjimatkan SAFI Shayla Pek Fleksi bersaiz 480g ini direka dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang dari kebiasaannya. Lebit tepat dikenali sebagai pek mesra alam atau ecofriendly pack. Pek ini pastinya memudahkan pengguna seperti kita membawa ianya ke mana sahaja.

SAFI Shayla Pek Fleksi ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya besar utama pada harga RM14.65. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari pautan berikut

Facebook:

Instagram: 

YouTube:

24 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cetak Baju Express Mencetak T-shirt Untuk Kanak-Kanak

7:10:00 am Yana Yani 12 Comments

Cetak Baju Express Mencetak T-shirt Untuk Kanak-Kanak | Cetakan pada t-shirt membawa aura tersendiri kepada si pemakai dan orang sekeliling. Dengan bantuan teknologi dan kreativiti, hari ini, ramai yang suka mencetak sendiri t-shirt untuk anak-anak mereka mahupun diri sendiri. Rasanya tak keterlaluan kalau YY katakan setiap isi rumah di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya sehelai t-shirt begini. Cetak Baju Ekpress adalah salah satu syarikat yang YY ketahui menyediakan perkhidmatan mencetak t-shirt.

Rasanya pembaca tegar blog YY tahu bahawa anak bujang YY, Afif sangat menggemari dinosaur. Dia sangat suka dengan dinosaur daripada keluarga theropods yang paling besar, iaitu Tyrannosaurus rex atau lebih dikenali sebagai T-Rex. Sejak kecil Afif cukup suka apa sahaja yang berkaitan T-Rex. Tak terkecuali t-shirt. Minat itu tak luput sehingga ke hari ini. Malangnya mencari t-shirt yang mempunyai cetakan gambar T-Rex adalah agak sukar diperolehi. Terutama untuk saiz kanak-kanak seperti Afif.

Bila mengetahui Cetak Baju Express menyediakan perkhidmatan mencetak baju untuk kanak-kanak, YY pun of course terus buat tempahan. Tapi masa nak buat tempahan tu, di kawasan perumahan YY ada masalah dengan internet connection. Keluar area perumahan baru ada connection. So YY hanya maklumkan maklumat yang diperlukan sekali harung bila dapat peluang.

Cetak Baju Express Mencetak T-shirt Untuk Kanak-Kanak
T-shirt dengan cetakan T-Rex

YY maklumkan pada pihak Cetak Baju Express masalah YY. Lepas tu YY hanya beritahu mereka apa perkataan yang perlu dicetak pada t-shirt. Diikuti dengan watak T-Rex dalam cerita Ice Age: Dawn of the Dinosaurs tanpa menyediakan sebarang contoh dan saiz t-shirt yang diperlukan. Warna t-shirt pun YY katakan yang YY tak kisah. Janji bukan putih. YY serahkan sepenuhnya pada kreativiti mereka.

Tak lama selepas YY terima gambar t-shirt Afif yang sudah siap dicetak. Tak sangka mereka mampu merealisasikan permintaan YY walau tanpa perbincangan panjang. Seriously YY sangat teruja bila melihat gambar tu. Rasa tak sabar nak tunjuk pada Afif. Tak lama lepas diorang maklumkan t-shirt sudah dipos, ianya selamat sampai di rumah parent YY. Efficient!

Cetak Baju Express Mencetak T-shirt Untuk Kanak-Kanak
Wajah riang Afif yang priceless

Afif of course sangat excited. Tengok reaksi dia ketika menerima t-shirt tu, memang priceless. YY tak tahu macamana nak gambarkan perasaan YY bila tengok anak seronok macam tu. Seronok sangat! Jenis kain yang digunakan untuk membuat t-shirt tu pun sangat selesa. Memang sesuai sangat untuk kanak-kanak macam Afif. Patutlah banyak testimoni yang puas hati dengan servise Cetak Baju Express ni. Highly recommended tau!

Cetak Baju Express Mencetak T-shirt Untuk Kanak-Kanak
Antara testimoni yang YY baca

Untuk makluman harga t-shirt ni di bawah RM20. Harga t-shirt ni bergantung kepada design yang kita mahukan, kuantiti dan juga jenis baju sama ada kita mahukan lengan panjang ataupun pendek. Lebih menarik lagi, Cetak Baju Express juga ada menjual t-shirt untuk orang dewasa. Even jersi, baju muslimah dan baju jenis custom made pun ada!

Antara design yang YY discovered

Kalau korang berminat dengan perkhidmatan Cetak Baju Express, korang boleh berurusan sendiri dengan mereka melalui pautan yang YY sediakan di bawah

Whatsapp: +6019 273 2794

12 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong

6:56:00 am Yana Yani 9 Comments

Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong | Kemudahan internet yang wujud hari ini telah menyebabkan kita mampu mencari apa sahaja maklumat di hujung jari. Begitu juga dengan maklumat mengenai jawatan kosong. Hanya dengan menaip keywords “kerja kosong” di mana-mana laman web enjin carian, akan terhidang maklumat yang dikehendaki. Tapi berhati-hati dengan iklan jawatan kosong.

Hari ini YY nak berkongsi pengalaman peribadi YY yang terjebak dengan syarikat yang bagi YY menganiaya mereka yang benar-benar mahukan pekerjaan. Pastikan korang dah baca sehingga ke noktah terakhir sebelum membuat sebarang penilaian.

Ceritanya begini. YY tertarik dengan satu iklan di dalam sebuah group mencari pekerjaan di laman sosial popular, Facebook. Iklan berkenaan highlighted hampir kesemua maklumat yang akan buat orang ingin mengetahui maklumat lanjut. Berpandukan nombor telefon yang diberikan, YY terus menghantar SMS ke nombor yang diberikan.

Balasan SMS yang YY terima buat YY terasa macam ada yang tak kena. Si pembalas mengatakan YY tak perlu hantar sebarang resume. YY hanya perlu datang untuk interview yang telah ditetapkan pada keesokkan harinya.

Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong
Balasan SMS yang YY terima

Kebiasaannya sebelum menghadiri mana-mana interview, YY akan cuba selidik maklumat mengenai syarikat bagi memudahkan YY memahami nature of business. Malangnya YY tidak menjumpai langsung maklumat mengenai syarikat berkenaan kecuali iklan jawatan kosong. Dalam hati dok fikir, "Aktif company ni cari orang kerja"

Anyway, walau hati ada rasa macam tak sedap, YY tetap pergi interview seperti yang dipersetujui. Lagipun tak susah mencari syarikat berkenaan kerana ia terletak di dalam bangunan yang agak well known di bandar Klang. Untuk interviewee seperti YY ketika itu, syarikat tersebut dari segi luaran kelihatan gah.

Dengan lokasi office, signage yang nampak bergaya dan tak terkecuali receptionist yang menawan. Tiada yang mencurigakan. In fact office berkenaan kelihatan sibuk. Kita boleh melihat jelas orang keluar masuk pejabat hampir sepanjang masa buat kita yang datang untuk temuduga terasa excited.

Tapi honestly YY rasakan sesi interview pelik. Sebelum ni YY pernah terlibat secara langsung interview orang yang perlu bekerja di bawah YY. Kalau ada sepuluh orang datang untuk interview, sepuluh kalilah YY mengulang sesi temuduga. Tapi ini mereka buat serentak. Mereka tak peduli tentang pengalaman, qualification atau apa sahaja yang berkaitan. Mereka hanya concern berapa ramai mereka boleh hire.

Walau sudah terasa pelik, YY tetap nekad menghadiri training yang ditetapkan. Mungkin sudah agak lama jobless menyebabkan YY ambil sikap tunggu dan lihat. Pada hari pertama training kami didedahkan dengan operasi sebenar syarikat. Walau diorang banyak kali menyebut mengenai IT provider, ia sangat tak jelas sebab ia lebih melibatkan jual beli saham emas dalam matawang Euro. Kami juga diminta download aplikasi yang dikenali sebagai MetaTrader 4 bagi mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk membeli atau menjual saham emas.

Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong
Persoalan dengan jawapan yang tidak meyakinkan 

Hari kedua training adalah hari di mana YY sedar ianya merupakan satu bentuk penipuan. At least pada pandangan mata YY. Apa yang buat YY rasa ianya satu penipuan adalah kami diminta untuk mencari seberapa banyak orang yang boleh untuk berkerja di bawah kami seolah sistem MLM. Kami diajar bagaimana untuk create iklan, menarik orang untuk menghubungi kami dan laman web mana yang menyediakan tapak untuk kami beriklan.

Patutlah ramai orang keluar masuk syarikat berkenaan. Rupanya mereka tu semua sama ada menghadiri sesi interview sebagai interviewer atau interviewee. Pada ketika itu kami disarankan menggunakan laman web Indeed.com kerana ianya percuma untuk mencari pekerja. Kami diberikan masa seminggu untuk mencari pekerja.

Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong
Screen shoot dari seorang colleague mengenai "penipuan"

Lagi menambahkan tak logik adalah syarikat tersebut telah menukar nama syarikat sebanyak tiga kali. Berdasarkan nama syarikat terdahulu yang dikongsi sendiri oleh “Puan Bos”, dua nama syarikat sebelum ni cukup hangat menjadi bualan di internet. Modus operandi hampir sama. Cuma sebelum ni mereka secara jelas mencari pelabur. Kali ini mereka menukar sedikit “jalan cerita” bagi memastikan orang tertarik.

Dedahan beberapa orang lama menambahkan keraguan yang YY rasai. YY juga baru dapat tahu bahawa mereka yang berada di dalam team YY, lebih kurang 20 orang tidak ada yang sampai sebulan bekerja di situ.Peliknya orang lain macam dah kena pukau. Malahan kami yang menyedari something tak kena ni dituduh sebagi orang yang berfikiran negative.

Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong
Berfikiran negatif katanya

Tapi apa yang buat YY bertambah nekad meninggalkan syarikat tersebut adalah “Puan Bos” di dalam aplikasi WhatsApp yang dihantar secara peribadi kepada YY secara jelas menyuruh YY menipu bagi mencari pelabur. Bila hal ni YY dedahkan di dalam group, majoriti mengatakan “Puan Bos” tersilap dan YY hanya berfikiran negatif. YY juga di removed dari group berkenaan. Fine. Kalau korang nak carry on, silakan.

Tapi YY tak salahkan mereka. Mereka terdesak. Orang seperti “Puan Bos” sengaja mencari kesempatan ke atas kesusahan orang lain. Bayangkan ada yang sanggup datang dari jauh dan meninggalkan kerja sebelum ni. Semua kerana tertarik dengan iklan tawaran pekerjaan yang menjanjikan gaji lumayan. Shame on you “Puan Bos”.

Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong
"Puan Bos" dengan yakin suruh menipu

Berikut adalah senarai yang YY dapati ianya mencurigakan

1. Bila korang mahukan maklumat berkenaan kerja yang diiklankan, si pengiklan hanya berminat mengetahui sama ada korang ingin menghadiri temuduga atau tidak

2. Sesi temuduga tidak dijalan secara professional. Semua dilakukan sekali harung. Target mereka hanya memastikan mereka boleh mengumpulkan seberapa banyak pekerja di bawah mereka. Alah, sama macam sistem MLM tu. Orang bawah dapat duit, orang atas punya atas, punya atas pun, dapat duit

3. Orang yang dikatakan kerja sudah lama di situ pun tidak bekerja lebih dari enam bulan. Even leader YY ketika itu bekerja tidak sampai sebulan.

4. Gaji yang ditawarkan sama kepada semua tanpa mengira qualification mahupun pengalaman kerja. Semua dapat RM2500. Tapi agak tricky part ni. Dalam surat perlantikan jelas disebutkan “THE EMPLOYER SHALL ONLY BE ENTITLED TO THE PAYMENT OF RM2,500 PER MONTH SUBJECT TO THE FULFILLMENT OF THE TERMS AND CONDITIONS LAID OUT IN THIS AGREEMENT

5. Surat perlantikan tidak disebut Letter of Appointment seperti kebiasaannya, tapi disebut sebagai Agreement. Sama macam kalau korang beli kereta atau rumah. Contohnya “THIS AGREEMENT IS MADE ON [DATE] BETWEEN [NAMA COMPANY] HEREINAFTER TO BE REFERRED TO AS THE COMPANY ON ONE PART AND [NAMA EMPLOYEE] HEREINAFTER REFERRED TO AS CORPORATE RELATION EXECUTIVE OF THE OTHER PARTY

Pendedahan ini YY lakukan berdasarkan pengalaman peribadi. YY tidak menyebut nama syarikat kerana yakin ada lagi ramai syarikat yang melakukan modus operandi yang sama. YY hanya menyarankan korang berhati-hati dengan iklan jawatan kosong. Terutama iklan yang menawarkan gaji lumayan dengan syarat kelayakan tidak munasabah. Bak kata omputih, ianya too good to be true.

Rajinkan bertanya cari maklumat berkenaan syarikat seberapa banyak yang boleh. Sekiranya tidak berjumpa, hadiri sahaja sesi temuduga, Cuba nilai sendiri sama ada mereka memang berminat mengambil korang bekerja sebab kelayakan korang atau mereka hanya berminat dengan korang tanpa mengira kelayakan. Jangan jadikan diri korang mangsa, Jangan terpengaruh dengan nilai duit yang disebutkan sebab ianya memang tidak logik.

Tapi kalau nak kepastian, hadiri sahaja training yang disyorkan. Tunggu dan lihat, Kemudian nilai sendiri. Kalau korang mempunyai tangapan sama seperti YY, maka marilah kita menyeru orang lain supaya tidak menjadi mangsa. Tapi kalau korang berfikiran sebaliknya, carry on. Cuma nak ingatkan, duit yang diperolehi dengan penipuan tidak akan bawa ke mana. Sekian.

Jangan jadikan diri anda mangsa!

9 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kenapa Lama Menyepi?

7:00:00 am Yana Yani 8 Comments

Kenapa Lama Menyepi? | Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah agak lama rupanya YY menyepi dari dunia blogging ni. Muncul pun sekadar untuk memenuhi undangan review. Terlalu banyak yang berlaku dalam kehidupan seorang blogger bernama +Yana Yani kebelakangan ni. Terutama sejak mula bergelar seorang suri rumah. Tapi sejujurnya tahun ni memang YY agak kurang aktif berbanding tahun terdahulu. Mungkin inilah yang dikatakan pasang surut dunia blogger.

Blog walking lagi teruk! Aktiviti yang sudah agak berkurun YY tidak dilakukan. Mungkin ada rakan blogger yang masih ingat, mungkin ada yang terus melupakan. Yelah, awak tak singgah blog orang, mana orang nak singgah blog awak dak? Mohon maaf buat semua rakan bloggers. YY mungkin tak mampu lagi melakukan apa yang dilakukan dulu terutama dalam masa-masa sekarang ni. Kemudian hari tak tahulah, mungkin kembali aktif. Siapa tahu kan?

Hasil "seni" insan kecil bernama Aisyah. Terlebih kreatif

Ada orang kata, kalau dah duduk rumah, lagilah banyak masa. Sepatutnya takdelah alasan kan? Untuk makluman, lain orang, lain kehidupan walau di atas kertas kelihatan sama. Kalau tanya pada YY, sebenarnya bila dah duduk dekat rumah, masa yang ada agak terhad. YY lebih menumpukan perhatian kepada yang lebih memerlukan. Tahu tak YY baru tahu kewujudan anai-anai di rumah YY hanya setelah YY bergelar suri rumah?

Aisyah lebih ligat dengan kewujudan YY di sisi. Mungkin cuba meluahkan “kemanjaan” yang tak pernah diperlihatkan sebelum ni. Dulu antara YY dan MyChintaHati, MyChintaHati lagi banyak nagging. Cerita kebenaran ni tau! Tapi sekarang, YY dah level expert dah bab nagging ni Semua benda boleh jadi topik. Stress agaknya bebudak tu bila YY ada dekat rumah. Siap tanya bila YY nak kerja. Hehe!

Kenapa Lama Menyepi?
Ini budak terlebih aktif. Bateri apa entah dia guna, tak pernah weak (^_^)

Bab masak pula takde perubahan sangat. Sama aje, sekali sehari juga. Tapi waktu aje yang berbeza. Pukul 9 pagi dah kena ke kedai membeli bahan untuk memasak. Pukul 10:45 kena fetched Afif dari Sekolah Agama. Balik kena terus masak. YY kena pastikan sebelum pukul 12:30 tengahari, semua dah terhidang. Dalam area tu, MyChintaHati akan balik untuk makan tengahari.

Mula-mula dulu agak teruk sebab belum mahir arrange jadual. Terasa agak stress. Tu yang agaknya kebolehan nagging mula digilap. Hehe! Tapi lama kelamaan, YY dah mahir mengurus masa. Semua mampu diuruskan in a blink of eyes. Cuma bab nagging aje tak boleh nak dilupuskan. Hehe!

Kenapa Lama Menyepi?
Assistant YY sejak YY bertukar profession 

Bab pekerjaan pula, dulu YY pernah katakan yang YY teringin menjadi suri rumah sepenuh masa. Doa itu dimakbulkan oleh DIA yang SATU. Tapi YY tak sangka dengan dompet yang semakin menyusut menyebabkan YY mula rasa menyesal mengimpikan perkara sebegitu. YY tak sedar benda yang YY tak suka itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk YY.

Hari demi hari tanpa panggilan temuduga menambahkan kerunsingan YY. Tapi kemudian YY berserah. YY mula sedar yang macamana YY usaha, kalau ianya bukan untuk YY, ia tetap tak akan menjadi milik YY. Pemikiran itu mampu membuat YY kembali mengukir senyuman.

Akhirnya YY mendapat pekerjaan. Tapi again, DIA nak tunjuk pada YY. Tempat itu merupakan satu scam. At least pada pandangan YY ianya merupakan scam. Kalau berpeluang nanti YY akan ceritakan pengalaman dua hari YY di sana sebelum menyedari YY sebenarnya ditipu. YY tak nak orang lain jadi mangsa.

Kenapa Lama Menyepi?
Penguat semangat YY untuk terus melangkah

Alhamdulillah setelah beberapa ketika, YY mula mendapat beberapa panggilan temuduga. Hari ini seperti yang sudah tertulis, adalah hari pertama YY bekerja di sebuah kilang yang tak jauh dari rumah YY. Pertama kali menceburi industri yang berbeza. Sebelum ini lebih sebelas tahun YY bekerja dalam industri perkhidmatan, front line. Semoga YY diberi kekuatan untuk hadapi cabaran di tempat baru. Sekurang-kurang untuk kedua permata hati YY.

YY rasa cukuplah setakat ini entri untuk hari ini. Ada masa nanti, YY akan cuba munculkan diri lagi. Entri kali ini pun lebih untuk menjelaskan kenapa YY lama menyepi. Doakan semoga segala urusan YY dipermudahkan. YY juga nak minta maaf sekiranya ada mana-mana tulisan YY yang menyinggung hati sesiapa. YY hanya insan biasa yang tak lari dari salah dan silap.

Semoga kita bertemu lagi di lain entri. Assalamualaikum (^_^)

8 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Sumber Ayu Berwajah Baharu Dengan Formulasi Dipertingkat

7:27:00 am Yana Yani 4 Comments

Sumber Ayu Berwajah Baharu Dengan Formulasi Dipertingkat | Tanpa penjagaan yang sempurna, kawasan bahagian intim wanita boleh mengakibatkan rasa tidak selesa kerana ia merupakan tempat tinggal jutaan bakteria. Jesteru penjagaan khusus perlu agar bahagian intim wanita sentiasa berada dalam keadaan bersih serta bebas dari bakteria jahat yang mengakibatkan kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu adalah penjagaan peribadi yang lengkap dan diformulasi dengan bahan semula jadi yang harus dimiliki oleh setiap wanita.

Bahan utama Sumber Ayu iaitu ekstrak Daun Sirih kini telah dipertingkat bagi membekalkan perlindungan kepada bahagian intim wanita dari gangguan bakteria. Formulasi ini turut diperhebatkan dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan disamping kawalan pH pada paras pH3.5 yang merupakan paras ideal agar ekosistem bahagian intim wanita berada dalam keadaan baik.

Sumber Ayu Berwajah Baharu Dengan Formulasi Dipertingkat
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu kini berwajah baharu

Menariknya Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar walau masih mengekalkan bentuk botol yang asal iaitu diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, Perbezaannya adalah ianya kini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap variasi dan dihiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated.

Berikut adalah rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu yang mempunyai enam wangian yang menarik dan pelbagai.

• Orkid – Dengan haruman segar dari kuntuman orkid, ia memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita yang sentiasa ingin mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

• Mawar – Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Sesuai bagi wanita yang berjiwa romantis

• Floral – Dicipta dengan kombinasi percikan pelbagai aroma bunga yang memberikan rasa segar sepanjang hari. Sesuai bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

• Musk – Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Variasi ini sesuai kepada wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli.

• Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

• Fruity – Aroma manis buah-buahan tropika memberikan rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi wanita yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Sumber Ayu Berwajah Baharu Dengan Formulasi Dipertingkat
Rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu merupakan produk ideal bagi semua wanita disetiap peringkat umur. Bagi pengguna Muslim, usah ragu kerana ianya diperakui Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Cara penggunaan juga amat mudah. Anda hanya perlu letakkan beberapa titik Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu di tapak tangan dan bersihkan kawasan intim. Kemudian bilas dengan air bersih.

Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu boleh didapati pada harga RM3.60 bagi botol bersaiz 90ml dan RM5.80 bagi botol bersaiz 200ml. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu keluaran WIPRO UNZA ini boleh didapati di semua pasaraya dan farmasi utama.

Dapatkan sekarang (^_^)

Sumber Ayu Berwajah Baharu Dengan Formulasi Dipertingkat
Ingat pembersih kewanitaan, ingat Sumber Ayu!

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Harum Malam Minuman Kesihatan Khusus Untuk Wanita

3:27:00 pm Yana Yani 8 Comments

Harum Malam Minuman Kesihatan Khusus Untuk Wanita | Harum Malam merupakan produk keluaran Millennial Gen Sdn Bhd yang merupakan 100% syarikat milik bumiputera. Ia sememangnya direka khusus sebagai minuman kesihatan bagi kaum wanita. Malahan bila menyebut mengenai Harum Malam, hampir kesemua kaum wanita mengetahui keberkesanan produk ini yang sudah tujuh tahun berada di pasaran sebagai perapat semulajadi selain mampu menangani pelbagai masalah kesihatan wanita yang lain.

Harum Malam Minuman Kesihatan Khusus Untuk Wanita
Harum Malam Minuman Kesihatan Khusus Untuk Wanita

Apakah kandungan bahan dalam minuman kesihatan Harum Malam?

Harum Malam
merupakan produk yang diformulasi dengan ekstrak ros yang bertujuan bagi mewangikan tubuh badan sepanjang masa dan berupaya mengecilkan pori-pori dan mengawal kulit yang berminyak. Ia juga mengandungi ekstrak sirih yang dikenali sejak berzaman sebagai tanaman yang mampu mengatasi masalah kewanitaan. Minuman kesihatan Harum Malam ini juga mengandungi ramuan seperti buah tin, kismis, madu, goji, limau purut, kayu serapat, buah delima, strawberi, senna dan manjakani.

Ia juga mengandungi Pueraria Lobata yang sering digunakan dalam perubatan tradisional di China dan Jepun sejak beribu-ribu tahun. Pueraria Mirifica pula merupakan kandungan herba yang berasal daripada Thailand dan telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Rest assure kesemua kandungan dalam setiap botol Harum Malam adalah 100% ramuan asli. Tapi pastikan produk Harum Malam yang dimiliki adalah asli.

Harum Malam Minuman Kesihatan Khusus Untuk Wanita
Kandungan ramuan dalam setiap botol Harum Malam

Apakah kelebihan dan khasiat yang dimiliki oleh minuman kesihatan Harum Malam?

Selain daripada membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina, Harum Malam juga membantu menyegar dan menyihatkan badan. Malahan ia membantu mencantikkan dan menaikkan seri wajah. Ia juga terbukti mampu meningkatkan sistem daya tahan tubuh badan serta menstabilkan hormon. Selain daripada itu, Harum Malam juga bagus untuk mencegah bau badan, merawat masalah seperti keputihan, gatal-gatal di bahagian vagina, menghilangkan bau hanyir darah haid dan banyak lagi.

Boleh dikatakan kesemua masalah berkaitan wanita dapat diatasi dengan setiap pembelian produk asli minuman kesihatan Harum Malam. Pastikan ianya asli sebelum membuat sebarang pembelian. Ia bagi memastikan anda boleh memiliki segala kebaikan dalam setiap botol minuman kesihatan Harum Malam.

Harum Malam Minuman Kesihatan Khusus Untuk Wanita
Cara mengenal pasti produk tiruan

Siapakah yang boleh menikmati khasiat minuman kesihatan Harum Malam?

Minuman kesihatan Harum Malam ini boleh dinikmati oleh semua wanita. Malahan ia juga sesuai untuk mereka yang masih belum berumahtangga. Ia boleh di ambil setiap hari walaupun ketika menstruate, ketika berpantang dan menyusu bayi. Ia juga sesuai untuk mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Pun begitu wanita yang mengandung tidak digalakkan untuk mengambil produk ini.

Berdasarkan pengalaman peribadi YY, minuman kesihatan Harum Malam ini perlu diambil satu sudu sebelum sarapan dan satu sudu lagi sebelum tidur. Bagi memastikan kandungan dan khasiat madu yang terdapat dalam Harum Malam berkekalan, anda disarankan menggunakan sudu plastik ketika mengambil minuman kesihatan Harum Malam ini. Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, amalkan setiap hari tapi jangan mengambil lebih dari sukatan yang disarankan.

Harum Malam Minuman Kesihatan Khusus Untuk Wanita
Gunakan sudu plastik ketika mengambil Harum Malam

Setiap botol minuman kesihatan Harum Malam dijual pada harga RM33 bagi Semenanjung Malaysia dan RM39 bagi Sabah dan Sarawak. Ia mengandungi isipadu 250ml dan berat 580gram.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai minuman kesihatan Harum Malam, anda boleh melayari pautan yang disediakan di bawah.

Instagram: harum_malam_hq
Pejabat: +603 3358 5344
Mobile: +6010 404 2769

Millennial Gen Sdn Bhd
11G Jalan Keluli AL7/AL 
Pusat Perniagaan Bukit Raja Sec 7
40000 Shah Alam

8 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...