Erti Raya Bagi Afif dan Aisyah

2:20:00 pm Yana Yani 17 Comments

Erti Raya Bagi Afif dan Aisyah | Mengikut pemahaman seorang dewasa, Hari Raya merupakan perayaan yang disambut oleh semua umat Islam bagi menandakan berakhirnya Ramadhan. Ia juga menggambarkan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Bagi Afif dan Aisyah, Hari Raya bermaksud hari yang menyeronokkan bagi mereka berbanding hari biasa. Menyambut raya dengan kelibat anak kecil seperti Afif dan Aisyah adalah sesuatu yang priceless.

Sebelum berkahwin, YY secara jujurnya tak merasai nikmat seronok berhari raya. Tak tahulah kenapa. Hari Raya seolah sama seperti hari lain. Perasaan tu makin kuat terutama setelah mula bekerja. Kadang menyalahkan diri sendiri yang mungkin tidak sempurna beribadah sepanjang bulan Ramadhan mengakibatkan nikmat berhari Raya tidak lagi nikmati. Tapi sejak hadirnya Afif dan Aisyah dalam hidup YY, nikmat berhari raya tu dirasai semula melalui mereka.

Erti Raya Bagi Afif dan Aisyah
Saat baru keluar rumah untuk beraya, smart aje memasing

Afif sejak bersekolah sudah pandai countdown. Setiap hari sepanjang bulan puasa dia akan kira hari menjelangnya Hari Raya. Soalan seperti, "Mama, kita lagi lima hari kan nak raya?" adalah soalan yang paling kerap diajukan kepada YY dan MyChintaHati.

Paling seronok bila membelikan mereka kelengkapan berhari raya. Hilang segala penat lelah bila melihat keterujaan mereka mencuba segala kelengkapan untuk mereka. Afif sekarang dah pandai memilih kelengkapan sendiri. Cermin mata, baju dan kasut untuk tahun ni merupakan pilihan dia sendiri. Entah berapa kali dia gayakan kesemua tu sebelum raya. Perasan handsome.

Aisyah walau belum pandai memilih, tapi dia sangat suka dengan apa yang dibelikan. Bayangkan sampai tidur pun nak tidur dengan baju raya. Puas nak memujuk.

Baca Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Baca Cerita Raya Kami Lagi

Erti Raya Bagi Afif dan Aisyah
Seronok Afif dan Aisyah main bunga api di malam raya

Bunga api pula merupakan antara benda yang perlu ada bagi Afif dan Aisyah. Ia menambahkan lagi erti beraya pada mereka. Tak seronok raya katanya bila takde bunga api. So bunga api adalah merupakan pelaburan hangus yang perlu YY dan MyChintaHati sediakan bagi menambahkan keceriaan insan bernama anak. Lagipun keceriaan mereka adalah faktor penyumbang keceriaan kami.

Afif merajuk masa kami katakan tahun ni tak akan ada bunga api. Dia punya muncung sikit punya panjang. Mulut kecil dia tu mengomel aje time dok cuba menzahirkan betapa tak seronoknya beraya tanpa bunga api. Padahal Papa dia bersusah payah sorokkan bunga api yang telah awal dibeli. Kalau tak disorokkan, habis sekelip mata. Tak dan nak tunggu sampai malam raya.

Erti Raya Bagi Afif dan Aisyah
Afif dan Aisyah bersama sepupu mereka, Rayyan dan Rayna

Bila keluar beraya ni, macam-macam pengalaman yang diorang berdua peroleh. Tu yang diorang pada usia ni seronok sangat tiap kali diajak keluar beraya. Macam satu keterujaan pada diorang. Aisyah bila dok tengok YY dok iron baju aje dah tanya, "Kita nak beraya ye?"

Afif dan Aisyah memang kelihatan ceria sepanjang Hari Raya. Istilah letih langsung tak kedengaran dari mulut mereka. Kadang dok wondering juga. Entah dari mana diorang dapat semua tenaga tu. Macam kena charged tau!

Ada sekali tu kami beraya ke Subang. So area tu memang banyak kapal terbang turun naik. Bayangkanlah betapa terujanya diorang bila dapat tengok kapal terbang yang selama ni hanya boleh dilihat dari jauh. Melompat dan berlari tak kala nampak kelibat kapal terbang, sudah jelas menggambarkan betapa seronoknya diorang.

Erti Raya Bagi Afif dan Aisyah
Keterujaan melihat kapal terbang turun. Pengalaman pertama mereka

Tapi kan, bila dok tengok diorang berdua ceria camtu, buat YY teringat pula memori beraya masa zaman kanak-kanak dulu. Berlegar-legar dalam ingatan ni macam wayang tanpa gambar. Seronok bila diingatkan kembali. Boleh buat tersengih sorang-sorang. Hehe! Indahnya zaman kanak-kanak bila diingatkan kembali.

Time tu kita hanya tahu berseronok. Kalau dapat duit raya pula, berganda perasaan seronok tu. Tak kiralah walau nilainya hanya setakat lima puluh sen sekalipun. Janji nama dia "duit raya", memang seronok tak terkata dah. Situasi yang sama YY dapat lihat pada Afif dan Aisyah hari ini. Cumanya ianya pada zaman yang berbeza. Jelas erti raya sebenarnya sama aje pada semua insan bernama kanak-kanak.

Erti Raya Bagi Afif dan Aisyah
Lawa sangat anak dara orang ni weh! Nak buat menantulah

Raya kali ni YY takdelah susah hati sangat sebab memasing dan besar. Diorang agak pandai jaga diri. Just pesan aje, jangan buat gini or gitu. Kalau buat, memang mendapatlah jawabnya. YY jenis kalau dah kata buat, memang buat. Takde excuses! Nak dijadikan cerita, ada sekali tu, Afif buat perangai time tetamu datang. Berbulu mata YY ni dok perangai dia. Balik aje tetamu, YY suruh dia datang dekat. Belum senaraikan kesalahan lagi, dia dah menangis dulu dah. Tau takut! Hehe!

Diorang ni pun dah pandai berkawan. Tapi kalau diperhatikan Aisyah yang akan conquer situasi. Pendek kata keceriaan memang bermula dari dia sebab dia cukup pandai berkawan berbanding Afif yang lebih suka memerhati dulu. Boleh nampak ketara sifat introvert dan extrovert pada diri mereka kalau bercerita bab kawan.

Baca Perbezaan Di Antara Introvert dan Extrovert

Yang pasti raya tetap raya. Ianya berikan erti yang sangat besar baik pada Afif mahupun Aisyah. Semoga ianya boleh jadi kenangan buat mereka. Sedar tak sedar, keseronokkan dan keceriaan diorang sepanjang Syawal ni berikan erti yang sangat besar pada YY dan MyChintaHati. Satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata, priceless

Okaylah korang. Macam dah panjang sangat YY mengomel hari ni. Kita stop dulu entri terakhir untuk bulan Julai ni. Semoga kita bertemu lagi di lain entri.

Assalamualaikum (^_^)

17 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cerita Raya Kami Lagi

12:14:00 pm Yana Yani 18 Comments

Cerita Raya Kami Lagi | Salam 22 Syawal semua! Sebelum ni YY dah ceritakan kemeriahan sambutan Syawal kami di kampung kelahiran YY di Kuala Lipis, Pahang. YY pun ada ceritakan mengenai pengalaman kami membuat lemang menggunakan daun lerek. So untuk hari ni YY nak ceritakan pula kemeriahan Syawal kami di Kapar dan beberapa daerah lain di Selangor. Sebelum YY ceritakan mengenai cerita Raya kami lagi ni, YY nak ceritakan perjalanan pulang kami dari Kuala Lipis ke Klang.

Baca Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Baca Resepi dan Cara Membuat Lemang

Kami bertolak pulang pada lewat petang. So kenderaan tak usah cakaplah, banyak weh! Perjalanan pulang yang kebiasaannya mengambil masa antara empat ke lima jam menjadi tujuh jam! Bising Afif sebab dia tak dapat tengok cerita Boboiboy: The Movie yang ditayangkan di TV3 pada masa tu. Hehe! Walau keletihan, syukur Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami tidak berdepan sebarang kesulitan.

Cerita Raya Kami Lagi
Tutup sikit mulut YY yang sengih tak beringat tu. Hehe!

Hari Raya ketiga tu kami bercadang hanya nak lepak di rumah sambil mengemas apa yang patut. YY kononnya planning nak buat biskut sebab langsung tak buat sebarang persediaan untuk menerima kunjungan tetamu. Tapi kami dapat tahu anak Kakak MyChintaHati di masukkan ke wad kerana diarrhea. Abang MyChintaHati ajak melawat Baihaqi, anak saudara mereka di Hospital Banting.

So, rancangan untuk buat biskut tu terpaksa ditangguhkan.

Cerita Raya Kami Lagi
Ceria aje wajah memasing

Kami bergerak ke Hospital Banting selepas MyChintaHati dan Afif selesai menunaikan sembahyang Jumaat. Semasa dalam perjalanan, kami dimaklumkan yang Baihaqi sudah pun discharged. So kami terus menuju ke rumah Kakak MyChintaHati yang terletak di Kanchong Darat, Banting. Baihaqi yang baru jejak ke rumah setelah hampir tiga hari di wad, sangat ceria lebih-lebih lagi apabila adanya sepupu-sepupu dia.

Kesian dak Baihaqi ni tau. Dia langsung belum sempat menggayakan baju raya. Dia masuk wad petang Hari Raya pertama. Kak Mala kata, dia dah teruk sehari sebelum raya, tapi Hari Raya tu makin teruk. Tu yang kena tahan wad takut dehydration. Lega sikit bila nampak dia ceria hari tu.

Cerita Raya Kami Lagi
Hero-hero Wak Ramli yang turut serta (^_^)

Hari Raya keempat, Sabtu, bermulalah misi kami untuk beraya di semua rumah pakcik dan makcik MyChintaHati pula. Semua adik-beradik MyChintaHati turut serta kecuali Kak Mala dan Faiz. Alhamdulillah hampir kesemua pakcik dan makcik MyChintaHati ada di rumah ketika itu. Rezeki kamilah kiranya. Kebiasaannya ada aje yang takde. Mungkin disebabkan kunjungi kami kali ini agak lewat daripada kebiasaannya.

Biasanya Hari Raya pertama or kedua kami dah ke rumah diorang. Pastu diorang pun time tulah nak beraya juga. Mana nak ada aje kalau dah gitu kan.

Cerita Raya Kami Lagi
Bukan senang nak ambil gambar Abang MychintHati dan isteri dia ni

Kami mulakan misi beraya di kawasan sekitar kampung kelahiran MyChintaHati yang terletak di Kampung Sungai Serdang, Kapar. Kebanyakkan pakcik dan makcik dari kedua ibubapa MyChintaHati tinggal berdekatan antara sama lain di kampung ini. So agak mudah bagi kami menjayakan misi beraya dengan singgah dari rumah ke rumah.

Pergi pula ramai-ramai dengan macam-macam karenah dan attitude. Memang sangat happening. Macam-macam topik cerita keluar bila kami singgah ke setiap rumah. Ditambah dengan makcik dan pakcik yang sporting. Memang bermacam emosi ada. Dari serious ke seram. Sambung pula ke lawak. Kadang cerita tak lawak mana pun. Tapi sebab dah sorang gelak, in the end berjangkit semua gelak.

Cerita Raya Kami Lagi
Saja tayang gambar ni. Cam cute pula (^_^)

Serious YY rasa sangat seronok hari tu.

Kalau bukan Hari Raya, memang susah nak dapat peluang duduk semeja macam ni dengan adik-beradik MyChintaHati. Bukan nak menyalahkan. Memang masing-masing ada komitmen masing-masing. So bila semua ambil initiative untuk participated misi beraya ni, memang priceless. Peluang yang bukan selalu boleh diperolehi.

Anyway selepas menghabiskan misi beraya dengan jelajah ke seluruh pelusuk Kampung Sungai Serdang, kami bergerak pula ke Meru. Lepas tu kami gerak pula ke Kampung Melayu Subang. Patah balik lagi ke Kampung Sungai Serdang sebab ada pakcik MyChintaHati buat makan-makan khusus buat kesemua ahli keluarga Allahyarham Wak Jalil. Allahyarham Wak Jalil ni merupakan Atuk kepada MyChintaHati.

Cerita Raya Kami Lagi
Rumah yang paling unik kami singgah

Misi beraya kami pada hari tu bermula lewat pagi dan berakhir sehingga ke lewat malam. Bayang betapa dahsyatnya kami dok pulun beraya demi menjayakan misi katanya. Banyak juga rumah pada hari tu yang kami dapat singgah. Memang letih sangat dibuatnya. Perut pun sampai tak larat nak bawa dah sebab dok makan aje kerjanya. Tu yang masa bulan puasa hari tu berat YY turun dua kilo tapi raya baru berapa hari naik tiga kilo. Sabo ajelah!

Tapi one thing for sure, kami semua have a great time pada hari tu. Afif dan Aisyah pun tak habis-habis mengatakan yang mereka seronok dapat beraya. Sampai rumah Atuk Nenek malam tu, diorang terus tidur. Penat sangat katanya. Hehe!

Cerita Raya Kami Lagi
Sebahagian daripada ahli keluarga Allahyarham Wak Jalil

So begitulah cerita raya kami lagi untuk hari ini. Kalau tak rajin, inilah penutup cerita raya bagi Syawal 1437H. Tapi kalau rajin, mungkin akan ada dua atau tiga lagi berkaitan cerita raya ni. YY akan cuba habiskan mana-mana cerita yang patut sebelum berakhirnya Syawal. Tapi itu kalau rajinlah ye. Hehe!

Okaylah korang, sampai di sini aje bebelan YY untuk hari ini. Semoga kita bertemu lagi di lain entri. Jaga diri elok-elok tau, Assalamualaikum (^_^)

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis

11:11:00 am Yana Yani 12 Comments

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis | Hari ini dengan berbesar hatinya YY akan bercerita mengenai kisah sambutan Syawal kami sekeluarga di Kuala Lipis, Pahang. Bertabahlah ye kalau entri kali ini lebih panjang daripada biasa. Anyway, Syawal kali ini memang amat YY nantikan sebab dah dua kali raya YY tak dapat merayakannya bersama-sama dengan Atuk. So bila MyChintaHati mengesahkan kepulangan kami kali ini, memang ianya berita yang sangat menggembirakan.

Perjalanan pulang ke kampung kelahiran YY kali ini lancar walau kenderaan lebih banyak daripada biasa. Kami sampai di rumah kedai Atuk beberapa jam sebelum bermulanya waktu sahur 30 Ramadhan 1437H. Pagi sehingga menjelang waktu berbuka puasa Ramadhan terakhir pada tahun ini, kami memang sibuk dengan segala persiapan menyediakan juadah untuk menyambut Syawal pula. Penat juga tapi ianya jadi sesuatu yang menyeronokkan bila dilakukan bersama-sama.

Baca Resepi dan Cara Membuat Lemang

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Anak dara dan anak bujang YY berposing di pagi Raya

Atuk YY pula kelihatan sangat ceria sepanjang keberadaan kami. Malahan dia kelihatan sihat walhal sebelum tu dia dikhabarkan tidak sihat. Jelas kepulangan anak, cucu dan cicit yang jarang dapat berjumpa, menjadi faktor penyumbang kecerian dia.

Pagi Syawal adalah yang paling YY nantikan. Waktu ini mengejutkan Afif dan Aisyah bangun pagi dengan mengatakan hari ini Hari Raya memang priceless. Moment yang sukar digambarkan. Yang pasti suka tengok wajah ceria mereka berdua yang tak sabar nak menggayakan baju yang dibelikan khusus buat mereka.

Keceriaan mereka itu turut menyumbang keceriaan kepada YY dan MyChintaHati. Riuh rendah rumah kedai Atuk jadinya bila nak menyiapkan mereka.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Afif dan Aisyah bersama adik tunggal lelaki YY, Syafie

Yang paling kelakar, cermin mata hitam adalah benda pertama yang mereka cari. Afif kata, barulah dia nampak handsome seperti Papa dia yang sememangnya mengenakan cermin mata hitam tiap kali kami keluar rumah. Tak akan mungkin korang jumpa MyChintaHati tanpa cermin mata hitam. Itu dah memang part of him (^_^)

Rumah kedai Atuk pagi Syawal tu memang bingit. Ketibaan adik-beradik Mak bersama keluarga masing-masing di pagi Syawal tu ditambah dengan kekecohan kami yang sibuk nak bersiap, memang boleh buat roboh kedai Atuk. Hehe! Tapi sebenarnya seronok. Bukan senang nak lihat ke semua adik-beradik Mak ada pada satu masa.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Aisyah bersama sepupu-sepupu YY. Kira pangkat makcik dan pakcik pada dia

Kalau tengok gambar di atas, kecil-kecil lagi sepupu YY. Untuk makluman, YY ni cucu sulung di dalam keluarga sebelah Mak YY. So memang semua sepupu YY kecil-kecil lagi. In fact, adik Mak YY yang paling bongsu adalah sebaya YY. Dia tua tiga bulan aje daripada YY. Kebetulan anak dia baru seminggu dilahirkan. So raya kali ni dapatlah kami berjumpa sepupu YY yang paling kecil setakat ini.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Gambar kami sekeluarga di pagi Syawal (^_^)

Selepas melayan adik-beradik Mak pada pagi tu, kami meneruskan misi beraya.

Rancangan asal, kami nak pergi kesemua rumah adik-beradik dan pakcik-makcik Mak yang berdekatan dengan rumah kedai Atuk. Tapi rancangan aje. Bila dah pergi rumah ahli keluarga yang jarang dan dah lama tak berjumpa, memang bercerita pun sikit punya lama. Segala macam topik keluar. So dari rancangan nak pergi ke semua rumah, bertukar kepada mana yang sempat. Hehe!

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Adik-adik, Mak dan anak bujang YY. Seorang aje adik YY tak ikut balik raya kali ni

Beraya di sini tak seperti kami beraya di Selangor. Kampung Mak di masih penuh dengan kehijauan. Hutan masih banyak yang mengelilingi kawasan kampung.

YY paling suka waktu malam di sini. Dia punya feeling macam pakai air-cond. Sejuk aje. Tapi siang panas sangat. Atuk kata hujan sudah hampir dua bulan tak turun. In fact air sungai pun kering. Boleh berlari dari tebing sungai ke tebing sungai tanpa sebarang masalah. Sedangkan sebelum tu, kedalaman air adalah paras pinggang orang dewasa.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Terpaksa hide muka MyChintaHati yang buat muka tak sesuai untuk tonton. Hehe!

Anyway, misi beraya kali ni turut disertai keluarga Ateh, adik Mak YY. So bila dah ramai-ramai tu, memang macam-macam kegilaan keluar. Gelak ketawa aje kami sepanjang hari. Tapi itu yang seronok sebenarnya. Baru terasa kemeriahan yang bukan boleh dirasai sepanjang masa. Tapi paling ketara adalah MyChintaHati.

Entah kesawanan apa yang menimpa dia hari tu. Hehe! Tapi tak nafikan dia berjaya menceriakan suasana di setiap rumah yang kami kunjungi.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Mak dan Abah YY. Lovely couple kan?

Bila dah anak menantu dan anak saudara, ceria aje, maka orang tua kami pastinya turut ceria. Senyuman tak lekang daripada bibir mereka. Sekali dua tu ada juga kedengaran Mak YY yang terasa tak lengkap. Adik YY yang ketiga tak dapat beraya bersama kali ni atas tuntutan kerja. Nak buat camne. Suami dia bekerja dengan Kementerian Kesihatan dan perlu sentiasa dalam mood standby.

Mungkin zahir Mak dan Abah kelihatan ceria, tapi hati, siapalah tahu. Tiba-tiba teringat lagu Allahyarham Sudirman pula bila dok type "siapalah tahu" tadi. Nama lagu tu kalau tak silap Penyu Menangis.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Mencabar sungguh bila nak snap gambar ramai-ramai ni

Berbalik kepada cerita raya kami di Kuala Lipis, sepanjang hari kami cuba menjayakan misi beraya di sini. Yang menariknya struktur muka bumi di sini yang pelbagai menyebabkan misi raya kami agak mencabar. Kononnyalah. Hehe! Ada rumah yang memerlukan kami mendaki bukit, seberangi sungai, berhadapan dengan laman rumah yang penuh dengan pokok kemuncup dan banyak lagi. Penat weh, tapi berbaloi.

Rumah ke rumah, dengan pelbagai menu, memang priceless. Dari pagi sehingga menjelang Maghrib baru kami pulang ke rumah kedai Atuk.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Mendaki bukit merupakan antara ujian yang perlu ditempuhi untuk misi beraya. Hehe! 

Ia juga merupakan penutup sambutan raya kami di Kuala Lipis, Pahang. Kami perlu pulang ke Selangor pada keesokkan harinya.

Afif dan Aisyah sepanjang berada di kampung kelahiran YY memang seronok aje. Aisyah paling banyak menghabiskan masa bersama dengan Atuk YY yang dikenali dia sebagai Tok Yang. Hampir kebanyakkan aktiviti terutama makan dan minum dia bersama dengan Tok Yang dia. Atuk YY puji sikap dia yang sangat pandai bermesra berbanding Afif yang lebih banyak hanyut dalam dunia dia sendiri.

Dia juga banyak terlibat menjaga "kewangan" Atuk YY di kaunter kedai mini Atuk. Seronok sangat dia bila dapat menolong Tok Yang berniaga.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Gambar keluarga YY bersama Atuk sebelum berangkat pulang

Saat untuk meninggalkan Atuk memang agak menyedihkan terutama apabila Atuk menyebut, "Sunyilah Atuk lepas ni" Wajah ceria dia sebelum ni bertukar sugul. Jelas nampak kesedihan pada mata dia bila kami bersiap untuk pulang. Riuh rendah yang dialami sejak dua tiga hari sebelum tu, akan hanya tinggal kenangan. Entah bila kami dapat pulang lagi ke sini.

Yang pasti cerita raya kami di Kuala Lipis memberi seribu satu kenangan buat kami sekeluarga. Seronok walau hanya seketika dapat menggembirakan Atuk. Semoga Atuk terus diberikan kesihatan yang baik dan semoga juga kami dapat memberikan kecerian yang sama pada Atuk di masa akan datang.

So begitulah cerita raya kami di Kuala Lipis yang YY rumuskan dalam satu entri. Nak buat banyak bahagian, dah tak sempat. Next entri YY akan ceritakan mengenai kisah raya kami bersama keluarga MyChintaHati pula.

Semoga kita ketemu lagi di lain entri, Assalamulaikum (^_^)

12 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Dapatkan GOO.N Di Lazada Big Baby Fair

7:00:00 am Yana Yani 3 Comments

Dapatkan GOO.N Di Lazada Big Baby Fair | Assalamualaikum semua! Hari ni Akak sekali lagi diberi peluang untuk menjadi penulis sementara di blog Diari Seorang Mama. Sebelum tu Akak nak maklumkan bahawa Lazada Malaysia akan mengadakan Big Baby Fair bermula pada 27 sehingga 31 haribulan Julai nanti. Yang pastinya, ia memang mengugat keimanan sebab diskaun yang ditawarkan sehingga 80%!

Dapatkan GOO.N Di Lazada Big Baby Fair
Lazada Big Baby Fair

Banyak barangan bayi daripada jenama terkemuka boleh diperolehi dengan harga yang berpatutan pada Big Baby Fair tu nanti. Antaranya adalah lampin pakai buang jenama GOO.N yang berasal daripada negara Jepun. Diberi peluang untuk mencuba sendiri GOO.N Excellent Dry Tape adalah sesuatu yang amat mengujakan Akak.

Akak sebenarnya tak tahu kewujudan jenama ni. Tapi Akak sangat kagum apabila Akak pakaikan pada Khaira sepanjang malam tapi langsung tak bocor! Yang paling best warna diaper tu bertukar apabila ianya penuh. Hihihi!

Dapatkan GOO.N Di Lazada Big Baby Fair
GOO.N Excellent Dry Tape

GOO.N Excellent Dry Tape ni ada sistem pengunci cairan yang memang akan buat surface dia sentiasa kering. Kiranya tak akan ada rashes walaupun pakai dalam tempoh yang lama. Khaira pakai pun nampak elok aje. Cuma dia berubah warna jadi biru, kiranya sebagai reminder pada mak-mak ni supaya cepat-cepat tukar diaper untuk elakkan skin rashes. Nama teknologi tu adalah color indicator.

Dapatkan GOO.N Di Lazada Big Baby Fair
Diaper ni akan berubah warna bila penuh

Pastu GOO.N Excellent Dry Tape ni elastic dan sangat kemas kalau nak dibandingkan dengan jenama yang Akak pakaikan pada Khaira sebelum tu. Lagi satu GOO.N Excellent Dry Tape ni tak macam diaper lain yang kebiasaannya ketat di bahagian peha. Memang sedang elok aje Khaira pakai.

Akak pun senang hati aje bila tengok Khaira ceria selepas menggunakan GOO.N Excellent Dry Tape ni. Cuba tengok gambar bawah ni. Ceria aje dia kan? Hihihi!

Dapatkan GOO.N Di Lazada Big Baby Fair
Wajah ceria Khaira lepas menggunakan GOO.N diaper

Tertarik dengan review Akak ni? Jangan lupa beli diaper jenama GOO.N di Lazada Malaysia pada 27 sehingga 31 haribulan Julai nanti bersempena dengan Big Baby Fair. Ada banyak juga produk daripada jenama terunggul barangan bayi boleh diperolehi pada tarikh tersebut. Jangan lupa shopping di Lazada Malaysia tau!

Akak minta diri dulu ye. Bye korang!

With Love
Akak a.k.a Dayah a.k.a Adik YY bukan Kakak YY

3 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pastikan Minyak Herba Asma Mujarab Asli Baru Beli

9:36:00 am Yana Yani 3 Comments

Pastikan Minyak Herba Asma Mujarab Asli Baru Beli | Populariti yang dimiliki oleh Minyak Herba Asma Mujarab sebagai rawatan alternatif untuk asma, lelah dan batuk berkahak telah menyebabkan wujudnya lambakan produk tiruan di pasaran. Walaupun kandungan produk tiruan berkenaan tidak setanding dengan produk asli, ia pastinya akan menjejaskan kepercayaan pengguna kepada Minyak Herba Asma Mujarab. Jesteru, langkah drastik diambil bagi mengelakkan pengguna dari terus ditipu.

Entri ini diterbitkan bagi memastikan pengguna memiliki Minyak Herba Asma Mujarab yang asli dan menggunakannya tanpa ragu-ragu.

Pastikan Minyak Herba Asma Mujarab Asli Baru Beli
Minyak Herba Asma Mujarab yang asli

Sedikit info mengenai Minyak Herba Asma Mujarab ini adalah ianya dihasilkan daripada ramuan rahsia warisan turun temurun daripada seorang Pak Cik tua di sebuah kampung sejak 40 tahun yang lalu. Selain bertindak sebagai rawatan alternatif untuk asma, lelah dan batuk, ia juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah gigitan serangga, luka, tergeliat, terkena api, bengkak, lenguh, sakit gigi, kembung pert dan lain-lain. Minyak Herba Asma Mujarab ini sesuai untuk semua peringkat umur.

Even anak YY, si Aisyah yang mudah terkena batuk berkahak, YY dah cuba gunakan Minyak Herba Asma Mujarab ni. Alhamdulillah batuk berkahak dia cepat hilang. Sapu sedikit sahaja di bahagian dada dan belakang dia. Rasa berangin Minyak Herba Asma Mujarab buat Aisyah boleh tidur dengan nyenyak. Kalau dulu bila tidur malam, kuat bunyi dia batuk. Kesian. Dia pantang minum atau makan benda berais, dia akan mula batuk berkahak. Dulu kerap juga dia kena guna nebulizer.

Baca Penawar Anak-Anak Semput, Lelah, Asma dan Batuk

Tapi ingat, hanya Minyak Asma Herba Asma Mujarab yang asli sahaja mampu memberikan kesan efektif seperti yang YY nyatakan di atas. Meh YY kongsikan cara untuk mengetahui sama ada Minyak Herba Asma Mujarab yang korang beli adalah produk yang asli ataupun tiruan.

Pastikan Minyak Herba Asma Mujarab Asli Baru Beli
Wajah ceria Aisyah

Pengeluar produk tiruan melakukan pelbagai cara untuk mengaburi mata pengguna Minyak Herba Asma Mujarab. Selain menjual dengan harga yang sama, ia juga menggunakan seal berwarna jernih dan menampal pelekat seolah hologram pada produk tiruan. Rupa bentuk yang berbeza dari produk asli menimbulkan kekeliruan dikalangan pengguna. Malah ramai mengatakan bahawa produk tiruan berbau seperti asap dan tidak berangin berbanding dengan produk asli.

Disebabkan kelambakkan produk tiruan di pasaran, pihak yang Minyak Herba Asma Mujarab asli telah mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan produk yang mempunyai pelekat hologram, kod QR dan nombor siri yang berbeza pada setiap produk. Contoh pelekat yang YY maksudkan boleh dilihat seperti di gambar bawah.

Pastikan Minyak Herba Asma Mujarab Asli Baru Beli
Yang asli mempunyai pelekat hologram, kod QR dan nombor siri

Pelekat hologram ini membolehkan korang untuk melakukan imbasan pada kod QR dengan menggunakan telefon pintar. Imbasan yang dilakukan akan membawa korang ke sebuah laman web yang dapat mengesahkan keaslian produk Minyak Herba Asma Mujarab. Selain dari kod QR, pengesahan juga boleh dilakukan melalui penggunaan cahaya. Huruf "S" yang terletak pada pelekat akan berputar dan bertukar saiz.

Sekiranya kesemua ciri yang dinyatakan ada pada produk Minyak Herba Asma Mujarab yang korang beli, maka yakinlah bahawa ia adalah produk yang asli dan boleh digunakan tanpa sebarang rasa ragu-ragu.

Baca Berhati-hati dengan Minyak Herba Asma Mujarab tiruan


Sekiranya masih kurang jelas, video di atas juga dapat membantu korang untuk mengenali produk Minyak Herba Asma Mujarab yang korang beli adalah asli atau sebaliknya. Pastikan ianya Minyak Herba Asma Mujarab yang asli, baru beli.

Korang juga boleh menghubungi Puan Nurul di talian +6017 623 9935 (pemilik produk) atau Encik Hafis (bahagian pemasaran) di talian +6013 480 6787 untuk pengesahan. Sila Follow dan Like page rasmi Minyak Herba Asma Mujarab untuk maklumat terkini.

3 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Resepi dan Cara Membuat Lemang

11:10:00 am Yana Yani 21 Comments

Resepi dan Cara Membuat Lemang | Lemang merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu sejak berabad lamanya. Rasanya tak sah Hari Raya tanpa hidangan tradisi ini. So dikesempatan ini YY nak berkongsi resepi dan cara membuat lemang berdasarkan apa yang telah diajar oleh Atuk YY. Sebenarnya kami dah pernah buat sekali kira-kira tiga tahun dulu. Tapi masih kurang mengingati langkahnya. So kali ni kita tulis dalam blog buat rujukan di kemudian hari.

Keistimewaan lemang Atuk adalah penggunaan daun lerek. Daun lerek merupakan daun yang tumbuh liar di hutan. Menurut cerita Atuk, daun lerek digunakan secara meluas satu ketika dulu untuk membungkus makanan. Ini kerana sifat semulajadi daun tersebut yang agak lasak. Malahan rasa lemang yang menggunakan daun lerek lebih wangi dan sedap berbanding daun pisang.

Resepi dan Cara Membuat Lemang
Inilah daun lerek yang digunakan untuk membuat lemang

Atuk kata proses untuk memasukkan daun lerek ke dalam batang buluh adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan daun pisang. Bagi yang kurang mahir, memasukkan daun pisang ke dalam batang buluh adalah proses yang sangat mencabar kerana daun pisang agak mudah koyak. Berbeza sekali dengan laun lerek di mana ianya lebih lasak berbanding daun pisang.

Boleh tengok langkah memasukkan daun lerek yang dilakukan oleh Atuk YY dalam gambar di bawah. Nampak senang dan sememangnya senang (^_^)

Resepi dan Cara Membuat Lemang
Proses memasukkan daun lerek ke dalam buluh

Resepi yang akan YY kongsikan ini dapat menyediakan lebih kurang 11 batang lemang bersaiz sederhana. Antara bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

- Tiga (3) kilo beras pulut yang perlu direndam selama dua jam
- Santan daripada enam (6) biji kelapa bersaiz besar. Jangan buang air daripada kelapa kerana ianya perlu digunakan ketika memerah santan kelak.
- Garam secukup rasa.

Atuk YY menasihatkan menggunakan batang buluh yang muda untuk membuat lemang. Ini kerana buluh muda mengandungi lebih banyak kandungan air dan ianya membantu dalam proses memasak lemang.

Resepi dan Cara Membuat Lemang
Beras pulut yang telah ditoskan

Toskan beras pulut yang telah direndam selama dua jam tadi sebelum dimasukkan ke dalam buluh yang telah diletakkan daun lerek. Masukkan beras pulut sedikit demi sedikit dan jangan masukkan terlalu penuh. Tinggalkan sedikit ruang. Ulangi proses ini sehingga beras pulut habis.

Ketika memasukkan beras pulut ke dalam buluh, lakukan sedikit hentakkan bagi memastikan beras pulut masuk sepenuhnya. Tapi jangan telalu kerap melakukannya kerana ia akan menyebabkan beras pulut menjadi mampat.

Resepi dan Cara Membuat Lemang
Proses memasukkan beras pulut ke dalam buluh

Air kelapa daripada enam biji kelapa tadi perlu digunakan untuk memerah santan. Tambahkan sedikit sahaja air biasa. Perahan pertama santan adalah paling penting kerana ianya akan melambangkan keenakkan lemang itu kelak. Tapiskan santan dan jangan ambil bahagian bawah santan seperti gambar di bawah. Atuk kata ia akan menyebab lemang berwarna kehitaman.

Masukkan garam ke dalam tapisan santan tadi mengikut citarasa. Tuangkan perahan pertama santan ini ke dalam kesemua 11 batang lemang tadi sedikit demi sedikit. Lakukan perahan santan lagi mengikut keperluan.

Resepi dan Cara Membuat Lemang
Proses memerah santan dan memasukkan santan ke dalam buluh

Nak masak lemang yang cantik dan masak sepenuhnya memerlukan penjagaan api. Api perlu sederhana dan buluh perlu sentiasa di pusingkan bagi memastikan ianya masak sama rata. Penggunaan api yang sederhana akan menyebabkan tempoh memasak yang agak panjang. Tapi hasil daripada penjagaan api yang sempurna adalah sangat memuaskan. Tak percaya, boleh tengok gambar di bawah.

Resepi dan Cara Membuat Lemang
Lemang yang sudah siap dimasak

Pengalaman kali kedua membuat lemang ini adalah sangat memuaskan hati. Kali ini ianya masak sempurna berbanding sebelumnya. Jelas pengalaman banyak memainkan peranan. Hehe! Next time dah boleh dah buat sendiri berdasarkan pengalaman dan guidelines yang telah Atuk berikan.

Dah cerita pasal lemang ni, so cerita raya akan up tak lama lagi. Tercabar pula rasanya bila ada orang tinggal komen suruh up cerita Raya Puasa masa Raya Haji nanti. Bukan main lagi ye kau +padin no. Kau tunggu! Mau muntah hijau kau baca cerita raya kitorang nanti. Hehe!

Rasanya cukuplah sampai di sini bebelan YY untuk hari ini. Semoga kita bertemu lagi di lain entri. Assalamualaikum (^_^)

Cuba resepi ini juga:
1. Resepi dan Cara Membuat Lemang
2. Resepi Kari Ayam Mudah
3. Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Ringkas
4. Resepi Ikan Kerisi Masak Taucu

21 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Perbezaan Di Antara Introvert dan Extrovert

11:13:00 am Yana Yani 14 Comments

Perbezaan Di Antara Introvert dan Extrovert | Hari ni YY nak ajak korang semua mengenali perbezaan di antara si introvert dan si extrovert. Basically setiap di antara kita dilahirkan ke dunia dengan pelbagai sifat. Tiada yang salah mengenainya sebab itulah yang menjadikan kita unik dan berbeza antara satu sama lain. Menurut kajian sifat keperibadian manusia terbahagi kepada dua, iaitu introvert dan extrovert.

Dalam bahasa mudah, si introvert adalah seseorang yang bersifat tertutup atau lebih suka menyendiri. Sementara si extrovert adalah seseorang yang bersifat terbuka atau gemar bersosial. Menurut Ummu Ayyash Dot Com, perbezaan antara si introvert dan si extrovert adalah cara mereka mendapatkan ”energi”. Si introvert mendapatkan ”energi” melalui diri mereka sendiri. Sementara si extrovert mendapatkan ”energi” dari orang-orang di sekeliling mereka.

Melalui ciri-ciri yang disenaraikan YY dapat mengenali sifat keperibadian anak-anak YY. Ia sekaligus membantu YY membina membina personaliti dan keperibadian yang baik dalam jiwa kedua mereka. So di antara Afif dan Aisyah, siapa si introvert dan extrovert?

Perbezaan Di Antara Introvert dan Extrovert
Kredit http://bit.ly/29PQ6dQ

Afif obviously seorang introvert. Lebih kurang sama dengan YY. Dia seorang yang sangat selesa menyendiri. Even bermain pun dia lebih selesa bermain sendiri. Dia seorang yang sangat fokus pada sesuatu perkara dan agar sukar menyuruh dia melakukan dua kerja pada satu masa. Kebiasaannya bila dia buat kerja A, dia akan buat sampai habis kerja A walaupun kita ajak dia untuk buat kerja B pula.

Afif kalau korang pertama kali jumpa dia, confirm korang akan assume dia seorang yang tidak pandai bersosial. Tapi sebenarnya dia seorang yang sangat mesra dan disenangi. Cuma Afif ni jenis suka memerhati dulu baru dia buat keputusan sama ada nak berkawan ataupun tidak.

Afif juga jenis seseorang yang berfikir dahulu sebelum bercakap. YY pernah tegur dia yang ketika itu agak senyap ketika kami keluar berjalan. Dia menjawab, "Kejab Mama, Afif tengah fikir nak cakap apa" Kelakar bila teringat.

Yang pasti dia seorang yang sangat boleh diharap. Contoh kalau dia bermain di luar dengan Adik dia, YY hanya ingatkan, "Afif, nanti pukul 7 ajak Adik balik. Tak balik, Mama kunci pintu" Tepat pukul 7 dia dah sampai rumah dulu sambil dok jerit suruh Adik dia yang leka bermain, balik.

Perbezaan Di Antara Introvert dan Extrovert
Afif si introvert

Aisyah adalah seorang yang playful obviously seorang extrovert. Karakter dia sama dengan MyChintaHati. Lagi ramai orang, lagi terserlah sifat playful dia. Sangat mudah bergaul kalau dibandingkan dengan Afif. Dia agak kekok kalau bersendirian. Kalau hanya YY dan dia di rumah, memang dia akan mengekor aje ke mana YY pergi.

Dia juga seorang yang sangat peramah. YY sebenarnya kurang selesa dengan sifat dia yang ni. Bimbang ianya boleh mendatangkan kemudaratan. Semua orang dia boleh tegur tanpa ada sedikit pun rasa takut. Pernah YY ke kedai menjual nasi lemak, dengan senyuman Aisyah tetiba menarik perhatian semua orang bila dia bersuara out loud, "Hai! Adik nak beli asi yemak!"

Aisyah seorang yang agak mudah disuruh. YY suka bila melakukan kerja, YY akan tanya, "Siapa boleh tolong Mama ambilkan  ______?" Kebiasaannya Aisyah akan sampai dahulu. Dan pada usia lima tahun ni, YY bangga sebab dia dah kenal kesemua barang di dapur. Sebutlah tolong ambil bawang ke, serai ke, besen ke, semua dia tahu di mana letak kesemua barang tersebut.

Tapi dia bukan seorang yang fokus. Contoh kalau dia tengah tolong mengemas, dia boleh tinggalkan aje kerja tu bila Abang dia ajak dia bermain. Nak ajak dia duduk baca buku adalah satu cabaran yang cukup besar sebab dia mudah beralih tumpuan. Dia juga sangat talkative. Ada sahaja benda yang dia nak bualkan sampai kadang Abang dia takde peluang nak bercakap.

YY suka sifat dia yang suka berkongsi. Kalau bermain dengan kawan, agak jarang dengar bergaduh. Sebab dia akan bagi orang pegang apa yang dia ada. Tapi jangan overstep, memang akan terdengarlah dia mengaum. Silap haribulan lunyai orang yang overstep tu kerjakan. Tangan dak Aisyah ni ringan juga bab mendebik orang ni (^_^)

Perbezaan Di Antara Introvert dan Extrovert
Aisyah si Extrovert

So begitulah perbezaan di antara sifat keperibadian introvert dan extrovert yang dimiliki oleh Afif dan Aisyah. Based pada list yang YY senaraikan ni, korang juga boleh kenali sifat peribadi korang sendiri. Agak bagus sebenarnya kalau kita cuma identify sifat peribadi kita. Ia dapat membantu kita mengatasi kelemahan dan menambahbaik segala sisi positif.

Alright, sampai sini aje bebelan YY. Jangan ditanya cerita Syawal kami. Masih belum berkesempatan upload gambar ke PC. Sibuk sangat beraya. Ni pun malam nanti ada jemputan open house. Entah bilalah boleh cerita weh! Silap haribulan habis raya pun tak cerita lagi, Nasiblah ada banyak juga cerita dalam draft. Boleh cover sikit. Hehe!

Semoga ketemu lagi di lain entri. Assalamualaikum (^_^)

14 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi

1:41:00 pm Yana Yani 18 Comments

Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi | Ini entri yang sudah agak lama terperuk dalam draft. Peristiwa sebelum puasa pun lagi. Tapi disebabkan YY masih belum ada masa nak upload gambar raya, makanya YY cerita ajelah apa yang memang dah ada dalam draft. Mood pun masih belum sampai walau sudah diseru banyak kali. Tapi takpelah. Kita kasi clear draft dan pada masa yang sama blog pun berupdate. Bijak kan? Hehe!

Cerita mengenai Taman Tasik Shah Alam ni sudah banyak kali juga YY ceritakan di blog ni. Ia merupakan antara tempat yang popular dikalangan warga Shah Alam. Malahan kami juga kerap ke sini bagi memberi ruang dan peluang untuk Afif dan Aisyah berpeluh. Biasa budak berdua tu dok terperuk dalam rumah aje. So bila pergi tempat camni, dapatlah juga diorang berpeluh dengan bermain segala jenis permainan yang disediakan. Seronok tengok diorang seronok.

Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi
Buai laju-laju

Malam sebelum ke sini, Kami ke i-City. Besoknya MyChintaHati bawa kami ke sini bagi menghabiskan hari menjelang Ramadhan. Kalau bulan puasa memang takdelah pergi tempat terbuka camni.

Baca Bersantai Lagi Di i-City Theme Park

Sebenarnya agak lama kami tak ke taman permainan di sini. Sebab utama adalah kesemua permainan yang ada di sini telah digantikan dengan yang baharu. Proses penukaran ni juga mengambil masa yang agak lama. Asal pergi aje, still under renovation. Mujur ketika kami singgah baru-baru ni, ianya sudah siap sepenuhnya atau mungkin hampir siap. Kurang pasti.

Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi
Seronok aje budak berdua ni main

YY sebenarnya kurang gemar pasir yang digunakan mengelilingi taman permainan tersebut. Tak pastilah sama ada ianya memang konsep taman permainan berkenaan. Atau ianya belum siap sepenuhnya. Bukannya apa. Budak kan kebiasaannya main tak beringat. YY berpendapat pasir ni mampu meningkat keberangkalian untuk budak-budak tercedera.

Sebelum ni taman permainan tersebut dikelilingi dengan pelapik getah. Takdelah susah hati sangat sebab rasa macam pelapik tu mampu mengurangkan risiko kecederaan. Kalau pasir camni, budak mudah cedera. Pastu kalau musim hujan pula, confirm taman ni becak. memang tak dapat nak singgahlah jawabnya.

Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi
Afif cukup suka permaian camni. Budak lelaki gamaknya

Apapun yang merisaukan YY tidak langsung menjejaskan keseronokkan Afif dan Aisyah bermain pada hari tu. Nak pula time tu tiada langsung kanak-kanak lain di taman berkenaan. Memang diorang berdua beradik conquer habis!

Kesemua permainan baharu tersebut mereka telah rasmikan. Cuaca panas pada hari tu langsung tidak menganggu diorang untuk berseronok. Bosan permainan yang ni, berlari ke permaian lain. Dan langkah itu diulang sehingga mereka benar-benar keletihan. Itu pun belum betul-betul nak balik. Tapi disebabkan bekalan air minuman yang YY bawa dah habis, maka nak tak nak diorang terpaksa balik (^_^)

Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi
Aisyah pula suka main permaian ni. Spinning sampai pening. Hehe!

Agak lama juga sebenarnya kami di situ. Bagi peluang Afif dan Aisyah bermain dan berseronok. Bukan selalu pun diorang dapat peluang camni. Selalu dok dekat rumah aje. Lagipun sebagai parent, takde apa yang lebih membahagiakan daripada melihat anak-anak berseronok. Telatah mereka juga mampu membuat kita juga terhibur.

Tapi penat juga melayan diorang ni main. Hehe! YY dan MyChintaHati kena take turn jaga diorang berdua. Kalau tak buat gitu, mau pancit juga kitorang dibuatnya (^_^)

Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi
Diorang berdua ni sangat seronok pada hari tu

Selepas bekalan air minuman habis, nak tak nak, Afif rela dalam terpaksa mengikut balik. Kalau tak, mereka berdua masih ingin terus bermain. Mana mungkin nak teruskan bermain dengan tekak yang dah kering kan? Hehe! So kami pun pulang. Sempat juga singgah pekena cendol di Seksyen 7 nun. Lega dapat basahkan tekak dengan cendol dalam cuaca yang panas berdeting ketika tu.

Baca Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi
Wajah-wajah kesayangan YY (^_^)

Rasanya sampai di sini sahaja bebelan YY untuk hari ni. Entah bila mampu up cerita Syawal kami. Tapi tak usah risau. Korang mesti dapat baca juga. Cepat dengan lambat aje. Lagipun raya kan sebulan. Hehe! Okaylah korang ye. Semoga ketemu lagi di lain entri.

Assalamualaikum (^_^)

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan

7:16:00 am Yana Yani 16 Comments

Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan | Salam 10 Syawal semua! Hari ni YY cerita pasal resepi kek lagi! Mau muntah hijau korang melayan. Saja nak habiskan cerita resepi yang dah basi dalam draft ni. Tapi yang sebenarnya saja nak cover. Setakat hari ini YY belum ada idea nak up cerita raya. Bertabahlah korang ye. Hehe! Buat sementara ni, korang layankan ajelah cerita hari ni berkenaan resepi Kek Pisang. Dan seperti biasa menggunakan sukatan cawan.

MyChintaHati cukup gemar dengan Kek Pisang. Selalu dia dok beli hak yang dah siap aje. So YY ni kononnya nak mencubalah buat sendiri Kek Pisang kegemaran insan tersayang. Kebetulan terpandang Kek Pisang hasil air tangan blogger yang kini dah beralih ke Instagram. Siapa lagi kalau bukan Kak Roha. Punyalah menggoda kek dia.

Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan
Kredit http://bit.ly/29VMk7q

Tapi resepi yang Kak Roha guna adalah menggunakan sukatan gram. Lemah betul rasanya kalau resepi guna sukatan gram ni. YY takde peralatan nak menyukat menggunakan gram. Tapi disebabkan niat nak buat tu sikit punya tebal, YY tekad untuk menderhaka! Tanpa berfikir baik dan buruk (cehwah ayat skema!) YY pun pepandai aje olah resepi kek tu mengikut sukatan cawan.

Tapi kalau korang nak tengok resepi asal. Boleh usha Instagram Kak Roha Hassan. Kalau nak tengok resepi YY, sila scroll down

Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan
Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan untuk diayak adalah
- Dua (2) cawan tepung gandum
- Satu (1) tsp baking powder
- Satu (1) tsp soda bicarbonate
Kalau nak lagi mudah kan, guna aje terus tepung naik sendiri. Tu yang biasa YY buat. Tak payah dah guna baking powder dan soda bicarbonate. Tapi time ni stok tepung naik sendiri takde. Hehe!

Bahan untuk dikacau adalah
- Tiga (3) biji telur gred A
- Satu (1) cawan gula perang. Nak guna gula kastor pun boleh
- Satu (1) cawan pisang lemak manis yang telah dilenyek
- Setengah cawan minyak masak
- Satu (1) tbsp ovalette
- Satu (1) tsp esen vanila (Sepatutnya kena guna esen pisang. Hentam ajelah!)
- Secubit garam

Bahan untuk hiasan adalah
- Sedikit coklat chips atau apa sahaja yang difikirkan perlu

Macam biasa sebelum buat kek, sila panaskan oven mengikut kesuaian ye. Pastikan loyang apa sahaja bentuk yang korang ada sudah siap dileserkan dengan mentega atau marjerin. YY ni memang ada loyang jenis bulat aje. Saiz 8" x 8". Sebab tu kalau korang tengok semua resepi kek yang YY kongsikan, bulat aje bentuk dia. Janji boleh makan. Apa ada hal.

Pastu kalau ada baking paper letak sekali dalam loyang tu. Takde korang slamber ajelah pakai aluminium foil macam YY. Takde juga, pepandailah beli.

Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan
Rupa Kek Pisang yang sudah siap dibakar

Pastu menggunakan mixer, kacau telur dan ovalette sehingga kembang. Masukkan gula perang dan minyak masak. Pastu diikuti pisang yang telah dilenyek, esen vanila dan garam. Bila semua bahan dan bergaul rata, masukkan tepung yang telah diayak tadi. Lepas tu tuangkan adunan kek tu ke dalam loyang yang sudah disediakan.

Taburlah coklat chips. Jumlah yang perlu ditabur adalah bergantung kepada kesukaan korang. Boleh juga campurkan coklat chips tu dalam adunan kek tadi. Bakar selama lebih kurang 40 minit atau hingga kek masak.

Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan
Kek Pisang hasil air tangan YY

Cuba bandingkan rupa Kek Pisang YY dengan Kak Roha. YY punya kek cerah sikit nampak gayanya kan? Banyak pakai krim pemutih gamaknya. Hehe! Takdelah. Ni gambar masa first time buat. YY time tu pegi letak tiga biji pisang aje. Kelakar bila teringat. Tulah, nak menderhaka sangat. Ambik kau! Pastu second time buat, YY gandakan jumlah pisang lenyek tu. Alhamdulillah menjadi.

Korang pun boleh buat Kek Kurma gunakan bahan yang sama tau. Just tukar pisang pada kurma aje. YY dah pernah buat juga. Tapi tak teringat nak ambil gambar. Lagipun tak jalan Kek Kurma kat rumah ni. Sekali tu dulu aje buat. Pastu tak pernah dah buat.

Okaylay korang ye. Rasanya sampai sini ajelah bebelan YY untuk hari ni. Moga next entri korang dah boleh baca cerita Syawal kami di Kuala Lipis, Pahang. Till then, Assalamualaikum (^_^)

Resepi lain yang harus dicuba
Cara Membuat Donat Simple
Resepi Kek Tok Gajah!
Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Marble Bakar
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan

16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan

6:55:00 am Yana Yani 13 Comments

Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan | Salam 8 Syawal semua! Entri ni dah lama terperuk dalam draft. Sementara nak dapatkan mood bercerita sambutan Syawal kali ni, YY share dulu resepi Kek Minyak mengunakan sukatan cawan ni. YY suka buat kek atau yang seangkatan dengannya menggunakan sukatan cawan. Lebih mudah berbanding measurement lain. Lagipun YY bukan pro. Saje sesuka (^_^)

Resepi asal YY perolehi daripada MyResipi.

Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Bahan-bahan yang diperlukan

Meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan

- Lima (5) biji telur
- 3/4 cawan gula halus
- Dua (2) cawan tepung naik sendiri. Boleh gunakan tepung gandum yang diayak bersama satu (1) tbsp baking powder.
- Satu (1) cawan susu pekat
- Satu (1) tbsp ovallate
- Satu (1) cawan minyak masak
- Satu (1) sudu teh esen vanila
- Sedikit perasa apa-apa sahaja ikut suka. YY guna perasa ros

Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Pastikan peralatan lain sudah sedia sebelum memulakan proses mengadun

Sebelum nak memulakan proses mengadun tu, pastikan oven dipanaskan mengikut kesesuaian suhu. YY biasanya gunakan suhu 180C untuk bakar kek. Pastikan juga loyang bersaiz 8" x 8" telah dileserkan dengan marjerin ataupun mentega. YY saje letak aluminium foil pada loyang tu bagi senang nak angkat. Maklumlah, bukan pro kan.

Pastu bolehlah mula mengadun. Memula sekali pukul telur dengan ovallate sampai kembang. Pastu masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi buat seketika. Masukkan pula minyak masak dan perasa yang kita suka tadi. Agak dah rata, masukkan tepung naik sendiri tadi sedikit demi sedikit.

Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Bahagikan kepada tiga adunan warna. Warna ikut kesukaan

Bila dah siap bancuh tu, bahagikan kepada tiga warna mengikut kesukaan korang. YY dah pernah buat lebih daripada tiga warna, macam kurang cantik pula. Dia macam bersepah. Serabut mata nengoknya. Hehe! Tiga warna nampak lebih cantik.

Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Rupa adunan yang telah dituang secara berselang-seli

Lepas tu warna tadi korang tuang dalam loyang yang telah dileserkan dengan marjerin atau mentega tadi secara berselang-seli.

Korang mungkin boleh mulakan dengan warna merah. Tuang sedikit warna merah pada loyang. Pastu tuang pula warna hijau pada merah tadi diikuti warna biru. Ulang steps ni sampai habis korang punya adunan. Dia jadi macam dalam gambar dekat atas. Ni yang bukan pro buatlah. Kalau pro, lagi cantik (^_^)

Pastu masukkan dalam oven yang telah dipanaskan tadi.

Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Rupa Kek Minyak yang sudah siap dibakar

Macam ni lah rupa Kek Minyak yang sudah siap dibakar. Ada orang panggil kek ni, Kek Pelangi. Kek ni menggantikan penggunaan marjerin ataupun mentega. Agak mudah tapi kena pastikan bahan adunan betul-betul kembang, nanti kek bantat. Terlebih kembang pun tak boleh juga. Kena pandai adjust. Tak reti juga YY nak explain. Hehe!

Tekstur dia akan jadi gebu kalau kena gaya pembuatan. Seronok kalau menjadi tau (^_^)

Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
YY suka buat kek sebab dak Aisyah ni lah (^_^)

Anak YY si Aisyah cukup gemar dengan kek ni. Lagipun memang dia aje yang kerap balun kek yang YY buat. Sedap kata dia. Tapi YY tak berapa gemar perasa ros dalam adunan kek ni. Next time nak cuba perasa lain pula. Tapi saudara MyChintaHati yang kebetulan singgah rumah YY sebab nak jengah rumah baru kami, kata sedap kek YY. Habis separuh loyang juga diorang bedal.

Kembang jugalah YY dibuatnya. Maklumlah bukan selalu dapat pujian kan (^_^)

Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Antara makcik pakcik dan sepupu MyChintaHati yang datang

YY lebih suka buat kek berbanding biskut sebab dia sekejab aje. Adun pastu bakar. Kalau buat biskut, berpeluh ketiak nak mengulang langkah sampai siap. Memang kebiasaannya makan masa yang agak panjang. Letih wei! Ni anak YY sibuk suruh buat biskut pula. Nanti ada masa YY share ye cara buat biskut pula. Tunggu mood rajin.

Cukup takat ni aje. Moga ketemu di lain entri. Assalamualaikum (^_^)

Resepi lain yang harus dicuba
Cara Membuat Donat Simple
Resepi Kek Tok Gajah!
Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Marble Bakar
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan

13 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...