Ciri Menarik Telefon Pintar ZTE Blade V7 Lite

7:11:00 am Yana Yani 22 Comments

Ciri Menarik Telefon Pintar ZTE Blade V7 Lite | Telefon sejak mula dicipta oleh Alexander Graham Bell pada 1876 telah melalui pelbagai evolusi. Salah satu daripada evolusi tersebut adalah telefon pintar yang mempunyai tambahan pelbagai ciri moden. Kini dalam dunia tanpa sempadan, telefon pintar merupakan satu keperluan. Maka tidak hairanlah sekiranya syarikat yang mengeluarkan telefon pintar berlumba-lumba mengeluarkan model dengan pelbagai ciri dan spefikasi.

Hari ini YY nak bercerita mengenai telefon pintar keluaran China yang mula mendapat tempat dikalangan pengguna tempatan. Kemampuan jenama ini menawarkan pelbagai ciri dengan teknologi terkini, membuatkan ia mula menjadi buruan. Paling menarik ia ditawarkan pada harga yang jauh lebih murah berbanding jenama negara lain seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Jenama yang YY maksudkan adalah Zhongxing Telecommunication Equipment atau lebih dikenali sebagai ZTE. ZTE baru-baru ini melancarkan telefon pintar keluaran terbaru mereka yang dikenali sebagai Blade V7 Lite.

Ciri Menarik Telefon Pintar ZTE Blade V7 Lite
Harga rendah tapi mempunyai ciri yang menarik

Firstly YY sangat kagum dengan ZTE Blade V7 Lite kerana ia mempunyai pelbagai aksesori menarik terutama part reka bentuk nipis dari kemasan keluli. Malahan paparan skrin bersaiz lima inci 720p 2.5D dan dengan kaca sisi melengkung, mampu memberikan kepuasan untuk pengguna menonton video mahupun bermain permainan video. Ditambah pula ciri imbasan cap jari bagi meningkatkan ciri keselamatan.

Harga yang ditawarkan juga serendah RM669. Tapi berita baiknya, Blade V7 Lite kini dijual dengan harga promosi serendah RM495 pada tempoh tertentu di Lazada Malaysia. Jimat 26% tu! Lebih menarik, walaupun dengan harga jauh lebih rendah, Blade V7 Lite tampil dengan spesifikasi penuh berbanding telefon pintar lain di pasaran. Best betul!

Dari segi keupayaan kamera, penggunaan 13 megapiksel yang tajam dan terang serta kamera hadapan dengan kuasa lapan megapiksel berserta dual flash mampu membantu mengambil gambar selfie dengan lebih baik.

Untuk blogger seperti YY, keupayaan kamera seperti ini sememangnya ciri yang paling disukai. Seronok nak ambil gambar kalau camni. Bertambah menarik, storan dalam Blade V7 Lite ni pun, 16GB tau! Awesome!

Ciri Menarik Telefon Pintar ZTE Blade V7 Lite
ZTE Blade V7 Lite mempunyai keupayaan kamera yang menarik!

YY juga difahamkan bahawa Blade V7 Lite turut membawakan rangkaian LTE sebagai medium utama untuk capaian kelajuan. Ia juga tampil dengan dual kad sim dan dijanakan dengan kuasa pemprosesan 1.3Ghz quad-core MediaTek MTK6735P berserta 2GB RAM. Ia juga menggunakan platform Android 6.0.

So daripada apa yang YY dah rumuskan ni, ternyata ZTE Blade V7 Lite bukan sahaja menawarkan telefon pintar biasa tetapi lebih daripada itu! Dengan pelbagai ciri-ciri terbaik dan menarik yang dibekalkan oleh ZTE Blade V7 Lite, ia membolehkan pengguna menikmati peranti berteknologi tinggi dengan harga lebih rendah. Cepat dapatkan!

Layari ZTE Devices Malaysia untuk maklumat lanjut.

-----------------------------

This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. ZTE Blade V7 Lite and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

22 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Penyakit, Rawatan dan Persatuan Hydrocephalus di Malaysia

7:43:00 am Yana Yani 20 Comments

Penyakit, Rawatan dan Persatuan Hydrocephalus di Malaysia | Penyakit hydrocephalus adalah nama yang cukup asing bagi kebanyakkan di antara kita. Kurangnya pendedahan menyebabkan penyakit ini dianggap sebagai sesuatu yang mustahil untuk dirawat. Buktinya ketika kecil YY pernah melihat atau mendengar jiran mempunyai masalah yang sama. Tapi mereka semua meninggal pada usia muda kerana ibubapa mereka tidak mengetahui wujudnya rawatan khusus untuk penyakit tersebut.


Apakah Hydrocephalus?

Secara ringkas, hydrocephalus berasal daripada dua perkataan Greek iaitu "hydro" yang bermaksud air. Sementara “cephalus” pula bermaksud kepala. Dalam bahasa mudah, ia merujuk kepada lebihan "air" yang juga dikenali sebagai cecair putih atau cerebrospinal fluid (CSF) yang terdapat di dalam kepala. CSF wujud dalam setiap otak manusia yang bertindak sebagai pelindung otak dan jaringan spinal cord dari tercedera.

Penyakit, Rawatan dan Persatuan Hydrocephalus di Malaysia
Perbezaan otak normal dan penghidap Hydrocephalus

Penyakit hydrocephalus terbahagi kepada dua keadaan iaitu "Communicating" di mana sistem ventrikel tersumbat namun CSF masih boleh mengalir. Sementara "Non-Communicating" pula merujuk kepada keadaan di mana sistem di ventrikel tersumbat dan CSF terhalang dari melalui ventrikel.

Apakah punca penyakit Hydrocephalus ini?

Hydrocephalus boleh terjadi melalui pelbagai faktor. Antaranya ketika pembentukan janin di dalam kandungan atau secara on set iaitu secara tiba-tiba. Malahan ia boleh berlaku secara kronik seperti kelahiran pra matang, kecederaan, jangkitan pada otak, tumor dan trauma.

Baca: Perjalanan Kehidupan Irdina Ariana

Keperluan pemakaian Shunt

Shunt merupakan sejenis peralatan seperti tiub yang disalurkan melalui otak ke bahagian bawah badan. Peralatan ini dimasukkan ke dalam badan pesakit melalui pembedahan. Pemakaian shunt perlu bagi membolehkan CSF yang berlebihan di dalam otak dipindahkan atau dikeluarkan. Ia juga bertujuan mengurangkan tekanan kepada tengkorak pesakit sekaligus mengelakkan ia dari terus membesar.

Penyakit, Rawatan dan Persatuan Hydrocephalus di Malaysia
Ilustrasi pemakaian shunt

Segelintir ibubapa yang mempunyai anak menghidap hydrocephalus sering dihidangkan dengan cerita yang tidak benar mengenai keperluan shunt. Ia sekaligus menyebabkan mereka takut untuk membenarkan anak mereka dibedah. Malahan ada yang lebih rela memilih rawatan alternatif atau membiarkan kepala anak mereka membesar tanpa sebarang rawatan.

Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia (PPHM)

Kurangnya kesedaran mengenai penyakit dan rawatan hydrocephalus menyebabkan ahli keluarga pesakit tekad menubuhkan Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia (PPHM). Ia bertujuan bagi berkongsi pengalaman ahli keluarga pesakit disamping memberi kesedaran kepada umum tentang hydrocephalus sekaligus membawa mesej tentang perlunya pemakaian shunt dan betapa pentingnya mendapatkan rawatan awal.

Penyakit, Rawatan dan Persatuan Hydrocephalus di Malaysia
Antara kempen yang dijalankan bagi mengumpul dana

PPHM juga ditubuhkan untuk menjaga kebajikan pesakit hydrocephalus di Malaysia dengan membantu ibubapa yang kurang berkemampuan untuk membiayai kos rawatan anak-anak mereka antaranya seperti membeli shunt. Penubuhan persatuan ini juga mendapat sokongan penuh Jabatan Neurosurgeri Hospital Besar Kuala Lumpur.

PPHM bergerak aktif sejak penubuhannya pada 17 Jun 2015 dengan pelbagai program dan kempen yang dijalankan bagi mengumpul dana untuk persatuan. Atas usaha PPHM, setakat ini mereka berjaya mengumpulkan seramai 100 orang berdaftar sebagai ahli.

Penyakit, Rawatan dan Persatuan Hydrocephalus di Malaysia
Antara ahli berdaftar Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia

PPHM juga berharap dengan kewujudan program seperti #jomdaftar “we concerned and we care” yang kebiasaannya berlangsung sepanjang bulan September, bulan kesedaran Hydrocephalus dapat menarik minat lebih ramai ibubapa atau ahli keluarga pesakit hydrocephalus untuk mendaftar. Malahan dengan bantuan teknologi, menjadi ahli PPHM juga kini boleh dilakukan secara dalam talian, Daftar PPHM

Sekiranya korang berminat untuk menjadi salah seorang penyumbang dana kepada PPHM, korang boleh lakukan melalui maklumat di bawah.

Penyakit, Rawatan dan Persatuan Hydrocephalus di Malaysia
Sumbangan boleh disalurkan melalui maklumat ini

Untuk maklumat lanjut mengenai PPHM atau apa sahaja mengenai hydrocephalus boleh hubungi maklumat yang YY sediakan di bawah.


Entri ini juga tidak akan terhasil tanpa bantuan maklumat yang diberikan oleh pihak PPHM, khususnya Pengerusi PPHM sendiri, Puan Azah Hana dan juga team PPHM. Diharap dengan sumbangan kecil ini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit, rawatan dan persatuan hydrocephalus di Malaysia.

YY juga dimaklumkan bahawa pihak PPHM memerlukan sukarelawan yang mempunyai bakat menulis untuk menulis atau berkongsi artikel di website rasmi PPHM. Mereka yang mempunyai bakat dalam rekaan grafik juga amat dialu-alukan. Sekiranya berminat untuk menjadi sukarelawan boleh hantarkan maklumat kepada hydrocephalus.my@gmail.com

20 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pemenang Segmen Mudah | Sempena Ulang Tahun Kelahiran Yana Yani

7:43:00 am Yana Yani 22 Comments

Pemenang Segmen Mudah | Sempena Ulang Tahun Kelahiran Yana Yani | Hari ini seperti yang dijanjikan, YY sangat berbesar hati untuk mengumumkan tiga orang pemenang bagi Segmen Mudah yang YY anjurkan sebelum ini. Segmen ini mendapat tajaan bersama Handsock Besar Malaysia. So siapakah pemenang bertuah bagi segmen ini?

Sebelum pemenang diumumkan, YY nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua nama di bawah kerana sudi meluangkan masa untuk menyertai segmen ini.

Pemenang Segmen Mudah | Sempena Ulang Tahun Kelahiran Yana Yani
Senarai nama peserta yang menyertai

Pemilihan pemenang telah dilakukan secara manual oleh YY dan anak-anak. Sila tengok video untuk melihat pemenang bagi Segmen Mudah | Sempena Ulang Tahun Kelahiran Yana Yani. Tahniah buat yang tersenarai sebagai pemenang. Bagi yang tidak tersenarai tu, jangan berkecil hati ye. Cuba lagi di masa akan datang.


Buat ketiga-tiga pemenang, sila lihat email masing-masing. YY sudah emailkan mengenai pengumuman ini kepada ketiga-tiga pemenang. Sila respond dalam masa tiga hari mulai dari hari ini bagi urusan penghantaran hadiah. Untuk makluman, urusan penghantaran hadiah akan dilakukan oleh Handsock Besar Malaysia.

Tahniah sekali lagi buat ketiga-tiga pemenang (^_^)

22 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Perjalanan Kehidupan Irdina Ariana

7:34:00 am Yana Yani 22 Comments

Perjalanan Kehidupan Irdina Ariana | Secantik namanya, begitulah juga keistimewaan yang dimilik oleh pemilik nama Irdina Ariana ini. Ujian yang diberikan buat insan kecil berusia 15 bulan ini menjadikan Adik Yana seorang yang sangat istimewa. YY sangat berbesar hati membawa kisah perjalanan kehidupan Adik Yana ke pengetahuan umum.

Moga dengan sumbangan yang kecil ini mampu memberi kesedaran bahawa masih ramai kanak-kanak di luar sana yang mempunyai nasib yang sama seperti Adik Yana.

Perjalanan Kehidupan Irdina Ariana
Adik Yana bersama Kak Long, Irdina Sofea

Anak kepada pasangan Syahirul Imran dan Marlia ini dilahirkan normal pada 23 Februari 2015. Pada ketika itu tiada apa yang membezakan Adik Yana dengan bayi lain. Tapi takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat menduga. Episod perjalanan kehidupan Adik Yana berubah apabila Adik Yana menginjak ke usia lapan bulan.

Pada ketika itu perkembangan Adik Yana tidak selari dengan bayi seusia. Adik Yana disahkan menghidap Hydrocephalus atau lebih dikenali sebagai lebihan air di dalam kepala.

Baca: Penyakit, Rawatan dan Persatuan Hydrocephalus di Malaysia

Perjalanan Kehidupan Irdina Ariana
Perbezaan otak kanak-kanak normal dan penghidap Hydrocephalus

Dalam kes Adik Yana, dia menghidap penyakit yang dikenali sebagai Dandy Walker Malformation Hydrocephalus. Dalam bahasa mudah, ia merujuk kepada kecacatan kekal pada perkembangan otak, terutamanya pembangunan otak kecil. Ia merupakan keadaan di mana otak kecil yang merupakan penyelaras pergerakan, tidak wujud atau sangat kecil.

Rongga berisi cecair antara spinal dan otak kecil mewujudkan hydrocephalus. Abnormaliti ini menimbulkan masalah dalam pergerakan, koordinasi, akal, perasaan, dan fungsi saraf yang lain.

Perjalanan Kehidupan Irdina Ariana
Adik Yana bersama Ibu, Marlia

Untuk setiap pesakit seperti Adik Yana, mereka memerlukan pemakaian shunt. Shunt merupakan sejenis peralatan seperti tiub yang dimasukkan ke dalam kepala sehingga ke bawah badan bagi melancarkan pengaliran cecair yang terdapat di dalam otak. Pemakaian shunt perlu bagi mengelakkan cecair terus memenuhi ruangan kepala yang boleh mendatangkan maut.

Perjalanan Kehidupan Irdina Ariana
Cara pemakaian shunt

Pemakaian shunt bergantung kepada kesesuaian dan keperluan pesakit. Bagi Adik Yana, dia sudah melalui dua kali episod pembedahan pemakaian shunt. Kali pertama ia dilakukan pada penghujung 2015. Malangnya shunt tersebut bermasalah dan menyebabkan ia perlu dilakukan sekali lagi pada Mac 2016.

Sykuru Alhamdulillah, pembedahan untuk kali kedua berjaya. Hopefully ia adalah yang terakhir. Buat masa sekarang Adik Yana memerlukan follow up secara bulanan di bahagian neurology dan physiotherapy.

Perjalanan Kehidupan Irdina Ariana
Adik Yana bersedia untuk pembedahan kedua

Melihat kondisi Adik Yana, YY sebak sebab YY yakin tiada sesiapa mahukan perkara seperti ini berlaku dalam keluarga dan kehidupan mereka. Apatah lagi penyakit yang dihidapi boleh meragut nyawa sekiranya tanpa rawatan yang betul. Secara jujurnya, YY tidak dapat membayangkan YY berada di tempat mereka.

Tapi YY yakin bahawa ALLAH adalah sebaik-baik perancang. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Bagi Adik Yana dan keluarga, perjalanan mereka telah ditetapkan sebegini haluannya. Mereka adalah insan terpilih untuk menghadapi ujian ini.

ALLAH tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia mendapat dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir" - Surah Al-Baqarah Ayat 286

Perjalanan Kehidupan Irdina Ariana
Wajah ceria Adik Yana selepas pembedahan kedua

Sepertimana parents lain di dunia ini, parent Adik Yana juga mahukan Adik Yana membesar dengan normal sepertimana kanak-kanak lain. Mereka berharap Adik Yana mampu berjalan walau mereka sedar ia pasti akan mengambil masa yang lama untuk melihat ianya berlaku.

Tapi ianya tidak mustahil kerana menurut Ibu Adik Yana, Adik Yana hanya mempunyai masalah dengan lower body. Bahagian atas badan Adik Yana seperti pendengaran, penglihatan dan pertuturan adalah normal seperti kanak-kanak lain.

So, marilah kita berdoa untuk kesejahteraan dan kekuatan Adik Yana sekeluarga. Semoga dengan doa kita mampu menjadikan harapan parent Adik Yana menjadi kenyataan. Siapa tahu, mungkin juga dengan doa kita mampu membuatkan keluarga ini terus cekal dan tabal menghadapi hari mendatang.

Perjalanan Kehidupan Irdina Ariana
Jelas terpancar kecerian wajah mereka sekeluarga

Selain daripada kelurga ini, terdapat ramai lagi keluarga lain yang mempunyai anak yang menghadapi masalah seperti Adik Yana. Malahan ada yang lebih teruk daripada Adik Yana dan memerlukan pembiayaan kos rawatan. Sekiranya ingin menyumbang, boleh menyumbang terus kepada Persatuan Hydrocephalus Malaysia (PPHM) melalui nombor akaun di bawah.

Untuk makluman, PPHM merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh kalangan ahli keluarga pesakit hydrocephalus sendiri.

Perjalanan Kehidupan Irdina Ariana
Mendermalah mengikut kemampuan

Semoga dengan perkongsian cerita Adik Yana ini akan membuka mata lebih ramai pihak tentang penyakit hydrocephalus. Sekiranya mempunyai keluarga atau kenalan yang menghadapi masalah yang sama, galakan mereka untuk mendapat rawatan awal. Insya ALLAH, akan ada sinar di peghujung jalan.

Bacaan lain: Perjuangan Muhammad Izzsyraq Azraq

22 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam

7:46:00 am Yana Yani 18 Comments

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam | MyChintaHati bukan seorang manusia yang suka merancang sesuatu perjalanan. Dia jenis on the spot bila bercerita bab berjalan ke sesuatu tempat. Biasanya kalau dia buat lagu ni, memang kes naya sebab YY jenis plan ahead. Memang kebiasaanya kelam kabut bila dia buat perangai on the spot dia. Nak dijadikan cerita satu hari tu, kami bersarapan di luar.

Lepas makan MyChintaHati bawa kami ronda. Kebetulan kami lalu Seksyen 7, Shah Alam. YY tiap kali lalu Seksyen 7 mesti dok ajak MyChintaHati singgah Laman Seni. MyChintaHati biasa buat tak dengar aje. Tapi hari tu YY tak ajak singgah sebab pakai selebet aje. Entah apa mimpi MyChintaHati hari tu, dia boleh singgah Laman Seni tu korang tau! Haru betul!

Mulalah YY rasa menyesal tak pakai semegah sikit sebelumnya. Ni kalau terjumpa peminat misteri ke, mau naya! Biasanya time kita pakai tak molek ni lah terjumpa orang tu, terjumpa orang ni. Time pakai cun, takdelah pula terjumpa sesapa. Menci tau!

Dalam rela tak rela tu, turun jugalah dari kereta. Kang kesayangan hamba ni mogok tak nak ajak berjalan, lagi kes naya kan? Hehe! Afif time nampak tempat tu, dia paling excited! Boleh semua tempat dia nak bergambar. Pula tu pandai pula dia nak posing!

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam
Bukan main lagi Afif dengan Aisyah beraksi

Bagi sesiapa yang belum tahu, Laman Seni ini terletak di Lorong Belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam. Lukisan mural yang terdapat di sini merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, dan boleh dilawati oleh pengunjung.

Lukisan mural di sini bertema dan berkonsepkan komuniti Shah Alam , tarikan pelancongan dan kehijauan. Sumber klik [Laman Seni 7]

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam
Suka lukisan mural yang ni. Unik

Yang berjiwa seni pasti faham apa yang cuba disampaikan oleh pelukis melalui konsep yang cuba diketengahkan. Orang macam pula YY hanya nampak "cantik" tanpa memahami maksud tersirat yang disampaikan.

Malangnya lukisan di sini dah agak pudar dan kurang menarik berbanding ketika ianya mula dibuka kepada orang ramai. Tapi ianya langsung tidak memudarkan semangat anak-anak YY terumatanya Afif. Ada aje gaya dan aksi yang dia lakukan. Semuanya dia mahukan YY rakam dan publish di blog.

Contoh macam gambar bawah ni. Dia suruh YY ambil dan buatkan ianya seolah dia berada dalam sebuah games. Tergaru juga kepala memikirkan caranya. Nak ambil gambar ikut sudut yang betul pun tak reti. End up YY hentam aje! (^_^)

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam
Afif kata dia tengah dalam games. Tapi Mama tak pandai snap! Hehe!

Gambar bawah ni pula dia kata dia tengah azan sebab dia dalam masjid. YY kata dalam masjid mana boleh pakai seluar pendek. Dia jawab balik, "Ni masjid tipu-tipu. Boleh aje"

Yang si Aisyah pula dok sibuk berdiri depan Abang dia. YY pun tanyalah nape dia buat gitu. Dia jawab dengan penuh confident, "Adik naik keretapi ni!"

Adui! Face palm Mama mendengar jawapan memasing.

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam
Memasing dengan idea memasing

Time ni Afif kata dia tengah berlakon cerita Avengers. Dia jadi Hulk katanya. Bila dia tumbuk cermin, cermin habis berkecai. "Kenapa tak hijau pun Hulk nya?" tanya YY. "Yang ni Hulk hitam" jawab Afif bersahaja. Hehe! Layankan ajelah.

"Adik pula buat apa Dik?" tanya YY bila dok tengok dia tersengih aje depan cermin. "Adik tengok cermin aje" jawab dia selamba. Perempuan dan cermin, berpisah tiada (^_^)

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam
Tengah marah katanya sampai pecah cermin

Penat juga dok keliling tempat ni. Ada banyak juga lukisan mural di keliling lorong belakang tu. Walau kebanyakkan lukisan kelihatan pudar disebabkan faktor cuaca. Ia masih menarik untuk dilihat dan dihayati. Tak rugi juga ke sini. Cuma rasanya ia perlu dibaik pulih bagi mengekalkan daya tarikan pengunjung ke sini.

Lepas dah puas ronda tu, MyChintaHati ajak ke Jakel. Nak survey kain katanya. Time selebet camnilah dia nak bawa bini dia ke banyak tempat tau. Time cun melecun dia pusing-pusing gitu aje. Nasib nafsu nak baju raya lagi tebal dari malu. Hehe!



Next following week kami ke Jakel lagi. Kami kasi bocor poket MyChintaHati. This time YY dah well prepared. Pakai pun comel sikit dari sebelumnya. Kot lah dia tergerak hati nak bawa kami ke mana-mana lepas tu. Tapi kan, sebab poket dia punya bocor agak besar, maka kami balik ke rumah terus lepas tu. Hampeh!

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam
Wajah-wajah ceria lepas dapat shopping katanya. Hehe!

So begitulah ceritanya bila lawa orang tak bawa jalan, tapi tak lawa kena bawa jalan. Eh tadi bukan cite pasal Laman Seni ke? Apa kena mengena lawa ke tak lawa dak? Lantaklah! Penat perah idea ni! Janji dah sampai ke penghujung cerita! Hehe!

Moga kita bertemu lagi di lain entri. Bye korang! Assalamulaikum (^_^)

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bertambah Lagi Usia

6:12:00 pm Yana Yani 16 Comments

Bertambah Lagi Usia | Pejam celik, sedar-sedar dah bertambah lagi usia. Cepat betul masa berlalu. Mak YY selalu pesan pada YY dan adik-adik. Dia kata, makin bertambah usia, makin hampir kita dengan kematian. Dia selalu dok ingatkan kami enam-beradik untuk menjadi lebih baik dari semalam. Tapi manusia kan, hari ini rasa takut bila sebut pasal mati, besok lupa. Nipis betul keimanan.

Well, semalam adalah hari di mana YY terasa sedikit glamour. Okay jujur! Banyak juga sebenarnya. Hehe! Mananya tidak korang oi! Tak berhenti notification masuk. Benda yang kebiasaannya berlaku setahun sekali. Merasalah kejab perasan jadi retis dengan segala ucapan selamat dan doa yang tak putus-putus. Sampai ke malam sengih memanjang. Hehe!

Bertambah Lagi Usia
Tua sudah!

Apapun terima kasih di atas segala ucapan dan doa. Sejujurnya YY sangat hargai setiap ucapan dan doa yang diberikan. Moga termakbul setiap doa korang آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

Dapat ucapan pun dah cukup merubah hari YY. Bayangkan pula bila dapat hadiah? Balik dari kerja semalam, tengah dok sibuk sediakan makan malam, tiba-tiba Afif kata, "Mama, ni ada hadiah untuk Mama"

Nampak aje hadiah yang selongok atas meja, terasa sangat-sangat seronok! Tak terluah dia punya rasa seronok tu terutama bila anak sendiri yang bagi hadiah. Terasa sangat dihargai dan of course, priceless!

Bertambah Lagi Usia
Pandai Afif pilih hadiah ikut kesukaan Mama

"Banyaknya Afif bagi Mama hadiah ni. Kan Mama bagi duit suruh Afif makan. Kalau dah beli banyak macam ni, Afif makan apa Sayang?" tanya YY sambil dok teruja membelek tiap satu hadiah yang diberikan. Pandai pula dia belikan benda yang memang kesukaan Mama dia.

"Afif tak beli sekaligus. Afif beli satu hari satu" kata dia sambil menjelaskan setiap satu barang tu bernilai RM1 dan dia beli setiap hari selama lima hari. Sweet betul anak bujang Mama ni! Hehe!

Apapun ucapan terima kasih yang sebenar terutama apabila melibatkan hari lahir ni harus diberikan buat kedua ibubapa YY. Tanpa mereka, tiadalah YY yang korang kenali dalam dunia maya.

Buat Mak dan Abah, terima kasih kerana melahirkan Along yang cun dan gorgeous ni. Terima kasih kerana membesarkan Along dengan penuh kasih sayang. Terima kasih untuk setiap jerih payah sepanjang membesarkan Along. Terima kasih untuk segalanya. Tak termampu Along nak membalas walau dengan segala harta di dunia. Sayang Mak dan Abah selamanya.

Terima kasih banyak-banyak untuk korang juga yang sedang membaca ni (^_^)

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)" - Surah Al-Ahqaaf Ayat 15

16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 2

4:31:00 pm Yana Yani 18 Comments

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 2 | Selepas Maghrib, kami menyambung kembali aktiviti yang dirancang sempena percutian kami di Port Dickson (PD). Malam tu aktivitinya lebih kepada makan dan bersantai. Dapat pula makan hidangan barbecue yang sudah agak lama tidak dinikmati, memang best! Pertama kali YY terlibat sama sebagai tukang kipas. Tu pun kejab aje sebab terasa nak tercabut skru tulang dibuatnya.

Baru ku tahu susah rupanya nak menyediakan hidangan barbecue. Selama ni jadi tukang lahap aje. Hehe! Anyway, aktiviti membakar tu berlarutan sehingga ke tengah malam. Sambil makan, ada juga acara penyampaian hadiah. Banyak kami dapat malam tu sebab setiap seorang dapat satu. Ditambah pula dengan lucky draw, memang lebar punya senyum YY bagi. Mana tidaknya, penuh stok Tupperware! Hehe!

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 2
Antara hero yang bergilir mengipas dan membakar

Selepas selesai aktiviti malam tu, kami mula mengemas dan beransur pulang ke apartment masing-masing, Letih ditambah dengan kekenyangan menyebabkan bantal adalah benda paling dicari.

Kalau petangnya seperti yang diceritakan di sini, sudah ada peristiwa yang mencemaskan. Malamnya pula terjadi satu lagi peristiwa yang mengerikan walau ia bukan melibatkan sesiapa pun di dalam trip kami. Tak lama selepas menutup pintu bilik, kedengaran seseorang mengetuk pintu bilik kami dengan agak kuat. Macam nak roboh pintu dibuatnya.

"Khairul! Kau dah tidur ke wei? Ada orang mati!" jerit Fahmi, kawan kepada MyChintaHati.

Bergegas kami keluar dari bilik apabila diberitakan tentang seorang wanita jatuh dari tingkat lima apartment yang sama. MyChintaHati turun ke bawah bersama Fahmi. Sementara YY dan isteri Fahmi, hanya melihat dari beranda. Kami berada di tingkat dua dan dapat lihat dengan jelas mayat yang dalam keadaan tertiarap.

Mujur gelap, so darah yang banyak tak begitu kelihatan. Lagipun jiwa YY tak cukup kuat nak tengok darah mengalir. Boleh pengsan dibuatnya (^_^)

Keratan akhbar mengenai kejadian

Pertama kali seumur hidup melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana pihak polis melakukan siasatan terhadap kematian seperti itu. Tangkas mereka bekerja walau dalam keadaan gelap. Tangisan kenalan mangsa sambil merangkul mayat yang berlumuran darah, amat meruntun jiwa. Perginya seseorang yang dikenali ketika masing-masing ingin berseronok memang sukar diterima.

Pada mulanya kami sangkakan mangsa mati bunuh diri. Tapi sebaliknya yang berlaku. Rasanya tak molek untuk diceritakan peristiwa sebenar di sini. Dia pun dah selamat bertemu dengan Pencipta. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Yang pasti, peristiwa itu merupakan antara seribu satu kenangan yang kami perolehi sepanjang berada di PD.

Anyway, besoknya di awal tengahari, kami beransur pulang.

Kami bercadang nak pergi ke Rumah Terbalik Port Dickson pada awalnya. Tapi terpaksa dibatalkan sebab Afif demam. Rancangan ditukar ke KLIA 2. Sengaja ke situ sebab ada seorang kawan MyChintaHati nak tengok kapal terbang. Kami sekeluarga pun baru kali ketiga ke lapangan terbang. Tengok kapal terbang secara dekat pula adalah pertama kali. Belum mempunyai rezeki untuk merasai sendiri pengalaman menaiki kapal terbang setakat ini. Mungkin satu hari nanti (^_^)

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 2
Dapat tengok ni aje dari jauh.
Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 2
Memasing tak boleh buka mata sebab cuaca terlalu panas. Hehe!

Kami mula bergerak pulang apabila Afif semakin bising. Dengan keadaan cuaca yang panas terik ditambah dengan keadaan kesihatan dia menyebabkan dia mula rasa tak selesa. YY belikan Afif aiskrim bagi mengurangkan rasa tak selesa. Alhamdulillah, surut panas pada badan dia tak lama lepas dia makan aiskrim. Siap ajak pergi taman permainan sebab dia dah mula rasa sihat.

Singgah sekejab di Shah Alam. Rupanya taman permainan di Taman Tasik Shah Alam dalam proses renovation. Tak dapatlah bebudak dua beradik tu nak main dekat situ. Tapi dalam tak dapat main pun, lama jugalah kami dekat situ. Orang pun agak ramai pada petang tu walau cuaca agak membahang.

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 2
Sempat lagi jelitawan Wak Arul ni berposing
Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 2
Ini orang makan aiskrim terus baik demam

So begitulah cerita mengenai seribu satu kenangan yang kami perolehi di PD. Entah bila dapat lagi peluang untuk bercuti di PD lagi. Banyak benda yang YY sendiri pelajari sepanjang trip kali ini. Mengajar YY untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. YY juga perlu sentiasa ingat bahawa kegembiraan boleh diragut tanpa sebarang petanda.

"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia" - Surah Al-Baqarah Ayat 117

Rasanya sampai di sini sahaja yang mampu YY coretkan pada kali ini. Insya ALLAH panjang umur, kita bertemu lagi di lain entri. Assalamualaikum (^_^)

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 1

7:21:00 am Yana Yani 16 Comments

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 1 | Kami sekeluarga sudah agak lama tak ke Port Dickson (PD). Kali pertama dan terakhir ke sana adalah pada tahun 2013. YY pernah ceritakan di sini dan di sini. Berbeza dengan sebelum ni, percutian kali ini dirancang sepenuhnya kerana bercuti bersama dengan rakan-rakan MyChintaHati. Ada seribu satu kenangan yang kami perolehi sepanjang percutian kali ini.

Afif dan Aisyah adalah manusia yang paling gembira ketika dikhabarkan ke mana destinasi percutian kami. Diorang punya level keterujaan tu sangat tinggi. Sampaikan berhenti di traffic light pun dikatakan melambatkan perjalanan (^_^)

Anyway, kami sampai di PD sekitar waktu makan tengahari.

Kalau sebelum ni berpayahan mencari tempat makan. Tapi kali ni semuanya sudah siap tersedia. Tinggal nak ngap aje. Syok betul! Pastu ada banyak aktiviti yang diaturkan. Next aktiviti adalah sukaneka yang dijadualkan selepas Asar. Bila diconggak, jauh juga jarak waktu antara Zohor dan Asar. Tapi disebabkan keadaan cuaca yang panas berdenting ketika tu, kami decided untuk duduk dalam apartment aje.

Masa yang dinanti oleh Afif dan Aisyah pun tiba. Masing-masing dah teruja sangat nak mandi kolam. Punya excited sampai berlari jauh meninggalkan YY dan MyChintaHati. Puaslah kami laki bini dok teriak suruh tunggu. Buat tak dengar aje! Tengok situasi tu, mulalah langkah YY pun agak laju diatur. Dah boleh dikategori berlari dah, bukan berjalan. Risau dengan dua-beradik yang tak menyabar tu.

Dalam keadaan yang diluar kawalan itu, berlakunya perkara yang sangat mencemaskan.

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 1
Aisyah selepas kejadian

Aisyah meluru menuruni dua anak tangga kolam khusus untuk kanak-kanak. Malangnya dia tidak menyedari ada lagi anak tangga lain yang perlu dituruni menyebabkan dia jatuh tertiarap. Peristiwa itu YY dapat lihat dengan jelas dari kejauhan. Kalau atas tanah boleh bangun, tapi dalam air? Tuhan ajelah tahu takutnya YY pada waktu tu. Perjalanan yang dekat pun terasa sangat jauh.

Dalam suasana panik, YY lupa beg yang YY sandang di bahu. YY terus masuk dalam air dan mengangkat Aisyah yang dalam posisi tertiarap di dalam air. Orang keliling pelik dok tengok YY masuk dalam kolam sekali dengan beg di bahu. Rupanya takde sorang pun perasan Aisyah jatuh dan hampir lemas. Hanya ketika Aisyah diangkat oleh YY barulah orang perasan dan mengerumuni kami.

Even Afif yang memasuki kolam terlebih dahulu juga tidak menyedari Adik dia yang hampir lemas. Dia kata dia ingat Adik dia tengah berenang. Sabar ajelah! Tapi yelah, benda bukan nak jadi.

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 1
Muka tak bersalah Afif

Aisyah menangis ketakutan dalam pelukan YY. Dia nak berdukung aje. Pulak tu dia tak mahu orang lain kecuali YY. Agak lama juga nak mententeramkan dia. Peristiwa itu juga mengakibatkan dia trauma. Langsung tak mahu masuk ke dalam kolam. Sebelum itu dia adalah manusia yang paling excited bila disebut kolam. Tapi lepas kejadian tu, kaki dia terkena air pun, dia menjerit macam orang nak bunuh dia.

Peristiwa itu juga mengakibatkan YY basah lencun. Pada asalnya YY berniat untuk tidak mahu basah sebab nak sertai acara sukaneka. Tapi terbasah juga. Tapi takpelah. Janji Aisyah selamat. Anyway, lepas semua dah okay, barulah teringat pasal beg yang YY bawa sekali dalam air. Mujur jenis kalis air. Kalau tak, mau arwah segala gajet dalam tu.

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 1
Aisyah yang ketakutan dan hanya mahu berdukung

Tak lama selepas tu, bermulalah acara sukaneka. Ada macam-macam jenis sukan yang diatur. Memang seronok. YY pun dah lupa bila kali terakhir YY merasai keseronokkan menyertai sukaneka seperti ini. Dengan family rakan-rakan MyChintaHati yang sangat supporting, menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 1
Afif begitu teruja dengan kemenangan pertama dia dalam sukaneka tu

Kami menang dua games daripada lima games yang dipertaruhkan. Kira hebatlah tu kan. Bukan senang nak menang tu. Hanya yang hebat seperti kami aje mampu lakukannya. Hehe! Nak juga tu!

Aisyah pun masa acara sukaneka ni turut serta. Hilang segala rasa takut yang dia alami sebelum tu. Dia juga antara tulang belakang yang menyumbang kepada kemenangan besar kami pada hari tu.

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 1
Aisyah pun participated juga. Thanks to her, kami menang lagi!

Kemuncak kekalahan kami adalah dalam acara mengumpul gelang getah dengan straw. Afif dia bukan gunakan straw untuk mengangkat gelang getah tu, tapi dia tiup. Adus! Tapi time ni adalah games paling kelakar. Macam-macam cara dan teknik digunakan oleh kami. Itu juga yang buatkan ianya sangat happening. Malangnya kebanyakkan di antara kami gagal.

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 1
Adus anak bujang sorang ni. Angkatlah sayang, bukan tiup

Seriously petang tu memang sangat menyeronokkan. Lupa sekejab peristiwa yang terjadi sebelum tu. Jelas terpampang keseronokkan di setiap wajah yang terlibat. Maklumlah, bukan selalu dapat melakukan aktiviti bersama keluarga dan rakan seperti tu. Bila dapat peluang, memang all out katanya! Hehe!

Menjelang Maghrib, acara sukaneka tamat. Malam tu selepas Isyak ada acara barbecue dan penyampaian hadiah. Malam tu juga berlaku satu lagi peristiwa yang tidak akan kami semua lupa. Percutian ke PD kali ini memang membawa seribu satu kenangan. Insya ALLAH, YY akan sambung cerita tersebut dalam entri akan datang.

Semoga kita bertemu lagi di lain entri. Assalmualaikum (^_^)

16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Segmen Mudah | Sempena Bulan Kelahiran Yana Yani

7:00:00 am Yana Yani 26 Comments

Segmen Mudah | Sempena Bulan Kelahiran Yana Yani | Sempena bulan kelahiran YY ni, YY nak buat satu segmen mudah untuk semua pembaca blog YY. Insya ALLAH kalau panjang umur, 18 Mei ni sudah hampir tiga dekad setengah YY menghirup udara di atas muka bumi ALLAH. Rasa dah macam-macam dilalui dan ianya banyak memberi pengajaran dalam mencari erti hidup.

Segmen ini dianjurkan sebagai tanda terima kasih di atas sokongan kalian semua sepanjang penglibatan YY dalam dunia blogger. Baik yang sudi meninggalkan jejak atau silent reader. Terima kasih (^_^)
Segmen Mudah | Sempena Bulan Kelahiran Yana Yani
Payah nak kelentong umur ni, pusing pun gitu juga (^_^)

Menariknya untuk segmen mudah kali ini, buat julung kalinya mendapat tajaan bersama Handsock Besar Malaysia (HBM). Untuk makluman, hand sock keluaran HBM ni berkonsepkan patuh syariat. Ia besar dan panjang. Boleh pakai dengan t-shirt biasa sebab ianya sampai ke bawah lengan. Kebiasaan hand sock yang ada di pasaran hanya setakat paras siku. Sangat selesa sebab diorang gunakan material Lycra.

Berikut adalah syarat penyertaan (Sila fahami dengan teliti)

1 - Terbuka kepada semua pembaca blog Diari Seorang Mama. Kalau korang bukan blogger pun boleh sertai. Janji ada akaun Facebook dan beralamat di MALAYSIA.

2 - Korang hanya perlu tinggal maklumat berikut diruangan komen. Sila tinggalkan komen sebagai Anonymous sekiranya korang tiada Google account

i. Link profile akaun Facebook korang (bagi mengesahkan penyertaan)
ii. Warna hand sock yang diminati (rujuk syarat no 4)
iii. Email

3 - Korang WAJIB Like Facebook page di bawah. Kegagalan melakukan syarat ini akan menyebabkan penyertaan korang terbatal secara automatik.


4 - Pilih satu warna hand sock yang korang berkenan berdasarkan gambar di bawah. Kalau korang berjaya, hand sock berdasarkan warna yang korang pilih (bergantung kepada stok) akan dihantar ke alamat yang diberikan.

Segmen Mudah | Sempena Bulan Kelahiran Yana Yani
Warna hand sock di atas bergantung kepada stok

5 - Tiga (3) pemenang dicari. Pemenang akan dipilih secara RAWAK. Setiap seorang pemenang akan mendapat satu (1) hand sock.

6 - Tarikh tutup penyertaan adalah pada Rabu, May 18, 2016 23:29 mengikut masa Kuala Lumpur di [sini]. Penyertaan selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan diterima. SEGMEN TAMAT

7 - Pemenang akan dimaklumkan melalui satu entri khas. Berikan YY sedikit masa untuk melakukan semakan dan undian. Insya ALLAH pemenang akan diumumkan paling lewat pada 25 Mei 2016.

8 - Senarai penyertaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di [sini]. Sila semak penyertaan untuk mengelakkan keciciran.

9 - Sebarang aktiviti kipas mengipas tidak akan dilayan kecuali ada yang nak bagi tiket percutian pergi dan balik ke Australia akan dipertimbangkan (^_^)

10 - Insya ALLAH kalau ada rezeki, hand sock berdasarkan warna yang korang pilih akan menjadi milik korang. All the best ye (^_^)

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani - Surah Al-Ahzab, ayat 59

26 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cantik Bergaya Bersama Uswah Islamic Clothing

6:54:00 am Yana Yani 12 Comments

Cantik Bergaya Bersama Uswah Islamic Clothing | USWAH Islamic Clothing bukanlah nama asing dalam dunia fesyen yang berkonsepkan patuh syariah. Syarikat yang beroperasi di dalam talian sejak 2013 ini cukup popular dikalangan penggemar tudung bawal mahupun shawl. Populariti yang diperolehi oleh USWAH Islamic Clothing hari ini memungkinkan syarikat ini membawa gaya berpakaian yang mengikut syarak menjadi trend di Malaysia mahupun dunia menjadi kenyataan.

Tidak perlu risau untuk kelihatan cantik dan bergaya dengan jenama USWAH kerana setiap tudung bawal dan shawl yang dijual adalah labuh dan patuh syariah.

Cantik Bergaya Bersama Uswah Islamic Clothing
Antara koleksi USWAH bagi Shawl Labuh
Cantik Bergaya Bersama Uswah Islamic Clothing
Antara koleksi USWAH bagi Tudung Bawal Bidang 60

Ketika ditawarkan untuk mencuba shawl jenama USWAH, YY memang tidak menolak walau terdetik kebimbangan kerana YY tidak begitu pandai menggayakan shawl. Tapi bila YY mencuba shawl Lorea Diamond Instant, tak sangka ianya cukup mudah dipakai. Shawl ini tidak memerlukan penggunaan pin yang banyak ketika pemakaian. Malahan ia juga menjimatkan masa kerana Lorea dibuat dengan material chiffon bubble yang iron-less. Paling penting sangat selesa!

Kalau tak percaya, cubalah tengok kecomelan empunya blog memakai Lorea Diamond Instant. Kalah model USWAH dibuatnya! Hehe! Warna yang YY pakai berdasarkan gambar dibawah adalah Haze.

Cantik Bergaya Bersama Uswah Islamic Clothing
Empunya blog pakai shawl Lorea. Comel kan? Hehe!

Selain daripada mengeluarkan tudung labuh bidang 60, shawl instant labuh dan bawal instant labuh, USWAH turut mengeluarkan pakaian seperti tunic labuh yang nursing-friendly, seluar jenis palazzo dan skirt satin yang sangat cantik dengan pelbagai design dan warna. Seriously, memang boleh buat kita jadi rambang mata bila dok tengok produk pakaian yang dikeluarkan oleh USWAH ni.

CANTIK sangat!

Cantik Bergaya Bersama Uswah Islamic Clothing
Antara koleksi USWAH bagi pakaian (tunik labuh)
Cantik Bergaya Bersama Uswah Islamic Clothing
Antara koleksi USWAH bagi seluar Palazzo dan Skirt

Lebih menarik, USWAH menggalakkan pembelian setiap produk yang dikeluarkan secara borong. Maknanya, lagi banyak korang beli, lagi banyak keuntungan yang korang boleh diperolehi. Menarik bukan? USWAH juga menyediakan peluang untuk korang menjana pendapatan dengan sistem drop ship dan stokis yang disediakan.

Melalui sistem ini, korang tidak perlu menyimpan stok atau mengeluarkan modal. Apa yang korang perlu buat adalah dengan hanya mempromosikan koleksi produk USWAH yang patuh syariah. Melalui cara ini korang boleh dapat komisen antara 10 sehingga ke 20 peratus! Siap terus tolak tau! Tu yang seronok dengar!

Bab pemasaran pun korang tak perlu risau. Ini kerana USWAH menyediakan group coaching bagi membantu korang mengatasi permasalahan jualan atau pemasaran dengan pelbagai tips dan nasihat. Tak perlu risau pasal pengalaman bagai, janji korang ada kesungguhan nak berjaya. Insya ALLAH pasti BOLEH!

Nak jadi stokis di tempat masing-masing bagi pihak USWAH juga sangat digalakkan. In fact sejak 2014 sudah ramai yang mendapat manfaat dari program ini. Sehingga kini, USWAH sudah mempunyai stokis di Brunei, Singapura, Jepun dan seluruh Malaysia. Jika mereka boleh, korang pun tentulah BOLEH!

So tunggu apa lagi? Meh hubungi pihak USWAH Islamic Clothing melalui pautan yang disediakan di bawah untuk maklumat lanjut


Hotline: +6011 1074 2198 / +6010 815 3562

Butik Fizikal:
Uswah Islamic Vendor
Boutique 3A-59-01 
Jalan Medan Pusat Bandar 8
Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi
(Landmark: Sebaris Mee Tarik Warisan, Bella Ammara, Sugarscarf)

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani - Surah Al-Ahzab, ayat 59

12 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kami Semua Lahir Bulan Mei

1:27:00 pm Yana Yani 18 Comments

Jengah Facebook tadi, mucul memori kira-kira tiga tahun dulu. Masa tu keluarga in law YY buat julang kalinya mengadakan sambutan kelahiran buat kami semua yang lahir di bulan Mei serentak dengan doa selamat bersempena kelahiran Aisyah sebagai satu-satunya cucu perempuan pada ketika itu.

Semua seronok terutama Mak mentua YY. Dia memang berniat sekiranya dia mempunyai cucu perempuan, time tu dia dah ada empat orang cucu lelaki, dia nak buat kenduri doa selamat besar-besaran. Alhamdulillah, doa dia termakbul. Aisyah lahir selepas hampir enam tahun mereka menanti kemunculan cucu perempuan. Kenduri pun time tu dari siang sampai sampai malam. Dah macam kenduri kahwin!

Sekarang dia dah ada empat cucu lelaki dan empat cucu perempuan. Balance! (^_^)

Kami Semua Lahir Bulan Mei
Geram pula dok tengok gambar lama Aisyah ni

Adik-beradik MyChintaHati ada tujuh orang dan empat daripada mereka dilahirkan pada bulan Mei. MyChintaHati adalah salah seorang daripada mereka yang dilahirkan pada bulan Mei. Cucu pula ada dua orang, Baihaqi dan Rayyan. YY pula setakat ini adalah satu-satunya menantu yang juga dilahirkan pada bulan Mei.

Teringat lagi kemeriahan sambutan tersebut. Serius seronok! Dengar cerita tahun ini akan diadakan sambutan yang sama. Ia juga bersempena Ramadhan yang bakal menjelma. Tapi tu semua baru dalam peringkat perancangan. Insya ALLAH.

Anyway, hari ini adalah ulang tahun kelahiran MyChintaHati (^_^)

Kalau nak tahu, kalau nak tahulah ye. Hehe! Kami berdua lahir pada tahun dan bulan yang sama. Cuma hari sahaja berbeza. MyChintaHati tua lebih kurang dua minggu daripada YY. Nak dijadikan cerita lagi, nenek dan atuk kami berdua pernah berjiran satu ketika dulu. Kecil aje dunia kan? Pi mai pi mai, tang tu juga (^_^)

Jodoh. ALLAH lebih mengetahui segalanya.

Anyway buat Sayangku Arul, SELAMAT HARI JADI! Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam lindungan-NYA. Kami, Afif, Aisyah dan of course Ayang lah kan, sangat dan sangat menyayangi Sayang.

Okay. That's it. Buat ucapan secara general aje ye. Lain-lain kita cite petang nanti, malam pun boleh. Hehe! Oh, birthday Ayang is just around the corner, Ayang nak hadiah yang bling bling tau! Jangan lupa! (^_^)

Kami Semua Lahir Bulan Mei
Selamat Hari Lahir Sayang! (^_^)

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Sticker Buatan Homemade Sticker Yang Awesome!

7:24:00 am Yana Yani 16 Comments

Sticker Buatan Homemade Sticker Yang Awesome! | Orang lelaki dan kereta yang merupakan bini kedua mereka memang sesuatu yang agak sukar dipisahkan. MyChintaHati adalah antara orang yang boleh dikatakan agak taksub dengan penampilan kereta dia. Memang segala macam aksesori yang berkaitan dan dirasakan bersesuaian akan dibeli.

Nak dijadikan cerita, tiap kali keluar, MyChintaHati dok belek sticker dekat mana-mana kedai yang kebetulan kami passed by. Tapi tak pernahnya dia beli. Pelik juga. Sampai ke satu tahap YY curious. YY pun tanya kenapa dia belek tapi tak beli. Rupanya dia tak jumpa hak yang dia berkenan. The moment dia kata gitu, terus teringat pada Homemade Sticker.

Terus YY suggested pada MyChintaHati. Dia pun teruja especially bila dia dok survey fanpage milik Homemade Sticker. Pembelian terus dibuat apabila urusan rundingan untuk design, jenis sticker dan harga telah dipersetujui.

Sticker Buatan Homemade Sticker Yang Awesome!
Sticker custom made yang dijual oleh Homemade Sticker

MyChintaHati kata dia suka sangat dengan servis yang Homemade Sticker berikan. Siap kata kalau dia bercadang nak beli sticker lagi, memang tak cari lain dah! Sebabnya utama adalah harga yang ditawarkan dan kemampuan pihak Homemade Sticker deliver apa yang dikehendaki. Lagipun sticker buatan Homemade Sticker ni, memang awesome! Tu yang buat servis mereka highly recommended!

Sticker Buatan Homemade Sticker Yang Awesome!
Proses penampalan

Nak pasang pun agak mudah berdasarkan jenis sticker yang kita tempah. Kalau dah biasa beli sticker mesti tahu camne nak buat. YY dulu pernah sekejab bekerja dengan syarikat advertising. YY punya job handle customer dan ambil order aje. Tapi ada masa-masa tertentu kena juga buat kerja tampal menampal ni. Agak susah pada mulanya tapi jadi seronok the moment kita dah mahir.

Tapi sekarang kalau suruh YY buat lagi, tak mampu dah! Hehe!

Sticker Buatan Homemade Sticker Yang Awesome!
Sticker yang sudah siap ditampal

Senyum meleret MyChintaHati bila dia siap tampal sticker yang dia tempah. Handsome dia kata kereta dia. Ada ye camtu? Hehe!

Sticker Buatan Homemade Sticker Yang Awesome!
Kereta bini dia pun dapat juga

Dia beli dua sticker. Satu lagi dia pasang dekat kereta bini dia. Patut dia beli dua. Ingatkan semua dia nak letak pada kereta dia. Rupanya kereta bini dia pun dapat juga. Hehe! Comel jugalah kereta kecil YY jadinya. Idaklah kosong aje. Hasil dua pembelian ni, dapat juga free gift daripada pihak Homemade Sticker, lupa pula YY nak snap. Hehe!

Untuk dua sticker jenis pantul cahaya dan bersaiz lebih kurang 10 inci setiap satu ni, harga dia kalau tak silap RM50++ termasuk postage.

Menarikkan? Kalau korang nak kan makluman lanjut mengenai pelbagai jenis sticker yang ditawarkan oleh Homemade Sticker, korang boleh hubungi atau klik pautan di bawah. Memang sangat recommed! (^_^)

Sticker Buatan Homemade Sticker Yang Awesome!

16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...