#MyTravelokaEscapade: Pulau Langkawi Adalah Percutian Idaman

10:24:00 am Yana Yani 18 Comments

#MyTravelokaEscapade: Pulau Langkawi Adalah Percutian Idaman | YY cukup teruja bila dapat tahu Traveloka akan berikan tiket percutian PERCUMA ke destinasi terpilih kepada yang bertuah. Antara destinasi yang disenaraikan adalah Pulau Langkawi yang merupakan percutian idaman YY dan keluarga. Satu sebab utama teringin ke pulau yang terkenal dengan kisah lagenda ini adalah kami belum pernah menjejakkan kaki ke sana. Kami nak rasai sendiri pengalaman menjelajah di pulau yang cukup popular di Malaysia ni.

Bila dah pergi dengan anak-anak, tempat yang ingin dijelajah juga haruslah tempat yang bersesuaian dengan jiwa mereka. Bagi YY, kunci keseronokkan sebenar bila sebut percutian ni terletak pada keseronokkan anak-anak. Diorang seronok, kita pun jadi seronok.

Tempat pertama yang berada dalam senarai adalah Art of Paradise yang merupakan muzium 3D terbesar di Malaysia yang diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records. Ia juga dikhabarkan sebagai muzium 3D yang kedua terbesar di dunia. Teruja betul bila dapat tahu ada ratusan lukisan 3D yang dilukis yang oleh sekumpulan artis antarabangsa. Sejauh mana kebenarannya, tidaklah YY tahu. Tapi kalau dapat pergi, memang pastinya YY dan keluarga akan habiskan masa yang lama di sana.

#MyTravelokaEscapade: Pulau Langkawi Adalah Percutian Idaman
Imej kredit http://bit.ly/2h47UW3

Lepas 3D, kita ke 5D pula. Upgrade kata omputih tu! Hehe!

Tempat yang YY maksudkan adalah Believe yang terletak di Langkawi Fair Shopping Mall. Believe merupakan muzium konsep 5D yang pertama di Malaysia. Terdapat lebih kurang 14 tema yang setiap satunya mempunyai lukisan 3D dengan gambaran berbentuk realistik. Lebih kurang sama dengan Art In Paradise sebenarnya. Cuma YY yakin anak bujang YY pasti teruja kalau kami ke salah satu tema yang dikenali sebagai Destroy Park. Pasal apa? Pasal ada patung Optimus Prime dan Bumble Bee yang merupakan adiwira kegemaran dia di dalam siri Transformer.

#MyTravelokaEscapade: Pulau Langkawi Adalah Percutian Idaman
Imej kredit http://bit.ly/2h4cCDb

Seterusnya adalah Underwater World Langkawi. Terdapat lebih daripada 4000 hidupan marin yang merangkumi 500 spesies ikan dan hidupan lain. Selain dari hidupan laut, khabarnya juga di situ terdapat pelbagai jenis burung, haiwan dan hidupan lain yang terdapat di hutan hujan tropika, iklim sederhana dan juga kawasan-kawasan sub-Antartika. Sekali pandang, konsep Underwater World Langkawi hampir sama dengan Aquaria KLCC. Antara persamaan adalah terowong sepanjang 15 meter. Dijanjikan pengalaman yang menarik, pada YY berbaloi untuk singgah.

#MyTravelokaEscapade: Pulau Langkawi Adalah Percutian Idaman
Imej kredit http://bit.ly/2gG1QXW

Langkawi Wildlife Park merupakan tempat yang dikatakan harus singgah sekiranya membawa anak-anak. Nama asal taman ini adalah Langkawi Bird Paradise sebelum ianya ditukar pada tahun 2006 bersesuaian dengan tambahan haiwan liar yang dimiliki. Taman ini boleh dikata seperti mini zoo yang menempatkan pelbagai jenis haiwan liar dan burung. Menariknya haiwan dan burung di sini, kita boleh sentuh dan beri makan. YY teringat Farm In The City di Seri Kembangan yang mempunyai konsep hampir sama. Khabarnya di Langkawi Wildlife Park lebih menarik.

#MyTravelokaEscapade: Pulau Langkawi Adalah Percutian Idaman
Imej kredit http://bit.ly/2fYuFPj

Dataran Lang atau Dataran Helang yang merupakan mercu tanda Langkawi adalah tempat yang paling YY nak singgah. Ni kalau dapat singgah, memang YY akan bergambar sampai tak ingat dunia! Bukti YY was here! Hehe!

Apa yang menarik mengenai Dataran Helang ini adalah ia menempatkan patung helang setinggi 12 meter. Ia simbolik bagi menggambarkan dari mana Langkawi mendapat nama. Untuk pengetahuan, nama Langkawi berasal dari perkataan “Lang” yang merujuk kepada singkatan “helang”. Manakala “kawi” pula bermaksud perang merah di zaman Melayu purba. YY difahamkan patung ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah. Keadaan patung dengan sayap berkepak seperti sedia untuk terbang merupakan satu pemandangan yang cukup mengkagumkan bagi YY.

#MyTravelokaEscapade: Pulau Langkawi Adalah Percutian Idaman
Imej kredit http://bit.ly/2g1mmgp

Budak mana yang tak suka air, betul tak? So dalam banyak-banyak tempat yang melibatkan air di Pulau Langkawi, Tasik Dayang Bunting adalah pilihan YY. Selain kisah mitos yang cukup popular dan pemandangan yang menarik, faktor keselamatan adalah keutamaan YY. Di sini khabarnya ciri keselamatan adalah lebih baik. Terdapat lot-lot kolam bersegi yang dibina di atas tasik berkenaan bagi memudahkan pelancong untuk mandi manda. Di dalam lot kolam tersebut ada jaring, malahan life jacket juga disediakan.

#MyTravelokaEscapade: Pulau Langkawi Adalah Percutian Idaman
Imej kredit http://bit.ly/2gSs6uA

Lepas dah penuhi minat anak-anak. It’s time to memenuhi minat Mama diorang pulak. Apa lagi kalau bukan shopping! Tak sah ke sini kalau tak shopping. Lagipun Pulau Langkawi sememangnya dikenali sebagai syurga membeli belah. Semua barangan yang di jual di sana lebih murah berbanding tempat lain kerana barangan tersebut tidak dikenakan cukai. YY jealous dok tengok kawan yang dah sampai, shopping sampai tak ingat dunia. YY nak juga merasai pengalaman shopping tak ingat dunia tu. Hehe!

Kalau YY yang pergi, confirm, memang daku pun borong juga! Hehe! Ramai orang mencadangkan ke Kompleks Haji Ismail Group. Dekat situ khabarnya dah macam one stop centre. Semua barangan yang kita inginkan di Pulau Langkawi boleh diperolehi di situ dari pinggan mangkuk sehinggalah ke coklat.

So please Traveloka, make my dream come true!

#MyTravelokaEscapade: Pulau Langkawi Adalah Percutian Idaman
Imej kredit http://bit.ly/2gStNsg

Sebenarnya di Langkawi ada banyak tempat yang menarik. Tapi macam yang YY sebutkan sebelum ni, setiap destinasi yang di pilih berdasarkan kesesuaian jiwa anak YY, Afif dan Aisyah. Berdasarkan laman carian, memang ke semua tempat yang disebutkan di atas sangat berbaloi untuk singgah. Nak cerita lebih pun YY takde pengalaman ke sana lagi. Tapi kalau Traveloka approve percutian idaman YY ni, YY pastikan akan kongsikan dengan korang pengalaman pertama YY dan keluarga di Pulau Langkawi.

Tetiba dah start membayangkan diri posing di Dataran Helang (^_^)

#MyTravelokaEscapade: Pulau Langkawi Adalah Percutian Idaman |
Blog post ini adalah untuk contest #MyTravelokaEscapade

18 comments:

  1. bestnya langkawi teringat chocolat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang coklat sinonim dengan Langkawi kan

      Delete
  2. Apa yang travl oka buat ni sama macam air asia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. traveloka bukan syarikat penerbangan
      tapi ada sikit similarity in term of diskaun
      untuk tempat2 percutian, macam hotel etc

      Delete
  3. Moga impian tcpai.. All the best

    ReplyDelete
  4. Memang la suka g langkawi.
    Terbaik. Best.
    Shopping.
    Jalan-jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya belum pernah sampailah aida
      sekali pun tak pernah
      hopefully ada peluang

      Delete
  5. Dah lama tak pergi langkawi nie.. syok woo borong coklat kat sana ☺☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, untunglah
      saya sekali pun tak pernah..hehe

      Delete
  6. Semoga berjaya.. hehee tak pernah sampai lagi Langkawi ni,
    entah apa waktu ketika baru menjejak kaki :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah sampai juga ke
      kira serupalah kita ye
      hehe...tak dapat bayangkan lah kalau 1st time sampai =)

      Delete
  7. Good luck Yana. Moga ada rezeku ke Langkawi dengan Traveloka. Akak last pergi Langkawi masa Tingkatan 2. 😂 Punyalah lama dah, Langkawi pun mesti dah canggih!

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...