Program Mudah Kurus Dr. Malinda

1:19:00 am Yana Yani 12 Comments

Program Mudah Kurus Dr. Malinda | Sama ada kita sedar ataupun tidak, obesiti sumber kepada pelbagai penyakit merupakan masalah paling ketara dalam dunia hari ini. Obesiti dalam bahasa mudah merujuk kepada peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu. Korang dikategorikan sebagai obes apabila peratusan lemak badan melebihi 32 peratus bagi wanita dan melebihi 25 peratus bagi lelaki.

Untuk maklumat, “penyakit” obesiti hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Ia hanya wujud dalam dunia moden. Kenapa? Sudah pasti ianya berkaitan dengan gaya hidup seperti kurangnya melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Selain itu adalah disebabkan masyarakat dunia moden kurang mengambil makanan bernutrisi. Mereka lebih gemar mengambil makanan yang tinggi kandungan karbohidrat dan gula. Kerana menurut pandangan tekak mereka, ianya lebih “sedap”.

Program Mudah Kurus Dr. Malinda
Ilustrasi menunjukkan lemak abnormal yang berjaya dihapuskan

Bila sebut obes, automatik kita akan teringat lemak. Sebenarnya ada tiga jenis lemak dalam badan kita dan tak semua lemak baik. Lemak yang tidak baik dalam badan kita dikenali sebagai lemak abnormal. Ia adalah merupakan lemak yang tidak diperlukan badan. Lemak jenis ini akan disimpan di bawah kulit menyebabkan keadaan buncit atau berlipat-lipat pada badan.

Lemak abnormal adalah cukup sukar dibakar walau kita berdiet secara extreme. Habis tu kalau dah susah, macamana nak hapuskan lemak degil tu ye dak? Hah! Inilah yang YY nak cerita. Dr. Malinda memperkenalkan program mudah kurus yang merupakan tranformasi perubatan terbaru yang dikenali sebagai Human Chorionic Gonadothrophin (HCG) dalam dunia pelangsingan.

Program Mudah Kurus Dr. Malinda
Program Mudah Kurus Bersama Dr. Malinda

HCG adalah sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia dan kebiasaanya dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil,. HCG berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’. HCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 sehingga 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Bagaimana HCG bertindak sebagai rawatan obesiti? HCG akan mengurangkan lemak badan melalui tindakannya atau “trick” kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus. Ia akan memberi isyarat seolah-olah berlaku situasi kecemasan kepada hypothalamus untuk ia mengerakkan lemak degil yang tersimpan di dalam badan.

Program Mudah Kurus Dr. Malinda
Dr. Marlinda Mohd Ali

Dalam program ini semua manual dan menu pemakanan akan disediakan. Korang juga tidak akan berlapar sepanjang program. In fact korang akan rasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan. Ia juga selamat.

Bagaimana rawatan HCG ini dilakukan? Dengan bantuan pakar, program ini akan berlangsung selama 23 hari dengan tiga fasa berbeza. Korang hanya perlu suntik di bahagian lemak yang ingin dibuang. Again tak usah risau, ada pakar yang akan mengajar korang untuk melakukan suntikan yang betul.

Program Mudah Kurus Dr. Malinda
Testimoni peserta program yang berjaya

Confirm ke boleh kurus? Apa sahaja yang kita lakukan dalam dunia ini perlukan kesungguhan. In fact kejayaan program ini bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi korang untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Sebab kita bukan takat nak kurus semata. Tapi kita nak SIHAT!

Ada berita baik sekiranya korang berminat untuk sertai program ini kerana ada promosi istimewa dan hadiah percuma sepanjang bulan ini. Hubungi nombor telefon atau pautan yang disediakan di bawah untuk maklumat lanjut. Jom ucap selamat tinggal kepada kehidupan lama yang tidak sihat (^_^)

Telefon: +6017 508 4430

12 comments:

  1. erkk kira saya ni banyak menternak lemak jahat lah... :P
    huhuu berat badan sekarang ni sangat menakutkan.. cepat betul naikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu memang fenomena biasa orang yang berkahwin.
      ko tunggu sat lagi bila ko jadi bapak budak plak. hehe

      Delete
  2. Ye, ramai rakyat Malaysia yang obess sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasalnya kan. Masalah ni dah sampai peringkat global

      Delete
  3. Yana,

    Kita jarang sedar apa yg melintas di minda kita oleh kerana sesuatu yg masuk tu secara otomatik. Perkara yg masuk di minda samada melalui mata, telinga, rasa tidak dapt dihalang. Itu yg menyebab kita bertindak ada kala terlupa tentang hasil dari tindakan kita oleh kerana terlalu cepat kita bertindak.

    Minda kita ni sebenarnya bukan 100% dari kita. Fikiran kita dipengaruhi melaui banyak benda dalam hidup. Melalui pengaruh itu yg membuat kita bertindak samada negatif atau sebaliknya.

    Kalau kita suka berdampingan dgn kumpulan yg negatif tidak mustahil kita juga berfikiran seperti mereka. Kita mudah berpersepsi negatif.

    Salam blogging. Jengok2lah blog saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow. suka betul saya baca susunan bicara saudara adam. terkesima saya dibuatnya.
      saya setuju dengan saudara. itulah yang saya buat selama ni
      insya allah pasti saya singgah blog saudara

      Delete
  4. Time makan tu tak ingat, lepas makan tu baru teringat nak kurus ^_^

    Yalah, kalau nak dibandingkan dengan zaman dulu, memanglah sekarang ni obese ni jadi masalah utama. Macam-macam jenis makanan yang mudah diperolehi. Lagi ada 'fast' di depannya, lagi sedap pulak terasa dek tekak!

    Saya rasa pernah bacalah tentang nak kurus dengan HGC ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...samalah kita MD weh
      dah makan bagai nak gila, pastu baru teringat nak kurus
      saya rasa itu antara faktornya
      banyak sangat bahan penyedap yang buat badan kita pun "sedap"

      Delete
  5. mcm mana nk kurus ni..asyik nk mkn jek edeiii

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...