Lazada Online Revolution Kembali!

12:42:00 am Yana Yani 8 Comments

Lazada Online Revolution Kembali! | Lazada Malaysia bukanlah nama asing kerana ia merupakan destinasi nombor satu jualan dan beli-belah dalam talian di Asia Tenggara. Sebab tu YY rasa seronok sangat bila dapat tahu Lazada Online Revolution kembali lagi pada tahun ini. Anyway, bagi yang tak tahu, jualan Online Revolution merupakan acara jualan dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara. Ia kini telah memasuki tahun kelima semenjak ia mula diperkenalkan pada 12 Disember 2012.

Pada mula ia diperkenalkan, jualan Online Revolution hanya diadakan selama satu hari. Ia kemudian dilanjutkan selama sebulan dan menjadi acara tahunan kerana sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Seperti tahun sebelumnya, jualan Online Revolution yang menggunakan tema Jenama untuk Semua (Brands for All) pada tahun ini berlangsung selama sebulan bermula pada hari ini, 11 November 2016 dan berakhir pada 12 Disember 2016.

Lazada Online Revolution Kembali!
Lazada Online Revolution – Jenama untuk Semua

Tema Jenama untuk Semua digunakan sebagai menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang turut menyertai acara Online Revolution pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan banyak lagi.

Apa yang lebih menarik adalah Lazada Malaysia menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran mereka. Awesome! YY dapat tahu kita mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG! Hebat kan? Dah lah YY tak pernah merasai lagi pengalaman menaiki kapal terbang. Manalah tahu kot ada rezeki kan. Siapa tahu!

Ada juga tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank sepanjang berlangsungnya “Online Revolution” 2016 kali ini.

Lazada Online Revolution Kembali!
Boleh menang banyak hadiah hanya dengan membeli di jualan Lazada Online Revolution

Sempena sambutan jualan Online Revolution, Lazada Malaysia juga telah bermurah hati mengedarkan Parcel of Joy yang ekslusif kepada blogger yang terpilih. Alhamdulillah, YY adalah antara blogger yang tersenarai menerima parcel yang ekslusif tersebut. The moment terima aje Parcel of Joy terus bersemangat menulis entri walau hampir couple of months tak sentuh blog. Haha!

Apakah yang ada di dalam Parcel of Joy tersebut? Dalam parcel tu ada banyak barang-barang yang merupakan kegemaran ramai dan sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia. YY menerima beberapa produk dari jenama-jenama terkenal seperti L'oreal, Nestlé, Tefal, dan banyak lagi.

Lazada Online Revolution Kembali!
Antara barangan di dalam Parcel of Joy yang YY terima

So apa tunggu lagi korang weh! Cepat layari jualan Lazada Online Revolution bermula hari ini, 11 November 2016 sehingga 12 Ddisember 2016. Yang pasti acara jualan kali ini menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti! Paling penting tawaran yang terbaik untuk para pengguna di Asia Tenggara seperti kita.

Lazada Online Revolution Kembali!
Jom shopping di Lazada Online Revolution

Oh sebelum YY terlupa, nak tanya ni. Korang dah tengok ke belum iklan terbaru Lazada? Iklan yang menceritakan bagaimana impian seorang kanak-kanak berjaya direalisasikan dengan hanya kehadiran sekotak bungkusan. Riak ceria kanak-kanak tersebut sangat priceless. Dan korang juga boleh jadi jadi seceria kanak-kanak tersebut. Let's Find Joy in Every Parcel #LZDMYRevolution.


8 comments:

  1. hehee lama tak bersiaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ada aje. nak ambil tempoh bertenang ;)

      Delete
  2. fuhhh memang revolusi kot.. semua murah macam nak bawak balik ngan kedai2 hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...berpuaka lazada online revolution ni

      Delete
  3. Hari-hari buka Lazada ni, di antaranyalah...

    Mana boleh miss perkara macam ni. Time tulah tangan gigil-gigil dok klik sana, sini, situ, sinun. Kempis poket dibuatnya!

    Untungnya YY dalam Parcel of Joy dari Lazada. Macam-macam ada nampaknya di dalam tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jarang buka. sebab kalau buka
      tangan macam kena kesampukkan
      bahaya weh! rasa ada hantulah lazada tu...haha

      rezeki tu MD. tapi rasanya semua blogger dapat
      camne MD boleh keciciran ni

      Delete
  4. ramai yg dapat parcel tu..bestnya...baru tadi serang LAZADA hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM tak dapat ke? rasanya semua blogger dapat
      wah! bestnya dia shopping kat Lazada ;)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...