SAFI Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat

7:33:00 am Yana Yani 24 Comments

SAFI Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat | Dalam keadaan ekonomi seperti sekarang, kita sebagai penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan. Selain dari menjimatkan, kita juga mahukan produk yang memberikan nilai dan tentu sekali mempunyai kualiti yang tinggi. Memahami keperluan wanita bertudung dan keadaan ekonomi semasa, SAFI Shayla yang diperkaya Habbatus Sauda merupakan rangkaian jenama syampu khas bagi wanita bertudung memperkenalkan satu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi.

SAFI Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat
SAFI Shayla Pek Fleksi lebih jimat tanpa kompromi

SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

Menurutnya lagi, “Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan “fleksibel” iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada tiga keadaan yang berbeza.”

SAFI Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat
SAFI Shayla Kawalan Rambut Rosak

Diberi peluang untuk mencuba sendiri SAFI Shayla Pek Fleksi bagi variasi Kawalan Rambut Rosak ini, YY suka wangian yang terhasil ketika menggunakan syampu SAFI Shayla ini. Memang YY sebagai salah seorang wanita bertudung rasa sangat selesa walau dengan sekali percubaan. Sangat mudah dibawa ke mana sahaja. In fact hari yang dilalui bertambah ceria dengan shawl daripada SugarScaft yang turut hadir sama dalam pek tersebut.

SAFI Shayla Pek Fleksi mengekalkan warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol. Ia bertujuaan bagi memberikan kemudahan kepada pengguna setia untuk mencari produk ini. Sama dengan formal asal, SAFI Shayla Pek Fleksi mempunyai lapan variasi dengan pelbagai fungsi

1. Hitam Menawan – dihasilkan bagi menyerlahkan kilauan rambut hitam yang sihat dan lembut
2. Segar Bermaya – dicipta bagi membuatkan rambut kelihatan segar dan bermaya
3. Anti Kelemumur – dihasilkan bagi menghilangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala
4. Itch-Kontrol – dicipta bagi mengawal kulit kepala berkeruping dan menyamankan
5. Kawalan Minyak – dicipta bagi mengawal lebihan minyak serta menyamankan
6. Kawalan Rambut Gugur – dihasilkan bagi mengawalkan keguguran rambut akibat kerapuhan
7. Kawalan Rambut Rosak – dicipta bagi merawat dan mengawal rambut rosak dan kasar
8. Licin Terurus – dihasilkan bagi melembap dan melicinkan rambut

SAFI Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat
Pelbagai pilihan variasi SAFI Shayla Pek Fleksi

Selain menjimatkan SAFI Shayla Pek Fleksi bersaiz 480g ini direka dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang dari kebiasaannya. Lebit tepat dikenali sebagai pek mesra alam atau ecofriendly pack. Pek ini pastinya memudahkan pengguna seperti kita membawa ianya ke mana sahaja.

SAFI Shayla Pek Fleksi ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya besar utama pada harga RM14.65. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari pautan berikut

Facebook:

Instagram: 

YouTube:

24 comments:

  1. Hah, ni nak tanya... Sugarscarf tu memang dapat percuma aje atau untuk blogger yang buat review ni? Kalau dapat percuma, laju-laju saya pergi beli syampu ni walaupun tak pernah lagi guna ^_^

    Banyak juga pilihan yang ada ya. Sampai juling mata tak tahu mana nak beli dulu padahal kalau ikutkan 'peraturan', kenalah beli yang sesuai dengan kulit kepala atau yang lebih diperlukan oleh rambut kita, ya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. blogger yang buat review aje dapat yunk
      kalau beli untuk keperluan sendiri
      dapat syampu tu aje...hehe

      you. betul tu. pakai yang sesuai ye
      kang botak plak. hehe

      Delete
  2. Memang pakai Safi Shayla pun..... bau dia wangi best!
    Mana pergi YY? Lama tak muncul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada aje OKje...saje menyepi
      rindu ke? hehe

      Delete
  3. Replies
    1. kan. sesuai dengan nama dia pek fleksi =)

      Delete
  4. Cantiknya... dapat shawl warna tu, saya dapat warna peach..
    anak

    http://www.bondezaidalifah.com/2016/09/safi-shayla-kini-dalam-pek-fleksi-yang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? cantik juga tu warna peach
      kalau tak mau, meh tukar dengan saya. hehe

      Delete
  5. Saya pun pakai Safi Shayla. Warna oren. Tapi beli yg botol biasa je bukan yg pek flexi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak penah pakai sejujurnya
      tapi saya suka bau dia, wangi

      Delete
  6. IbuNoey suka bau Safi Shayla ni.malangnya kulit kepala tak serasi nak guna.sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka bau dia.
      Wangi kan? so far guna, ok dengan saya

      Delete
  7. nak cuba lah shampoo ni..rambut tengah bermasalah skrg ni... gugur teruk... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah. mana tahu kot sesuai dengan kepala kan

      Delete
  8. Belum pernah guna. Mcm menarik ada bnyk pilihan.setiap pembelian dpt shawl ke. Bolehlah try

    ReplyDelete
    Replies
    1. jujurnya bab bau tu paling menarik
      saya sangat suka bau dia
      tapi pek ni hanya untuk blogger yang melakukan review aje
      kalau beli kat luar dapat syampu tu aje =)

      Delete
  9. Saya tau yg dalam botol je.

    http:biarlembuyanglembu.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni diorang punya latest innovation =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...