Cetak Baju Express Mencetak T-shirt Untuk Kanak-Kanak

7:10:00 am Yana Yani 12 Comments

Cetak Baju Express Mencetak T-shirt Untuk Kanak-Kanak | Cetakan pada t-shirt membawa aura tersendiri kepada si pemakai dan orang sekeliling. Dengan bantuan teknologi dan kreativiti, hari ini, ramai yang suka mencetak sendiri t-shirt untuk anak-anak mereka mahupun diri sendiri. Rasanya tak keterlaluan kalau YY katakan setiap isi rumah di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya sehelai t-shirt begini. Cetak Baju Ekpress adalah salah satu syarikat yang YY ketahui menyediakan perkhidmatan mencetak t-shirt.

Rasanya pembaca tegar blog YY tahu bahawa anak bujang YY, Afif sangat menggemari dinosaur. Dia sangat suka dengan dinosaur daripada keluarga theropods yang paling besar, iaitu Tyrannosaurus rex atau lebih dikenali sebagai T-Rex. Sejak kecil Afif cukup suka apa sahaja yang berkaitan T-Rex. Tak terkecuali t-shirt. Minat itu tak luput sehingga ke hari ini. Malangnya mencari t-shirt yang mempunyai cetakan gambar T-Rex adalah agak sukar diperolehi. Terutama untuk saiz kanak-kanak seperti Afif.

Bila mengetahui Cetak Baju Express menyediakan perkhidmatan mencetak baju untuk kanak-kanak, YY pun of course terus buat tempahan. Tapi masa nak buat tempahan tu, di kawasan perumahan YY ada masalah dengan internet connection. Keluar area perumahan baru ada connection. So YY hanya maklumkan maklumat yang diperlukan sekali harung bila dapat peluang.

Cetak Baju Express Mencetak T-shirt Untuk Kanak-Kanak
T-shirt dengan cetakan T-Rex

YY maklumkan pada pihak Cetak Baju Express masalah YY. Lepas tu YY hanya beritahu mereka apa perkataan yang perlu dicetak pada t-shirt. Diikuti dengan watak T-Rex dalam cerita Ice Age: Dawn of the Dinosaurs tanpa menyediakan sebarang contoh dan saiz t-shirt yang diperlukan. Warna t-shirt pun YY katakan yang YY tak kisah. Janji bukan putih. YY serahkan sepenuhnya pada kreativiti mereka.

Tak lama selepas YY terima gambar t-shirt Afif yang sudah siap dicetak. Tak sangka mereka mampu merealisasikan permintaan YY walau tanpa perbincangan panjang. Seriously YY sangat teruja bila melihat gambar tu. Rasa tak sabar nak tunjuk pada Afif. Tak lama lepas diorang maklumkan t-shirt sudah dipos, ianya selamat sampai di rumah parent YY. Efficient!

Cetak Baju Express Mencetak T-shirt Untuk Kanak-Kanak
Wajah riang Afif yang priceless

Afif of course sangat excited. Tengok reaksi dia ketika menerima t-shirt tu, memang priceless. YY tak tahu macamana nak gambarkan perasaan YY bila tengok anak seronok macam tu. Seronok sangat! Jenis kain yang digunakan untuk membuat t-shirt tu pun sangat selesa. Memang sesuai sangat untuk kanak-kanak macam Afif. Patutlah banyak testimoni yang puas hati dengan servise Cetak Baju Express ni. Highly recommended tau!

Cetak Baju Express Mencetak T-shirt Untuk Kanak-Kanak
Antara testimoni yang YY baca

Untuk makluman harga t-shirt ni di bawah RM20. Harga t-shirt ni bergantung kepada design yang kita mahukan, kuantiti dan juga jenis baju sama ada kita mahukan lengan panjang ataupun pendek. Lebih menarik lagi, Cetak Baju Express juga ada menjual t-shirt untuk orang dewasa. Even jersi, baju muslimah dan baju jenis custom made pun ada!

Antara design yang YY discovered

Kalau korang berminat dengan perkhidmatan Cetak Baju Express, korang boleh berurusan sendiri dengan mereka melalui pautan yang YY sediakan di bawah

Whatsapp: +6019 273 2794

12 comments:

  1. Assalamualaikum. singgah blogwalking kat sini.

    Cantik dan nampak kemas hasil cetakannya. Boleh try nanti cetak baju anak2 saya pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam

      memang cantik. saya puas hati sangat
      cadang nak tempeh lagi pun ni

      Delete
  2. La, YY! Kat rumah kita takda pun t-shirt yang cetak ikut pilihan hati. Semuanya t-shirt yang siap bercetak beli kat kedai aje. Tiba-tiba teruja nak mencuba juga! Kalau ada untuk dewasa lagi bagus sebab suami saya pilihan t-shirtnya tak nak bergambar, tak certain warna, taknak tulisan banyak sangat. Pening kepala kalau nak beli t-shirt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh takde ke? pelik ni...hehe
      semua saiz ada aje MD.
      cuba tanya pada pautan yang saya berikan tu
      semua yang digambarkan tu, boleh diterjemahkan
      dengan baik oleh si seller =)

      Delete
  3. Nak buat Family day ni senang YY....Tempahlah berapa banyak T shirt kita suka hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. betul tu
      cakap aje nak cmane kan =)

      Delete
  4. nice sharing.tertarik gak ni.boleh buat design yang sama untuk anak-anak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! tapi serious memang sedap kain dia guna tau
      anak saya suka sangat. siap suruh order lagi =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...