Dapatkan GOO.N Di Lazada Big Baby Fair

7:00:00 am Yana Yani 3 Comments

Dapatkan GOO.N Di Lazada Big Baby Fair | Assalamualaikum semua! Hari ni Akak sekali lagi diberi peluang untuk menjadi penulis sementara di blog Diari Seorang Mama. Sebelum tu Akak nak maklumkan bahawa Lazada Malaysia akan mengadakan Big Baby Fair bermula pada 27 sehingga 31 haribulan Julai nanti. Yang pastinya, ia memang mengugat keimanan sebab diskaun yang ditawarkan sehingga 80%!

Dapatkan GOO.N Di Lazada Big Baby Fair
Lazada Big Baby Fair

Banyak barangan bayi daripada jenama terkemuka boleh diperolehi dengan harga yang berpatutan pada Big Baby Fair tu nanti. Antaranya adalah lampin pakai buang jenama GOO.N yang berasal daripada negara Jepun. Diberi peluang untuk mencuba sendiri GOO.N Excellent Dry Tape adalah sesuatu yang amat mengujakan Akak.

Akak sebenarnya tak tahu kewujudan jenama ni. Tapi Akak sangat kagum apabila Akak pakaikan pada Khaira sepanjang malam tapi langsung tak bocor! Yang paling best warna diaper tu bertukar apabila ianya penuh. Hihihi!

Dapatkan GOO.N Di Lazada Big Baby Fair
GOO.N Excellent Dry Tape

GOO.N Excellent Dry Tape ni ada sistem pengunci cairan yang memang akan buat surface dia sentiasa kering. Kiranya tak akan ada rashes walaupun pakai dalam tempoh yang lama. Khaira pakai pun nampak elok aje. Cuma dia berubah warna jadi biru, kiranya sebagai reminder pada mak-mak ni supaya cepat-cepat tukar diaper untuk elakkan skin rashes. Nama teknologi tu adalah color indicator.

Dapatkan GOO.N Di Lazada Big Baby Fair
Diaper ni akan berubah warna bila penuh

Pastu GOO.N Excellent Dry Tape ni elastic dan sangat kemas kalau nak dibandingkan dengan jenama yang Akak pakaikan pada Khaira sebelum tu. Lagi satu GOO.N Excellent Dry Tape ni tak macam diaper lain yang kebiasaannya ketat di bahagian peha. Memang sedang elok aje Khaira pakai.

Akak pun senang hati aje bila tengok Khaira ceria selepas menggunakan GOO.N Excellent Dry Tape ni. Cuba tengok gambar bawah ni. Ceria aje dia kan? Hihihi!

Dapatkan GOO.N Di Lazada Big Baby Fair
Wajah ceria Khaira lepas menggunakan GOO.N diaper

Tertarik dengan review Akak ni? Jangan lupa beli diaper jenama GOO.N di Lazada Malaysia pada 27 sehingga 31 haribulan Julai nanti bersempena dengan Big Baby Fair. Ada banyak juga produk daripada jenama terunggul barangan bayi boleh diperolehi pada tarikh tersebut. Jangan lupa shopping di Lazada Malaysia tau!

Akak minta diri dulu ye. Bye korang!

With Love
Akak a.k.a Dayah a.k.a Adik YY bukan Kakak YY

3 comments:

  1. Mcm mcm jenama diapers sekarang ni ye...lama dah tak beli diapers

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...saya pun lama dah tak beli diapers

      Delete
  2. Wah! Adik dan kakak sama aje pandai mengarang cerita dalam blog ^_^ Senanglah macam ni, boleh main pass baton minta tolong kat adik kalau sibuk tak sempat nak update blog ^_^

    Dah lama saya tak beli diaper, YY. Bila baca tentang ni, tak tahulah macamana nak tunjuk tanda sokongan! Hehehe!

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...