Menonton YouTube Secara Selamat Dengan Salam Browser

7:33:00 am Yana Yani 13 Comments

Menonton YouTube Secara Selamat Dengan Salam Browser | YouTube sejak diperkenalkan pada 2005 merupakan antara laman web paling popular. YouTube membolehkan kita menonton pelbagai video yang kita kehendaki secara dalam talian. Menariknya hampir enam juta jam sebulan digunakan oleh pengunjung untuk menonton pelbagai video di YouTube. Anak-anak YY juga tidak terkecuali menggunakan YouTube. Boleh dikatakan YouTube merupakan laman web yang paling kerap mereka lawati berbanding laman web lain.

Menonton YouTube Secara Selamat Dengan Salam Browser
Antara aksi Afif dan Aisyah ketika leka menonton YouTube

Kebiasaannya YY akan turut sama menonton video kegemaran mereka. Tapi yelah kan, kadang YY terlepas pandang juga. Time mereka leka dengan menonton video kartun atau superhero kegemaran mereka, time tulah YY akan membuat kerja rumah. Tapi pendedahan yang dilakukan oleh beberapa ibubapa lain mengenai beberapa video yang agak "mengganggu" dan tidak wajar ditonton oleh kanak-kanak amat membimbangkan YY.

Antara pendedahan yang dilakukan boleh baca di sini.

Menonton YouTube Secara Selamat Dengan Salam Browser
Salam Browser membantu menapis dan mengawal kandungan laman web tertentu

YY kemudiannya mendapat tahu kewujudan pelayar web yang dikatakan Halal. Ia juga dikatakan mampu menerapkan beberapa ciri keselamatan dan memberikan pelindungan kepada pengguna secara menyeluruh. Menariknya, Salam Browser merupakan sebuah pelayar web yang mempunyai konsep patuh syariah berbanding pelayar web lain yang kita biasa gunakan.

So YY pun without a doubt memuat turun Salam Browser sebagai salah satu ikhtiar melindungi Afif dan Aisyah. Manalah tahu dengan cara ini mereka boleh menonton YouTube secara selamat.

Menonton YouTube Secara Selamat Dengan Salam Browser
Video di YouTube boleh ditonton tanpa sebarang gangguan iklan

Lepas dah memuat turun tu, YY pun buat sedikit testing bagi memastikan ianya bukan setakat indah khabar daripada rupa. Selepas beberapa siri testing, YY akui yang YY sangat kagum dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh Salam Browser.

Antaranya adalah ketika menonton, kita tidak akan diganggu dengan sebarang iklan yang muncul ketika menonton. Paling menarik, kita boleh terus memuat turun video yang kita gemari menggunakan plugin yang disediakan tanpa menggunakan sebarang aplikasi lain. Ia menjimatkan masa dan juga pasti kuota internet kita!

Kesemua ciri yang dimiliki oleh Salam Browser seperti yang YY nyatakan, tidak ada pada pelayar web yang lain! Menarik bukan?

Menonton YouTube Secara Selamat Dengan Salam Browser
Video yang dirasakan kurang sesuai, disekat

Salam Browser bukan sahaja menyekat hasil carian di laman web enjin carian, malah segala video yang dirasakan kurang sesuai turut disekat.

Walaupun ada banyak yang disekat, mungkin ada juga yang pihak Salam Browser terlepas pandang. So sekiranya kita terjumpa video atau laman web yang tidak sesuai dan belum disekat oleh pihak Salam Browser, kita boleh membuat laporan dengan menjadi Ejen Salam. Dengan laporan kita, pengguna lain tidak akan dapat melayari video atau laman web yang dilaporkan.

Ia sekaligus membantu pihak Salam Browser mencapai matlamat mereka dalam menyekat laman web atau video di YouTube mengikut landasan agama Islam. Ia juga bersesuaian dengan tagline mereka yang prihatin dan inginkan pengguna melayari Internet selaras dengan tuntutan etika, privasi dan keselamatan diri pengguna.

Menonton YouTube Secara Selamat Dengan Salam Browser
Pandai juga budak berdua ni berlakon. Hehe!

Seriously YY rasa sangat lega dengan kewujudan pelayar web seperti Salam Browser. Sekurang-kurangnya menonton YouTube dan apa sahaja laman web selepas ini adalah selamat. Pun begitu pemantauan tetap perlu dilakukan. Yelah, kita tak mahu pisang berbuah dua kali kan? (^_^)

Anyway, selepas beberapa siri testing, YY sangat recommend korang untuk memuat turun Salam Browser. Pelayar web ini boleh dimuat turun dengan melayari https://salambrowser.com/

Menonton YouTube Secara Selamat Dengan Salam Browser
Jom muat turun Salam Browser!

YY rasa itu sahaja bebelan YY untuk hari ini. Semoga ianya memberi manfaat buat yang membaca. Semoga kita bertemu lagi di lain entri, Assalamualaikum (^_^)

Dari Abu Sa'id Al-Khudriy RA, ia berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda, "Barangsiapa yang menyembunyikan suatu ilmu yang dengan ilmu itu Allah memberi manfaat kepada manusia di dalam urusan agama, maka pada hari kiamat Allah akan mengendalinya dengan kendali api neraka" (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

13 comments:

  1. boleh la nanti gunakan aplikasi ni memandangkan anak-anak pun dah pandai buka youtube sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah kak
      salah satu ikhtiar kita melindungi anak-anak

      Delete
  2. menarik..
    bagus untuk anak2 block website yang tak sepatutnya..
    kalau cuma xnak nampak iklan boleh guna adblock plus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam browser ni bukan takat blog iklan aje AH
      ada banyak benda yang tak sepatutnya diorang block
      saya dah cuba, memang mengagumkan

      Delete
  3. aida lom donlod ni lagi.
    kakak da jarang sgt layan utube.
    ijat saje. perlu jugak pemantauan kita, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam browser ni bukan blog certain video di youtube aje aida
      diorang juga blog website tertentu
      so sangat bagus juga untuk anak-anak kita yang sedang membesar
      cuba google small chicks dekat google image
      sangat suprise apa yang aida jumpa
      tapi dekat salam browser, takde tu

      Delete
  4. salam dear.

    great sharing. esp to the kids kan..

    anyway, nak jaw solon yana.
    arwah adalah my best friend di Kashmir. we have been knowing each other since 2010.
    then memang rabat dgn my family too.
    then kami join but travel to Kashmir. in 2012 i went to Kashmir alone dgn bantuan dia. bujang lg masa tu. baru engaged. once dia got married i rengang sikit dgn dia sebab org dah kawin lah kan. lagipun susah org nak faham our friendship lah kan.. my hubby baik dgn dia gak lah.

    then second time i ke sana lagi with 5 others.

    then planned ke sana last Nov 2016. dia yg arranged lah supposed to be. unfortunately he died 24 days sebelum i ke sana. really a shocked to me lah. so last nov i dibantu oleh org lain. dan ke sana hanya dapat melayat kubur nya saja.. he was my buddy lah. my bother. and my close friend. :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak, oo gitu citenya
      sedihlah cite akak ni
      yelah kan, kadang hubungan persahabatan
      antara lelaki dan perempuan memang sukar difahami
      apapun meh kita doakan moga dia bahagia di sana ye

      Delete
  5. bagusnya terjamin sket anak2 tngk youtube xyah risau da kalo terbukak tah apa2..
    kadang2 tak bukak pun.. tapi pop up or iklan tu tah apa2..

    ReplyDelete
  6. bagus ni..lagi-lagi anak dah start pandai ambil tahu macam-macam. kadang-kadang youtube ni entah ke mana-mana dia bawak kita. bahaya.

    ReplyDelete
  7. Saya belum lagi guna Salam Browser ni. Kena juga buatlah sebab anak-anak memang rajin sungguh melayari internet tanpa kita sedar. Zaman sekarang ni bukan boleh dipandang sambil lewa. Macam-macam pengaruh tak baik!

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...