Membeli Produk Untuk Bayi di 11street

7:49:00 am Yana Yani 23 Comments

Membeli Produk Untuk Bayi di 11street | Assalamualaikum semua! Hari ni Akak sangat berbesar hati dapat menjadi penulis sementara di blog Diari Seorang Mama bagi menceritakan sendiri pengalaman Akak membeli dan mencuba produk untuk bayi yang dijual di 11street. 11street ni pada sesiapa yang belum tahu merupakan laman e-dagang yang kini mula dikenali di Malaysia kerana menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan.

Apa? Mana YY? Alah, tak payah risau pasal korang punya YY tu. Ada aje huh! Kalau dia rajin, esok lusa mesti korang dah dapat baca bebelan dia di entri lain. Hanya entri ni sahaja korang akan baca bebelan Akak.

Untuk makluman, Akak ni adik YY yang ketiga. YY tu anak sulung. Dekat luar Akak dikenali dengan nama Dayah. Tapi Akak lebih dikenali sebagai Kakak dalam keluarga. Jangan tanya kenapa kena panggil Kakak. Tidaklah Akak ada jawapannya pun. Yang pasti sebab panggilan tu, korang punya YY dok seumo perasan dia muda. Geram tau!

Membeli Produk Untuk Bayi di 11street
Produk bayi daripada B&B

Berbalik kepada cerita produk bayi yang Akak perolehi daripada 11street tadi, Akak paling suka B&B Laundry Detergent for Baby and Children. Serius barangan yang berasal daripada Koreani memang kelas gitu! Ada baju anak-anak Akak yang sebelum ni Akak dok sental dengan sekuat kudrat pun tak hilang. Tapi lepas guna produk daripada BB House ni, boleh pula hilang hanya dengan sekali basuhan. Kagum Akak okay! Lagi satu, bau dia harum gitu. Satu rumah bau tau! Bau dia macam bau baby, bukan bau pewangi! Tengok, excited Akak cite ni. Hihihi!

Tapi serious talk, produk ni memang bagus! Harga dia pula adalah RM 65.15. Yang spray tu pun bagus tau! Tapi sayangnya buat masa sekarang 11street takde stok pula. Tidak boleh share link dengan korang.

Membeli Produk Untuk Bayi di 11street
Produk bayi daripada Aleya Naturals dan Jack N Jill

Akak ada dua orang anak, Khaira dan Keysha. Dia orang berdua ni ada masalah eczema dan sensitive skin. Kalau pakai tisu basah jenama lain, tergarulah budak berdua tu. Lepas tu Akak kalau pakaikan diorang jenama lain, lepas lap dekat bahagian sulit diorang atau badan, Akak rasa macam berminyak. Pastu macam melekit tau. Tapi jenama yang Akak cuba daripada Aleva Naturals ni yang dibawa khas oleh Mothercare, takde pulak feeling gitu.

Akak dah cuba Aleva Naturals Baby Wipes (Travel Pack) yang dijual pada harga RM 15.80 dan juga Aleva Naturals Baby Sensitive Wipes yang dijual pada harga RM31.70. Elok aje Khaira dan Keysha guna kedua tisu basah ni. Takde alergik langsung pun. Menariknya pemenang Anugerah Produk Green ini bebas daripada bahan kimia, sulfat, klorin dan paraben. So ianya sangat sesuai untuk bayi.

Lagi satu produk yang Akak cuba adalah Aleva Naturals Bamboo Baby Pacifier and Toy Wipes (Twin Pack). Produk ni sangat sesuai digunakan untuk mencuci mainan ataupun aksesori makanan bayi. Ianya diperbuat daripada bahan yang dikenali sebagai bamboo rayon dan dijual pada harga RM 52. Pendek kata, jenama Aleva Natural ni sangat okay pada budak yang ada eczema and sensitive skin macam Khaira dan Keysha.

Ubat gigi tu Khaira yang bedal. Dia buat macam gula-gula pula. Nak gosok gigi aje kerja dia sebab rasa Jack n' Jill Natural Toothpaste (for babies, toddlers & children) ni manis macam candy gitu. Untuk makluman, ubat gigi Jack n ' Jill ni mempunyai pelbagai perisa buah-buahan organik yang lazat. Yang Khaira cuba ni perisa blueberry. Ia juga bebas daripada rasa pudina dan selamat untuk ditelan! Produk ini dibuat di Melbourne, Australia. Harga dia RM 24.95.

Membeli Produk Untuk Bayi di 11street
Akak dengan anak Akak paling kecik, Keysha

Produk terakhir yang Akak cuba adalah Mothercare Snapkis Portable Fan. Kipas ni macam biasalah, senang nak bawa ke mana-mana. Pastu pakai bateri 2AA yang cikai pun okay. Bolehlah ngipas dak Khaira yang poyo tu. Hihihi! Harga kipas ni RM 63.50.

Kesemua produk bayi yang Akak ceritakan dari tadi, semuanya boleh diperolehi di 11street.my. Kot tergoda dengan review Akak ni kan, bolehlah pergi usha ye. Hihihi!

Membeli Produk Untuk Bayi di 11street
Keysha tengah buat muka kelat. Hihihi!

Okay korang ye. Akak pun tak tahu nak goreng apa lagi dengan korang ni. Takde bakat nak mengarang panjang-panjang macam YY tu. Hihihi! Akak just nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AILDILFITRI pada korang semua. Jangan lupa shopping dekat 11street tau! Bye korang!

With Love
Akak a.k.a Dayah

23 comments:

  1. Tinggi maintenance anak dara YY ni.
    Kakak tak pernah lagi mencuba produk ini dan macam tak pernah jumpa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak dara saya memang ada masalah eczema
      cuma dalam cite di atas, bukan anak saya
      anak adik saya

      Delete
  2. sy suka shopping kt 11st....mcm2 benda leh beli kt situ heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni ada voucher tak guna lagi
      masa untuk shopping! hehe

      Delete
  3. wah YY da ada p.a. ekk tulis blog?
    amat la best hi hi hi...
    aida lom pernah soping kat 11street, dayah.
    so far kat lazada & groupon ajer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bukan PA aida
      dah dia yang cuba semua benda tu
      elok dia sendiri yang tulis
      saya sediakan platform aje...hehe
      pasni takdenya dia nak nulis lagi..hehe

      Delete
  4. Baru tau ttg ni.. maklumlah dah takde anak yg baby lagi. Mmg bagus rekemen kat ahli keluarga dan kengkawan utk baby dia org.. menarik dan memudahkan. Thanks sharing... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru juga tahu KK
      benda bagus, harus disebarkan.
      dak gitu KK? =)

      Delete
  5. berkongsi blog dengan akak ye YY

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tu sebenarnya adik saya
      saya kakak dia. paham dak? hehe

      Delete
  6. wah ..ada penulisan jemputan la..boleh la berehat sehari dua dari menulis blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...untuk article ni aje
      sebab dia yang mencubakan
      kalau saya yang cite, jadi apa pula nanti =)

      Delete
  7. Dah start famous 11 Street ni kan sis?...banyak juga barangan boleh dpt kat sana mcm barangan bayi tu.. byk pilihan... happy shopping :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. dah boleh bersaingan dengan peniaga online lain
      memang banyak pilihan, boleh rabak juga poket dibuatnya..hehe

      Delete
  8. akak tak pernah shopping kat sini

    ReplyDelete
  9. 'Kakak' pun ada bakat penulisan macam kak YY juga..hehe.suruhlah dia buat blog..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...marah dia panggil dia kakak
      dia tak nak buat. dah penah suruh

      Delete
  10. Oh, inilah kali pertama Dayah ni jadi blogger jemputan kat blog 'adik'nya ya! Kasihan alahai, nombor 3 tapi kena panggil kakak. Yang kakak sulung tu memanglah semua pun tahu dia perasan memanjang aje 13 tahun!

    Saya tak tahu nak beli apa kat 11 Street ni sebab banyak benar pilihan yang ada!

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...