Keenakkan Kopi CEN-Roma Yang Baik Untuk Mata

7:02:00 am Yana Yani 18 Comments

Keenakkan Kopi CEN-Roma Yang Baik Untuk Mata | Umum mengetahui bahawa kopi merupakan minuman paling popular di dunia. Ia merupakan minuman yang sentiasa diminum oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Di Amerika contohnya, hampir separuh daripada penduduk negara tersebut meminum kopi sebagai rutin harian di awal pagi. YY sendiri tak terkecuali meminum kopi walau pernah berhenti beberapa ketika kerana migraine yang teruk. Setakat ke hari ini, YY masih penggemar kopi (^_^)

Disebabkan itu, YY sangat berbesar hati untuk memperkenal jenama kopi CEN-Roma yang bukan sahaja sedap dari segi rasa, bahkan baik untuk kesihatan mata. Kopi CEN-Roma juga merupakan satu-satunya kopi yang mempunyai kebaikan untuk penjagaan mata. Menarik bukan?

Keenakkan Kopi CEN-Roma Yang Baik Untuk Mata
Kopi CEN-Roma terbukti berkesan untuk kesihatan mata

Betul ke kopi CEN-ROMA baik untuk penjagaan mata? Hasil daripada penyelidikan klinikal mengatakan bahawa kita perlu mendapatkan 10mg lutein sehari untuk penjagaan mata. Apa yang menarik, kopi CEN-Roma ini mengandungi 0.34% lutein dalam setiap sachet dan ini jelas membuktikan bahawa kopi CEN-Roma amat baik untuk penjagaan mata.

Apa pula menatang lutein tu? Lutein merupakan pigmen berwarna kuning dalam kumpulan karotenoid yang terdiri daripada sekumpulan pigmen merah, kuning dan jingga. Kebiasaannya terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Lutein juga merupakan anti oksida yang berpotensi melindungi mata daripada kecederaan akibat cahaya biru dengan menapis cahaya tersebut daripada mengenai lapisan sel-sel dalam mata.

Banyak kajian telah melaporkan lutein mengurangkan risiko mendapat penyakit mata yang kronik, termasuk katarak dan kemerosotan fungsi makula akibat peningkatan usia, AMD (age-related macular degeneration). Malangnya agak sukar mendapatkan lutein terutamanya daripada makanan kerana kita perlu mengambil jumlah hidangan sayuran dan buahan yang sangat banyak.

Keenakkan Kopi CEN-Roma Yang Baik Untuk Mata
Setiap sachet kopi CEN-Roma mengandungi 0.34% lutein yang baik untuk mata

Justeru pengambilan makanan tambahan seperti kopi CEN-Roma adalah perlu untuk penjagaan mata. Malahan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, FloraGlo lutien yang merupakan jenama lutein yang terkenal dan telah dipatenkan di Amerika oleh Kemin Health Industries Inc telah digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan kopi CEN-Roma.

FloraGlo lutein dihasilkan dari ekstrak bunga Marigold Afican yang ditanam di Thailand tanpa terdedah kepada sebarang racun perosak.

Keenakkan Kopi CEN-Roma Yang Baik Untuk Mata
Kopi CEN-ROMA sangat sedap dari segi rasa

Kalau ditanya dari segi rasa berdasarkan pengalaman peribadi YY yang turut mencuba, Kopi Cen-Roma ini sangat enak dan ia juga merupakan produk kopi yang rendah kafein. Bab HALAL, rest assured bahawa kopi CEN-Roma mempunyai pensijilan HALAL yang disahkan oleh JAKIM. Bahkan kopi CEN-ROMA juga memiliki sijil ISO yang membuktikan kredibiliti produk dari segi kualiti dan sebagainya mampu memenuhi jangkaan para pelanggan.

Setiap kotak kopi CEN-ROMA mengandungi 15 sachet dan ianya boleh diminum oleh segenap lapisan masyarakat terutam yang mementingkan penjagaan mata. Untuk makluman lanjut mengenai produk kopi CEN-ROMA ini, korang boleh hubungi maklumat yang diberikan di bawah

ROSHIDAYU CHE MAT ENTERPRISE
38 Jalan Cekap 25/45
Taman Sri Muda
Seksyen 25, 40400 Shah Alam

Telefon:
Roshidayu, +6016 217 74576 / +60111 767 8730
atau
Zamri, +6019 298 2842 / +60111 076 6012

18 comments:

  1. Replies
    1. bukan macam sedap aje, memang sedap! =)

      Delete
  2. 1st time dengaq nama kopi ni.. baguih jugak tuk matakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun akalu tak sebab review, memang tak tahu...hehe

      Delete
  3. Salam kak YY, dulu saya suka sangat kopi , tapi sekrang tak minum sangat dah . zaman study memang hantu sangat kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam yunk
      akak dulu pun memang hantu kopi
      berhenti kejab sebab migraine teruk sampai jejaskan penglihatan
      ni sambung balik! hehe

      Delete
  4. bagus kopi ni ye, tapi akak bukan penggemar kopi dan segala minuman yang seangkatan dengannya..hehehe, tapi bagus untuk mata tu, haruskan dicuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh saya tak boleh kalau takde kopi
      mesti nak kena ada kopi walau sehari sekali
      kopi cen-roma ni pula kopi yang baik tuk mata
      pertama seumpananya! memang ahrus cuba! =)

      Delete
  5. First time saya dengar nama kopi ni. Memang tak pernah cubalah atau belilah kalau dah tak pernah dengarkan.

    Saya bukan peminat kopi tapi suami saya memang kena 'mengkopi' setiap hari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama juga MD
      dulu saya memang boleh kata sepanjang masa nak kena ada kopi
      tapi lepas kena migraine teruk sampai jejaskan penglihatan
      berhenti lama juga sebelum saya start semula
      tapi tak seteruk dulu punya ketagihanlah...hehe

      Delete
  6. Replies
    1. ♪♫ kita serupa..kita serupa...hadirku untuk mengubat luka..oo ♪♫♫
      eh terbuat konsert pula..hehe

      Delete
  7. Bunda belum pernah jumpa dan minum lagi kopi ni... dengar macam bagus jer, walaupun bunda bukan penggemar kopi tapi kalau jumpa boleh jugak try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunda cuba hubungi nombor tu bunda
      saya rasa diorang tak jual dipasaran biasa
      mungkin hanya agen tertentu sahaja yang ada stok

      Delete
  8. First time dengar. Menarik produk ni. YY, off topic sikit. YY kan tiroid,..doktor kasi minum kopi ke idak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida da jarang minum kopi.
      diri ni ketagih sebeno nyer.
      terpaksa dikurangkan...
      but now memang byk ekk kopi yg sihat, cenggini la.

      Delete
    2. sepanjang saya disahkan menghidap tiroid ni,
      belum penah dengar pula doktor dok larang minum kopi
      tapi kalau kobis ada.
      kalau tak silap ada satu bahan dalam kobis yang buat hormon naik
      tapi saya tak pasti =)

      saya setiap hari mesti kena secawan kopi aida
      mesti kena sebagai booster! hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...