Maajun Anggun Bistari Membantu Mengekalkan Kecantikkan

7:25:00 am Yana Yani 24 Comments

Maajun Anggun Bistari Membantu Mengekalkan Kecantikkan | Lumrah semulajadi bagi setiap wanita di dalam dunia ini untuk sentiasa kelihatan cantik dan berseri. Malahan ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit hanya untuk kelihatan cantik dan berseri. Kebiasaanya hanya kecantikkan luaran dititik beratkan. Sedangkan kecantikkan dalaman juga perlu dijaga kerana ia refleksi bagi kecantikkan luaran. Sepertimana perlunya kita menjaga kecantikkan luaran, begitu juga pentingnya kita menjaga kecantikkan dalaman.

Hari ini YY sangat berbesar hati untuk memperkenalkan produk yang mampu menjaga dan membantu menyelesaikan masalah kesihatan dan kecantikkan dalaman wanita pada harga mampu milik. Menarik bukan? Produk yang YY maksudkan adalah Maajun Anggun Bistari atau lebih dikenali sebagai MAB.

Maajun Anggun Bistari Membantu Mengekalkan Kecantikkan
Maajun Anggun Bistari (MAB) rahsia kecantikkan wanita

Bagaimana Maajun Anggun Bistari (MAB) menyelesaikan masalah kesihatan dan kecantikkan dalaman wanita? Huh! Tu yang nak cerita tu. Meh dekat sikit!

Selain daripada bertindak sebagai perancang keluarga bagi yang ingin menjarakkan kehamilan atau family planning, Maajun Anggun Bistari (MAB) juga merawat segala masalah dalaman wanita seperti masalah keputihan, kegatalan teruk dan bau yang tidak menyenangkan di bahagian kewanitaan. Ia juga membantu wanita selepas bersalin dengan memberikan kehangatan pada badan, mengetatkan kembali bahagian kewanitaan dan mengempiskan juga menegangkan otot-otot perut.

Masalah sengugut juga boleh diatasi dengan pengambilan Maajun Anggun Bistari (MAB) secara teratur kerana ia membantu melancarkan peredaran haid dan mengurangkan kesakitan ketika haid. Ia juga membantu menyihatkan badan disamping menambah tenaga, mempertingkatkan kembali imun ketahanan badan sepanjang hari dan juga melambatkan proses menopous terutama bagi golongan wanita yang telah berumur.

Maajun Anggun Bistari Membantu Mengekalkan Kecantikkan
Maajun Anggun Bistari (MAB) produk kecantikkan mampu milik

Kalau ditanya dari segi rasa dan bau berdasarkan pengalaman peribadi YY yang turut mencuba, ianya sama seperti maajun yang sedia ada di pasaran. Tapi Maajun Anggun Bistari (‎MAB) mempunyai kandungan bahan yang lebih baik daripada apa yang terdapat di pasaran. Maajun Anggun Bistari (‎MAB) diadun secara turun temurun dari 100 peratus herba asli hasil khazanah alam semulajadi seperti manjakani, senduduk, inai, kacip fatimah, serapat, habatussauda dan madu.

Maajun Anggun Bistari (‎MAB) juga disahkan bebas dari bahan merbahaya yang boleh merosakkan badan seperti steroid dan merkuri oleh pihak Makmal Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Maajun Anggun Bistari Membantu Mengekalkan Kecantikkan
Sebiji Maajun Anggun Bistari (MAB) mampu memberikan hasil yang memberangsangkan

By now, kita dah tahu kebaikan dan kandungan terbaik yang terdapat di dalam setiap botol Maajun Anggun Bistari (‎MAB), jadi siapa pula yang sesuai untuk consume produk yang sedang hangat di pasaran ni?

Maajun Anggun Bistari (‎MAB) boleh diambil oleh anak dara seawal usia 18 tahun ke atas, ibu-ibu yang ingin menjarakkan kehamilan menggunakan kaedah semulajadi tanpa bahan kimia, wanita yang mengalami kedatangan haid yang tidak menentu, wanita yang telah lama mendirikan rumahtangga dan menanti kehadiran zuriat, ibu-ibu yang menyusukan anak dan ingin menambah bekalan susu, isteri yang ingin menjadi dambaan suami, wanita yang menghampiri monopouse dan ingin mengurangkan symptom pra monopouse dan lain-lain

Maajun Anggun Bistari (‎MAB) mempunyai 21 biji setiap botol dan korang perlu mempunyai disiplin yang tinggi untuk mendapatkan peluangan yang lumayan. Tapi jangan bimbang kerana guideline akan diberikan selepas pembelian Maajun Anggun Bistari (‎MAB). Yang penting kalau korang juga ingin kekal sihat dan anggun, korang hanya perlu keman atau kunyah atau telan sebiji Maajun Anggun Bistari (‎MAB) setiap hari selama 21 hari mengikut guideline yang diberikan.

Untuk makluman lanjut mengenai produk Maajun Anggun Bistari (‎MAB) ni, korang boleh hubungi atau klik pautan di bawah


Telefon: Lily Alin +6012 658 7052

24 comments:

  1. Pernah rasa nak telan juga.. Tapi sbb kena ikut guideline tu payah tu...sbb ni amalkan Supplement ikut suka... Haha.. Takde disiplin sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu...tapi mungkin payah pada peringkat permulaan
      once dah get use with it, insya allah

      Delete
  2. cam viral jugak la MAB ni kat satu group fb ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? tapi memang MAB ni akak popular lately

      Delete
  3. waahh.....maajun...sy xpernah mkn ni...selalu tgk jer org mkn...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba DM. bagus untuk kekal cantik dan anggun =)

      Delete
  4. kena belikan buat isteri yg lepas pantang ni..thanks for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu hubungi nombor di atas directly ye =)

      Delete
  5. Betul tu, kesihatan dlmn mmg slalu terabai. MAB ni dah disahkan oleh Makmal UTM, so Insyallah selamat. Skrg ni mcm2 produk kecantikan & kesihatan ada di pasaran, susah utk KKM pantau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebiasaannya kita macam tulah kan
      sedangkan kesihatan dalaman tu lah cermin
      kepada kesihatan luaran =)

      Delete
  6. saya ni dah lama sangat tak makan maajun..dulu suka..makan macam makan coklat je..tapi sejak dah tua ni rasa malas je nak makan maajun..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru berjinak-jinak mencuba
      saya suka bau dia
      tapi jiwa tak cukup kental nak kunyah...hehe
      biasanya telan aje =)

      Delete
  7. Saya belum pernah makan maajun. Selalu tengok kakak saya lepas bersalin, memang confirm dia akan makan. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dulu pun sebelum kawin tak makan faarihin
      mak akak kata dulu anak dara tak elok makan, panas katanya
      ni baru mencuba. tapi belum terlambat kan...hehe

      Delete
  8. wah maajun...akak tak pernah makan, teringin juga nak makan supplement nih, tapi tak tahu apa yang sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka bau dia kak
      wangi aje
      semangat sikit nak telan...hehe

      Delete
  9. tak pernah lagi makan maajun kathy ni sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada juga makan
      cuma nak berdisiplin tu yang payah =)

      Delete
  10. Jangan tak tahu, kita pernah makan maajun tau! Tapi itulah disiplin tak macam askar, celah belum dibuatnya. Manalah nak nampak hasil yang memberangsangkan katanyakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. percaya MD tu makan maajun
      kalau orang macam saya mungkin orang tak percaya
      jenis particular dengan taste yang masuk tekak...haha
      cam maajun ni, bagus tau ambil
      tapi tulah, berdisipin tu payah sikit..haha

      Delete
  11. Hehhehe saya pun tak pernah mkn maajun... sedangkan kat indonesia, makan maajun or jamu tu mmg wajib dr anak dara kan?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. percaya juga
      ramai juga kenalan saya tak ambil
      tak mengapa, janji ada alternatif lain =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...