Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

7:56:00 am Yana Yani 28 Comments


Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

-----------------------------------------

Update 04/09/2015: Bukan rezeki YY untuk segmen yang niTak apa. Better luck next time (^_^)

28 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cara Menggunakan Software Photobook

9:35:00 am Yana Yani 60 Comments

Baru-baru ni YY ada cerita tentang kesibukkan YY menyiapkan photo book pada saat akhir di sini. Disebabkan itu ada beberapa orang yang bertanya cara menggunakan software photo book.

Salah seorang yang bertanya tu adalah rakan blogger yang tinggal sama sedaerah dengan YY, Kak Fazilah atau lebih dikenali sebagai Aryan Azra dalam dunia blogger.

Sebenarnya di pasaran ada banyak jenama photo book yang korang boleh pilih. Macam YY dah terbiasa mengggunakan Photobook Malaysia. Lagipun YY jenis selesa dengan satu jenama aje (^_^)

Meh YY tunjukkan cara menggunakan software Photobook (^_^)

Mula-mula sekali pastikan korang sudah berdaftar sebagai ahli di Photobook Malaysia. Ianya bagi memudahkan korang download photo book yang sudah siap dikemudian hari.

Pastikan juga korang sudah membeli voucher melalui mana-mana tawaran yang boleh diperolehi di dalam laman web rasmi Photobook Malaysia.

Pembayaran boleh dibuat melalui Paypal atau kredit/debit kad. Sekarang pembayaran melalui online banking juga sudah diterima di mana pembayaran akan dibuat melalui iPay88.

Once pembayaran sudah dibuat, korang akan terima email mengesahkan pembelian. Korang juga diberikan voucher code dan juga product description.

Simpan voucher code ni sebab ianya hanya digunakan selepas photo book siap.

Dalam banyak-banyak kemudahan yang disediakan, YY lebih suka guna software ini sebab banyak gambar boleh sumbat dan tak perlu online sepanjang masa.

Malahan software Photobook ini hanya perlu dimuat turun sekali sahaja.

Mula-mula sekali selepas masuk website rasmi Photobook Malaysia, klik Photobooks, lepas tu klik Start A Book. Pilih Photobook Designer dan klik dibahagian Start here.

Cara Menggunakan Software Photobook

Pastikan negara yang dipilih adalah MALAYSIA dan kemudian klik butang DOWNLOAD. Proses memuat turun ni mengambil masa antara 15 ke 20 minit bergantung kepada kelajuan internet korang.

Lepas dah download tu, akan keluar mesej di bawah. Klik butang Run. Klik dua kali butang Next dan akhir sekali klik butang Install.

Cara Menggunakan Software Photobook

Software Photobook sudah boleh digunakan selepas itu. Setiap photo book yang dibuat dikategorikan sebagai projek. So klik Create a New Project untuk mula buat photo book.

Kemudian hari nak sambung, klik Open an Existing Project aje.

Cara Menggunakan Software Photobook

Kemudian pilih Category, Product Type dan Product berdasarkan voucher yang korang beli. Boleh refer email yang mengandungi Product Description in case korang confuse.

Lepas tu, namakan projek korang. Klik butang Create.

Cara Menggunakan Software Photobook

Korang dah boleh mulakan projek photo book korang selepas tu.

Bagi memudahkan kerja korang, Photobook dah syorkan Page Styles untuk setiap muka surat tapi kalau tak suka, boleh aje ubah berdasarkan seleksi yang disediakan.

Design photo book ikut kreativiti masing-masing. Boleh letak Masks, Background, Frames, Scrapbook dan macam-macam lagi.

Disebabkan tak perlu online, korang boleh pilih masa yang sesuai untuk buat projek photo book korang. Kalau YY, jiwa kena tenang. Baru puas hati hasilnya. Hehe!

Cara Menggunakan Software Photobook

Di lain entry YY akan tunjukkan cara pula macamana cara order dilakukan selepas photo book yang kita dah design siap sepenuhnya. Nak sambung terus takut korang pitam pula baca (^_^)

Till we meet again ye, Assalamualaikum.

60 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Giveaway Anak Merdeka 2015!

7:13:00 am Yana Yani 21 Comments

Giveaway Anak Merdeka 2015!
Klik banner untuk maklumat lanjut

Syarat-syarat penyertaan: 

  1. Blogger Malaysia 
  2. Follow Blog: Maria Firdz | Homemadesticker 
  3. Follow Google + : +Maria Firdz | +Firdzaus Mariah 
  4. Like page: Homemadesticker | Cetak Baju Ekspress 
  5. Buat satu entry bertajuk "Giveaway Anak Merdeka 2015!" 
  6. Copy BANNER di atas dan Backlink kan ke entry ini 
  7. Publish dan Tinggalkan URL Entry di kotak komen ENTRY INI

Hadiah yang ditawarkan:

  • 1 helai T-Shirt Cotton x 2 pemenang 
  • 1 button badge + 1 magnet fridge x 3 pemenang 
  • 1 custom sticker x 2 pemenang 
  • 1 puzzle x 1 pemenang 
  • 1 car stripe sticker x 2 pemenang 

10 pemenang bertuah dicari!!!

Tempoh Giveaway: 21 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015 (8.00pm)

-----------------------------------------

Update 07/09/2015: Bukan rezeki YY untuk segmen yang niTak apa. Better luck next time (^_^)

21 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Afif dan Dinosaur

7:14:00 am Yana Yani 42 Comments

Afif dan dinosaur seolah dua perkataan yang tak boleh dipisahkan pada ketika ini. Pada usia seawal tiga tahun dia sudah mula menunjukkan kecendurangan minat terhadap dinosaur.

YY tak berapa ingat bagaimana ianya bermula tapi yang pasti ianya bermuka sejak dari dia masih bayi YY dah dedahkan dia dengan rancangan berbentuk dokumentari seperti Discovery Channel.

Pada usia tiga tahun apabila ditanya apakah cita-cita dia bila besar nanti, dia dengan yakin menjawab archaeology. Masa dia cakap tu, YY sendiri garu kepala (^_^)  

Walau kurang memahami pada mulanya, YY sedaya upaya memberi dia banyak galakan.

YY cuba dedahkan dia dengan lebih banyak maklumat mengenai dinosaur. Malahan apa sahaja bahan mengenai dinosaur akan YY cuba adakan hanya untuk insan bernama anak.

So apabila YY tahu tak lama dahulu Pusat Sains Negara mengadakan pameran Dinosaurs Live, YY adalah manusia paling teruja sebab tak sabar nak tunjukkan dinosaur bersaiz sebenar pada Afif.

Kami pergi sampai tiga kali! Kali pertama kami pergi dah terlalu lewat. Kami tidak dibenarkan masuk. Mujur ada patung dinosaur di luar Pusat Sains Negara. Cukup untuk memujuk Afif (^_^)

Afif dan Dinosaur

Kali kedua Afif sangat teruja, begitu juga YY.

Malangnya masuk aje ke bahagian pameran, Afif meraung dan menangis. Tak sangka yang dia terlalu takut apabila berjumpa dengan dinosaur secara live.  

Masa gambar di bawah ni diambil, cukup kuat dia meronta sambil dok jerit, "Afif nak balik! Afif nak balik! Uwaaahhhhh!!"

Papa time tu nampak cool aje memegang kemas anak dia yang meronta. Siapa tahu perasaan sebenar dia yang mungkin geram dengan kelakuan si Bujang. Hehe!

Afif dan Dinosaur

Kali ketiga kami pergi adalah kerana memenuhi impian Mak YY yang teringin juga merasai pengalaman melihat dinosaur. Seperti kali kedua, Afif masih lagi meraung.

Bila ditanya kenapa dia meraung, dia jawab, "Afif takut dengar suara dia. Afif tengok dekat TV, dinosaur tu boleh makan kita. Afif takut dia makan Afif"

Afif dan Dinosaur

Selepas kejadian tu, memang tak pernah lagi menghadiri mana-mana pameran dinosaur walau ianya berdekatan. Tapi ianya berubah apabila dia semakin besar.

Dia mula sedar yang dinosaur dah pupus. Malahan dia sendiri yang menerangkan benda yang dia tengok di pameran hanyalah patung yang dihidupkan menggunakan mesin.

Kebetulan ketika kami ke Bukit Bendera tak lama dahulu, ada pameran dinosaur. Walau patung dinosaur tak sebanyak di Pusat Sains Negara, keterujaan Afif diluar expectation YY.

Afif dan Dinosaur

So sejak dari hari tu, apa sahaja melibatkan dinosaur adalah sesuatu yang sangat mengujakan dia. Dapat melihat hanya sekeping gambar dinosaur sudah membuatkan dia terlalu gembira.

Afif dan Dinosaur

Koleksi dinosaur dia pun bertambah dari hari ke sehari. Duit raya dia baru ni pun dia gunakan 10% untuk membeli dinosaur. Bangga sangat bila dapat menambahkan koleksi dia.

Afif dan Dinosaur
Afif dan Dinosaur

Dan kerana minat dia ni jugalah kami sekeluarga dijemput menghadiri tempat yang sememangnya telah lama kami rancang untuk pergi. Cuma belum berpeluang ke sana.

Rezeki Afif dan juga semestinya minat dia merupakan antara faktor utama peluang ini berjaya diperolehi. Ke mana destinasi kami akan pergi akan YY dedahkan kemudian.

Yang pasti YY sangat excited dan begitu juga Afif.

Gambar dekat bawah ni, dia suruh YY letakkan di blog sebagai tatapan korang semua dan juga siapa tahu dia sendiri di masa akan datang.

Terasa kelakar bila teringat dia memberi arahan posisi mana gambar dia bersama dinosaur elok di ambil. Bajet model katanya. Hehe!

Afif dan Dinosaur
Afif dan Dinosaur

Yang pasti, YY seperti mana-mana Mama di dunia ni. Tiada apa yang lebih menggembirakan di dalam dunia ini apabila melihat anak gembira. Betul tak?

Kegembiraan mereka adalah pencetus untuk kita terus gagah menjalani hari mendatang. Sebab tu sebagai seorang anak, jangan diragui langsung pengorbanan seorang ibu ataupun bapa.

Rasanya cukuplah bebelan YY untuk hari ni. Yang pasti tak sabar nak tunggu weekend. Sangat excited! Kemudian YY ceritakan ye (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum.

42 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Menunaikan Rukun Islam Kelima

7:02:00 am Yana Yani 48 Comments

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi setelah hampir satu dekad menunggu, tahun ini impian parent in law YY untuk menunaikan Rukun Islam kelima akhirnya termakbul.

Syukur semuanya dipermudahkan untuk mereka. Dari proses rayuan disebabkan hanya Mak Mentua YY sahaja yang menerima tawaran sehinggalah ke hari keberangkatan mereka.

Tetamu pun tak putus-putus menziarah terutama pada hari terakhir sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci. Terasa macam buat kenduri kahwin pun ada sebab ramai sangat orang datang.

Menunaikan Rukun Islam Kelima
Menunaikan Rukun Islam Kelima

Perasaan sebak mula terasa apabila parent in law YY mula bersalaman dengan tetamu yang hadir sebelum mula bergerak meninggalkan rumah.

Hati bertambah sayu apabila Abang Ipar YY mula melaungkan azan yang kemudiannya disusuli bacaan doa oleh suami Kakak Ipar YY atau bahasa mudahnya, biras YY.

Biras YY tu pun akan ke Tanah Suci juga. Tapi trip dia kemungkinan besar pada minggu hadapan. Dia ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Menunaikan Rukun Islam Kelima

Anyway, sesemua adik-beradik MyChintaHati mengiringi pemergian Mak dan Abah kecuali Kakak Ipar YY yang baru sahaja melahirkan bayi perempuan pada awal Ogos yang lalu.  

Sampai aje kami di Kompleks Tabung Haji yang terletak di Kelana Jaya, kami terkejut dengan lautan manusia. Tak jangka manusia seramai tu.

Menunaikan Rukun Islam Kelima

Kami sampai agak awal juga disebabkan proses pendaftaran hanya bermula pada pukul satu pagi. So saat menunggu tu yang terasa sukar lebih-lebih lagi bila Afif dan Aisyah turut serta.

YY pun pandai sangat pergi pakaikan diorang Baju Kurung dan Baju Melayu. Kononnya nak bagi Mak Mentua YY nampak cucu-cucu dia pakai baju yang dia sendiri jahitkan.

Kesian diorang macam tak selesa. Aisyah siap minta buka baju sebab dia kata panas.

Menunaikan Rukun Islam Kelima

Lagi satu cerita yang agak tragis, Kami tak terfikir langsung nak bawa tikar sendiri.

Sudahnya Afif dan Aisyah baring dan tidur di atas jalan tar! Nak buat macamana? Faced ajelah! Lepas ni belajar dari pengalaman.

Menunaikan Rukun Islam Kelima

So pada sesiapa yang ada saudara atau ahli keluarga yang akan ke Kompleks Tabung Haji dalam masa terdekat ni sila take note beberapa perkara ni.

Korang kena bawa air dan makanan sendiri sebab makanan dan minuman agak mahal di sini. Tu belon tu, RM10 satu. Bikin senak jantung aje.

Silalah juga bawa segala bantal atau tikar sebab memang lama menunggu terutama pada waktu malam dan korang ada bawa anak kecil. Tapi sebenarnya tak terasa sangat lama menunggu.

Cuma bila ada bawa anak kecil aje macam Afif dan Aisyah. Diorang banyak merengek mungkin diorang rimas dengan keadaan orang yang ramai.

Sambil menunggu tu, sempatlah jugalah merakam gambar bersama Mak dan Abah (^_^)

Menunaikan Rukun Islam Kelima
Menunaikan Rukun Islam Kelima
Menunaikan Rukun Islam Kelima

Akhirnya, Mak dan Abah dipanggil untuk menaiki bas yang disediakan. Masa ni bertambah sebak membayangkan itu mungkin pertemuan terakhir.

Tengok Mak dan Abah memeluk dan mencium Afif dan Aisyah menambahkan rasa sayu. Air mata diorang nampak bergenang, cuma tak tumpah aje. YY yang rasa nak meraung.

Buat Mak dan Abah, Yana doakan semoga perjalanan pergi dan balik Mak dan Abah selamat. Semoga  juga perolehi haji yang mabrur. Insya ALLAH, panjang umur kita jumpa lagi.

P/S - Entah YY berpeluang atau tidak untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima tu. Apapun YY yakin, perancangan ALLAH adalah yang terbaik.

48 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Hari Terakhir di Bulan Syawal

7:28:00 am Yana Yani 42 Comments

Hari Sabtu lepas di mana hari terakhir di bulan Syawal bagi tahun 1436H merupakan hari yang padat dengan pelbagai aktiviti bagi YY. Memang terkejar aje dibuatnya.

Permulaan hari dimulakan dengan rewang di kawasan perumahan YY bersempena Perjumpaan Hari Raya bagi taman perumahan yang YY duduki ini untuk kali yang kedua.

Kami empat-beranak turun padang bagi menjayakan program ni walau majlis yang dijadualkan diadakan pada sebelah malam tidak dapat kami hadiri.

Dalam kehidupan bermasyarakat, amat perlu untuk kita mengenali jiran. YY secara realitinya bukanlah seorang yang peramah. So menghadiri aktiviti ini memang agak sukar pada mulanya.

Mujur YY ada kawan baik zaman sekolah dulu yang juga duduk di kawasan yang sama. Tak adalah rasa kekok sangat sebab dia boleh tahan peramahnya. Tumpang populariti dia (^_^)

Hari Terakhir di Bulan Syawal
Hari Terakhir di Bulan Syawal

Penat rewang terasa berbaloi apabila dijamu dengan makan tengahari yang marvelous. Suka sup tulang yang buat YY hilang rasa malu bila bertambah. Hehe!

Tak tahu siapa punya air tangan yang buat sup tu. Yang pasti sedap! Selepas dah kekenyangan, kami bergegas pula ke rumah sepupu YY yang juga mengadakan majlis rumah terbuka.

Kami anak-beranak pergi bersama Mak, Abah, Angah, Dayah, Anis dan Khaira. Terasa seronok bila pergi ramai-ramai macam tu. Terasa macam berada di hari pertama Syawal (^_^)

Hari Terakhir di Bulan Syawal

Agak lama juga kami di situ ditambah bila bertemu dengan saudara-mara yang lain. Segala macam topik keluar termasuk cerita mengenai char kuey teow yang akan YY ceritakan kemudian.

Seronok bercerita buat YY hampir terlupa yang YY perlu baking untuk Majlis Perjumpaan Raya dan doa selamat buat kedua ibubapa MyChintaHati. Kelam kabut balik.

Kalau tak kerana dah berjanji, memang YY tak akan buat kek tu sebab masa yang agak suntuk. Tapi memikirkan yang janji telah pun dibuat, maka YY gagahkan juga diri untuk baking.

Selepas Maghrib kami pulang ke kampung MyChintaHati. Masa sampai, saudara lain sudah pun memenuhi rumah pusaka peninggalan arwah Atuk MyChintaHati.

Hari Terakhir di Bulan Syawal

Majlis ini asalnya hanyalah perjumpaan raya seperti tahun sebelumnya. Kami pun tak bercadang ke perjumpaan kali ini sebab nak menghadiri majlis di taman yang belum pernah kami hadiri.

Perjumpaan itu ditambah dengan majlis doa selamat apabila mereka mendapat tahu yang parent MyChintaHati akan ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam yang kelima.

Atas dasar menghormati dan menghargai perancang majlis yang menganjurkan majlis doa selamat tersebut, maka kami memutuskan untuk hadir dan mengetepikan majlis di taman perumahan.

Hari Terakhir di Bulan Syawal
Hari Terakhir di Bulan Syawal
Hari Terakhir di Bulan Syawal

Selesai bacaan doa selamat, kami pun serbu meja makan! Ada macam-macam menu potluck yang buat YY rambang mata. Niat berdiet memang lupa terus hari tu (^_^)

Hari Terakhir di Bulan Syawal

Tayang sikit gambar kek YY yang menjadi sebutan pada malam tu. Ramai dok tanya macamana cara YY buat kek tu. Nak cakap suruh tengok dekat blog, tak terkeluar. Hehe!

By the way, kek YY yang ada warna belang biru dan hijau tu tau (^_^)


Gambar bawah ni pula adalah gambar Abah Mentua YY dengan adik-beradik dia. Abah anak nombor dua daripada dua belas orang adik-beradik. Seorang tak dapat hadir.

Tiga orang lagi sudah pun menemui Pencipta.

Rupa diorang macam tak berapa nak sama kan? YY mula kahwin dulu susah betul nak cam adik-beradik Abah ni. Oh ya, Abah yang pakai baju coklat gelap tu.

Hari Terakhir di Bulan Syawal

Gambar bawah ni harus ditempek di sini sebab YY terasa YY cun dalam gambar tu. Hehe! Silalah muntah hijau secara berjemaah ye.

Hari Terakhir di Bulan Syawal

Oh ya, majlis perjumpaan ini diadakan di bawah rumah. Yes! Betul apa yang korang baca tu. Memang dekat bawah rumah sebab style rumah dulu timggi-tinggi belaka.

Jimat kos pasang khemah (^_^)

YY pun walau sudah memasuki lapan tahun usia perkahwinan, baru pertama kali menjejakkan kaki ke bahagian atas rumah yang tersimpan pelbagai barangan antik yang ada value.

Itupun secara kebetulan sebab ngeri dok tengok Aisyah panjat tangga yang tinggi tu. Hehe! Lepas tu MyChintaHati pun sibuk bercerita kenangan dia bersama rumah tu.

Terasa seronok pun ye juga bila tengok mata dia yang bercahaya bila bercerita. Ia seolah menggambarkan betapa seronoknya kenangan dia di dalam rumah pusaka tu.

YY rasa cukuplah bebelan YY untuk hari ini. Besok YY akan bercerita pengalaman YY menghantar parent in law YY ke Tabung Haji di Kelana Jaya.

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

P/S -  Aktiviti blog walking agak slow sikit ye. Insya Allah kalau berkelapangan YY akan terjah "rumah" korang. Apapun terima kasih sebab sudi singgah sini (^_^)

42 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA

7:35:00 am Yana Yani 32 Comments

SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA merupakan antara segmen yang unik yang YY pernah sertai sepanjang terjebak dalam bidang blogger.

Sebab apa YY kata menarik? Sebab penganjur meletakkan syarat untuk korang tempekkan gambar raya korang sendiri berserta serba sedikit cerita pasal baju raya korang tu.

Menarik bukan?

Segmen ini akan berakhir pada 31 Ogos 2015 nanti. Untuk syarat penyertaan dan hadiah yang ditawarkan, boleh klik di sini.

SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA

Selama lapan tahun beraya bersama MyChintaHati, ini adalah raya pertama kami membeli baju raya secara berasingan terutama untuk Afif dan juga Aisyah.

YY dan MyChintaHati memakai baju lama. Paling kelakar adalah YY sebab pakai baju yang agak kerap dipakai ke pejabat. Hehe! Lantaklah kan. Bukan ada orang tahu (^_^)

Paling penting adalah keseronokkan anak-anak. Lagipun keseronokkan berhari raya bukan terletak pada status baju yang dibeli, tapi pada minda yang telah disetkan untuk berseronok (^_^)

So apa pula cerita baju raya korang? Moh share dengan menyertai segmen anjuran MamaMyja ni. Pada masa yang sama boleh menyokong antara satu sama lain.

P/S - MamaMyja adalah salah seorang ahli Grup Mama Blogger Malaysia di bawah kepimpinan Kak Kathy R'Bain. Adakah korang juga seorang Mama? Jom sertai grup ini (^_^)

-----------------------------------------

Update 04/09/2015: Bukan rezeki YY untuk segmen yang niTak apa. Better luck next time (^_^)

32 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Majlis Tautan Mesra Aidilfitri Bloggers

7:02:00 am Yana Yani 42 Comments

Diundang ke Majlis Tautan Mesra Aidilfitri Bloggers yang diadakan di rumah blogger tersohor, Nazlee Ismail atau lebih dikenali sebagai PCL seolah sebuah mimpi.

Sejujurnya YY tak menjangka untuk diundang ke majlis tersebut.

Walau berbesar hati apabila menerima undangan, YY tak boleh nafikan perasaan segan untuk menghadiri majlis yang turut dihadiri bloggers yang sudah mempunyai jenama sendiri.

Kalau ikutkan hati, sumpah YY tak nak pergi! Tapi MyChintaHati beria menyuruh YY hadir pada majlis tersebut untuk mengukuhkan jenama Yana Yani.

Atas alasan itu, kehadiran YY pada majlis tersebut adalah perlu atas dasar "pemasaran". Alasan lain pula, rumah PCL terletak tak begitu jauh dari rumah Kakak MyChintaHati.

Maka dengan berat hati YY mengesahkan kehadiran ke majlis yang julung kalinya YY hadiri dalam dunia blogger. Sepanjang perjalanan lutut rasa bergetar (^_^)

Perasaan nervous tu langsung tak hilang terutama bila bertemu empat mata dengan blogger seperti PCL, Uncle Gedek, Kak Azie Azah dan Cikgu Norazimah.

Majlis Tautan Mesra Aidilfitri Bloggers
Majlis Tautan Mesra Aidilfitri Bloggers

Nervous punya pasal, sampai kebanyakkan gambar yang YY snap adalah curi-curi. Terasa segan betul nak angkat kamera cap ayam YY (^_^)

Mujurlah Cikgu Norazimah atau lebih dikenali sebagai CN bermurah hati berkongsi gambar yang beliau ambil ketika majlis tersebut. Dapatlah YY tayang kejelitaan YY pada korang. Hehe!

Terima kasih ye CN sebab sudi kongsi gambar ni dengan YY (^_^)

Majlis Tautan Mesra Aidilfitri Bloggers

CN melalui entry yang dia coretkan di sini mengatakan bahawa majlis ini merupakan majlis pertama yang dia hadiri melibatkan bloggers. Samalah kita CN (^_^)

Disebabkan segan nak ambil gambar orang lain, YY ambil gambar keluarga sendiri. Hehe!

Majlis Tautan Mesra Aidilfitri Bloggers

Anyway perasaan segan tu lama-lama hilang juga dengan keramahan PCL sebagai tuan rumah. Sangat lembut cara PCL bertutur kata. Kalau tengok rupa, nampak dia garang (^_^)

Kak Azie pula tersangatlah peramah! Berborak dengan dia macam berborak dengan orang yang kita dah biasa berborak. Begitu juga Uncle Gedek dan bloggers yang lain.

Diorang buat YY terasa WUJUD (^_^)

Overall majlis memang best dan meriah dengan pelbagai menu sedap yang dibawa sendiri oleh bloggers yang hadir termasuklah YY. Tapi YY bawa tembikai aje. Hehe!

Apapun YY ucapkan jutaan terima kasih buat PCL selaku tuan rumah dan bloggers lain yang menjemput. Terima kasih kerana menyedari kewujudan YY (^_^)

YY rasa seronok ada gathering blogger macam ni. Boleh beramah mesra walau pada mulanya terasa kekok. Yok korang, apa kata kita buat majlis macam ni juga. YY cop bawa tembikai (^_^)

Yang pasti, tak kenal maka tak cinta (^_^)

42 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Hari Ini Hari Raya

7:01:00 am Yana Yani 40 Comments

Pagi raya tu YY bangun agak awal walau kami pulang lewat pada malamnya. Terasa seronok dan excited sebenarnya nak melihat anak-anak memakai baju raya yang dibelikan.

"Afif, bangun sayang. Hari ni hari raya" kata YY ketika mengejutkan Afif. Afif memang cukup mudah untuk dikejutkan. Dengan sekali gerakkan dia dah bangun berbanding Aisyah.

"Pergi mandi sunat hari raya. Lepas tu pakai baju raya, pakai wangi-wangi, lepas tu apa?" tanya YY pada Afif yang seolah masih mamai.

"Ikut Papa sembahyang raya" jawab dia.

Hari Ini Hari Raya

Untuk raya kali ini hanya Afif dan Aisyah berbaju baru. Kami suami isteri pula hanya pakai baju yang mana masih dikategorikan elok. Janji raya.

Bukan orang tahu kitorang pakai baju lama. Oops, tercerita dalam blog pula. Hehe!

Hari Ini Hari Raya

Rayyan dan Rayna, sepupu Afif dan Aisyah pun ada di pagi Raya tu. Kehadiran mereka menambahkan keseronokkan Afif dan Aisyah.

Boleh dikatakan sepanjang hari tu, mereka berempat asyik berkepit aje.

Hari Ini Hari Raya

Untuk mendapatkan gambar mereka seperti di atas, berpuluh kali YY snap gambar. Susah betul nak bagi mereka semua pandang kamera pada masa yang sama.

Gambar di atas paling cantik pada YY walau Rayyan masih tidak memandang kamera (^_^)

Lepas tu YY dan MyChinyaHati pula bergambar bersama mereka berempat. Pun terjadi masalah yang sama. Penat betul berposing dengan diorang ni.

Hari Ini Hari Raya

Disebabkan hari Raya kali ni jatuh pada hari Jumaat, kami tak ke mana langsung disebabkan masa yang singkat. Lagipun MyChintaHati malas nak terkejar dengan sembahyang Jumaat.

Keadaan tu menambahkan rasa lara di hati sebab tak dapat balik kampung kelahiran YY. Mula terasa sebak hati. Pandang apa aje dekat keliling nak touching. Benci perasaan tu.

Tapi mujur hari tu tetamu tak berhenti datang. Terasa juga kemeriahan yang sekaligus menutup rasa lara tu. Selalu raya pertama ni kurang orang datang ke rumah parent in law YY.

Kali ini mungkin disebabkan kebanyakkan mereka tahu parent in law YY akan ke Tanah Suci tak lama lagi. Orang yang tak pernah datang selama ni pun datang.

Hari ni hari Raya katanya (^_^)

Hari ini Hari Raya
 
Hari Raya kedua barulah kami semua termasuk kesemua adik-beradik kecuali Faiz beraya ke setiap rumah pakcik dan makcik diorang. Seronok beraya beramai macam ni.

Paling seronok ye budak-budak. Sampai YY nak ambil gambar pun susah. Raya kali ni memang susah betul nak bergambar. Mungkin sebab tu koleksi gambar raya tahun ni sangat kurang.

Hari ini Hari Raya

Ada satu peristiwa bila YY perasan Afif buka terus sampul Raya di hadapan orang yang memberi. Malu dan marah serentak wujud dalam diri YY. Dalam kereta, masak Afif kena bebel.

YY dan MyChintaHati jelaskan sebaik mungkin bagi mengelak peristiwa sama berulang. Of course ada persoalan kenapa dia tak boleh buat macam itu dan ini. Explain ajelah sebaik mungkin.

Selepas dah yakin dia faham dengan penjelasan, maka YY bagi amaran, "Buat lagi macam tu, makan penamparlah jawabnya"  

"Penampar mana boleh makan. Boleh rasa aje" jawab dia bersahaja.

"Eh eh kau ni! Menjawab pula!" jerkah YY yang kemudiannya disusuli ketawa.

Alhamdulillah, peristiwa itu tidak lagi berulang. Tapi naluri Afif untuk tahu apa yang ada di dalam sampul memang kuat. Tak dapat buka depan orang, dalam kereta dia buka. Budak. (^_^)

Hari ini Hari Raya

Penat juga hari tu. Dari pagi sehingga ke lewat petang kami beraya. Memang dah target untuk habiskan semua rumah pakcik dan makcik yang berada di kawasan sekitar.

Tapi pada masa yang sama, seronok (^_^)

Hari ini Hari Raya

Oh ya, untuk Raya kedua ni kami sekeluarga hanya berpakaian kasual. YY memang tak betah bergerak dengan baju kurung walau koleksi baju kurung penuh satu almari.

Atas alasan tu juga YY tak benarkan MyChintaHati belikan baju kurung walau dia ada syorkan. YY kata kalau nak belikan baju, belikan blouse aje banyak-banyak (^_^)

YY juga buat pertama kalinya cuba lari dari pemakaian tudung bawal. Kali ni YY cuba pakai shawl. Nampak buruk benar sebab tak biasa pakai. Teknik pun kurang mahir.

Silap haribulan, shawl tu menjadi makanan almari aje (^_^)

Hari ini Hrai Raya

So begitulah cerita kami seluarga pada Raya kali ni.

Walau ada cerita disebalik cerita, raya tetap raya. Kalau kita mahu, hati yang lara boleh bertukar gembira. Yang penting, kita sendiri mahukannya.

Yang mengawal perasaan kita adalah akal fikiran bukannya hati. Bila kita setting akal fikiran untuk bergembira instead of berduka, hari kita pastinya berubah.

Lagipun hari ni hari RAYA! (^_^)

40 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...