Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid

6:45:00 am Yana Yani 13 Comments

Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid | Untuk makluman, hipertiroid mahupun hipotiroid bukan nama tempat atau kawasan peranginan yang cukup gah untuk diterokai. Nama yang disebutkan di atas adalah keadaan di mana berlakunya lebihan pengeluaran hormon atau kekurangan pengeluaran hormon pada kalenjar tiroid yang memang ada pada semua orang.

Bagi yang mengikuti blog YY sejak dari mula pastinya mengetahui bahawa YY adalah salah seorang penghidap hyperthyroid sejak hampir dua dekad lalu. Sepanjang tempoh itu YY sudah melalui episod on off pengambilan Carbimazole mahupun Propylthiouracil (PTU) dan juga Propanolol.

Disebabkan pengambilan Carbimazole yang terlalu lama yang boleh memudaratkan fungsi dalam badan seperti jantung dan buah pinggang, YY disarankan membuat rawatan radioaktif iodin (ROI). Dos pertama rawatan ROI sekitar September 2014 tidak mencukupi di mana YY masih mengalami gejala hipertiroid berdasarkan keputusan ujian darah.

Atas saranan doktor dan juga demi memikirkan masa depan bersama anak-anak, YY bersetuju mengambil dos kedua ROI pada penghujung Januari 2015. Selepas pengambilan dos kedua, YY tidak merasai sebarang kesan perubahan pada awalnya. Tapi YY perasan YY kerap mengalami muscle cramps secara tiba-tiba.

Keadaan itu sudah memberikan YY gerak rasa bahawa YY sudah pun mempunyai symptom hipotiroid sepertimana yang diterangkan oleh pakar perubatan sebelum rawatan ROI diberikan. Awal bulan May 2015, keadaan kesihatan YY merudum secara mengejut. YY mula mengalami muscle ache. Kesakitan yang cukup sukar digambarkan dengan perkataan.

YY tak mampu berjalan atau bergerak disebabkan kesakitan itu. Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya YY sepanjang tempoh menanti temujanji seterusnya dengan doktor.

Semuanya terjawab baru-baru ini apabila keputusan ujian darah mengesahkan bahawa dos ROI yang diberikan berlebihan mengakibatkan YY mengalami keadaan atau gejala terbalik hyperthyroid. YY tak boleh tolerate dengan keadaan sejuk, berat badan yang naik secara mendadak walau YY tidak mempunyai selera makan dan paling ketara adalah muscle ache.

Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid

YY secara rasminya disahkan menghidap hipotiroid. Malahan ia juga merupakan sasaran pakar perubatan kerana ianya lebih mudah dan ubatan yang lebih selamat. YY perlu mengambil Levothyroxine sejenis ubat yang digunakan secara meluas diseluruh dunia bagi mengalakkan pengeluaran hormon di dalam kalenjar tiroid.

Bagi memastikan ubat ini di absorb sepenuhnya, YY perlu mengelakkan mengambil supplement ataupun makanan tertentu seperti soy based food, kalsium, ataupun zat besi pada masa yang sama. Temujanji seterusnya adalah pada bulan Oktober nanti. Buat masa sekarang masih terlalu awal untuk YY rumuskan kesan pengambilan Levothyroxine.

Ini adalah sebab atau faktor utama kenapa blog ni terabai semenjak kebelakangan ini. YY juga tak pasti samaada mampu mengekalkan rentak sepertimana dulu. Kita tunggu dan lihatlah nanti (^_^)

--------------------------------------------

Dalam entry YY yang bertajuk Pengalaman Minum Radioactive Iodine, blogger Aryan Azra dan Fara Fadzil bertanyakan bagaimana YY mahupun anak-anak terpaksa berjauhan demi rawatan ROI. Untuk seorang yang tak pernah berjauhan dengan anak-anak kecuali ketika bekerja, ianya sangat sukar. Malahan rawatan kedua yang YY rasakan pastinya mudah sebenarnya lebih sukar.

YY agak depressed sepanjang tempoh pertapaan. Sebab tu kalau perasaan, YY sudah mula kurang mengeluarkan entry sepanjang mahupun selepas tempoh pertapaan untuk dos rawatan kedua. Entahlah. Nak luahkan secara terperinci kadang tak terluah. YY pasti Afif dan Aisyah juga begitu. Mungkin juga MyChintaHati. Emosi mereka terganggu sepanjang ketiadaan YY.

YY tak minta sebarang simpati sebab YY sedar ada yang lebih teruk dari YY. Sekurang-kurangnya YY masih mampu melalui kehidupan seperti biasa bersama anak-anak dan keluarga tersayang. Cumanya, jangan menilai. Jangan kata YY tidak berusaha. Jangan kata YY tak tahan sakit. Lebih mudah, jangan bercakap sekiranya korang tidak memahami apa-apa.

Itu aje YY minta. Jangan menilai. Kadang rasa sebak bila ditebak dengan persoalan yang kadang hanya bertujuan untuk menyakitkan hati. Mungkin individu terbabit tidak berniat. Mungkin dia tak tahu bahawa daya tahan sakit setiap individu itu adalah berbeza walau kita mungkin mengalami masalah atau kondisi kesihatan yang sama.

Paling penting aturan ALLAH adalah yang TERBAIK untuk kita.

Kesimpulannya mudah. Adalah lebih molek sekiranya kita kurang bercakap kalau ianya bukan untuk tujuan kebaikan. Silent is always the best solution.

Entri lain yang berkaitan:
Aku dan Hipertiroid
Radioaktif Iodin: Selamat Ke?
Apakah Rasa Radioaktif Iodin?
Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)
Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin
Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid

13 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Part 1: Cuti Hari Pekerja di Kuala Lipis

7:13:00 am Yana Yani 13 Comments

Cerita dah basi ye tapi YY tetap nak cerita juga sebab baru ni kesihatan mengizinkan dan ada kelapangan untuk mengemaskini blog yang dah berhabuk ni.

Sempena cuti hari pekerja baru ni yang kebetulan agak panjang disebabkan sekali dengan sambutan Hari Wesak, YY dan keluarga menghabiskan cuti di kampung kelahiran YY di Kuala Lipis, Pahang.

Kami bertolak ke Kuala Lipis pada petang Jumaat. Sebelum tu ada dengar yang kesesakan teruk di sepanjang perjalanan menghala ke sana. Masa kami pun jem jugalah sekejab.


Walaupun nampak panjang tapi at least bergerak juga. Bukan jem langsung tak bergerak. Kalau camtu memang kes naya. Mujur kereta auto, kalau manual...sendiri fikirlah ye.

Rupanya penyebab kepada kesesakan tadi adalah kereta yang rosak di tengah jalan. Ayoyo bos! Manyak bahayalah lu berdiri tengah highway tu macam!


Lepas aje melalui kawasan tu, perjalanan kami tersangatlah smooth! Seronok aje perjalanan dengan anak-anak yang tak sabar nak ke kampung Tok Yang.

Kami berhenti kejab di Petronas sebelum masuk ke Bentong. Melayan karenah perut yang sudah mula mendendangkan pelbagai rentak irama nyanyian.

Kebetulan pula baru gaji, maka bermewah sikitlah kami menjamu selera hari tu (^_^)


Tengok gambar Afif dan Aisyah yang sedang berkongsi minuman dan makanan tu buat rasa sejuk aje hati. Alahai anak, rasa bahagia dibuatnya.

Tapi ni time diorang baik. Cuba time tak baik, time peperangan meletus. YY yang terkenal dengan kejelitaan ni pun bertukar jadi hantu tau! (^_^)

Kami sampai agak lewat malam di kampung kelahiran YY sebab banyak kali juga berhenti. Sampai rumah Atuk, terus tidur. Tak larat nak buat benda lain sebab panggilan bantal lebih mengujakan.

Keesokkan harinya kami ke majlis kahwin saudara sebelah Mak. Atuk YY cukup teringin nak pergi ke situ disebabkan dia dah lama tak berkunjung.

YY pun excited juga sebab dapat makan gulai kawah! Yummy! (^_^)


Sampai aje memang terus dok tuju makanan. Lapar bila dok dapat bau gulai kawah dari jauh. Cuaca yang agak panas tak menghalang langsung YY dan anak-anak dok berbaris panjang. Hehe!


Bila dah ambil makanan, baru perasan meja penuh. Tak apa anak-anak, demi gulai kawah kita tunggu meja kosong! Berbaloi penantian itu. Percayalah! Hehe!


Kalau tak disebabkan ada perasan malu, memang nak kaut sikit punya penuh pinggan dengan gulai kawah aje. Tapi disebabkan ada juga rasa malu tu, maka sikit ajelah yang YY ambil

Janji hilang perasaan teringin tu. Atuk pula YY nampak agak berselera makan pada hari tu. Suka tengok dia yang kelihatan agak sihat.


Lepas memasing dah kekenyangan, apa lagilah kan...posing!!

Gambar bawah ni adik-adik YY. Kali ni semua ada balik kecuali Dayah. Kalau tak dah cukup dah kesemua enam beradik kami (^_^)


Dekat bawah ni pula, semua tu saudara Mak YY. Kira saudara agak jauh jugalah kalau nak dikaji susur jalurnya. Ada juga terselit muka Atuk, Syafie, Abah, Aisyah dan MyChintaHati di situ.

Bila dah jumpa saudara yang dah lama tak jumpa, macam-macam cerita keluar. Tu yang menjadikan perjumpaan seperti ini sesuatu yang menyeronokkan.


Dekat bawah ni pula adalah gambar Mak dan MyChintaHati bergambar bersama dengan adik-beradik perempuan Mak dan juga saudara Mak yang YY tak berapa kenali.

Dua orang disebelah kiri tu adalah adik-beradik Mak iaitu Ateh dan juga Mak Long. Anyway YY baru perasan senyuman menantu dan Mak mentua seiras (^_^)


Gambar bawah ni pula adalah gambar Afif bersama dengan sepupu YY. Kira pangkat pakcik pada Afif dan Aisyah. Asalnya YY nak ambil gambar budak lelaki aje.

Tapi Aisyah nak juga menyelit. Tengoklah tu siap dok cuba buat gaya yang sama dengan Abang dia. Ish, Aisyah! Ada-ada aje budak sorang ni tau! (^_^)


Eh, terselit pula gambar pasangan terlajak romantik ni (^_^)


Kami juga sempat berposing dengan Atuk yang ketika tu dah mula ajak balik. Rimas dia nak melayan karenah anak serta cucu yang tak sudah-sudah bergambar (^_^)


Selit jugalah gambar menantu dengan Pak Mentua dan juga cucu. Memasing dah tak mampu nak senyum sebab cuaca hari tu agak panas (^_^)


Cenderahati dari pengantin yang YY dapat kali ni agak rare. Dia bagi jem. Nak makan pun terasa sayang sebab bekas dia agak cantik pada YY (^_^)


Cerita hari kedua kami di sini belum habis setakat ni sahaja. Ada lagi destinasi kami selepas rumah pengantin yang akan YY ceritakan di dalam entry akan datang.

Nak tahu ke mana lagi kami pergi, kenalah tunggu! (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum.

P/S - Maaf dalam masa terdekat ni kunjungan balas belum mampu dilakukan. Masih lagi kurang sihat disamping masalah lain yang YY rasa korang tak mahu tahu. Hehe!

Insya ALLAH, panjang umur sampailah YY yang comel ni (^_^)

13 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

7:04:00 am Yana Yani 16 Comments

Surat Rasmi Tidak Hadir Ke SekolahDah agak lewat untuk share benda gini terutama sekolah dah masuk penggal kedua persekolahan bagi sesi 2015. Tapi sebenarnya untuk ilmu, tiada sebarang expiry date (^_^)

Kami adik-beradik dididik supaya memberikan surat rasmi tiap kali tidak hadir ke sekolah. Kata Abah cara ini akan buat orang lebih hormat pada kita. YY sejak dari zaman dari sekolah dulu merupakan tukang tulis surat sekiranya YY atau adik-adik tidak hadir ke sekolah. Abah hanya bertindak sebagai penandatangan.

Sampai ke satu peringkat, YY guna typewriter lepas tu photostat aje bebanyak sebab dah malas sangat nak menulis tangan walau Abah selalu kata tulisan tangan YY berseni. Bila zaman dah berubah, YY gunakan pula komputer untuk menulis surat rasmi. Sehingga sekarang surat tu masih lagi digunakan oleh adik YY yang paling kecil.

Surat Rasmi Tidak Hadir ke Sekolah

So bila dah anak sendiri, YY cuba untuk menerapkan benda yang sama. Bezanya size surat makin kecil dan isi kandungan dikurangkan disebabkan PENJIMATAN! (^_^)

Nampak tak? Masih lagi rasmi, cuma isi kandungan YY ringkaskan seringkas mungkin hanya untuk memastikan ianya muat kertas bersaiz A5. Lepas tu YY buat aje salinan bebanyak.

Surat Rasmi Tidak Hadir ke Sekolah

Tapi surat ni pun YY bukan main sesuka bagi aje. Kalau ada MC dari doktor, YY akan attach kan sekali sebagai bukti kenapa Afif tak hadir pada hari tersebut. Bukan main simply bagi aje. Lagipun nak mendidik Afif supaya mempunyai valid reason untuk tak ke sekolah. Dia pun tiap kali ke sekolah, mesti dok sibuk suruh YY tulis surat (^_^)

Bagus! At least dah tersemai sikit benih tanggungjawab tu dalam diri Afif (^_^)

Setakat hari ni, Afif punya kedatangan okay lagi. Kalau tak datang pun memang sebab dia benar-benar tak sihat. Bila kembali ke sekolah, YY bekalkan surat di atas. Macam exam bebaru ni. Disebabkan surat di atas, Afif dibenarkan sit semula exam. Lega juga hati. Kalau tak mesti banyak lompongnya. Hehe!

Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk hari ni. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

Entri berkaitan
Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah
Tips Membeli Kelengkapan Persekolahan
Teknik Menyusun Buku Mengikut Jadual Sekolah

16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)

7:03:00 am Yana Yani 10 Comments

Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI) | Bercakap tentang rawatan radioaktif iodin (ROI) untuk pesakit hipertiroid, mungkin ramai yang tak tahu. Even pesakit sendiri kurang didedahkan dengan rawatan ini. Rawatan ini bukan sesuatu yang baru, malah YY dah ketahui sejak dari mula disahkan menghidap penyakit ni kira-kira 19 tahun yang lalu. Tapi masa tu YY tidak disarankan buat ROI.

Untuk maklumat YY sudah dua kali menjalani rawatan ROI berdasarkan dos tertentu. Kali pertama dulu YY agak curious dan takut.

Setelah melalui pengalaman pertama sekitar September tahun lalu, maka yang kedua ini tidak begitu sukar sebab dah tahu rasa dia dan apakah langkah keselamatan yang perlu diambil. So hari ni YY nak bercerita pengalaman YY secara peribadi sebelum dan selepas menjalani rawatan ROI ni untuk penyakit hipertiroid walau cerita dah basi (^_^)

Rawatan ROI secara ilmiahnya bertujuan untuk mengurangkan keaktifan kalenjar tiroid dan merupakan rawatan paling selamat walau kedengaran bahaya. Ia merupakan rawatan yang paling meluas digunakan di beberapa buah negara sebagai rawatan penyembuh untuk penyakit ni selain dari ubatan dan surgery.

Berbanding dengan surgery, ROI merupakan rawatan paling murah dan effective. Di sekitar Klang Valley, hanya Hospital Kuala Lumpur yang menyediakan rawatan tersebut. Seminggu sebelum menjalani rawatan ROI korang perlu pantang beberapa benda. Pertama sekali ubatan jenis anti tiroid seperti Carbimazole dan Propylthiouracil (PTU).

Keduanya makanan dari hasil hidupan laut samaada basah atau kering seperti ikan, udang, sotong dan ikan bilis. Sebolehnya berpantang bagi menjamin keberkesanan dos ROI yang diberikan. Korang juga tidak dibenarkan mengambil sebarang supplement berasaskan hidupan laut seperti gamat dan spirulina sepanjang tempoh berpantang tu.

Surat peringatan seperti di bawah kebiasaannya akan diberikan.

Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)

Bagi yang pertama kali melalui rawatan, perasan berdebar tu pastinya terasa kerana kita tidak tak pasti bagaimana rawatan dijalankan dan juga soalan paling penting, apakah rasa ROI? Percayalah yang ROI tiada rasa langsung! Ianya seolah minum air kosong cumanya dalam bekas yang berbeza dan ada prosedur yang perlu dipatuhi.

Di Hospital Kuala Lumpur, ada sudut penerangan untuk cara meminum iodin seperti gambar di bawah di dalam bilik yang khusus. Bila nama dipanggil, bawa bertenang dan ikut arahan.

Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)

Sebelum korang ke bilik untuk minum ROI, korang akan dibekalkan dengan MC selama lapan hari. Ubatan di Farmasi juga perlu diambil sebelum rawatan.

Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)

Lepas rawatan aje, korang kena terus balik. Tak boleh menyinggah mana-mana. Bertapalah di dalam rumah dalam jarak tertentu dengan orang disekeliling. Jarak selamat yang disarankan oleh doktor adalah 6 meter. Dalam tempoh tu tak boleh menggunakan peralatan yang sama dengan orang lain seperti pinggan dan cawan.

Baju juga perlu dibasuh berasingan. Perlu kerap mandi dan minum air sebab ROI tu akan keluar melalui air kencing dan peluh. Bila ke tandas, kena flush dua kali ye. Orang yang perlu dijauhi sepanjang tempoh ini adalah kanak-kanak dan ibu mengandung. Ingat, radioaktif boleh membantutkan sel pertumbuhan walau dos yang diberikan selamat, langkah keselamatan tetap perlu diambil.

Sekiranya korang ada masalah atau ingin mengetahui in details rawatan ROI boleh hubungi YY . YY bukan penasihat perubatan, tapi hanya berkongsi pengalaman peribadi. Kalau ada masalah yang memerlukan professional consultation, sila berjumpa dengan doktor. Again, YY hanya berkongsi pengalaman peribadi.

YY rasa itu aje bebelan YY berkenaan ROI ni. Nanti YY akan cerita sama ada rawatan ini berjaya atau tidak. Ia juga antara faktor kenapa YY asyik menghilang semenjak dua ni (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum.

Entri lain yang berkaitan:
Aku dan Hipertiroid
Radioaktif Iodin: Selamat Ke?
Apakah Rasa Radioaktif Iodin?
Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin
Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid

10 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

5 Cadangan Hadiah Untuk Cinta Hati di Rakuten Malaysia!

4:35:00 pm Yana Yani 8 Comments

Siapa pernah shoping di Rakuten Malaysia, angkat tangan macam ni \o/ 

Nampak gayanya ramai juga yang dah pernah beli di Rakuten Malaysia berdasarkan teropong ajaib YY ni. Hehe! YY pula secara jujurnya belum pernah lagi (^_^)

Tapi apa yang buat YY tertarik dengan Rakuten Malaysia ni, sambil membeli sambil boleh kumpul points! Points tu pula boleh digunakan untuk membeli barangan di Rakuten Malaysia!

Best tu! Bayangkan setiap RM1 bersamaan dengan 1 Rakuten Super Points!

So bersempena bulan Mei, bulan kelahiran YY dan MyChintaHati, YY senaraikan lima (5) cadangan hadiah untuk MyChintaHati di Rakuten Malaysia!

Meh check out sebab semuanya boleh dibeli hanya dengan klik (^_^)

Klik imej untuk details
1. Original Rayban RB3016 W0365 ClubMaster 51mm Sunglasses Ebony/Arista & Green

Kalau siapa biasa singgah di blog YY ni mesti perasan yang MyChintaHati seorang pemakai tegar sunglasses.

Ke mana aje dia pergi mesti pakai sunglasses! Sunglasses adalah sebahagian dari identiti dia.

Pelik kalau nampak dia keluar rumah tak pakai sunglasses. Dia juga hanya pakai sunglasses dari jenama RayBan. Lain dia tak berapa gemar (^_^)

Harga untuk sunglasses yang YY bercadang untuk beli di di Rakuten Malaysia ini adalah RM580.00

Klik imej untuk details
2. Casio AQ-180W-7BV World Time Telememo LED Resin Watch

Jam juga adalah salah satu pelengkap gaya kepada insan penting dalam hidup YY ni. Keluar rumah mesti pakai jam.

Bezanya koleksi jam dia tak adalah sebanyak sunglasses! Hehe! Tapi obviously kalah YY dengan koleksi jam tangan dia.

Jam dekat sebelah ni, nampak sesuai dengan nature pekerjaan MyChintaHati. Dia sesuai pakai jam bertali macam ni.

Harga jam ni di Rakuten Malaysia adalah RM110.24

Klik imej untuk details
3. T7401 Giraffe Casual Shoes

Jangan tak percaya, koleksi kasut MyChintaHati kalah YY tau! Rak kasut penuh dengan kasut dia aje!

Dia suka pakai kasut macam ni. Senang dan selesa ketika berjalan kata dia. Harga kasut ni di Rakuten Malaysia adalah RM329.00

Klik imej untuk details
4. Bravado Incubus Circle Lines Unisex Black T Shirt

Hitam memang antara favorite color MyChintaHati. Dalam almari baju penuh dengan t-shirt warna hitam cuma corak aje beza.

Tapi bukan sebarangan boleh pilihkan baju sebab MyChintaHati sangat particular dengan setiap inci baju tu.

Based pada tu YY yakin dia akan suka pilihan YY yang ni sebab corak tak fancy sangat. Even kalau dia tak suka pun, YY boleh sarung. Hehe!

Harga t-shirt ni di Rakuten Malaysia adalah RM63.90.

Klik imej untuk details
5.Adidas Messi CAP

Walau jarang pakai topi, tapi dekat rumah ni ada banyak juga koleksi topi yang MyChintaHati simpan. Biasanya dia pakai apabila memerlukan dia melakukan aktiviti outdoor.

Again dia suka corak simple dan paling penting YY juga suka sebab ada nama Messi di situ. Nampak? Hehe! Akak minat Messi yang comel tu tau! (^_^)

Harga topi ni yang sekarang tengah diskaun adalah RM65.10.

So itulah dia lima (5) cadangan hadiah untuk diberikan kepada MyChintaHati yang semuanya boleh diperoleh di Rakuten Malaysia! Ada banyak lagi pilihan menarik di Rakuten Malaysia.

Korang juga boleh mendapatkan produk-produk tersenarai di atas di Rakuten Malaysia.

Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten. Anjuran ShopCoupons. Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia.

----------------------------------------- 

Update 05/06/2015: Bukan rezeki YY untuk contest yang ni. Tak apa. Better luck next time (^_^)

8 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Hadiah Paling Bermakna!

3:57:00 pm Yana Yani 11 Comments

Cerita dah lama. Basi dah pun. Tapi disebabkan tak berkesempatan nak update sebelum ni kerana kekangan masa dan juga masalah kesihatan, YY cerita juga hari ni (^_^)

Isnin minggu ni bila buka laman carian popular di dunia, Google. YY terperasan gambar kek pada perkataan Google. Bila move cursor baru tahu ianya ditujukan pada YY rupanya.

Citt, boleh pula lupa hari jadi sendiri! Hehe!


Maklum dah masuk tiga series ni mudah sangat dok lupa walhal pagi tu dah ada aje insan tersayang dok wish. Senyum dah sikit punya meleret dah pagi tu walau hanya wish yang diberikan.

Tak sangka Google pun ada buat benda gini rupanya. Hehe! Baru tahu (^_^)

Hari sebelum tu YY dah dapat wish dari Mak YY yang tak pernah gagal memberikan ucapan hari lahir untuk YY. Ucapan yang kadang buat meleleh jugalah air mata ni bila baca.

Semenjak dia pun dah pandai Whatsapp ni, memang kerap jugalah kami chatting. Hehe! Macam jauh aje duduk kan? (^_^)


Terima kasih juga buat yang memberikan ucapan dalam pelbagai bentuk medium. Appreciate sangat masa yang korang luahkan hanya untuk memberikan ucapan pada YY.

Maaf tak mampu nak senaraikan semua nama yang berikan wish but you know who you are. Once again, terima kasih bebanyak ye (^_^)   

Anyway tahun ni hadiah yang paling bermakna yang YY terima adalah dari Afif dan Aisy. Kebiasaannya tiap kali YY balik kerja, mereka mesti kejar.

Tapi hari tu, diorang tak kejar seperti kebiasaanya. Pelik juga. Tapi tak syak apa-apa sehinggalah tetiba diorang datang sambil menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu.

Rupanya diorang berkurang dalam bilik dengan Acu diorang sebab nak menyiapkan hadiah yang pada YY sangat bermakna. Rasa nak menangis pun ye juga time tu (^_^)


Terima kasih buat anak-anak Mama sebab dok ingat nak berikan something pada Mama. Tak kisah berapa nilai pun, ia tetap benda yang sangat berharga terutama bila melibatkan anak-anak Mama.

Mama tak harapkan apa-apa pun dari anak-anak Mama, cukuplah menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, yang taat kepada suruhan ALLAH yang SATU. 

Kamu berdua adalah harta yang tak ternilai dan amalan yang kamu berdua lakukan adalah bekalan buat Mama dan Papa di akhirat kelak. Terima kasih kerana mewarnai hidup kami berdua (^_^)

Gambar terbaru Afif dan Aisyah bersama sepupu diorang, khusus buat yang merindui

11 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bye April, Hello May

5:18:00 pm Yana Yani 16 Comments

April baru sahaja meninggalkan kita dengan pelbagai cerita suka dan duka. Syukur Alhamdulillah kita masih bernafas dan sekarang kita dah pun berada di dalam hari ke lapan bulan May 2015.

Kita juga sekarang sudah berada di hari ke 19 bulan Rejab 1436H. Tak lama aje lagi Insya ALLAH kita akan bertemu Ramadhan yang penuh barakah (^_^)

Memasuki bulan kelahiran YY dan MyChintaHati ni, YY tak berapa sihat sejak sekembalinya dari kampung kelahiran YY di Kuala Lipis, Pahang.

Banyak benda nak diceritakan, tapi badan rasa macam tak bermaya aje nak ketuk papan kekunci laptop. Kepenatan yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Bukan semua faham.

Kerja di pejabat juga semakin berlambak disebabkan keputusan drastik YY. In fact YY tak sesali langsung dengan keputusan itu. Moga ada sinar walau tidak secerah sekarang.

YY juga naik segan dengan rakan blogger yang menyinggah di sini tapi YY langsung tak membalas kunjungan. Nak mengebom kembali pun, tak tahulah mampu atau tidak.

Even komen yang ditinggalkan di Diari Seorang Mama ni pun YY tak mampu lagi nak balas sepertimana dulu. Seriously susah nak buat semua tu sekarang.

Maafkan YY kerana tak mampu aktif sepertimana dulu. YY akan cuba meluangkan masa nanti untuk kalian semua cuma YY tak mahu janjikan apa-apa.

Anyway YY nak ucapkan ribuan terima kasih buat korang semua yang berkunjung ke sini sama ada yang meninggalkan jejak atau hanya sebagai silent readers.

Terharu sangat kerana korang masih juga setia membaca coretan merapu YY. Ketahuilah yang blog ni sunyi tanpa kunjungan kalian.

Buat si peninggal jejak, terima kasih kerana meluangkan masa berharga korang untuk blog YY ni. Di bawah ni adalah mereka yang aktif meninggalkan jejak sepanjang April yang lepas.


Blog mereka YY dah senaraikan di bahagian side bar under Gorgeous Blog List. Silalah beramah mesra dengan mereka ini. Tak rugi sebab mereka memang sangat supportive!

Berikut pula adalah Top 20 mereka yang bakal menerima something dari YY dengan syarat mereka meninggalkan komen sepanjang Aug 2014 sehingga Jul 2015.

YY dah buat janji ni sejak hampir setahun yang lalu. Insya ALLAH akan dilaksanakan. Lagipun janji tetap janji. Sebagai seorang Muslim, janji perlu ditetapi, dak gitu? (^_^)


Blog mereka juga YY dah senaraikan di dalam blog list Diari Seorang Mama. Sila lihat di bahagian Awesome Blog List ye. Lagipun mereka ni memang awesome sangat! (^_^)

Sebelum YY mengundur diri, YY nak jemput korang semua menyertai dua Giveaway (GA) yang menawarkan pelbagai hadiah yang sangat menarik!

Yang pertama adalah GA julang kalinya anjuran Edrina yang akan bermula esok 9 Mei 2015. Silalah bookmark blog Dare to Dream ye. Manalah tau ada luck (^_^)

Yang kedua plak GA anjuran Grup Mama Bloggers Malaysia yang akan bermula pada Ahad nanti bersempena hari Ibu. YY difahamkan kesemua hadiah bernilai lebih RM500!

Rugi sangat kalau sesiapa tak sertai. Lagipun ia akan berlangsung selama sebulan. So banyak masa tu. Bookmark ye, manalah tau ada rezeki kan (^_^)

Rasanya itu ajelah bebelan YY buat waktu ni. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Selamat Hari Jadi Papa!

7:28:00 am Yana Yani 18 Comments

Hari ini adalah hari sempena memperingati kelahiran MyChintaHati. Afif sejak YY khabarkan tentang berita ini adalah manusia paling excited.

YY dididik sejak dari kecil supaya mengingati kesemua tarikh lahir dalam keluarga kecil kami. Ia dianggap sebagai satu detik yang istimewa bagi Mak YY.

Cukup walau hanya ucapan ringkas menandakan bahawa kelahiran kami adik-beradik satu ketika dahulu amat dialukan dalam keluarga kami.

YY cuba menerap menilai yang sama dalam diri anak-anak YY.

Tahun ni disebabkan Afif sudah mula bersekolah, YY menggalakkan dia untuk cuba menghasilkan diri sesuatu berdasarkan kreativiti dia. Of course YY ada membantu (^_^)

Menggunakan bahan kitar semula seperti paper bag dan juga pembalut hadiah. Kami dua beranak berjaya menghasilkan something yang dirasakan special untuk Papa kesayangan Afif


Gambar di bawah ni YY rakam semalam ketika Afif leka memotong gambar yang dia inginkan untuk ditampal pada paper bag yang YY dah terbalikkan.


YY terasa seronok melihat Afif yang begitu excited. Tak sangka dia agak kreatif. Banyak sungguh idea yang dia keluarkan. Semuanya dilakukan untuk Papa (^_ ^)


Semalam ketika pulang dari sekolah, Afif bertanya soalan kepada Papa dia, "Papa, besok hari jadi Papa ye?"

"Ye, kenapa? Afif nak bagi hadiah ke?" jawab Papa Afif dengan senyuman lebar.

"Papa nak hadiah apa?" tanya Afif kembali.

"Papa nak kereta besar!" jawab Papa Afif tanpa berfikir panjang.

Mungkin kerana terkejut dengan jawapan yang diberikan. Perbualan itu tamat begitu sahaja. Tapi siapa sangka, Afif bersusah payah memberikan sebiji kereta untuk Papa dia.

Tak percaya, cuba tengok gambar dekat bawah sebagai bukti!


Bertuah punya anak! Tapi kreatiflah kan. YY pun tak sangka dia boleh dok belek surat khabar semata-mata nak cari gambar kereta khusus untuk Papa dia (^_^)

Masa entry ni ditulis, belum dapat tengok respond Papa dia. Tapi rasanya MyChintaHati pasti akan senyum dua kali ganda lebih lebar daripada biasa.

Tengok senyuman Afif, automatik dok teringat Papa dia.


Buat Papa kepada Afif dan Aisyah,

In case you are reading this, just want you to know yang kami semua sayang sangat pada Papa. Papalah segalanya pada kami. Kehilangan Papa Ainul dan Akil, menakutkan kami.

Benarlah ajal maut itu adalah ketentuan DIA yang SATU tapi kami tak kuat.

Kami doakan moga Papa panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di dalam rahmat ALLAH. Kami juga nak Papa sentiasa tahu yang kami SAYANG Papa sangat-sangat.

Tiada kata atau harta di dalam dunia ini dapat menggambarkan betapa sayangnya kami pada Papa. Yang pasti, you are the BEST Papa in the WORLD!


18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

11:14:00 pm Yana Yani 20 Comments





{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :


1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur


2. Follow blog  : 



3. Like Fanpage :



4. Follow instagram  :

@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72




** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com

-----------------------------------------

Update 25/05/2015: Bukan rezeki YY untuk segmen yang niTak apa. Better luck next time (^_^)

20 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pemergian Yang Tak Diduga

7:55:00 am Yana Yani 13 Comments

Permulaan bulan Mei ini YY mulakan dengan berita yang menyedihkan khususnya buat warga Taman Perumahan yang YY duduki sejak setahun yang lalu.

Petang Rabu yang lalu, YY dan seluruh warga Taman Perumahan dikejutkan dengan pemergian yang tak diduga Pengerusi Taman Perumahan kami.

Beliau terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.


Speechless. Terkejut yang pastinya. Kali terakhir YY berjumpa dengan Allahyarham adalah pada Ahad lepas ketika mensyuarat pertama Taman Perumahan kami.

Dia ceria seperti kebiasaannya walau diseret dalam perdebatan yang buat dia hampir kelemasan ketika itu. Sikap dia yang berlembut menyebabkan semua kes berbangkit selesai pada hari itu.

Ironinya, dia sempat membentangkan usul mengenai khairat kematian Taman Perumahan kami yang dipersetujui oleh semua yang hadir. Siapa sangka keluarga Allahyarham adalah penerima pertama.

Menulis entry ini pun buat YY rasa sebak mengenangkan isteri dan anak-anak Allahyarham. Sebak terkenangkan bagaimana kuatnya rangkulan si isteri apabila YY datang menziarah.

"Akak tak tahu nak buat apa" kata si isteri dalam tangisan yang tak berkesudahan. YY sendiri turut hanyut dalam tangisan. Memahami kesedihan walau tidak seberat yang si isteri tanggung.

Gambar dari group Telegram Taman Perumahan kami

Kematian mengejutkan seperti ini memang sesuatu yang sukar diterima. Tapi si isteri YY yakin sangat kuat demi anak-anak. Masih mampu menjawab setiap persoalan yang diajukan.

Kalau YY, tak tahulah nak kata apa.

Bertambah sedih apabila si Kakak yang sebaya Afif tak berhenti menangis dengan pakaian sekolah masih kemas tersarung. Hancur hati sesiapa sahaja yang melihat.

Si Adik pula yang sebaya Aisyah masih belum mengerti. Leka bermain walau Kakak dan Ibu dalam kesedihan yang teramat. Dia hanya berkata, "Ayah tidurlah. Ayah penat tu"

Gambar dari Facebook peribadi si isteri

Allahyarham telah pun selamat dikebumikan di kampung halaman pada pagi semalam, Khamis. Moga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Gambar dari group Telegram Taman Perumahan kami

Mati itu sememangnya PASTI. Setiap yang bernyawa pasti akan merasainya tanpa mengira usia mahupun darjat keturunan. Cumanya kita tak tahu bagaimana cara kematian dan di mana.

Adakah kita sudah bersedia? Cukup tak bekalan kita?

YY menasihati diri sendiri bahawa setiap apa yang YY lakukan, bayangkan itu mungkin yang terakhir. Jangan berlengah terutama dalam memenuhi tuntutan agama.

Tiba-tiba terasa diri ini sangat KERDIL....

13 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...