Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

6:58:00 am Yana Yani 16 Comments

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam | YY sudah lama tak berkunjung ke gerai cendol ini yang terletak di Lebuh Keluli, Seksyen 7 Shah Alam walhal jalan itu kerap digunakan disebabkan ia merupakan jalan utama kami ke Shah Alam. Tiap kali lalu, YY mesti ajak MyChintaHati singgah. Malangnya ada sahaja alasan yang diberikan. Mungkin kerana persekitaran tapak yang buat dia kurang selesa.

Setelah sekian lama meminta tanpa putus asa, akhirnya impian YY direalisasikan pada Ahad baru ni. Alhamdulillah. Memang senyum tak ingat dunia bila hajat dipenuhi. Gerai cendol ini memang sentiasa penuh dengan manusia. Pendek kata nak tunggu gerai ni lenggang mungkin sesuatu yang mustahil.

Fenomena di bawah bukan perkara luar biasa bagi yang sudah terkena penangan cendol yang bagi YY tidak boleh ditandingi oleh mana-mana gerai cendol lain.

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Tapi hanya untuk menghirup semangkuk cendol yang lazat, apalah sangat setakat hanya perlu berbaris panjang begini kan (^_^)

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Harga yang ditawarkan masih pada tahap reasonable walau ada kenaikan harga yang tidak begitu ketara. Cendol ini sangat popular terutama setelah ianya pernah muncul dalam JJCM. Laksa dia pun memang terbaik! YY pernah bercerita beberapa kali mengenai cendol dan laksa yang dijual menggunakan mini van ini. Cumanya tak ingat bila (^_^)

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Walau terpaksa berbaris panjang, korang semua tak perlu risau sebab ianya tidaklah mengambil masa yang lama untuk korang menunggu. Pekerja di sini cukup pantas bekerja.

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Korang hanya perlu mencari tempat yang selesa untuk korang menikmati cendol atau laksa yang YY jamin pasti buat korang ingin kembali untuk ke sekian kalinya (^_^)

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Plastik stool ada disediakan untuk keselesaan para pelanggan, tapi kalau time korang datang tu memang peak hour walau pada cuti hujung minggu, usah mimpilah nak jumpa kerusi. Carilah mana-mana tempat yang dirasakan selesa. Ramai juga yang YY nampak menikmati di dalam kereta sendiri. YY sekeluarga memilih untuk duduk di bahu jalan. Barulah best katanya.

Tapi sebenarnya tak nak bagi kotor kereta (^_^)

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Afif nampak sangat tak selesa apabila disuruh duduk di bahu jalan. Dia sanggup bersandar pada kereta. Tapi itu tidak menghalang dia dari menikmati cendol yang menjadi kegilaan Mama dia.

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Aisyah pula anak Mama yang tak pernah kisah mana pun disuruh duduk. Janji dia dapat makan kacang panggang dalam cendol tu. Dia bukan makan pun cendol tu. Dia lebih suka kacang (^_^)

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Bila dah puas makan semangkuk cendol, oops dua sebenarnya sebab Aisyah tak habis. Hehe! Barulah boleh ke mana-mana dengan hati yang senang. Senyum pun sikit punya lebar boleh bagi (^_^)

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Anyway mini van yang menjual cendol ni tak susah korang nak cari sebab dia terletak bertentangan dengan kilang Tamco tapi harus berhati-hati. Kenapa? Takut termakan di tempat lain yang mungkin tak sesedap yang YY ceritakan.

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Fenomena ini biasa dikalangan peniaga Melayu. Sejak gerai tersebut masuk dalam rancangan JJCM, sikit punya banyak mini van lain yang juga turut menjual cendol. Kadang YY pun confuse sebab kadang dia ada dekat bahagian depan jalan, kadang dekat bahagian belakang sekali. Mungkin terpaksa berebut tapak. Mujur ada signage JJCM tu.

Cuma YY pelik dengan style orang Melayu berniaga. Tak salah duduk sebelah pun. Tapi apalah salahnya dok meniaga benda lain. Nak bersaing pun, biarlah ikut cara Cina. Biasa sangat nampak keadaan bila hari ni ada satu gerai aje jual nasi lemak. Bila gerai tu dapat sambutan menggalakkan, besok atau lusa mesti ada gerai lain yang menjual menu yang sama.

Ni nak kata dengki ke or bersaing secara sihat? Sendirilah fikir ye. Yang pasti kalau lalu Shah Alam, singgah kejab rasa kehebatan cendol yang YY sebutkan di atas ye. Memang marvelous (^_^)

16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Benarkah GST Membebankan? (^_^)

3:35:00 pm Yana Yani 21 Comments

Benarkah GST Membebankan? | Tinggal hanya beberapa hari sahaja GST (Goods and Services Tax) akan dilaksanakan. Ramai yang sudah mula menyuarakan kebimbangan kenaikan harga barangan yang dilaporkan berganda. YY secara jujur sebelum ini tidak begitu mengambil peduli. Terlalu berat untuk difahami. Benar atau tidak GST membebankan bukan sesuatu keperluan untuk YY fikirkan.

In fact segala kempen atau penerangan melalui pelbagai medium seolah hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan. YY hanya bercadang untuk tunggu hari pelaksanaan dan lihat. Kebiasaannya pendekatan seperti itu hanya dilakukan apabila YY mengalami kesukaran untuk memahami apa yang cuba diterangkan. Maklumlah, awak tak belajar tinggi (^_^)

Benarkah GST Membebankan?

Sehinggalah adik YY membeli susu formula yang dikenakan GST sebelum tarikh pelaksanaan. Ianya seolah satu wake up call. Barulah YY sibuk melakukan penyelidikan dan bertanya kepada yang lebih arif. Berdasarkan harga yang tercatat pada tin susu tersebut, jelas sekali bahawa GST sememangnya membebankan. Kalau tidak tak akanlah sana sini orang dok sibuk bantah GST kan?

Tapi kalau kita tanya kepada kerajaan pemerintah, pastinya akan dijawab bahawa kerajaan mengambil langkah demi kepentingan rakyat bagi mewujudkan sistem cukai yang lebih telus. Berbeza dengan pembangkang yang memang kerja dia membangkang. Apa yang dicanangkan menambahkan lagi resah dikalangan pengguna.

Bagi yang tidak memahami, semua input yang diberikan oleh pembangkang amat menakutkan dan jelas sekali membebankan rakyat. Bagi YY semua ini pastinya tidak akan terjadi sekiranya kerajaan pemerintah membuat penerangan dengan terperinci dalam medium yang mudah difahami dan bukan setakat mengatakan GST lebih baik.

Baik dari segi apa? Soalan ini bila diajukan kepada orang dalam kerajaan pun, mereka tak tahu bagaimana nak menjawab. Ayat selamat, "Kami hanya melaksanakan apa yang ditugaskan" Habis tu bagaimana kerajaan nak expect rakyat yang berbeza latar belakang pendidikan, ideologi politik, lifestyle dan yang sebagainya memahami apa yang cuba dilaksanakan?

Even Tan Sri Rafidah Aziz bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menegur kempen GST ini yang bagi beliau tidak dilakukan secara menyeluruh dan terlalu canggih. Bahkan beliau menyarankan kempen GST perlu diolah dalam bentuk yang mudah difahami supaya dapat menghindarkan daripada dimanipulasi oleh golongan tertentu.

Melalui usaha sendiri untuk memahami, YY baru menyedari bahawa selama ini setiap barang yang kita beli telah pun dikenakan SST (Sales tax and Service tax) kecuali bahan mentah. Setiap barangan yang telah siap diproses sudah pun dikenakan SST termasuk air mineral! Maknanya kita tidak sedar selama ni kita telah pun dikenakan cukai tersembunyi.

Malangnya peniaga mengambil kesempatan di atas kekeliruan orang ramai dengan terus menambah GST 6% pada harga asal tanpa menolak SST yang menjadikan barangan tersebut naik berganda! Sepatutnya mereka perlu menolak harga SST, barulah menambahkan dengan GST 6%.

Sementara ada beberapa hari sebelum GST ini, jika pergi ke pasaraya, ambil gambar dulu harga barang tersebut pada era SST, dan bila tibanya era GST, kita tengok adakah harga barang selepas GST peniaga hanya menambah sahaja 6% tu daripada harga barang ketika zaman SST. Jika ya, memang GST ini sangat !#$%^*&, termasuk juga peniaga yang sama ada memang dungu matematik atau sengaja ambil kesempatan - Buasir Otak 

Sekiranya peniaga meneruskan pengiraan SST + GST, maka benarlah GST itu amat membebankan. Mereka (peniaga) sengaja cuba menyembunyikan fakta sebenarnya mengenai GST. Mangsa dalam hal ini adalah rakyat yang tidak memahami konsep dan bagaimana cara pengiraan GST. Ia boleh jadi disebabkan kurang penerangan atau mungkin sengaja tidak mahu ambil tahu.

Sekiranya kekeliruan ini berterusan, GST sudah pastinya gagal akibat daripada manipulasi pihak peniaga dan kegagalan kerajaan untuk menyampaikan maklumat secara telus. Apa yang pasti, tidak ada cukai yang tidak membebankan. Cuma dengan sedikit sikap mengambil tahu akan mengurangkan percentage kita daripada menjadi mangsa tipu.

So nasihat YY kepada korang semua, jadilah pengguna bijak. Ambil tahu. Elakkan diri kita daripada menjadi mangsa penipuaan golongan yang tak bertanggungjawab.

P/S - Entry ini adalah hanya berdasarkan pandangan peribadi YY sebagai seorang rakyat biasa yang membayar cukai dan juga mengundi setiap lima tahun sekali (^_^)

21 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Mengajar Afif Teknik Menabung (^_^)

7:29:00 am Yana Yani 20 Comments

Sebelum YY bercerita bab mengajar Afif teknik menabung, YY nak cerita dulu penyebab mengapa perlunya Afif menabung. Semua dah ready? Begini ceritanya.

Afif sejak mula bersekolah YY perhatikan setakat entry ni ditulis, dia belum lagi pandai menjaga barangan dia dengan baik. Itu termasuk peralatan menulis, duit belanja dan juga uniform sekolah.

Bayangkan pada minggu pertama persekolahan dia dah gunakan tiga botol gam! Betul! Lima hari, tiga botol gam habis! Naik pelik YY dibuatnya.

Siap YY sampai bersungguh tanya kot dia pergi minum semua gam tu (^_^)

Anyway, kebiasaannya peralatan menulis YY akan check setiap hari untuk pastikan yang semuanya lengkap. Konon nak bagi anak selesa menulis dengan peralatan yang lengkap.

Tapi bila check lagi pada waktu malamnya, pensil yang pada malam sebelumnya panjang dah tinggal size jari kelingking, pembaris dah terbelah dua, pemadam tak usah cerita, hancur!

No wonder kebanyakkan parents ada stok yang banyak khusus untuk peralatan menulis aje.

Setakat peralatan menulis tu YY tak adalah bengkak sangat hati walau tak dinafikan yang YY kadang-kadang nagging juga. Nama pun Mama kan, mana boleh elak nagging niHehe!

Tapi yang paling sakit hati adalah wallet! Minggu pertama penggunaan, hilang. Fine, kami belikan lagi demi insan yang bernama anak. Guess what, tak sampai 24 jam hilang juga!

Kali ni dengan MyChintaHati turut terkena tempias bengkak hati yang YY alami. Masak Afif kena sembur kiri kanan hari tu. Bila teringat kesian pun ye juga (^_^)

So kami buat keputusan untuk tidak lagi membelikan dia wallet walau pelbagai pujuk rayu cuba dilakukan. Afif menangis tanpa mengeluarkan suara hari tu. Air mata aje laju keluar.

"Kalau nak wallet, Afif simpan sendiri duit" tegas MyChintaHati. Nasib baik yang bercakap tu Papa dia. Kalau Mama dia yang bercakap, silalah bayangkan sendiri (^_^)

Maka sejak dari hari tu bergigihlah Afif menyimpan duit belanja dia semata-mata hanya untuk memiliki wallet idaman. Duit belanja, Papa dia bagi RM3 sehari untuk sekolah pagi dan petang.

Setiap hari dia menyimpan RM2. YY sampai risau pula. Yelah, kita bagi duit suruh makan. Tapi dia tak makan. Afif bagi alasan dah kenyang makan bekal yang dia bawa.

Atas kegigihan dia menyimpan, dia bukan takat dapat wallet, jam pun dapat. Guess what, barang yang dia beli menggunakan duit simpanan dia bertahan cukup lama.

Pandai pula dia menjaga. Mungkin dia dah sedar macamana susah nak menyimpan duit.


Walau dah dapat apa yang dia nak. Afif masih lagi meneruskan aktiviti menyimpan duit sehingga ke hari entry ini ditulis. YY ditugaskan menjadi banker dia.

Selalu bertanya duit dia dah ada berapa. Dia mula berangan nak beli itu dan ini. Ada sekali tu dia tanya, berapa banyak duit dia kena simpan kalau nak beli basikal. Hehe!

Dia juga pernah bercadang nak bawa kami semua makan dengan duit dia. Kelakar bila teringat dia kata, "Hari ni Afif belanja korang makan!"

Padahal dekat tangan ada RM1 aje. Tak lepas pun beli air yang dia minum tu. Hehe!


Kalau bergaduh dengan Aisyah pun, dia akan gunakan perkataan belanja. "Abang tak nak belanja Adik lagi!" kata dia pada Aisyah tiap kali bergaduh.

Aisyah pula dengar perkataan belanja tu mulalah cuba memujuk sambil buat muka innocence, "Cayang Abang!"  

Yang pasti kami dah berjaya mendidik Afif teknik menabung walau dengan cara yang tak diduga. So begitulah ceritanya! TAMAT! (^_^)


---------------------------------------

Oh ya, susulan dari entry Bila Aisyah Gunting Rambut, ramai yang bertanya kenapa tak biarkan rambut Aisyah panjang aje. Meh sini, YY cerita ye.

Anak dara YY ni tak suka rambut dia diikat. Dia akan cabut getah yang ikat rambut dia. Headband pun dia pakai ikut mood dia. Biasanya dia buang gitu aje. Selalu terjadi kes kehilangan headband.

Tu yang kami decided potong pendek aje. Tunggu dia besar sikit baru biar panjang (^_^)


Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk hari ini. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

P/S - Operasi mengebom masih lagi belum selesai setakat hari ini. Pada sesiapa yang belum kena, nantikanlah kedatangan YY ye (^_^)

20 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Seronok Rupanya Aquaria KLCC (^_^)

7:21:00 am Yana Yani 22 Comments

Malam Sabtu masa dok temankan Afif tengok cerita Speckles The Tarbosaurus, MyChintaHati tiba-tiba memecahkan kesunyian malam apabila bertanya, "Dekat Melaka ada apa yang best ye?"

Soalan tu aje buat isteri tercinta dia ni tetiba tersengih macam kerang busuk. Tanpa disuruh terus dok gigih mencari apa yang menarik di Melaka. Tapi sekejab aje perasan excited tu.

Terutama bila dikhabarkan kami akan balik hari. "Kalau camtu, baik kita pergi dekat-dekat aje. Boleh pergi Aquaria KLCC, tak pun Discoveria dekat Avenue K nun" kata YY memberi cadangan.

Tiada kata putus diberikan pada kami malam tu. Hanya pada keesokkan harinya kami disuruh bersiap walau tanpa mengetahui ke mana arah tujuan. Tu memang trademark biasa MyChintaHati.

Nampak aje kelibat menara berkembar, terus dah boleh agak ke mana hala tujuan kami. Afif adalah manusia paling seronok sedangkan itu adalah pertama kali dia menjejakkan kaki ke KLCC.

Tengok dia yang excited semacam tu cukup buat YY dan MyChintaHati rasa bahagia. Afif bertambah excited bila dikhabarkan ke mana kami akan bawa dia. Papa lambat parking pun dia bising (^_^)

Oh ya, sebelum nak sambung cerita ni, YY nak bagi peringatan yang cerita ni agak panjang. So sape yang nak pergi toilet, elok pergi sekarang. Sape yang belum makan, pergi makan dulu.

YY tidak akan bertanggungjawab sekiranya peringatan YY tidak dipatuhi (^_^)


So berbalik kepada cerita Afif yang terlebih excited tadi, memang sepanjang kami menapak nak ke Aquaria tu pun, dia teruja sangat. Asyik tanya itu dan ini. Letih nak jawab.

Aisyah pula hanya menjadi Pak Turut (^_^)


Time tengah berjalan tu, Afif terperasan cat yang menyerupai warna dinding rumah kami. Siap berhenti suruh ambil gambar sebab dia kata besok rumah dia nak warna biru pula.

Oh ya, peringatan seterusnya dari YY, jangan tergelak tengok selipar jepun yang disarung oleh anak-anak YY. Memang gitulah karakter mereka yang lebih selesa menyarungkan selipar jepun (^_^)


"Mama, ini ke Aquaria nya? Bestnya! Cepatlah masuk! Tak sabar ni!" kata Afif apabila kami memaklumkan yang kami dah sampai ke tempat yang ingin dituju.


Sementara menunggu MyChintaHati beli tiket, kami tengok kejab wayang mini mengenai hidupan laut. Dekat sini pun sikit punya banyak soalan Afif tanya pasal ikan.

Letih nak jawab korang wei! Mujur juga dia tak tahu dari mula. Kalau tak, lagi pening nak jawab. Soalan canggih Afif memerlukan Mama dan Papa khatam semua encyclopedia (^_^)


Masuk aje Aquaria KLCC, kami disajikan dengan ikan piranha yang dah kenyang menurut cerita Afif. YY pelik juga macamana dia kenal ikan pirahna sedangkan dia belum pandai membaca.

"Afif tahulah! Afif tengok TV! Tu Mama nampak tak tulang dalam tu. Dia dah kenyang makan oranglah tu!" jelas Afif bila ditanya.


Keterujaan Afif melihat segala ikan yang selama ni hanya dilihat di TV memang priceless. Ditambah pula dia berkongsi minat yang sama dengan MyChintaHati.

Hari tu boleh nampak ikatan hubungan Papa dengan anak lelaki yang jarang dapat dilihat. In fact keterujaan MyChintaHati mengalahkan Afif (^_^)


Aisyah pula banyak berdiam. Suasana kelam dan bunyian yang agak menyeramkan pada pendengaran dia, buat dia rasa tak senang duduk.

Ada juga dibahagian tertentu yang buat dia rasa teruja. Tapi mostly dia "tatut!" (^_^)


Dah hampir separuh perjalanan, baru perasan tak ada gambar YY dengan anak-anak. Disebabkan kami hanya pergi empat beranak, susah sikit nak bergambar.

Kalau tak, memang semua tempat ada muka kami aje! Hehe!


Sepanjang berada dalam Aquaria KLCC, tempat yang paling best adalah di tunnel! Seriously memang best sangat! Sampai kami yang tak berapa nak muda ni pun excited!

Aisyah aje yang berapa kali menjerit ketakutan terutama apabila dia melihat ikan pari dari bawah kelihatan seperti muka orang yang mengerikan. Kena berdukung aje!

Paling epik bila dapat tengok diver bagi makan ikan secara live. Afif risau sangat dengan diver tu. Sebelum tu dia nampak beberapa kali ikan jerung berkeliaran (^_^)

Gambar bawah ni, YY selfie sikit dengan budak penakut!


Dalam tunnel tu, tak dapat banyak sangat ambil gambar sebab Aisyah tak nak turun. Kalau ada pun gambar kurang menarik. Tapi memang best! Worth it bayar mahal!

Habis aje mengelilingi tunnel, kami berehat sekejab sambil berselfie lagi. Hehe! Oh ya, sebelum ada orang tanya, berkaca mata hitam sememangnya adalah trademark MyChintaHati (^_^)


Afif marah bila kami berhenti lama di sini. Padahal kami berhenti sebab nak tenangkan Aisyah yang cuak semacam tu. Suruh senyum pun susah. Dah macam kerang busuk.

Tak sangka despite dari kelincahan dia selama ni, terserlah juga ketakutan dia.


Sebelum keluar dari Aquaria ni, belanja korang posing manja ala-ala Hainom OKje. Saja nak bagi korang muntah hijau. Hehe!


Gambar dekat bawah ni adalah gambar terakhir kami di Aquaria KLCC sebelum melangkah keluar. Afif kata ikan Jaws dah mati sebab dia yang bunuh (^_^)


Lepas tu kitorang jumpa kedai menjual souvenir yang harga dia buat berpinar biji mata. Harga barangan di situ memang bukan standard orang macam kami.

Even gambar kami yang disnap oleh petugas Aquaria pun dikenakan bayaran RM40 sekeping dan RM60 lebih untuk tiga keping gambar. Mak ai! Mahal betul!

Dah tahu mahal, kenapa pergi snap gambar YY wei? Lah! Dah diorang suruh posing, ye kami posing! Kami kan kaki posing! Mujur kami tak dipaksa membeli.

Kalau tak mahu ada adegan berkungfu dan bersilat. Hehe!

Lepas tu kami sempatlah round kejab KLCC ni. Lama juga YY tak ke sini. Padahal time belajar di UiTM dulu agak kerap juga ke sini.


Time tengah round tu, terjumpa Mamat dekat bawah ni. Kalau sesiapa yang meminati perlumbaan FI, mungkin kenal dengan dia. YY dah lama tak follow FI. Maka, siapa dia tidaklah daku tahu.

Dulu punya racer macam Mika Hakkinen, David Coulthard, Michael Schumacher dan Eddie Irvine tu kenallah. Sekarang punya racer kalau korang sebut pun YY buat muka blur aje. Hehe!


Anyway conclusion yang boleh dibuat berdasarkan pengembaraan kami di Aquaria KLCC memang paling menyeronokkan setakat ni! Seriously memang seronok!

Afif pun kata hari itu adalah hari paling best sepanjang cuti sekolah dia (^_^)  

Harga tiket pula kebetulan agak murah bersempena cuti sekolah. Kebiasaannya, dewasa berharga RM38 dan RM25 untuk kanak-kanak berusia 3 sehingga 12 tahun.


Yang pasti, apa sahaja aktiviti yang kita lakukan terutama apabila dilakukan bersama family tersayang, memang merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan memorable.

So meh, kita sama-sama menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Jangan kita hidup dalam penyesalan yang tak sudah. Percayalah, family is everything! (^_^)

22 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

MATTEL Warehouse Clearance

3:27:00 pm Yana Yani 22 Comments

MATTEL Warehouse Clearance | Wah! MATTEL Warehouse Clearance! Menarik! Anywhere, bila sebut Mattel, mungkin ada sebahagian dari korang yang mengenali syarikat permainan dari Amerika ini dan mungkin sebahagian yang lain tidak. Tapi kalau kita sebut Barbie, Hot Wheels, Monster High, dan juga Fisher-Price, pasti ramai yag mengetahui. Bezanya tak sedar kesemua jenama tersebut adalah dari satu nama, MATTEL.

Anyway entry hari ini hanya sekadar ingin memaklumkan bahawa syarikat permainan ini sedang mengadakan warehouse clearance bermula 24 sehingga 26 Mac 2016. Kebiasaannya Mattel Warehouse Clearance ni diadakan dua kali dalam setahun. Klik [Warehouse Clearance] untuk mengetahui lebih lanjut mengenai event ini.

Mattel Warehouse Clearance
Mattel Warehouse Clearance 2016

Sebagai maklumat, jenama Mattel sudah berada di pasaran sejak sekitar tahun 1900's kemudian ianya berkembangan selari dengan peredaran masa dan of course permintaan. Klik [Mattel History] untuk ketahui lebih lanjut mengenai sejarah syarikat permainan terulung ni. Permainan yang dikeluarkan oleh Mattel bukan sahaja menarik minat kanak-kanak, malahan orang dewasa. Maka tak hairan, jenama ini terkenal dikalangan toys collector.

YY secara jujur belum pernah ke Mattel Warehouse Clearance ni walau ianya merupakan acara tahunan. YY hanya mengikuti perkembangan sebab memang follow FB diorang. Ada keinginan juga nak pergi, tapi masalah utama adalah sumber kewangan tidak dapat memenuhi kehendak. Hehe! Pergi kang, mahu semua nak angkut.

Sudahnya, tak berduit buat ajelah cara orang tak berduit. Share aje maklumat ni dengan korang yang mungkin lebih mampu (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum.

22 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bila Aisyah Gunting Rambut (^_^)

6:45:00 am Yana Yani 20 Comments

Anak-anak YY memang jenis rambut cepat panjang. Bulan ni potong, bulan depan dah panjang balik. So aktiviti memotong rambut memang kebiasaannya dibuat secara monthly.

Kalau Afif memang kebiasaannya bawa ke kedai kalau nak potong rambut. Tapi kalau Aisyah pula, kebiasaannya MyChintaHati yang potong. Even rambut YY pun dia yang potongkan.

Cuma masalah dengan anak dara yang sorang ni, jenis tak reti dok diam. Dia akan pusing kepala dia nak tengok arah mana gunting tu dok tuju. Tu yang kadang Papa dia hilang kesabaran (^_^)

Ini dah bulan kedua kami bawa dia ke gerai seorang gadis Melayu yang terletak tak jauh dari rumah kami. Budak ni pun dah kenal Aisyah walau baru kali kedua kami ke sini.

Aisyah masa mula sampai tu dia relax aje. Macam perempuan Melayu terakhir aje lagaknya bila suruh duduk dekat kerusi. Excited pun ye juga.


Mama yang tengok pun rasa sejuk hati dok tengok anak dara dok behave macam tu. Tapi dia mula tak tenang duduk bila Kakak tu dok mula pegang rambut dia.


Dia dah start toleh sana, toleh sini. Tengok dengan ekor mata apa yang Kakak tu dok buat. Time ni si budak barber dah start rasa seriau.

"Dik, ko jangan main pusing-pusing. Hilang telinga kang. Pandang depan. Tu Mama ada tu" kata dia dalam nada yang cuba memujuk.


MyChintaHati yang pada mulanya elok aje dok tengok dekat tepi, tak boleh tahan dok tengok telatah anak dara dia. Dia terus pegang kepala anak dara dia dan biarkan si budak barber buat kerja.

Rela dalam terpaksa dak Aisyah bila kepala kena pegang gitu. Hehe!


Dah kena pegang, baru dia reti dok diam. Kalau tak memang terpusing sana, terpusing sini. Tak boleh langsung fokus pandang depan. Dia nak tengok juga gunting yang Kakak tu pegang.

Si budak barber tu agak dalam hati kata, "Baru senang sikit kerja aku!"


Afif pula kebosanan dok tunggu Adik dia siap gunting. Asyik dok tanya bila Adik dia nak siap bergunting. "Adik, duduk diam-diamlah! Bila nak siap macam ni? Bosanlah!"


Biasa sekejab aje nak gunting rambut, tapi kita bercerita pasal rambut Aisyah, maka masa yang diambil agak lama sebab nak layan karenah dia.

Dekat satu jam juga barulah rambut di bawah dapat dihasilkan dengan jayanya. Satu kejayaan juga tu. Hehe! Bukan senang punya cerita nak potong rambut Aisyah ni.

Berpeluh ketiak jugalah dibuatnya (^_^)


Bulan depan kena lalui benda serupa lagi. Papa dia dah tak sanggup nak potong rambut dia. Maka Kakak barber lah yang kena layan karenah Aisyah (^_^)

Moral of the story, bila nak gunting rambut ni kena cari barber yang rela melayan walau sesusah mana pun karenah customer dia. Hehe!

Till we meet again, Assalamulaikum (^_^)

20 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Hadiah Dari Rakan Blogger (^_^)

6:45:00 am Yana Yani 23 Comments

Antara benda yang buat kita seronok sebagai blogger adalah apabila menerima hadiah dari rakan blogger yang lain. Senyum sampai ke telinga kalau dapat parcel atau surat dari rakan blogger.

Buat YY teringat zaman dok gila bersahabat pena satu ketika dulu. Selalu dok tunggu kemunculan Pak Pos depan pintu rumah yang kadang hantar berguni surat. Terasa glamer gitu! Hehe!

Walau zaman dapat berguni surat tu dah lama YY tinggalkan, tapi memori tu masih lagi terpahat ditambah pula tahun ni rezeki YY dalam dunia blogger ni, Alhamdulillah.

YY secara jujur belum pernah merasa sesen pun income dari blog ni. Tapi rezeki YY banyak datang dari rakan blogger seperti giveaway atau pemberian peribadi.

Permulaan tahun ni YY dapat hadiah dari Kak Kathy R'bain. Mulanya YY tertanya juga sape yang bagi bungkusan berwarna brown tu sebab tiada nama pengirim.

Tapi bila buka, nampak ada souvenir dari Tawau, terus teringat dekat Kat Kathy. Dia pun ada tanya sama ada YY ada terima bungkusan dari dia atau pun tak.

Banyak dia bagi tau, jangan jealous! (^_^)


Tak lama lepas tu, YY dapat pula bungkusan dari blogger Perak yang sering travel all around the world. Naik jealous tengok dia mengembara dengan Cinta hati dia ke mana sahaja.

Tahu dak sape yang YY maksudkan. Tak lain dan tak bukan blogger Muhammad Khairuddin Lim. Tak dapat pergi China, dapat hadiah made in Guilin, China pun kira TERBAIK! (^_^)


Dalam bulan yang sama YY dapat tahu YY pemenang hadiah utama untuk Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com, itupun blogger Mila Hillas yang beritahu. Kalau tak, memang tak perasan.

Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Hadiah utama tu! Siapa sangka rezeki tuhan nak bagi despite dari macam-macam yang jadi sepanjang bulan Januari yang lalu. Syukur Alhamdulillah (^_^)

Pertengahan bulan Februari pula, YY dapat lagi hadiah yang tak dijangka dari rakan blogger yang juga cukup suka travel. YY dapat souvenir dari Korea okay! Jangan jealous! (^_^)

Siap ada note comel aje dari empunya diri yang buat YY senyum tak ingat dunia. Terima kasih Kak Jari Manis! One day YY pula akan sampai ke Korea tu (^_^)


Awal bulan March, YY dapat email memberitahu YY adalah salah seorang dari lima pemenang untuk ShopCoupons Blogger Contest dan memenangi voucher dari Lazada.

Memang YY cukup tak jangka dengan hanya menulis 5 Barang Yang Daku Ingin Beli di Lazada, YY menang. Terasa nak melompat bila dapat berita gembira tu. Alhamdulillah, rezeki!

Dapat aje voucher, terus shopping tu! Hehe! Barang pun dah dapat. Sebagai menjawab pertanyaan LydSunshine, YY beli tiga barang, flat shoe, handbag dan of course bunga.

Kalau dah nama minah bunga, memang tak boleh lari dengan bunga. Hehe!

Meh, YY tayang-tayang sikit ye barang YY beli. Kasut aje tak ada dekat sini, YY dah returned disebabkan size yang tak suitable. Yang tengok jangan muntah hijau tau (^_^)


Belum habis senyum menang voucher, YY dapat hadiah dari seorang lagi rakan blogger yang boleh tahan becoknya. Honestly memang rindu sangat dengan besan to be ni.

Blogger yang YY maksudkan,siapa lagi kalau bukan MummyDearie. Hadiah yang dia bagi pun tersangatlah rare dan exclusive gitu. Siap ada coretan khas lagi!

Bikin syahdu dapat hadiah gitu tau! Uwahhh! Tak sangka ada orang rindu! (^_^)


Terima kasih buat semua rakan blogger yang bersusah payah menghantar souvenir buat YY. YY appreciate sangat kesungguhan korang untuk menghantar dan paling penting ingatan.

Sama ada sedar atau tak, dunia blogger ni telah menjalinkan satu ikatan persahabatan yang boleh tahanlah rare dia. Yelah, kenal hanya dari pembacaan.

Kalau tipu dia cerita, tipulah kita baca dan begitu juga sebaliknya. Kadang terasa dekat. Kesakitan, kesedihan dan kegembiraan tetap boleh dirasai walau tak pernah bersua muka.

Tak keterlaluan kalau YY katakan, rakan blogger lebih mengenali YY berbanding rakan yang sentiasa dok bertepuk tampar dengan YY. You are ALL the BEST!

Diharapkan ikatan persahabatan ini akan berkekalan dunia dan akhirat.

P/S - YY sedang mengumpulkan tenaga untuk bom blog korang. Nantikan kemunculan YY ye (^_^)
 

23 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Mereka Dipandang Hina Oleh Manusia Lain (^_^)

2:57:00 pm Yana Yani 16 Comments

Kebanjiran pendatang asing di Malaysia bukanlah satu perkara baru. Kalau cuti umum, bandar besar seperti Kuala Lumpur akan kelihatan seperti bukan lagi kepunyaan Malaysia.

Suasana itu secara tak langsung buat kita warga Malaysia rasa tak selesa. Tipulah kalau tak ada seorang pun antara korang yang merasa selamat apabila dikerumuni oleh pendatang asing.

Pasti akan ada perasan jijik walau hanya sebesar zarah wujud dalam hati korang apabila melihat golongan ni. Sama ada korang sedar atau tidak, itulah dia RACIST.

Pada pandangan mata kita, mereka cukup hina. Apa sahaja yang mereka lakukan dari segi pekerjaan, pakaian, makanan dan even bau badan juga akan menjadi bahan ketawa.


Mereka juga mudah dijatuhkan hukuman untuk perkara yang tidak relevan. YY pernah nampak seorang warga Bangladesh dipukul hanya kerana memandang seorang perempuan Melayu.

Kadang tu mereka dipukul tanpa sebarang sebab. Hanya sebagai hiburan sekawan monyet yang merasa diri mereka lebih mulia. Drama TV juga meletakkan mereka sebagai penjenayah.

Hakikat sebenarnya, mereka yang melakukan jenayah tu hanya sebilangan kecil. Tapi kita yang kononnya mulia ni menghukum kesemua mereka sebagai penjenayah.

Dr. HM Tuah Iskandar seorang penulis dan pakar motivasi berkata, "Kalau hendak mencari keburukkan, bukan 1000 yang akan kita jumpa. Tetapi kalau hendak mencari kebaikan tentu satu dua pasti ditemui"

Kadang YY rasa kesian apabila melalui highway di kawasan kediaman YY apabila melihat sekumpulan lelaki warga asing cuba melintas jalan untuk ke kilang berhampiran. Ngeri kadang tu.

Tapi pada pandangan stereotype kita, mereka semua ni bodoh sebab melintas highway yang sibuk. Siapa tahu ketakutan tu terpaksa diketepikan hanya kerana mencari rezeki.

Hina betul mereka pada pandangan manusia lain terutamanya kita atau mungkin hanya YY. Kita tak sedar darjat mereka mungkin cukup tinggi di sisi ALLAH.

Cuma perhatikan setiap kali tibanya waktu sembahyang Jumaat. Warga lelaki seperti Bangladesh dan Pakistan adalah antara manusia yang berebut ke masjid pada waktu itu.

Sanggup berjalan kaki walau jaraknya agak jauh dari rumah kita. Perhatikan pula warga lelaki Melayu, beragama Islam dan rakyat Malaysia. Apa mereka buat pada waktu itu?

Itu belum cerita lagi waktu sembahyang fardhu. Tak rasa kita lebih hina dari mereka? Tepuk dada, tanyalah iman. Bukan hati sebab keimanan yang akan lead kita ke arah jalan yang betul.

Recently YY menonton sebuah video berdurasi 0:26 saat yang buat tetiba ada manik jernih jatuh di pipi YY. Terasa diri YY ni hina jika dibandingkan dengan manusia di dalam video itu.


Merdu kedengaran alunan ayat Al-Quran yang dibaca. Sebak.

Berapa ramai di antara kita yang berjawatan lebih tinggi dan kerja di tempat yang lebih selesa melakukan perkara serupa seperti lelaki di dalam video itu?

Menurut sumber, lelaki warga Bangladesh itu dikatakan seorang Imam di negara asalnya sebelum mengambil keputusan untuk merantau bagi mencari rezeki.

Daripada Abu Umamah r.a berkata, Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Sehebat mana pun seseorang itu di atas muka bumi ini tetap sama di sisi ALLAH. Yang membezakan adalah ibadah yang pernah dilakukan oleh seseorang itu semasa mereka hidup di dunia.

P/S - Peringatan untuk diri sendiri, MATI itu PASTI!

16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...