GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015

7:09:00 am Yana Yani 19 Comments

HasrulHassan.com

Jom Sertai GA dan Subkontest HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015 - Menang Hadiah Gratis dari Bandung, Indonesia.

-----------------------------------------

Update 21/04/2015: Bukan rezeki YY untuk segmen yang niTak apa. Better luck next time (^_^)

19 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

5 Barang Yang Daku Ingin Beli di Lazada (^_^)

7:28:00 am Yana Yani 52 Comments

Siapa yang tak kenal dengan salah satu syarikat online terbesar di Malaysia ni, Lazada Malaysia. Kalau tak pernah shopping dekat situ pun, nama dia confirm korang pernah dengar!

Lazada ni menawarkan perkhidmatan yang cukup menarik contohnya seperti korang boleh bayar Cash on Delivery (COD) dan juga membeli tanpa perlu berdaftar sebagai ahli.

YY tak pernah ada pengalaman peribadi membeli di situ. Tapi keinginan sentiasa ada dan YY rajin juga dok sekodeng barang-barang yang kadang buat rabak mata memandang. Hehe!

YY senaraikan lima (5) barang yang YY nak beli di Lazada Malaysia.

Kid Toy Organizer Giraffe (Harga: RM139.00)

Ni barang yang paling YY nak sekali miliki. Sejak dok berpindah rumah ni, YY dah banyak kali dok survey benda ni. Naik tension dengan susun atur mainan Afif dan Aisyah.

Kalau dapat ni, mesti cantik sikit bilik Afif (^_^)

GTX 150 (Harga: RM399.00)

Yang kedua pula YY bercadang nak belikan basikal untuk Afif. YY cari basikal yang boleh tahan lama, maksudnya tayar dia boleh dipam macam gambar di atas. Tahan lama sikit dak?

Dia punya design pun nampak smart aje. Sesuailah sangat dengan budak lelaki macam Afif yang baru nak belajar bawa basikal.

Sweet Heart Paris Children Bicycle 12 Inches Wapiti CA - Green (Harga: RM149.00)
Kalau dah beli untuk Afif, mestilah juga beli untuk Aisyah! Kalau tak nanti ada yang berdengki, cakap Mama tak sayang. Lagi susah hati Mama dia ni kang (^_^)

Yang ni pun boleh tahan lama sikit based pada specification dia.


KHIND Electric Oven 25L OT2502 with Rotisserie (Harga: 168.00)

Jenis oven yang cam gini yang YY dok lama cari. Paling penting affordable! Siap dengan pemanggang walau dia tak adalah besar mana.

Sesuai sangat dengan kabinet dapur YY. Kalau dapat ni, memang baking ajelah kerja YY. Kononnyalah. Hehe!

Philips Table Grill HD4419/20 With 2 In1 Ribbed & Smooth Grill Plate (Harga: RM388.00)
Yang terakhir sekali yang YY teringin nak beli adalah grill macam gambar dekat atas ni. Barulah nampak bergaya and ada kelas guna grill camni (^_^)

Kalau masak sedap pun, boleh dengan bangga kata sebab grill tu. Hehe!

Nampak tak betapa bernafsunya Mama Afif dan Aisyah ni. Bahagia sungguh rasanya kalau boleh memiliki kesemua benda yang disenaraikan di atas.

MyChintaHati in reading, boleh tunaikan permintaan isterimu dak? Hehe!

-----------------------------------------------

This post is an entry for the ShopCoupons Blogger Contest. Being hosted by ShopCoupons. Lazada vouchers sponsored by Lazada Malaysia.

Update 10/03/2015: Entry ini telah dengan jayanya memenangi RM100 Lazada voucher! Yeah! Alhamdulillah! Rezeki anak-anak! Ni yang buat makin bersemangat nak kembali berblog (^_^)

52 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kesibukan di Awal Tahun (^_^)

1:07:00 pm Yana Yani 39 Comments

Pertama kali semenjak terlibat dalam dunia blogging, blog Diari Seorang Mama (DSM) ni terbiar hampir dua minggu. Paling lama terbiar pun hanya beberapa hari. Kali ni pecah rekod!

Ni nak memulakan rentak menulis pun terasa kekok (^_^)

Siapa sangka mempunyai anak yang bersekolah menjadikan YY manusia paling sibuk. Susah betul rasanya untuk menyesuaikan diri dengan suasana atau peranan baru ni.

Orang yang membaca mungkin terasa menyampah. Yelah, orang lain pun ada anak bersekolah, mereka juga berkerja lepas tu uruskan rumah tangga. Boleh aje mereka selesaikan.

YY pula yang beria bagi alasan yang mungkin tak logik bagi orang lain. Lagi parah MyChintaHati dah hadiahkan gajet untuk memudahkan YY berblog, tapi tak juga berupdate blog.

Aktif pun dekat geng WhatsApp GMBM, itupun sekali sekala menyampuk perbualan (^_^)

Tak tahu nak luahkan kepayahan tu, yang pasti memang permulaan tahun yang amat sibuk bagi YY. Entah bila semua ni akan stabil. Penat juga terkejar sana sini. (^_^)

Disebabkan dah agak lama tak aktif, YY punya senarai hutang blog walking pun dah panjang berjela. Jenuh nak lunaskan. Insya ALLAH, akan sampai juga ke teratak kalian.

Cuma masanya aje yang belum pasti. 

Dikesempatan ni YY nak ucapkan ribuan terima kasih buat yang berkunjung ke sini walau tanpa sebarang entry baru. Terima kasih bagi yang meninggalkan jejak.

Terutama buat mereka yang meninggalkan jejak sepanjang bulan Januari yang lalu. Berikut adalah senarai 10 yang meninggalkan jejak sepanjang bulan lepas.

Blog mereka YY dah senaraikan di dalam Gorgerous Blog List di bahagian side bar.


Tak lupa juga bagi senarai Top 20 sepanjang 1 Aug 2014 sehingga 31 Jul 2015 nanti. Teruskan setia bersama DSM, akan ada small token as appreciation

Blog mereka ada YY senaraikan di sini.


YY rasa itu sahaja yang mampu dicoretkan bagi permulaan entry di bulan Febuari ni. Insya ALLAH, panjang umur dan kelapangan YY akan bercerita lagi.

Till we meet again ye, Assalamualaikum (^_^)

39 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...