Gegaran Gauman di Dinoscovery oleh Dinosaurs Live!

7:38:00 am Yana Yani 60 Comments

Gegaran Gauman di Dinoscovery oleh Dinosaurs Live! | Niat di hati untuk ke Discoveria memang telah lama wujud. Alhamdulillah rezeki kami anak-beranak apabila berpeluang merasai sendiri gegaran gauman di Dinoscovery oleh Dinosaurs Live! Kalau tak silap Dinoscovery ni sudah mula dibuka kepada public sekitar Mac 2014. Setahun kemudian barulah kami anak-beranak berjaya menjejaki (^_^)

Anak bujang YY yang mungkin korang sedia maklum dengan kegilaan dia terhadap dinosaur adalah manusia paling teruja pada hari itu. Riak wajah dia yang tak sabar memang priceless. Sampai sahaja di tingkat empat Avenue K, kami di sambut dengan dinosaur terbesar yang pernah wujud dalam dunia dinosaur, Saurapod! Ia juga dikenali sebagai dinosaur berleher panjang.

Gegaran Gauman di Dinoscovery by Dinosaurs Live!
Nampak tak keterujaan Afif di situ (^_^)

Kewujudan dinosaur di luar bahagian pameran sudah mengujakan Afif untuk mengembara ke zaman Mesozoic dan melihat dengan lebih dekat dinosaur bersaiz sebenar yang dihidupkan semula! Aisyah pada ketika kami ingin mendaftar masuk sudah mula menunjukkan tanda-tanda akan menjadi tarzan di dalam Dinoscovery. Dia asyik dok ulang, "Adik tatut. Adik tak nak macuk"

Gegaran Gauman di Dinoscovery by Dinosaurs Live!
Aisyah dan MyChintaHati

Berada di luar pintu masuk sudah kedengaran jelas gauman dinosaur. Afif yang pada asalnya teruja mula menunjukkan tanda-tanda yang dia juga dalam keadaan ketakutan.

Gegaran Gauman di Dinoscovery oleh Dinosaurs Live!

Kami kemudiannya disambut ramah oleh petugas yang bertugas, Setiap seorang di antara kami diberikan vest dan juga peta untuk kami terokai pameran seluas 13,000 kaki persegi ini. Afif yang ditugaskan sebagai ketua diberikan lampu dan juga band Radio Frequency Identification (RFID) untuk membantu kami untuk memburu dan mengesan specimen yang berhampiran.

Kami juga diterangkan apa yang boleh dan tak boleh dilakukan sepanjang pengembaraan melalui video pendek. Selepas itu sebelum memulakan pengembaraan tu, kita snap gambar dulu!

Tengoklah betapa chill nya kami. Boleh lagi anak-beranak dok tersengih tayang gigi walhal Tyrannosaurus rex berada betul-betul disebelah kami. Tapi sebenarnya masa ambil gambar, sumpah dia tak ada!

Entah dari mana dia muncul pun tak tahu (^_^)

Gegaran Gauman di Dinoscovery oleh Dinosaurs Live!

Selepas itu bermulalah pengembaraan kami!

Suasana yang agak kelam sememangnya menakutkan Aisyah. Jeritan dia mengalahkan gauman dinosaur. Bila teringat, terasa kelakar pun ye juga. MyChintaHati yang terpaksa melayan Aisyah. YY pula melayan Afif dan adik YY Anis atau lebih mesra dipanggil Acu oleh Afif dan Aisyah yang agak teruja dengan pengembaraan yang belum pernah dirasai sebelum ini.

Dengan hanya berbekalkan cahaya lampu suluh, peta dan juga RFID, Dinoscovery sememangnya pameran dinosaur yang sangat mengujakan terutama bagi peminat dinosaur seperti Afif.

Gegaran Gauman di Dinoscovery oleh Dinosaurs Live!

Tidak seperti pameran dinosaur yang lain, Dinoscovery bukan setakat mempamerkan dinosaur animatronic tapi ia lebih daripada itu dengan pelbagai aktiviti sepanjang pengembaraan. Afif kata dia paling suka bahagian pameran di mana dia berpeluang berlumba dengan Gallimimus. Seekor dinosaur yang kelihatan seperti burung unta dan juga dikenali sebagai speedy predator.

Gegaran Gauman di Dinoscovery oleh Dinosaurs Live!
Gegaran Gauman di Dinoscovery oleh Dinosaurs Live!

Di akhir pengembaraan, kami sekali lagi berpeluang bergambar bersama T-Rex. Perasaan tak betapa eksyennya Aisyah. Dia siap buat aksi macam gauman lagi. Padahal sebelum tu dia punya tangisan dan jeritan mengalahkan tarzan!

Gegaran Gauman di Dinoscovery oleh Dinosaurs Live!

Kami berada di bahagian ini agak lama sebab Afif dan Aisyah dok seronok melakukan aktiviti cari gali fosil. Bangga kononnya memasing dapat cari tulang dinosaur. Dekat sini pun sempat juga diorang bergaduh tu! Afif kata dia jumpa fosil dulu, Aisyah pun tak nak mengalah kata dia juga yang jumpa fosil tu dulu.

Botak kepala Mama ni dok terjebak sama dengan pergaduhan mulut korang bebudak wei!

Gegaran Gauman di Dinoscovery oleh Dinosaurs Live!

Dekat tempat yang ala-ala volcano ni pun bebudak tu seronok sangat.YY yang tengok ni pun terasa teruja bila diorang masukkan bola, kemudian bola tu akan tersembur keluar. Riuh-rendah dengan gelak tawa diorang aje! YY nak snap gambar pun susah sebab terlalu banyak pergerakkan. Tapi sebenarnya awak pakai kamera cap ayam! Pasal tu gambar tak cantik! Hehe!

Gegaran Gauman di Dinoscovery oleh Dinosaurs Live!

Oh ya, sebelum YY terlupa, di sini juga terdapat Discoveria Cafeteria. Terdapat pelbagai makanan dan minuman yang boleh dinikmati setelah penat mengembara (^_^)

Setelah mission accomplished, bebudak ni dapat sijil Junior Paleontologist. Cukup bangga diorang dapat sijil ni. Afif siap letak dekat belakang pintu bilik dia. Yang pasti kami anak beranak tersangat seronok pada hari tu!

Gegaran Gauman di Dinoscovery oleh Dinosaurs Live!
Gegaran Gauman di Dinoscovery oleh Dinosaurs Live!

Amacam? Ada minat mahu pergi?

Untuk makluman, tiket masuk untuk kanak-kanak berumur 17 tahun dan ke bawah berharga RM35 bagi rakyat Malaysia dan RM50 untuk bukan rakyat Malaysia. Harga tiket untuk kanak-kanak lebih berkemungkinan disebabkan pelbagai aktiviti yang boleh mereka terokai. Seriously memang banyak benda boleh explore. Jangan takut aje (^_^)

Budak macam Aisyah tidak dikenakan sebarang bayaran sebab dia ada had ketinggian diukur sebelum bayaran dikenakan. Manakala tiket dewasa berharga RM25 bagi rakyat Malaysia. RM40 pula untuk bukan rakyat Malaysia.

Pameran ini beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula seawal 10:00-07:00 pada hari bekerja dan 10:00-08:00 pada hujung minggu termasuk cuti sekolah dan cuti umum. Discoveria ni berada di tingkat empat bangun Avenue K yang terletak bertentangan dengan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).


Untuk maklumat lanjut mengenai pameran ini, korang boleh layari http://discoveria.com.my/ atau lawati fanpage Discoveria, https://facebook.com/discoveria.kl

Korang juga boleh menelefon talian hotline mereka di +603 2181 7218.

Kitorang satu keluarga dah merasai sendiri gegaran gauman di Dinoscovery oleh Discoveria Live! Korang pula bila lagi? Ada berani? Jom! I dare you! (^_^)

60 comments:

  1. Seronoknya...kalau anak-anak saya tahu adanya tempat macam ni..mesti diorang teraju nak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok! bawaklah anak-anak
      tapi elok yang besar sikit, kalau kecik
      bimbang diroang takut, rugi
      sebab kat dalam tu ada macam-macam boleh main

      Delete
  2. Best ni. Boleh bawa anak-anak. Mesti dorg excited. :)

    ReplyDelete
  3. seronoknya sis... teringin nak pergi..tentu alia dan danial teruja jugak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ke sini bawalah kak
      confirm diorang seronok

      Delete
  4. nampak best tempat ni... hari tu ada terbaca dalam blog fiza rahman... alahai kena masuk list untuk pegi la ni... plus kena cari hari yang encik hubby akak cuti... haih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dekat dah tu kak, bawalah
      tapi kena pastikan diorang atk takut
      sebab dalam tu gelap ditambah dengan bunyi
      tapi kalau jenis steady, tak ada apa. memang seronok

      Delete
  5. Wah.. best tempat ni. Kenapa saya tak tahu kewujudan tempat ni? Haha.. mujur terbaca entry YY ni.. sukalah anak kecil kalau dibawa ke sini ya.. banyak juga aktiviti yang menarik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah lama juga tahu
      cumanya tak berkesempatan nak pergi aje
      memang ada banyak aktiviti dalam tu
      dia lain sikit dari pameran dinosaur yang lain

      Delete
  6. Anak saya pun teringin sangt nak pi...antara tenmpat yang dalam senarai kami untuk cuti sekolah nanti...saya banyak google pasal tempat ni ..hehe.memang tak sabar nak bawak anak2 nanti..tapi ayah ya kata kalau pi musim cuti sekolah takut anak2 tak selesa..habis cemana dah tu je masa yang ada..dah la kami ni jauh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawalah diana kalau berkesempatan
      saya pergi ni bukan time cuti sekolah, tak ramai sangat orang
      mungkin kalau hari biasa, kurang skit berbanding hari sabtu atau ahad

      Delete
  7. seronoklah afif dpt tgk semua jenis dinasour tu ... cuti sekolah ni , ramai le y blh bawa anak ke situ nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang seronok sangat.
      Memula tu aje takut sikit, lepas tu tak ada apa dah

      Delete
  8. Alamak mcm mahal jer tiketnya YY.....terus seram nak masuk, terus sawan kedekut mai haha...
    Walaupun nampak takut si anak dara dengan anak bujang awak tu YY tp mmg nampak terujanya. Ke mak dia yg over hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kebiasaan harga tiket untuk pameran dinosaur camni OKje
      kalau ada lebih murah tu, mungkin tak banyak dinosaur
      tapi kalau tak minat, better tak payah p...hehe

      Delete
  9. Tiket dewasa murah pada kanak2 ye.. Waa, nampak sangat keterujaan Afif. Mesti nanti dia mintak pergi lagi..:-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiket kana-kanak mahal sebab diorang boleh buat macam-macam aktiviti
      orang dewasa tak banyak sangat aktiviti
      ini lebih kepada kanak-kanak aje

      Delete
  10. Saya yang sudah dewasapun setelah membaca postingan ini, sangat tertarik mencoba keseruan di arena Dinosaurus ini. Jadi ingin ikut ketakutan dengan auman sang predator . .. HeHe..

    ReplyDelete
  11. Satu lokasi yang menarik untuk bawa anak2 dikala cuti sekolah nih! Satu teknik taman hiburan dan informasi yang sangat mengujakan dan berbeza.
    Mesti Afif tidur pun termimpi2 dinasor...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. afif memang selama beberapa hari masih lagi bercerita
      dia sangat seronok semestinya
      tapi tempat ni memang menarik kalau dibandingkan dengan pameran yang lain

      Delete
  12. menariknya tempat ni.. bawak budak2 mesti diorang suka ni.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tengok usia juga
      jenis yang takut, jenuh juga nak pujuk =)

      Delete
  13. bestnyer...akak suka ni, tapi anak2 confirm meraung nanti, teringin juga nak bawa anak2 pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak kecil lagi...mungkin juga akan menangis
      sebab tempat tu gelap, lepas tu bunyi dia kuat
      aisyah pun menangis aje dalam tu
      dah keluar baru dia seronok =)

      Delete
  14. Wow seronoknya byk aktiviti menarik dekat sini..yg petting zoo tu masuk percuma..bayar masa masuk theme park saja..

    Ni entrynya..harap maklum.hehe

    http://puankutu.blogspot.my/2015/09/lost-world-of-tambun-harga-tiket-dan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? ooo gitu citenya
      terima kasih share info ye
      cam nak ke sana juga cuti sekolah ni =)

      Delete
  15. assalam.. lama aiza tak singgah sini..

    bestnya.. aiza tak pernah lagi ke sana.. aiza minat juga dengan dinosour ni, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      tulah aiza. lama sungguh tak dengar cite aiza
      ada masa bawalah anak sedara ke sini. best tau

      Delete
  16. macam best je kak.
    aci dak g honeymoon kat situ?
    =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. err...g honeymoon kat situ?
      camne nak jawab ni ye...hehe

      Delete
  17. tengok je gambar kak yan dah takut..inikan pulak nak tengok real depan mata
    .huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak yan takut ke?
      seronok kak yan sebab mungkin saya dok ada anak kecik
      melayan diorang tu yang seronok =)

      Delete
  18. Assalam YY... wahh best ni. Mmg terasa nak pergi jugalah sekeluarga nanti. Menarik dan seronok tengok... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam KK
      best KK kalau buat aktiviti kekeluargaan dekat sini
      kalau yang suka explore tu, memang sangat recommend

      Delete
  19. waaaa....sonoknyeee.....budak2 lgi la sonok kan....tiket kanak2 bwh 17 tahun lgi mahal dr tiket dewasa ehhhh....kalau dekat sy pun mcm teruja nk pergi....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiket tu mahal tuk budak mungkin sebab aktiviti
      banyak aktiviti untuk budak usia tu
      kita yang dewasa ni banyak tengok atau membantu aje =)

      Delete
    2. ooooo...gitu ker...patutlaa mahal sikit ehh

      Delete
    3. agaknyalah. main hentam jawab aje tu. hehe

      Delete
  20. Yuhuuuu....bakal besan datang nak 'membahan' ni.... Kita datang sebab ada yang merindui katanya. Aisyah rindu kat Mommy ke? Ya ke? Alahai kesian Aisyah yerk....

    Eh, kita dah baca cerita ni separuh jalan tau Jumaat lepas tapi kita terus tekan 'X' sebab kita nak balik kerja cepat ^_^ Nanti kita baca dulu baru sambung komen yerk. Almaklumlah komen kita panjang, pendek-pendek ayat ni tak ghetilah!

    Sekarang ni bila dah berada di dalam tu, suara dinosaurs ke atau suara jeritan Aisyah lagi kuat ni? Mesti gelapkan YY sebab itulah Aisyah takut. Kalau saya bawa anak saya yang kecil tu pun rasanya memang kena lepuk selalulah dek kerana dia buat perangai. Abang maybe no hal, lah. Saya baru tau tentang dinosaur yang wujud kat Avenue K ni melalui pembacaan tapi memang tak menyempatlah nak pergi. Si Adik Cute tu tinggi, confirm memang kena bayar juga silap haribulan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eee...tolonglah. entah sape yang rindu dekat dia
      entah2 dia yang rindu kat kita. malu nak ngaku aje. hehe
      aisyah kenal mummy pun idak. lagi nak rindu...

      suara aisyah lagi kuat MD wei! buat malu aje.
      papa dia sampai naik rimas sebab dengar dia jerit tu
      nak enjoy dalam tu tak boleh sangat. so papa dia tpaksa kuar awal. kesian. hehe
      kalau jenis anak dok takut gelap, tak usah bawalah
      memang gelap dalam tu. pastu bunyi dinosaur lagi. memang budak takut
      kita memang hanya berpandu pada cahaya forehead light aje

      overall seronok kalau anak kita jenis suka benda gitu

      Delete
    2. Hai, ada bibit-bibit cemburu nampaknya... Maklumlah anak perempuan dia lagi sayang bakal mak mertua daripada mak kandung sendiri. Alalalalala....kesian alahai! Janganlah nangis-nangis sambil kesat hingus kat lengan baju yerk! Buruk ler ghupanya ^_^

      Aha...bab menjerit tu yang tak tahan! Kalau Aisyah boleh menjerit begitu rupa, tak mustahillah arjuna beta pun boleh menjerit dengan nada yang sama! Maklumlah merekakan serasi perangai. I dah boleh predict dah ni ~_^

      Makanya the best advice, tak payahlah susah-susah bawa anak-anak kita pi sini. Nantilah besar sikit kita pergi barulah takda siapa yang kena darah tinggi sebab suara jeritan!

      Delete
    3. sape cemburu? saya ke? ish...idaklah! mana ada!
      pasal tu aje nak menangis sampai kesat hingus...beranganlah you MD
      ni anak jawa tau. jiwa kental. nangis-nangis tak mainlah! hehe

      rasanya memang adik cute pun takutlah
      dia masuk muzium pun nangis kan. ni lebih kurang sama aje keadaannya
      tapi saya rasa lagi gelap. tak tahu juga kenapa dia buat gelap gitu

      betullah sangat tu. bazir duit aje kalau diorang nangis
      pergilah tempat lain. aquaria ke, petrosains ke
      pun sesuai juga untuk adik cute dengan bubbly abang

      Delete
  21. Wahhh, seronok nyer ... Macam2 aktiviti blh buat ... Errkkk, harga ticket boleh tahan jugak tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok hani especially tuk budak
      harga tiket tu memang stardard kalau pameran gini

      Delete
  22. Afif boleh gang ngan Auntie Sal, suka dinosaur jugak!masa saya kerja Petrosains, dan ada Dinotrek(lebih kurang macam ni jugak la), saya hari-hari berharap dapat jaga kat situ..hehe. I think the price is OK, tapi kena bawak bebudak.Lagi seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. petrosains ada dinosaur juga ke? kenapa baru tahu ni
      ada lagi ke dinosaur nya sal. nak bawa afif. dia suka =)
      dia apa-apa pasal dinosaur memang teruja habis!

      Delete
  23. berapa lak harga tiket utk dewasa YY?

    ReplyDelete
  24. ehh...baru perasan RM25 utk dewasa..tetai umur 17 ke bawah lagi mahal..RM35?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kanak-kanak punya memang mahal sikit
      mungkin sebabkan aktiviti yang disediakan

      Delete
  25. pernah bawah adik lelaki umur 12 ke tempat pameran dinasour mcm ni lah..siap ada effect gerakan lagi...dia tgk buat x tahu je...muka x de perasaan...geram jek rasa..bayar mahal tapi dia lak x excited hhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda ni depend pada seseorang
      ada orang suka, ada idak. cam afif so far dia sangat suka
      kalau tanya suami saya pula, bosan. lagipun dia kena jaga anak dara menangis. hehe

      Delete
  26. Bestnya tempat ni! Budak2 boleh experience sendiri dunia dinasour. Siap ada aktiviti2 yg fun! Mesti yg paling haappppyyyyy si bujang tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk budak macam afif, memang dia seronok
      mula-mula tu aje dia macam rasa seram sebab tempat tu gelap
      but in the end, dia sangat seronok =)

      Delete
  27. serius...sgt teruja baca n3 YY..
    lya bru tau kewujudan tempat ni...
    terus bookmarks ... insyallah, ade rezeki msti bawa fasya ke sini jugak..
    lg pon dia dh tgkjurassic world,msti dia teruja nk ke sini..
    kt area mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau asya jenis tak takut, memang seronok lya
      cuba berkawan kalau bawa dia tu
      memang seronok kalau dia dapat share pengalaman tu
      aktiviti dalam tu pun lebih sesuai tuk budak cam dia

      Delete
  28. wow. a great place to go ni, YY.
    tq for sharing.
    boleh bw anak2 dan anak2 buah gi skali.
    aida tgk map dia less than 15 minit jalan kaki from klcc.
    bleh naik putra lrt dari kajang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! memang sangat seronok
      lagi kalau anak-anak kita jenis suka explorer new thing
      memang agak seronok aktiviti dalam tu
      pasal LRT kurang pasti =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...