Raikan Raya Bersama 11street

6:51:00 am Yana Yani 52 Comments

Raikan Raya Bersama 11street | Pejam celik kita sudah pun berada di Ramadhan yang ke 21. Wah! Sekejabnya masa berlalu. Ramadhan sudah mahu meninggalkan kita dan tak lama lagi muncul Syawal. Dah shopping untuk Raya? Belum? Kalau belum, YY nak war-warkan mengenai laman web 11street yang menawarkan pelbagai barangan untuk sambutan Hari Raya.

Laman web ini wujud pada 2008 dan merupakan laman e-dagang paling popular di Korea. Ia kemudiannya berkembang di peringkat antarabangsa, seperti Turki dan juga Indonesia. 11street kini merupakan laman e-dagang terkemuka dengan menawarkan lebih 400,000 peniaga dengan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan untuk 30 juta pembeli di seluruh dunia.

Raikan Raya Bersama 11street
Raikan Raya Bersama 11street

Anyway, bersempena dengan Syawal yang bakal tiba ini, 11street melancarkan kempen Hari Raya. Kempen ini yang sudah dimulakan sejak 1 Jun 2015 adalah bertujuan meringankan bebanan perbelanjaan yang ditanggung oleh rakyat Malaysia pada musim perayaan ini. Kempen ini menawarkan diskaun bernilai RM5 juta ke atas lebih 130,000 barangan dari produk terpilih seperti fesyen, barangan kelengkapan rumah dan juga elektronik.

Menarik bukan? Siapa yang belum shopping raya tu, sempat lagi kalau nak membeli di 11street.

Raikan Raya Bersama 11street
Kupon untuk Hari Raya

Laman e-dagang ini juga menawarkan diskaun coupon 20% hingga 50% dan rebat sehingga RM200 untuk barangan seperti fesyen dan elektronik bermula 1 Jun 2015 yang lalu. Untuk barangan kelengkapan rumah pula bermula pada 5 Julai 2015.

Untuk buka puasa, 11street turut menawarkan voucher makanan daripada pelbagai restoran terkemuka seperti Checkers Café, Papa John’s Pizza dan banyak lagi. E-voucher ini boleh diperolehi di bahagian Shocking Deals yang dijamin pada harga terendah bermula 15 Jun sehingga 17 Julai 2015.

11street juga berbesar hati untuk menjemput korang semua berbelanja di 11street dengan menawarkan voucher bernilai RM20 (minimum purchase of RM40) untuk total bil korang. Kalau korang nak voucher ni, sila jawab soalan mudah di bawah. YY akan berikan satu voucher kepada yang terpantas dan menjawab soalan dengan betul.

Tawaran ini hanya terbuka pada hari ini, 8 Julai 2015. YY mencari lima (5) pemenang dan terbuka kepada semua bermula sekarang sehingga jam 11:59 malam nanti. Cepat!

Soalannya adalah: Bersempena Hari Raya, 11street menawarkan diskaun kopun 50% dan juga rebat sehingga RM200 untuk barangan terpilih. Betul atau salah.

Tinggalkan jawapan dan email untuk YY hubungi di bahagian komen di bawah.

All the best! (^_^)

-------------------------------------------------

UPDATE: Disebabkan YY dah ketemu lima (5) pemenang yang YY cari, maka dengan ini YY menutup tawaran pemberian kopun ini dengan rasminya! Tahniah buat +Nurzakiah Hanum, +Deanna Morni, +Qaseh Abadi+Amalina Hussain dan +adianiez AIDA. Urusan penghantaran kopun akan dilakukan pada esok, 9 Julai 2015.

Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian. Buat yang tidak berjaya, jangan berputus asa ye. Better luck next time (^_^)

52 comments:

  1. nk jawab laaa....jawapan dia betul....hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang itulah jawapannya
      tahniah ye =)

      Delete
  2. Tq share info..yan dah siap semua..tinggal nak raya je..:-))

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan kak :) singgah sini

    http://emmadianastory.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ya dan betul maksudnya sama
      saya terima jawapan ini. tahniah!

      Delete
    2. nasib diterima.. hehe.. dah dapat email semalam baca, melompat lah.. alhamdulillah lately banyak dapat kupon n barang free.. best plak jadi blogger ni.. hhahaaa...

      Delete
    3. hehe...tu namanya rezeki kan syida
      anyway, tahniah ye =)

      Delete
  5. Jawapannya betul.

    email: amalinahussain@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Betul YY.
    Utk elektronik & fesyen.
    Start 1 jun :-)

    ReplyDelete
  7. Betullah! (Tapikan kupon tu kalau yang benarnya dari 20% hingga 50% kan, YY...)

    Alahai, nak email I ke? You WA-WA jerklah ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan dan betul tapi u lambat sikit aje dari aida
      sorry ye MD
      better luck next time =)

      Delete
    2. hehe...dia lambat sikit je =)

      Delete
  8. Nice sharing..
    Tahniah buat yg menang.

    ReplyDelete
  9. yeayyyy....kita menangggg....hehehehhehe...tq YY

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tahniah deanna =)
      rezeki kamu tu =)

      Delete
    2. ala sal, jangan bersedih
      better luck next time ye =)

      Delete
  10. Replies
    1. cuba len kali ye.. (kalau ada lah)..

      Delete
    2. takpe, insya allah boleh cuba lain kali

      Delete
    3. betullah tu syida
      insya allah ada lain kali =)

      Delete
  11. Banyak benda menarik juga ya kat 11street ni.. saya tgk anak buah saya shopping dah beberapa kali kat sini.. makciknya blm try lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada banyak benda menarik dekat situ cikgu AN
      saya aje yang belum sempat nyoppin situ =)

      Delete
  12. Replies
    1. alahai...dah terlambatlah yang
      winner dah announced =)
      anyway, thanks for participated ye

      Delete
  13. 11street ni macm lazadakan? mcm2 ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu KM
      lebih kurang sama cuma konsep berlainan sikit

      Delete
  14. tak sempat nak join haaa...lambat terjah, takpelah bukan rezeki akak cuba lain kali...hehehe

    yana sebut pasal e-dagang tu, teringat pulak jabatan akak sekarang tengah buat survey e-dagang la hahaha...keje tak siap lagi mood raya pun belum mari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...lain kali kak ye
      kali ni rezeki orang lain =)

      oh ye ke? ada juga benda gitu ye. saya baru tahu ni
      saya dah mood raya kak...maleh nak keja dah ni =)

      Delete
  15. tq for sharing..bru tau kwujudan web ni

    ReplyDelete
  16. tak pernah lagi shopping on9 gune 11street ni
    sllu kat lazada je..
    eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun belum penah...hehe
      tapi tak salah cuba kan =)

      Delete
  17. terlepas udah ... huhuhuuu ... kena tunggu next year ni ke krismas pun ada juga ... amboi , cepat je saya ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak mengapa
      insya allah kalau ada saya share lagi ye =)

      Delete
  18. Ok melepas.
    hahaha.
    padan muka.
    sape suruh tak jenguk blog.
    rugi dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bukan rezeki kamu ana
      kalau ada, lambat camne pun mesti dapat =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...