5 Cadangan Hadiah Untuk Cinta Hati di Rakuten Malaysia!

4:35:00 pm Yana Yani 8 Comments

Siapa pernah shoping di Rakuten Malaysia, angkat tangan macam ni \o/ 

Nampak gayanya ramai juga yang dah pernah beli di Rakuten Malaysia berdasarkan teropong ajaib YY ni. Hehe! YY pula secara jujurnya belum pernah lagi (^_^)

Tapi apa yang buat YY tertarik dengan Rakuten Malaysia ni, sambil membeli sambil boleh kumpul points! Points tu pula boleh digunakan untuk membeli barangan di Rakuten Malaysia!

Best tu! Bayangkan setiap RM1 bersamaan dengan 1 Rakuten Super Points!

So bersempena bulan Mei, bulan kelahiran YY dan MyChintaHati, YY senaraikan lima (5) cadangan hadiah untuk MyChintaHati di Rakuten Malaysia!

Meh check out sebab semuanya boleh dibeli hanya dengan klik (^_^)

Klik imej untuk details
1. Original Rayban RB3016 W0365 ClubMaster 51mm Sunglasses Ebony/Arista & Green

Kalau siapa biasa singgah di blog YY ni mesti perasan yang MyChintaHati seorang pemakai tegar sunglasses.

Ke mana aje dia pergi mesti pakai sunglasses! Sunglasses adalah sebahagian dari identiti dia.

Pelik kalau nampak dia keluar rumah tak pakai sunglasses. Dia juga hanya pakai sunglasses dari jenama RayBan. Lain dia tak berapa gemar (^_^)

Harga untuk sunglasses yang YY bercadang untuk beli di di Rakuten Malaysia ini adalah RM580.00

Klik imej untuk details
2. Casio AQ-180W-7BV World Time Telememo LED Resin Watch

Jam juga adalah salah satu pelengkap gaya kepada insan penting dalam hidup YY ni. Keluar rumah mesti pakai jam.

Bezanya koleksi jam dia tak adalah sebanyak sunglasses! Hehe! Tapi obviously kalah YY dengan koleksi jam tangan dia.

Jam dekat sebelah ni, nampak sesuai dengan nature pekerjaan MyChintaHati. Dia sesuai pakai jam bertali macam ni.

Harga jam ni di Rakuten Malaysia adalah RM110.24

Klik imej untuk details
3. T7401 Giraffe Casual Shoes

Jangan tak percaya, koleksi kasut MyChintaHati kalah YY tau! Rak kasut penuh dengan kasut dia aje!

Dia suka pakai kasut macam ni. Senang dan selesa ketika berjalan kata dia. Harga kasut ni di Rakuten Malaysia adalah RM329.00

Klik imej untuk details
4. Bravado Incubus Circle Lines Unisex Black T Shirt

Hitam memang antara favorite color MyChintaHati. Dalam almari baju penuh dengan t-shirt warna hitam cuma corak aje beza.

Tapi bukan sebarangan boleh pilihkan baju sebab MyChintaHati sangat particular dengan setiap inci baju tu.

Based pada tu YY yakin dia akan suka pilihan YY yang ni sebab corak tak fancy sangat. Even kalau dia tak suka pun, YY boleh sarung. Hehe!

Harga t-shirt ni di Rakuten Malaysia adalah RM63.90.

Klik imej untuk details
5.Adidas Messi CAP

Walau jarang pakai topi, tapi dekat rumah ni ada banyak juga koleksi topi yang MyChintaHati simpan. Biasanya dia pakai apabila memerlukan dia melakukan aktiviti outdoor.

Again dia suka corak simple dan paling penting YY juga suka sebab ada nama Messi di situ. Nampak? Hehe! Akak minat Messi yang comel tu tau! (^_^)

Harga topi ni yang sekarang tengah diskaun adalah RM65.10.

So itulah dia lima (5) cadangan hadiah untuk diberikan kepada MyChintaHati yang semuanya boleh diperoleh di Rakuten Malaysia! Ada banyak lagi pilihan menarik di Rakuten Malaysia.

Korang juga boleh mendapatkan produk-produk tersenarai di atas di Rakuten Malaysia.

Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten. Anjuran ShopCoupons. Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia.

----------------------------------------- 

Update 05/06/2015: Bukan rezeki YY untuk contest yang ni. Tak apa. Better luck next time (^_^)

8 comments:

  1. semoga berjaya dapat kupon, boleh beli kat chinta hati.. :)

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya yana...

    malu akak nak cakap ni first time akak dengar nama rakuten..hehehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah shopping kat Rakuten, tapi biasa dengar..kalau Giraffe shoes tu nanti boleh buatkan suami kak YY lagi tinggi tau, habis semua kena mendongak nak cakap ngan dia. Messi cap tu menarik! I loike! Tapi saya Team Ronaldo..hehe

    ReplyDelete
  4. Sekarang ramai blogger up entri tentang Rakuten ni kan, I guess the stuff are pretty good rite.. Harga pun berbaloi.. :)

    ReplyDelete
  5. Rakuten. . tak pernah try beli kat situ..

    ReplyDelete
  6. Teropong ajaib tu dah sampai belakang almari bilik saya tak? Banyak barang campak baling dari Rakuten ni, YY *_*

    Bukan main lagi hadiah untuk MyChintaHati YY ni. Untunglah dia... Kalau dapat satu pun dah untung, kalau dapat lima-lima sekali lima kali untunglah dapat bini macam nih. Hehehe....

    Good luck ya. Semoga ada peluang menang nanti!

    ReplyDelete
  7. membeli sambil kumpul point tu best...nk try terjah lah

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...