Demi Persatuan Taman dan Anak

7:06:00 am Yana Yani 12 Comments

Hari Ahad baru ni YY dan MyChintaHati attended mesyuarat Persatuan Taman Perumahan kami yang buat julung kalinya diadakan. Memang teringin sangat nak pergi.

Punyalah excited, pepagi dah bangun walau mesyuarat hanya dijadualkan pada pukul 10 pagi. Biasa kalau hari minggu ni, sarapan pun pukul 11 pagi. Hehe!

Kononnya demi persatuan taman, sanggup bangun pagi! (^_^)

YY ni excited pasal nak meluahkan segala rasa tak puas hati selama setahun di sini dan masalah berbangkit lain yang memerlukan penjelasan dari orang kuat persatuan.

Terlalu banyak yang tak kena dari cara pengurusan dan perlantikkan AJK. Luckily bukan YY dan MyChintaHati aje yang mempunyai perasaan serupa.

Kami belum buka mulut, dah ada yang luahkan. Jadi tukang dengar sambil sekali sekala curah minyak sikit aje dalam api. Hehe! Jahat!

Gambar dari Facebook Persatuan ~ Ini adalah antara jiran yang hadir
Gambar dari Facebook Persatuan ~ Ahli Tertinggi Persatuan yang agak berpeluh bukan disebabkan panas tapi sebab menjawab segala isu berbangkit (^_^)

Menjadi pemimpin tak menjamin bahawa setiap yang kita lakukan adalah betul. Akan ada situasi kita ditentang. Normal! Dan bila ada orang membangkang, don't take it personally!

Sebenarnya ia mudah kalau kita menghormati pandangan orang lain. Kalaulah dari mula mereka buat seperti ni, tak adalah jadi barah. Ini Ahli Majlis pun dilantik atas dasar syok sendiri.

Manalah orang tak marah. Alhamdulillah hari tu, mana yang kabur sudah diterangkan. Hopefully tiada lagi cakap-cakap belakang yang mengguris hati. Kita kan jiran! (^_^)

MyChintaHati dengan jiran sebelah rumah kami, Hassan. Jiran kami yang ni suka berkongsi rezeki, sampai kami naik segan! Ni adalah antara sebab kenapa YY mula rajin ke dapur. Hehe!
Mesyuarat selesai dan setakat hari tu semua berpuas hati dengan segala usul yang dibentangkan. 

Lepas tu kami berehat di rumah. Sampai tak masak tengahari tu, penat punya pasal katanya. Konon penat disebabkan memasing terlibat dalam peperangan mulut. Hehe!

Petangnya MyChintaHati ajak kami meronda. Tapi lebih kepada demi menunaikan hasrat anak dara yang asyik dok menyebut nak berjalan. Agaknya dia bosan dok terkurung dalam rumah.


Petang tu adik YY, Annor dan Anis turut serta dalam aktiviti meronda kami. Kami meronda tu pun tanpa arah tujuan. Memang kebiasaanya begitulah.

Lepas tu kami decided ke SACC Mall yang dah sekian lama tak dijejak. Biasa lalu aje, tak pernah rajin nak menyinggah. Kali terakhir singgah masa YY dan MyChintaHati nak bertunang.

Lama sangat dah tak singgah. Kebiasaanya kami hanya ke Plaza Alam Sentral dan Kompleks PKNS aje yang rasanya lebih selesa. Tak banyak perubahan bila kami melangkah ke situ.

Kebanyakkan kedai di situ masih kedai yang sama seperti yang kami ingati. Singgah kejab di MPH Bookstore disebabkan Afif nak cari buku dinosaur.


Afif memang sejak dari dulu amat minat dengan dinosaur. Dia punya teruja semacam apabila melihat apa sahaja yang berkaitan dengan dinosaur.

Tak tahu dari mana dia perolehi minat terhadap dinosaur. Mungkin juga disebabkan YY banyak dedahkan dia dengan National Geography dan Discovery Channel ketika kecil.

Peliknya, dia akan senyap walau tengah menangis kalau dipasang channel yang YY sebutkan tadi. Afif yang YY perasan mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

"Mama, Afif nak beli buku ni. Harga dia, dia tulis dekat sini 19.90. Bolehlah Mama. Pakai duit yang Afif simpan ye?" kata Afif dengan panjang lebar.

"Tanya Papa dulu. Papa tu sape?" soal YY pada Afif.

"Ketua kita!" jawab dia sambil terus berlari mendapatkan Papa dia. Dari jauh YY nampak MyChintaHati iring Afif ke kauter pembayaran yang bermakna permintaan diluluskan (^_^)

Jelas kelihatan senyuman lebar Afif apabila hasrat dia memiliki buku yang memang sudah sekian lama dihajati telah berjaya dimiliki.

Lepas tu kami keluar cari benda untuk dimakan. Lagipun Aisyah agak sukar dikawal pula hari tu. Mungkin disebabkan ada makcik-makcik dia, dia jadi mengada sikit. Geram tau!

Sampai di kedai makan, masing-masing melantak tak ingat dunia. Lapar sangat agaknya sebab tengahari tak sentuh sebarang makanan. Afif sempat posing sebelum makan (^_^)


Aisyah bila nampak YY snap gambar Abang dia, dia pun minta YY snap gambar dia dalam post yang hampir sama. Konon comellah tu! Tapi memang comel pun kan (^_^)


Ni lah dia adik-adik YY yang follow kami hari tu. Dari kiri adalah Annor diikuti dengan si Puteri Bongsu, Anis. Anis dulu kerap mengikut ke mana kami pergi.

Tapi sejak dah jadi anak dara ni, jarang juga nak mengikut (^_^)


Lepas aje snap gambar adik-adik YY, si Aisyah sekali lagi minta gambar dia diambil. Ni kes jealous agaknya. Biasa tak peduli pun kalau dok sebut bergambar.

"Eleh Adik! Konon comellah tu posing camtu!" kata Annor sambil mencuit pipi Aisyah.

"Adik tomey ya!" jawab Aisyah pula (^_^)


So begitulah hari yang kami lalui demi memenuhi kehendak Persatuan Taman Perumahan kami dan juga demi anak-anak yang berbeza dari segala segi walau dari rahim yang sama.

Besok dah start cuti panjang, empat hari tu! Ke mana planning korang? YY berkemungkinan besar akan balik ke Kuala Lipis, Pahang. Dah lama tak jumpa Atuk. Rindu pula rasanya.

Dikesempatan ni YY nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU pada blogger Farhana Mohamad! Semoga berbahagia hingga ke Jannah! Amin! (^_^)

Minta maaf Akak dan keluarga tak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Ana dan pasangan yang dijadualkan pada hujung minggu ni nanti.


Akak doakan semoga majlis berjalan lancar walau tanpa kehadiran Akak dan keluarga. Bukan berjodoh nak jumpa Afif dan Aisyah. Insya ALLAH lain kali Ana ye (^_^)

Blog ni akan sunyi untuk beberapa hari ni. Doakan selamat perjalanan kami pergi dan balik ye. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

12 comments:

  1. Assalamualaikum yana... bagus juga ada persatuan macam tu kan,semoga apa yg tidak puas hati dapat diselesaiakn dengan baik.

    Seronok ye aisyah dapat jalan2..aisyah memang comey pun kan aisyah...

    bagus afif...

    ReplyDelete
  2. ada persatuan taman, bagus nih..
    aisyah memang la comel..pandai dah posing depan camera

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dua beradik ni jalan ronda2 ye...
    Selamat balik kampung buat YY & family. Have a safe journey :)

    ReplyDelete
  4. 4 hari cuti.. I 3 ja..huhuhukk..
    semoga selamat perjalanan pegi balik kampung nnti ye..
    hati2 dijalan.. :)

    ReplyDelete
  5. pandai pulak tu..'papa tu siapa.."..'papa tu ketua kita..."ekekke

    ReplyDelete
  6. Sepatutnyer tiap taman adakan persatuan macam ni....barulah saling mengenali sesama sendiri..menambah erat silaturrahim..

    ReplyDelete
  7. Wah... Rajin nya g meeting. Terbaiklah..suka hati Afif dapat buku dinosaur ye? Hehehhehe..

    ReplyDelete
  8. Moga selamat perjalan ke pahang ya.
    Amboi seronokla afif dan aisyah dapat jalan2 beli buku dan makan-makan ya. Demi anak kita kan..mana nak biar anak minta lama2.. pasti nak cepat turutkan selagi benda tu tak bukan2..

    Oo..dapat kaitkan entry ni dengan entry kematian tadi tu. Bila dah tersurat kan.. kenalah bersedia dan redha

    ReplyDelete
  9. Baguslah bila ada perjumpaan macam ni sesama jiran tetangga. Selamat bercuti kak. =)

    ReplyDelete
  10. Saya punya #cintahati orang Lipis jugak ^_^
    Wah bestkan, orang Pahang dapat cuti sampai 5hb5.
    Tapi orang Pahang yg dok Pahang je la, kita yg dok KL ni..
    Jangan harap.. Huhu..

    Bagus juga ada mesyuarat penduduk macam ni. Saya teringat satu kes baru-baru ni, disebabkan pengurusan yg lambat dan lembab dlm menangani aduan penduduk, last-last satu office tu kena simbah dengan air najis. Ambik ko..

    ReplyDelete
  11. Eh, tak komen lagi juga yang ini! Tapi memang rasa macam dah baca tau!

    Bukan main lagi nak pergi mesyuarat taman punya pasal, awal nampak keluar rumah. Excited nak join bertegang uratlah tu *_*

    Budak-budak kalau dapat keluar rumah memang suka. Sama macam anak-anak saya. Kalau hujung minggu je mesti tanya nak pergi mana. Kalau kita duduk rumah aje, mesti muncung sedepa kata tak best!

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...