1st GIVEAWAY ~ Sayang Anak ~ by MamaMuiz

7:13:00 am Yana Yani 11 Comments


Menyertai giveaway ini sebagai memenuhi jemputan +huda azmi. Sempat lagi nak join sebab tarikh tutup dia tengah malam nanti (^_^)


Sape nak join bolehlah klik banner di atas ye.

YY ni pun baru recently cuba participated dalam sebarang segmen atau giveaway sebagai tanda sokongan kepada rakan blogger yang lain.

Anyway kepada rakan blogger yang lain kalau ada giveaway, bolehlah jemput YY ye. Tapi YY hanya boleh menyertai sebarang giveaway pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. 

Hari lain dah reserved untuk entry lain. 

Apapun buat +huda azmi, terima kasih kerana menjemput. Salam hujung minggu buat korang yang membaca entry ni (^_^)

-------------------------------------------

Update 22/12/2014: Bukan rezeki YY untuk giveaway yang niTak apa. Better luck next time (^_^)

11 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom

7:13:00 am Yana Yani 16 Comments

Assalamualaikum w.b.t.


Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom secara rasminya dilancarkan hari ni. Giveaway ini adalah bersempena dengan sambutan hari lahir Yana pada 17 November ni. Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menyambut hari lahir pada tahun ni...Insyaallah. 

Giveaway ini akan berlangsung sepanjang bulan November sahaja iaitu pada 1 November 2014 (12.01 am) hingga 30 November 2014 (11.59 pm). Jadi semua bloggerista yang cantik, manis, kachak dan hensem...Yana sukacita menjemput korang untuk join GA ni yer. Bagi menghargai penaja-penaja yang baik hati untuk menaja hadiah-hadiah GA ni, so...korang kena lah ikut syarat di bawah yer :-
Image from amysidek.blogspot.com
HAPPY BELATED BIRTHDAY buat Yana Afi Mohamed! Akak Yana doakan semoga Yana panjang umur, dimurahkan rezeki, berbahagia bersama keluarga dan juga insan tersayang dan yang paling penting sekali, sentiasa berada di dalam rahmat ALLAH SWT (^_^)

SENARAI HADIAH :

Mystery Gift x 1 Top Referral [Yana Afi]
Blog Review x 2 dan Bloglist x 3 [Syira Lokman]
Kain Telekung Sulam x 1 [Hasrul Hassan]
1 Mineral Eye Colour Mary Kay + 1 Free Facial dan 1 Lip Applicator Mary Kay + 1 Free Facial
[Sofuriah Hashim]
Topup RM5 x 2 [Syahira Nadia]
Topup RM5 x 1 [Izwani Eliyana]
Barangan Kosmetik x 1 [Love Lissa]
Shawl x 1 [Amy Shah]
Blog Review & Bloglist x 3 [Wadhihah Hadi]
Novel + Autograf Penulis Eksklusif x 2 [Anies] 

Nak join? Klik Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom.
Good Luck!!!

-------------------------------------------

Update 22/12/2014: Bukan rezeki YY untuk giveaway yang niTak apa. Better luck next time (^_^)

16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Perjuangan Muhammad Izzsyraq Azraq (^_^)

7:32:00 am Yana Yani 48 Comments

Perjuangan Muhammad Izzsyraq Azraq | Sebahagian besar pembaca blog ni mungkin tidak mengenali siapakah empunya nama Muhammad Izzsyraq Azraq. YY sendiri tidak mengenali beliau secara dekat.

Perjuangan Muhammad Izzsyraq Azraq
Pengenalan ini hanya secara kebetulan setelah membaca entry +Mar Mansor mengenai sebuah blog milik seorang Papa yang menceritakan mengenai masalah yang dihidapi oleh anak dia.

Apa yang dilalui oleh si anak a.k.a si pejuang kecil ni membuatkan YY nekad menulis mengenainya. Ini sahaja yang termampu YY lakukan sekiranya ia boleh dianggap sebagai satu sumbangan.

Kelahiran anak ketiga daripada tiga beradik ni sentiasa dinanti oleh Mama, Papa dan juga Abang-abang beliau. Adik Izz dilahirkan pada 31 Mac 2013 secara normal dan sihat sepertimana kebanyakkan bayi-bayi lain.

Tapi tiada siapa menduga takdir ALLAH. Pada usia tujuh bulan, Adik Izz tiba-tiba tenat dan keadaan itu memerlukan pembedahan segera dilakukan untuk memastikan punca sebenar.

Setelah pembedahan dilakukan, doktor mengesahkan bahawa usus kecil Adik Izz telah terbelit atau membelit lebih daripada empat kali dan usus berkenanan telah pun bertukar kehitaman.

Hati ibubapa mana yang tak luruh mendapat tahu perkhabaran seperti itu lebih-lebih lagi apabila mereka dimaklumkan bahawa peluang untuk Adik Izz hidup hanyalah 70 peratus.

Adik Izz disahkan menghidap Short Bowel Syndrome. Pada usia sekecil itu, pejuang kecil ini telah melalui beberapa siri pembedahan disebabkan penyakit yang sangat rare ini.

Bayangkan saiz usus kecil manusia normal adalah antara enam sehingga lapan meter, tapi Adik Izz hanya mempunyai lapan sentimeter dan disahkan sebagai yang terpendek! Yang selebihnya terpaksa dibuang.

Setiap rawatan yang dilakukan untuk si pejuang kecil ni adalah atas dasar try and error disebabkan belum ada rujukan untuk penyakit ini di Malaysia.

Hospital Wad KK4 Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur adalah rumah terbaru Adik Izz. Malahan dia sudah setahun menduduki rumah baharu itu
untuk menjalani rawatan.

Ahli keluarga Adik Izz, Mama Izz, Papa Izz, Opah Izz, Atuk Izz, Along Izz dan Angah Izz sama-sama berkorban dalam cara mereka sendiri demi kesihatan dan kelangsungan hidup si pejuang kecil ini.

Adik Izz berusia setahun lapan bulan ketika entry ni ditulis. Melihat senyuman dia, mungkin tiada siapa tahu penderitaan yang terpaksa diharungi oleh si pejuang kecil ini.

Menurut +ekjoz buluh iaitu Papa Izz, "Doktor masih lagi buntu untuk mencari penyelesaian agar Adik Izz sembuh. Buat masa sekarang dengan teknologi sekarang, hanya Nutrisi Parenteral (TPN) sahaja penyelesaian terbaik. Hanya keajaiban ALLAH sahaja yang dapat membantu Adik Izz"

Papa Izz juga berkata, "Kami tahu mereka (para doktor) telah berusaha berhabis-habisan untuk Adik Izz dan mereka juga amat menyedihi keadaan Adik Izz, namun....."

"Semoga ALLAH berikan petunjuk dan Hidayah-NYA agar para doktor semua menemui jalan penyelesaian. Akan datang tiada siapa yang mengetahui apa akan terjadi, yang pastinya kami yakin ALLAH dengar rintihan dan doa kami ini serta rakan-rakan semua"

Hati YY sebagai seorang Mamani entah berapa kali tumpah ketika menulis entry ni walhal YY tidak pernah bersua dengan keluarga tersebut. Tak dapat bayangkan bagaimana Mama Izz melalui ujian ini.

YY yakin bahawa keluarga ini sangat kuat. ALLAH menyayangi mereka dan kerana sayang ALLAH memberikan ujian dalam pelbagai bentuk termasuk kesakitan anak sepertimana yang YY pernah dengar dalam salah satu ceramah Dr. Zakir Naik.


Malahan di dalam Al-Quran juga ada menjelaskan mengenai hal ini iaitu di dalam surah Al-Baqarah, ayat 286. Tejemahannya adalah seperti berikut:

ALLAH tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia mendapat dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"


YY doakan ahli keluarga ini terus tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Semoga Adik Izz, si pejuang kecil ini sihat dan boleh kembali ke pangkuan Along Izz dan Angah Izz yang setia menanti. Amin.

Rakan-rakan yang membaca entry ini, bantulah keluarga ini dengan apa sahaja cara yang korang semua mampu lakukan. Keluarga ini memerlukan doa, bantuan kewangan, kata-kata semangat dan dorongan untuk meneruskan perjuangan bersama-sama dengan Adik Izz.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyakit yang dihidapi oleh Adik Izz dan perkembangan pejuangan yang diharungi oleh si pejuang kecil ini, korang boleh dapatkannya di blog Papa Izz.

Selain itu boleh juga diperolehi melalui fanpage PRAY for Izzsyraq Azraq - Short Bowel Syndrome ataupun Facebook peribadi milik Papa Izz sendiri.


P/S - Maklumat serta gambar di dalam entry ini diperolehi setelah mendapat kebenaran Papa Izz a.k.a +ekjoz buluh.

48 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

UPSR 2014: Tahniah! (^_^)

7:36:00 am Yana Yani 34 Comments

Entry hari ni YY nak tujukan khas buat semua pelajar yang menduduki UPSR bagi sesi 2014 termasuk tiga orang sepupu YY di kampung dan juga adik bongsu YY, Anis.


Tahniah di atas kejayaan memasing dalam menempoh peperiksaan yang paling complicated dalam sejarah peperiksaan di Malaysia semenjak tahun 1983.

Apa sahaja keputusan yang diterima semalam, jutaan TAHNIAH diucapkan buat setiap seorang antara kamu yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2014!

Anggaplah peperiksaan UPSR ini sebagai satu langkah permulaan sebagai seorang pelajar. Masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuh dan diharungi.

Yang pasti ianya bukan satu PENAMAT! (^_^)


Istimewa sekali buat adik YY, Anis, well done girl! Kami semua bangga sangat dengan Anis! Along yakin Anis dah cuba yang terbaik! So just let it go!

Keputusan peperiksaan Anis YY tak akan dedahkan di sini sebagai menghormati privasi dia. Tapi kalau dibandingkan dengan result YY dulu, memang berganda bagusnya! (^_^)

Tak lupa juga buat sepupu YY yang berada di Kampung Temperah, Kuala Lipis, Pahang. Mereka ni sebaya Anis dan mereka telah buktikan walau duduk di kampung, mereka juga mampu bersaing!


Tahniah buat Fatimah, Tia dan Jiha! Korang memang HEBAT! Kak Long Yana pun tumpang berbangga dengan kejayaan kamu bertiga! Teruskan usaha seperti ini ye!

Disebabkan terlalu happy dengan kejayaan adik dan sepupu YY, YY nak buat song dedication untuk mereka! Tak kira diorang pernah dengar ke idak, nak buat juga! Hehe!

Kak Long Yana tujukan lagu Pesan Abang nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad ni buat kamu berempat khususnya dan seluruh pelajar UPSR 2014 secara amnya (^_^)

TAHNIAH sekali lagi! (^_^)


34 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Si Putih Cedera! (^_^)

7:18:00 am Yana Yani 44 Comments

Hari Jumaat baru ni YY bercuti semata-mata kerana kerana nak celebrate birthday Afif di sekolah dia. Pagi tu YY hantar dia ke sekolah seperti biasa sebab majlis tu dijadualkan pada pukul 10 pagi.

Sempat juga singgah rumah Mak sebab nak wish happy birthday dekat Abah, tapi Abah tak ada sebab menghantar adik YY, Annur yang sedang mengikuti program internship.

So YY balik sebab nak ambil Encik suami pula. Kebiasaannya YY melalui jalan lain, tapi disebabkan hari tu YY bercuti, kononnya nak bawalah Aisyah pusing-pusing di kawasan sekitar.

Disebabkan hari bekerja, so kereta agak banyak dengan orang yang masing-masing sedang berlumba ke tempat kerja. Terasa menyesal pun ye juga sebab lalu jalan tu pada waktu puncak.

YY berhenti di persimpangan untuk melintas jalan sambil dok melayan JOHARA punya celoteh. Kalau pandang ilustrasi di sebelah ni mungkin korang akan lebih faham kedudukan YY ketika tu.

Masa tu YY dah nampak ada sebuah jeep dari arah kiri yang cuba masuk ke arah lorong kanan di sebelah YY. Dalam hati dah boleh agak yang jeep tu tak akan lepas disebabkan lorong yang kecil kecuali kalau dia benarkan YY melintas dahulu.

Tapi dia nak juga masuk walau YY pasti dia juga menyedari tak akan lepas. Bila dia masuk aje, bahagian belakang jeep dia bergesel dengan bahagian hadapan kereta Encik suami.

Punyalah YY terkejut sebab first time sejak dapat P mengalami peristiwa tu. YY toleh ke arah jeep tu kot lah jeep tu berhenti. Tapi dia boleh selamba aje meneruskan perjalanan.

Dalam hati dah menyumpah seranah orang yang melanggar. Bunyi geselan tu YY agak si Putih cedera agak teruk juga. Tapi YY tak berani nak berhenti atau menjerit macam orang gila.

Pendekatan yang YY buat adalah, walk away!

Lagipun YY teringat cerita samseng jalanan yang YY baca beberapa hari sebelum tuDahlah muka orang yang melanggar tu nak seakan dengan road bully tu. Takut beb!

Lagilah awak ni perempuan, bawa anak pula tu!


Tapi sebenarnya YY lebih takut nak beritakan hal tu pada Encik suami. Maklumlah, sayangnya orang lelaki dan dengan kereta diorang ni mengalahkan sayang isteri sendiri.

So nak ceritakan kecedaraan yang dialami oleh "bini dia" a.k.a si Putih ketika dalam penjagaan YY memang buat YY seriau jugalah. Hehe!

Sepanjang perjalanan nak balik tu dok ligat memikirkan bagaimana ayat yang harus digunakan untuk beritahu kejadian yang berlaku pada "bini dia" tu.

Silap waktu dan ayat digunakan, mau masak!


Sampai rumah barulah YY beranikan diri untuk lihat kecederaan yang berlaku pada si Putih ni. Tak teruk sangatlah pada pandangan mata YY. Tapi takut still ada!

So sebelum kitorang bertolak ke sekolah Afif untuk sambutan birthday Afif, YY pun ceritakan dari A sampai Z apa yang berlaku pada "bini dia". Segala jampi serapah dok baca ni tau!

"Kemek ke?" tanya Encik suami lepas YY ceritakan apa yang berlaku.

"Tak tahulah nak kata macamana. Sayang tengoklah sendiri" jawab YY.

Lepas tu YY nampak dia belek "bini dia" tu. Langsung tak keluarkan sebarang suara atau respond.
YY nampak dia celup kain dalam tangki minyak motor dia.

Kain tu kemudiannya digunakan untuk lap kesan kecedaraan yang ada pada "bini dia" tu. Hilang beb! Magic betul! Hehe! Macam tu aje rupanya (^_^)

On the way nak ke sekolah Afif tu Encik suami hanya pesan, "Lain kali kalau jadi lagi benda macam ni, ambil plat nombor dia. Orang camtu memang biasanya tak akan berhenti"

Fuhhh! Tak marah! Lega! Tulah, lain kali jangan buruk sangka pada laki sendiri! (^_^)

Anyway bercerita pasal samseng jalanan yang YY ceritakan di awal tadi. Teringat satu post yang YY baca mengenai sikap kita sendiri yang sebenarnya menjadi penyebab kepada samseng jalanan.

YY copy ayat di bawah ni untuk tatapan korang sebagai peringatan bersama.

You have no idea what is the mental health and condition of the person in the car next to you. Don't provoke the person into making you a road bully target.

Korang boleh dapat lebih maklumat dengan membaca post asal di sini

Teringat juga cikgu di sekolah memandu ketika YY mengambil lesen dulu. Dia pesan jangan bunyikan hon sebarangan sebab orang Malaysia bila dengar hon jadi semacam sikit!

Moralnya, silalah ada sikit perasan takut dengan siapa yang kita hon. Nanti sebab diri sendiri, kita menjadi mangsa kepada road bully. Lagipun kita tak tahu sape yang kita hon tu.

So silalah beringat even bukan untuk diri sendiri, untuk orang yang menyayangi kita (^_^)

44 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Misi Mencari Jubah! (^_^)

6:47:00 am Yana Yani 46 Comments

YY ni boleh dikategorikan jenis manusia "lurus". Maksudnya apa yang orang cerita, itulah YY yang percaya. Tak reti nak belok kiri kanan kecuali YY dapat sense something different.

Macam cerita Afif dan tema Arabic. YY beritahu big boss yang perlukan peruntukan untuk membeli jubah sempena dengan tema hari ihtifal sekolah Afif.

Tapi Encik suami hanya kata, "Pakai apa yang ada aje!"

Mula kepala otak ni dok ligat berfikir mencari idea yang sesuai untuk tema Arabic. Memaksa diri menjadi sekreatif mungkin . Tapi last minute dia boleh kata, "Jom kita keluar cari jubah Afif"

Ceh! Penat fikir. Kalau tahu tak payah fikir (^_^)

So petang Sabtu tu kami ke Kompleks PKNS Shah Alam demi satu misi iaitu mencari jubah! Biasa kami ke sini time nak raya aje sebab dekat sini ada macam-macam pilihan baju.

Time belajar dulu selalu juga lepak dekat situ. Boleh kata hampir setiap kali selepas habis kelas YY dengan classmate lepak dekat situ. Maklumlah dulu Shah Alam tak maju macam sekarang.

Sekarang aje dah lain Shah Alam ni terutama area Seksyen 7.

Anyway sampai situ bebudak ni terus nampak mainan yang ada dijual di sekitar Kompleks Shah Alam tu. Hari tu pula memang birthday Afif. So beli jugalah something sebagai tanda.


Murah aje tapi itupun Afif dah suka sangat. "Mama terima kasih sebab belikan mainan untuk birthday Afif ni. Afif suka!" kata dia bila dapat mainan tu.

"Afif tahu tak kenapa Mama belikan mainan tu untuk Afif?" tanya YY pada Afif.

"Tahu! Sebab Mama sayang pada Afif" jawab dia bersungguh-sungguh.

Touching betul ayat tu! Terus peluk dia lepas dia kata gitu. Malam tu YY tak boleh tidur sebab dok teringat apa yang Afif kata (^_^)

Berbalik kepada misi mencari jubah tadi, kami jumpa pelbagai jenis jubah dengan pelbagai harga, warna dan material. Memang menarik.

Tapi Aisyah lebih tertarik pada baju Frozen. Beria dok belek macam nak beli aje. Boleh tahan juga citarasa anak dara yang sorang ni tau (^_^)


Pusing punya pusing sekitar Kompleks PKNS ni, kami jumpa sebuah kedai yang menjual jubah untuk kanak-kanak dengan harga affordable.

Untuk benda macam ni kebiasaannya YY memang biar Encik suami decided. Dia memang kami punya fesyen stylist. YY memang jarang bersuara untuk benda gini.


Lepas dah jumpa apa yang dicari, kami lepak pula dekat Taman Tasik Shah Alam yang terletak bertentangan dengan Kompleks PKNS ni.

Dekat sinilah masing-masing excited nak buka kotak mainan yang baru dibeli tadi. Masing-masing nak tayang mainan masing-masing.

Aisyah dengan patung Frozen dia.


Afif pula dengan Ultraman jenis pasang sendiri. Masing-masing seronok dengan mainan masing-masing. Mama dan Papa pun seronok dengan kegembiraan anak-anak (^_^)


YY snap beberapa keping gambar dekat sini.

Tapi YY paling suka gambar Afif yang ni. Time ni dia tengah sibuk cuba mencapai burung yang berada berhampiran. Terasa macam YY ni jurukamera profesional pula.

Hehe! Perasan! (^_^)


Tengah dok sibuk melayan telatah anak-anak tu, tiba-tiba kami dengar bunyi bising. Bunyi macam kaca dipecahkan atau mungkin benda meletop sebab bunyi dia terlalu kuat!

Masa tu kurang pasti pasal apa. Tapi ada seorang pakcik ni kata dengan Encik suami, "Tolong Dik, jangan kasi dia pukul budak Melayu tu!"

Yang Encik suami pun laju aje bergerak meninggalkan kami anak beranak. Lagak macam orang nak menolong. Memang dia tolong jugalah, tolong tengok! Hampeh!

Based dari cerita saksi di tempat kejadian, apa yang YY boleh ringkaskan, ada trio pendatang asing cuba menaiki bas dalam keadaan mabuk.

Driver bas tak benarkan mereka naik kerana bimbang dengan keselamatan penumpang lain. Tapi si pendatang asing tu tak puas hati lalu terus mengetuk di beberapa bahagia bas.

Driver bas yang marah dengan sikap pendatang asing yang dikatakan biadap itu terus mengejar pendatang asing tu dibantu oleh ramai orang yang berada di sekitar.

YY kurang pasti apakah nasib pendatang asing tu, tapi dah macam dalam rancangan 999. YY yang menceritakan ni pun dah terasa macam wartawan 999. Hehe!

Oh ya, sebelum orang lain buruk sangka, meh explain sikit. Ketika gambar di bawah diambil, kami berada terlalu jauh dari tempat pergaduhan. Gila apa nak duduk dekat!

Keselamatan anak-anak sudah pastinya diutamakan (^_^)


Lepas semuanya dah reda barulah kami balik. Bukan sebab apa, sebab susah nak bergerak. Benda macam ni kebiasaannya mengundang banyak reporter tak bertauliah termasuklah YY (^_^)

Destinasi seterusnya adalah memotong rambut Afif!

Kenalah kasi handsome sikit birthday boy ni. Tapi sebenarnya lebih untuk hari ihtifal Afif yang dijadualkan pada keesokkan harinya (^_^)


Inilah rupa Afif setelah memotong rambut. Handsome tak? Hehe!


Si Aisyah pula entah berapa kali menguap masa menunggu Abang dia potong rambut. Masa ni dia masih lagi kemaruk dengan mainan yang baru dibeli.

Asyik berkepit aje dengan mainan tu!


Aisyah ni memang jenis manusia tak pandai jaga barang, Tahu tak apa nasib anak patung tu dalam tempoh dua puluh empat jam selepas dibeli?

Hancur okay!

Gambar dekat bawah ni terpaksa kena censored takut menganggu emosi mereka yang melihat tapi ianya tetap dipertontonkan sebagai bahan bukti (^_^)


Rasanya itu ajelah bebelan YY bersempena misi mencari jubah. Bermacam cerita yang kami perolehi dalam tempoh melaksanakan misi. Apapun mission accomplished!

Insya ALLAH YY akan cerita pasal hari ihtifal Afif pula lepas ni. Tunggguuu! (^_^)

P/S - Kawan-kawan blogger, nanti YY membalas kunjungan ye. YY kasi "bom" terus. Terlalu sibuk dan entry yang korang baca setiap hari ni adalah auto-published. Maaf ye (^_^)

46 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Birthday Celebration Afif! (^_^)

7:28:00 am Yana Yani 38 Comments

Benda ni sepatutnya menjadi rahsia tapi akhirnya terbongkar juga sehari sebelum majlis yang YY rancang hanya dalam tempoh seminggu. Silap sebab tak pesan pada cikgu.

YY belum pun sempat masuk ke rumah Mak untuk menjemput Afif dan juga Aisyah bila tiba-tiba Afif terus mengajukan soalan di muka pintu, "Mama besok Mama nak bawa kek pergi sekolah ye?"

"Emm, sape yang cakap?" tanya YY yang masih cuba berdalih.

"Cikgu cakap! Dia kata besok semua kena datang sebab Mama Afif nak bagi semua kawan-kawan makan kek dengan dapat jajan" kata Afif bersungguh-sungguh.

"Afif berpeluh-peluh masa cikgu cakap macam tu" tambah dia lagi.

"Kenapa Afif berpeluh?" tanya YY yang sebenarnya masih cuba berdalih. Tapi macam tak boleh nak teruskan "penipuan" tu. Terima kasih cikgu Afif sebab bongkarkan rahsia (^_^)

"Yelah sebab Afif takut tak ada kek. Mama kena beli juga kek sebab cikgu dah bagitahu kawan-kawan" kata dia yang macam orang tak senang duduk.

Akhirnya rahsia bukan lagi rahsia! (^_^)

-----------------------------------------------------

Benda yang YY planned ni pun sebenarnya tanpa pengetahuan Encik suami sebab dia kebiasaannya tak suka dengan benda sebegini. Yang berlebih tu biasanya YY.

Sebab tahu karakter dia macamana dan bagi elakkan apa yang tak patut, hari nak ambil kek baru YY beritahu dia. Itupun segala jampi serapah dok bagi takut kena marah.

Tapi mood dia baik masa YY beritahu. Alhamdulillah. Malahan dia yang excited lebih, siap nak join majlis tu. Lega rasanya (^_^)

Kami sampai sekolah dalam pukul 10 pagi, masa tu budak-budak sedang makan sebab waktu rehat. Nampaknya kelibat YY, masing-masing excited sebab dah tahu pasal apa.


Budak-budak tu bila nampak kek tu kek Ultraman, masing-masing berkerumun nak tengok. Masing-masih teruja dengan kek tu tak kira lelaki mahupun perempuan.

Siap ada yang booking nak bahagian mana Ultraman (^_^)


Afif pula macam orang malu-malu bila semua mata tertumpu ke arah dia. Tak berapa nak nampak respond dia happy atau sebaliknya. Encik suami kata dia cuak.

Tapi sekali sekala mata dia dok pandang kami suami isteri yang duduk tak jauh dari meja dia memotong kek. Tersengih macam kerang busuk (^_^)


Part balik best YY rasa hari tu bila kawan-kawan Afif semua menyanyikan lagu ALLAH Selamatkan Kamu dan Happy Birthday. Macam ada dekat konsert sebab gegar suara diorang tu (^_^)

Tapi seriously buat YY pun jadi excited. Tak teringat langsung nak rakam. YY hanya snap sahaja suasana ketika mereka semua menyanyikan lagu tu.


Walaupun YY dan Encik suami turut hadir pada majlis tu, kami hanya menjadi pemerhati sebab rasa macam tak sopan nak interrupt. Segan pun ye juga, lainlah kalau rumah sendiri kan.

Seterusnya adalah sesi memotong kek.


Lepas tu sesi pembahagian kek diuruskan oleh cikgu Afif. Time cikgu tu memotong kek, terdengar suara beberapa orang murid berkata, "Cikgu, matilah Ultraman tu cikgu potong dia!"

Kami suami isteri masing-masing tergelak mendengar apa yang dikatakan tu. Macam-macam hal bebudak ni. No wonder cikgu sebelum ni sampai kena darah tinggi sebab diorang.

Afif pula ditugaskan membahagikan kek tu kepada kawan-kawan dia. Pandai pula YY nampak dia dok bahagi pinggan yang mengandungi kek tu kepada kawan-kawan dia.


Lepas dah pastikan semua dapat, barulah mereka semua makan. Seronok tengok time ni. Masing-masing berselera, siap ada yang bertambah berulang kali.

Aisyah pun tak terkecuali dari minta tambah. Cuba perhati dia yang juga sedang berbaris dan pinggan yang berada di dalam genggaman. Kelakar pula tengok dia macam tu.


Masa dok leka perhatikan Aisyah, ada sorang budak yang YY biasa nampak tapi tak ingat nama dia kata dengan YY, "Acik Mama Afif, sedap kek Ultraman ni. Kita nak lagi boleh tak?"

Cara dia panggil YY tu yang kelakar. Acik Mama Afif. Hehe!


Lepas sesi makan ni, barulah nampak kecerian Afif. Nampak yang dia seronok ada hari tu berbanding mula-mula tadi yang macam orang nak kena sunat. Hehe!


Aisyah pula tiba-tiba jadi glamour terutama dikalangan pelajar lelaki. Tak senang duduk Abang dia bila kawan-kawan dia dok kerumun Adik dia gitu.

Masa dekat rumah dia cerita yang dia tak suka kawa-kawan dia usik Adik dia macam tu. Ni besok besar mahu jadi protector pada Adik dia. Hehe!


So begitulah yang berlaku pada majlis yang YY rancang pada saat akhir. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan yang paling penting Afif seronok dan kami juga seronok.

Hopefully apa yang YY lakukan ni akan meninggalkan memori indah zaman tadika buat Afif. Lepas ni dah tak ada dah nak buat macam ni lagi sebab dan besar! Hehe!


So begitulah cerita birthday celebration Afif yang berlangsung pada Jumaat yang lalu (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum

38 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'

7:25:00 am Yana Yani 36 Comments

~ ✿*゚ Assalamualaikum, Salam 2014 ✿*゚ ~
 
http://kathyrbain.blogspot.com/2014/11/segmen-saya-nak-template-bloglist.html
 
SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST' | Setelah sekian lama tanpa sebarang segmen akhirnya kathyrbain.blogspot.com ingin mengajak rakan blogger semua agar join segmen kathy ini yang menawarkan dua hadiah berupa Template Bloglist dan satu hadiah misteri.

Syarat untuk menyertai segmen ini:-
  • terbuka kepada semua blogger.
  • letakkan banner ini dalam entri dan buat tajuk SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'.
  • wajib Follow belog Coretan Hati Kathy dan belog Kathy Rbain Diari Resipi
  • sila lengkapkan slogan "Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana saya tak tahu camne nak adjust coding! Dapat orang buatkan memang masyuk! (tidak melebihi 20 patah perkataan) - wajib di lakukan oleh semua peserta untuk melayakkan diri dalam segmen ini.
  • hantar penyertaan sebelum atau pada 30 November 2014 di ruangan komen entri ini sahaja.
  • tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2014 jam 11.30 tengah malam dan keputusan hanya akan di umumkan setelah 3 Disember 2014 (setelah owner segmen balik bercuti dari Tawau, Sabah).
Hadiah yang di tawarkan:-
  • 2 Template Bloglist untuk 2 pemenang dengan slogan paling kreatif.
  • hadiah misteri ole² dari Sabah untuk seorang Top Referral segmen.
SELAMAT BERSEGMEN ^_*

-------------------------------------------

Update 22/12/2014: Bukan rezeki YY untuk giveaway yang niTak apa. Better luck next time (^_^)

36 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Titipan Kasih Untuk Afif (^_^)

7:25:00 am Yana Yani 28 Comments

Kehadapan anakku Afif Haziq Fiqrullah,

Enam tahun dahulu pada jam ini Mama masih lagi kekok memegang kamu buat julung kalinya. Mama tak akan lupa sehingga ke hembusan nafas terakhir waktu dan saat itu.

Masih jelas diingatan, pukul 1:34 pagi, hari Sabtu, 22 Nov 2008 bersamaan 23 Zulkaedah 1429, seorang putera seberat 2.28 kg telah selamat dilahirkan secara normal.

Kamu terlalu kecil untuk seorang yang tiada pengalaman seperti Mama (^_^)

First day 
Melihat kamu berada di dalam pangkuan seakan seperti tak percaya bahawa insan yang selama ni berada di dalam perut sudah berada di depan mata.

Malahan ketika membelek setiap inci tubuh kamu buat pertama kalinya membuat Mama lupa seketika segala kesakitan yang sudah pasti tidak akan kamu fahami.

First month
Asyiknya perasaan itu bila dikenangkan kembali.

Ianya seolah seperti kisah dongeng tapi sebenarnya kenyataan. Kehadiran kamu sama sekali mengubah status Mama yang selama ni hanya bergelar Isteri.

Ketahuilah bahawa kamu adalah insan kerdil pertama yang Mama amat cintai

First year

Anakku Afif,

Mama sudah mula menyayangi kamu ketika kamu hanya kelihatan seperti seketul daging di dalam ultrasound yang Mama lakukan buat julung kalinya.

Kehadiran kamu sebagai permata sulung Mama dan Papa sememang amat kami nantikan. Kami menghitung setiap detik kehadiran kamu dalam hidup kami.

Second year

Bahagia rasanya apabila kami juga boleh mengatakan kepada dunia yang kami juga bakal menjadi parent. Status itu pernah diwar-warkan mustahil kepada kami.

Tapi ALLAH itu MAHA BERKUASA.

Third year

Anakku Afif,

Melihat kamu membesar dengan sihat sejak dari dalam perut dan kemudian berada di depan mata merupakan satu nikmat yang cukup sukar digambarkan.

Suatu hari nanti kamu pasti akan fahami dan mudah-mudahan kamu juga akan merasai nikmat berkeluarga dan mempunyai anak sendiri seperti apa yang Mama dan Papa katakan ini.

Betapa sayangnya kami terhadap kamu sehingga kalau boleh kami ingin berikan segala harta di dunia ini sebagai lambang kasih dan sayangnya kami berdua terhadap kamu, putera sulung kami.

Fourth year

Anakku Afif,

Kelahiran kamu ke dunia ini beserta dengan segunung harapan. Terlalu tinggi harapan yang Mama dan Papa letakkan pada kamu sebagai anak paling tua.

Antaranya kami menaruh harapan agar kamu adalah orang yang akan menjadi imam ketika sembahyang jenazah kami berdua satu hari nanti.

Kami tahu bahawa mati itu pasti dan berdasarkan perbezaan usia, pastinya kami yang terlebih dahulu pergi. Kami mengharapkan kamu orang yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kami di sana.

Fifth year

Anakku Afif,

Bersempena ulang tahun kelahiran kamu yang keenam ini, Mama dan Papa sentiasa berdoa agar kamu sentiasa dipanjangkan umur dan menjadi anak yang taat kepada suruhan agama.

Kami juga berharap kamu supaya menjadi contoh dan ikutan terbaik pada adik-adik. Hormatilah mereka sepertimana kamu mahu diri kamu dihormati.

Usah gentar kerana kami yakin kamu mampu menjadi pemimpin yang baik dan adil dalam keluarga kecil kita kerana kamu sememangnya dilahirkan sebagai pemimpin.

Sixth year

Anakku Afif,

Ketahuilah walau di mana kamu berada, walau jasad kami sudah tidak lagi bernyawa, kamu dan Aisyah tetap harta yang tak ternilai dibandingkan dengan segala emas dan wang di dunia ni.

Kami menyayangi kamu dengan sepenuh jiwa dan raga.

SELAMAT HARI JADI SAYANG

Yang benar,
Insan yang menyayangi kamu melebihi nyawa sendiri, Mama dan Papa

28 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...