Prank Yang Ridiculous! (^_^)

8:59:00 pm Yana Yani 18 Comments

Entry hari mungkin agak emotional. So bila aku dah emotional, entah apa-apa aku ajelah aku dok type.

Semalam lepas dok published entry, aku melilau ke blog kawan-kawan. Sebelum tu tengok dok dulu reading list dekat Blogger Dashboard.

Terpandang satu posting. Selain dari Relaks Minda, aku suka juga posting dekat blog ni. Dia tak banyak berbicara, tapi gambar yang ada cukup menarik.

Boleh juga dok hilangkan stress.

Posting semalam pemilik blog ni buat aku rasa macam marah. Title dia berbunyi Prank Keji Mangsa Penculikan: Membuatkan Anda Malu Dengan Malaysia.

Apa yang teruk sangat sampai membuatkan kita malu dengan Malaysia? Mesti ada something. Pergilah dok intai. Betul! Ada video dan sedikit komen dari penulis.

Video berdurasi tiga minit tu menunjukkan satu prank yang aku rasa macam sabotaj pada Malaysia. Yelah, sekarangkan Tahun Melawat Malaysia. Kita nak bagi ramai orang datang Malaysia.

Apa kejadahnya kau dok keluarkan video gitu

Video tu meletakkan dua watak pelakon, seorang penculik dan seorang lagi mangsa penculikan. Si mangsa penculikan diikat kaki dan tangan. Mulut pun ditutup, nampak banyak darah.

Untuk menampakkan kesungguhan cerita, pelakon disumbat dalam bonet kereta. So memang nampak macam betul-betul kena culik.

Mereka ni pergi dekat beberapa guard houses dan juga stesen minyak yang kita tahu bahawa kebanyakkan guard dan pekerja stesen minyak bukan warganegara Malaysia.

Si penculik pura-pura membuka bonet kereta dan memukul mangsa penculikan. Saksi yang kena prank disuruh merahsiakan kejadian tu

Tiada seorang pun mangsa prank yang memberi bantuan kepada mangsa penculikan. Seolah-olah sifat prihatin atau kemanusian tak wujud pada yang menyaksikan tu.

Hanya ada seorang hamba ALLAH ni pada minit-minit terakhir video yang bertindak. Dia dah siap keluarkan telefon nak buat laporan polis.

Yang aku kesalkan niat tak elok si pengeluar video. Penulis blog pun mengiakan aje. Macam tak bertanggungjawab pun ye juga.  

Tak akanlah sebab beberapa orang yang kau prank tu, kau nak kata semua Malaysian tak prihatin. Pendapat beberapa orang tu tak menggambarkan pendapat seluruh Malaysian!

Ini tidak ADIL!

Kalau pelancong asing tengok, for sure diorang mempunyai pandangan serong terhadap Malaysia. Seriously tak faham dengan orang yang berpemikiran gitu.

Cuba ada sikit sifat sensitif pada sesuatu isu. Yang kau dok kata tu negara kau sendiri, tanah tumpahnya darah kau. Baik buruk pun, NEGARA kau juga!

Kenapa nak kena ada sifat menjaham tu. KENAPA? Ke memang dah habit? Video tu sedikit sebanyak memberi imej buruk pada MALAYSIA.

Setakat ni dah ada lebih 19 ribu penonton video tu di YouTube. Geram! Aku malas nak sertakan link dekat sini. Pandai-pandailah korang cari sendiri.

P/S - Aku marah pada tiga jenis orang. Orang yang kacau ahli keluarga aku, orang yang buat benda yang menjahanamkan negara aku dan juga orang yang mempersoalkan HAK orang MELAYU.

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Terima Kasih Daun Keladi (^_^)

11:39:00 pm Yana Yani 26 Comments

Beberapa hari lepas aku publish cerita mengenai Makna Disebalik Lagu. Tak sangka sebenarnya apabila cerita yang dikupaskan tu menarik minat ramai.

Cerita tu juga menjadi antara top five cerita paling popular dalam blog aku ni. Tapi kalau tak kerana BM, (bukan Bahasa Malaysia ye. Hehe!) semua ni tak akan mungkin jadi.

Blogger yang mempunyai lebih 1 juta pembaca tu memberi ulasan tentang cerita yang sebenarnya dikupas dan digilap berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Disebabkan ulasan tu, banyak back link yang aku dapat. Terharu, bangga, semua ada! Perasaan yang tak dapat diungkap atau dilafazkan dengan kata-kata.

TERIMA KASIH saudara Bin Muhammad kerana mengangkat blog aku ni ke perhatian pembaca Relaks Minda. Aku amat menghargainya. Sekali lagi TERIMA KASIH!

TERIMA KASIH juga pada Kak Izan sebab ada menyelitkan nama aku untuk ulasan cerita yang sama dalam blog dia. Dia ni pun antara pengomen tegar blog ni macam BM (^_^)

Sebenarnya cerita dalam blog aku ni adalah hasil garapan aku sendiri berdasarkan situasi atau perasaan aku pada sesuatu cerita tu. Itulah juga antara sebab aku menjadi seorang blogger.

Menariknya, semua cerita yang aku ulas tu mempunyai pageviews paling tinggi berbanding dengan cerita peribadi aku. Antaranya Siapa Mustafa Kamal Ataturk dan juga Deep Web.

Tapi pageviews untuk cerita peribadi aku yang paling tinggi adalah Abang Hebat yang aku percaya dicari oleh mereka yang berfikiran "kotor". Malu pula nak cerita apa yang mereka cari.

------------------------------------

Aku juga nak ucapkan terima kasih kepada Kak Kathy Arbain. Dia adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada blogger lain.

Selain daripada tu, dia juga orang yang bertanggungjawab dok adjust blog aku ni. Aku apa sahaja pasal IT atau yang sewaktu dengannya memang agak blur. Hehe!

In fact, cursor dan watermark tu juga merupakan pemberian dia. Hubungan yang dibina di alam maya ni juga memberi satu ikatan persahabatan yang amat bermakna.

TERIMA KASIH kak!


---------------------------------------

Tak lupa juga kepada Fiza Ismail. Dia ni adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku pada dunia blogging. Kalau tak kerana kesanggupan dia mengajar aku, blog ni tak akan wujud.

Fiza Ismail mengajar aku dari A sampai Z dunia blogging ni. Sehingga aku mampu berdiri di atas kaki sendiri. TERIMA KASIH untuk segala ilmu yang Fiza berikan.

Tak mampu aku balas tapi hanya boleh TERIMA KASIH untuk segalanya. Oh ya, dia ni sebenarnya merupakan colleague aku (^_^)

---------------------------------------

TERIMA KASIH juga kepada Kak Azie yang merupakan penyumbang referring URLs paling tinggi pada blog aku ni selain daripada Fiza Ismail.

Selain daripada mereka berdua tu, Kak Atien, Aiza, saudara Muhammad Khairuddin Lim (MKL) dan juga Cikgu Helmi juga merupakan penyumbang reffering URLs tertinggi blog ni

TERIMA KASIH kerana meletakkan blog ni dalam senarai bloglist korang

--------------------------------------

TERIMA KASIH juga kepada pengomen tegar blog ni, terutamanya komen daripada Kak Roha yang sentiasa buat aku tergelak sorang-sorang.

TERIMA KASIH kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk mengomen setiap cerita yang diterbitkan. Walau tak dapat nak listkan semua nama, tak bermakna aku tak hargai.

Daripada komen yang tak lebih daripada 10 patah perkataan sehingga yang berperenggan, semua aku balas sebagai tanda menghargai komen korang.

Last but not least adalah pembaca blog ni. Walau tidak meninggalkan sebarang jejak, aku amat hargai setiap kunjungan korang

Terutama untuk Annur, adik aku yang rajin singgah tapi tak rajin tinggal jejak. Hehe!  

Yang pasti TERIMA KASIH DAUN KELADI (^_^)

26 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Mari, Mari, Dua Seringgit! (^_^)

11:15:00 pm Yana Yani 36 Comments

Lepas keluar makan dengan Angah, kami terus balik ke rumah. Kerja rumah berderet dalam waiting list. Lemah badan. Baru dua hari MC, habis tertunggak!

Mujur juga Encik suami jenis yang rajin membantu. Agaknya sebab tu anak-anak dok rajin membantu sebab dia dah bagi contoh yang baik. Alhamdulillah.

Time dok sibuk menguruskan segala kerja yang tertunggak, Afif minta aku keluarkan warung mainan dia. Hari tu dah tak bagi, tak akan kali ni pun tak bagi kan, kesianlah pula.

Warung mainan tu aku beli time Afif berusia empat tahun. Dari dia pandai berjalan, memang dok gemar mengganggu peralatan memasak aku semata-mata nak berniaga.

Lama dok cari, akhirnya jumpa dekat online yang menyerupai ciri-ciri kedai yang aku bayangkan. Afif memang sayang sangat warung mainan dia ni.

Dulu dia main sorang. Sekarang dah berdua.

 
Daripada dulu dia memang dok suka dengan dialog Mail dalam cerita Upin Ipin. Dialog tu lah yang sering dia gunakan tiap kali dia berniaga.

"Mari, mari! Dua seringgit, dua seringgit!" kata dia memecah kesunyian blok perumahan aku ni.

Paling kelakar si Aisy pun dah pandai main! Sibuk dok order makanan yang dia nak dengan Abang dia. Yang kelakar sebab dia pelat.

Telur dia kata eyo. Ikan dia kata tan. Kadang aku sendiri tak berapa faham apa yang dia nak. Bayangkan dia order makanan tu dalam versi pelat. Tapi si Afif pandai melayan.

Tak tahu dia faham ke tidak. Tapi tiap kali Adik dia order dia kata, "Okay, cik duduk dulu ye. Saya masak jab" Tak lama lepas tu terhidang makanan.


Tengoklah tu, bersungguh Aisy makan ayam goreng. Terganggu kejab kerja aku sebab dok tengok gelagat dua beradik ni. Terasa kelakar dok tengok pakatan AA ni.

Dah settle makan, Aisy ke stor mainan. Tak lama lepas tu dia keluar dengan mengheret keyboard yang dah rosak. Konon berangan guna Wifi dekat kedai makan.

Kalau suka berangan ni memang confirm anak Mama. Hehe!


Yang pasti tunggakan kerja aku makin bertambah sebab dok sibuk tengok telatah budak berdua ni. Teringat pula zaman kanak-kanak dulu yang memang suka dok main masak-masak ni.

Tengok diorang happy, aku pun happy. Sebab kegembiraan diorang penawar segala duka lara di hati. Sakit pun jadi sihat sebab diorang (^_^)

36 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Car & Bike 2014 (^_^)

11:42:00 pm Yana Yani 36 Comments

Disebabkan dah menjadi kebiasaan keluar dari rumah tiap kali hujung minggu, bila tak keluar memang agak kekok. Sampai Afif pun dok sibuk bertanya.

Rasa kesian pula tengok anak-anak dok terperap dekat rumah sejak pemergian Si Merah. Emm, frankly speaking memang rindu dengan Si Merah. Entah di mana dia sekarang (^_^)

Ahad lepas dan dengan kesihatan yang semakin pulih, Encik suami ajak kami keluar dari "kepompong". Excited tak terkata! Kereta Angah digunakan sebagai memenuhi hajat kami. Hehe!

Seperti biasa Encik suami bawa kami ronda sekitar Shah Alam. Memang itulah tempat yang sering Encik suami bawa sejak dari zaman perkenalan kami.

Kebetulan time dok ronda Stadium Shah Alam, terpandang banyak khemah. Memang Stadium Shah Alam ni tak pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti.

Dah dekat baru nampak. Rupanya ada event kereta dan motor! Encik suami agak excited sebab dia apa sahaja pasal kereta dan motor memang serah dekat dia.

Orang lelaki kan (^_^)


Bila dah lagi dekat baru tahu yang dekat situ bukan takat event aje, tapi semua kereta dan motor tu untuk dijual! Kebanyakkan kereta dan motor di situ telah SOLD!

Kereta dan motor yang diletakkan dekat sini, semua kenderaan mewah! Tengok harga kereta memang boleh buat demam. Confirm yang beli jenis yang banyak duit.

Aku pun kononnya berangan nak beli Vellfire. Kononlah! Tapi harga dia yang tak tahan tu. RM250K harga dia beb! Lupakan ajelah Yana oi!

Anyway Afif pun antara yang paling excited. Habis semua kereta dan motor dia nak ambil gambar. Ni ada ciri-ciri nak mewarisi minat Papa dia ni

.
Aisy pun bila dok tengok Abang dia posing dekat dengan kereta dan motor, dia pun nak juga. Layankan ajelah! Perempuan pun hebat juga kan (^_^)


Si Annur dengan Anis pun ada ikut sama. Memang lagi happening bila dah ramai-ramai keluar ni. Biasa Anis aje yang ikut tapi sekarang ni Annur cuti semester tu yang dia pun ada sama.


Agak lama juga kami dekat situ. Dah dekat Maghrib baru kami keluar dari kawasan tu. Encik suami aje yang dok belek setiap kereta dan motor yang ada dekat situ.

Aku dah surrender awal, sakit pula pinggang dok berdiri lama-lama. Bila aku dah surrender, yang lain-lain pun ikut surrender.

Encik suami macam tak nak balik! Entah apa yang menarik tentang kereta dan motor tuSeriously, tak faham!



Lepas tu kami ke Aeon Bukit Raja. Saja aje pun ke sini. Lagipun Encik suami nak cari kedai DIY. Dia kata nak survey barang untuk rumah baru kami nanti.

Entah kenapa aku tak berminat nak join sama. So nak mengelakkan kebosanan, aku ajak Afif dan Aisy ke Molly Fantasy. Lesap gitu aje duit dekat sini.

Tak apalah, janji Afif dan Aisy seronok. Bukan selalu pun (^_^)


Begitulah kami menghabiskan cuti hujung minggu kami! Tapi kalau tak ada kereta Angah, tak akan dapat juga kami berseronok hari tu. Thanks Angah!

That's it! Dah panjang sangat aku membebel ni. Oh ya, aku belum berkesempatan berkunjung ke "rumah" korang. Insya ALLAH akan dilakukan secara berperingkat.

Line internet dekat rumah aku ni teruk gila kebelakangan ni. Tension dibuatnya! Tu yang payah nak jenguk "rumah" korang. Hehe! Fakta ye, bukan alasan (^_^)

Take care korang, Bye (^_^)

36 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Rezeki Pagi Sabtu (^_^)

11:42:00 pm Yana Yani 32 Comments

Tuan empunya blog MC beberapa hari ni. Tu yang tak dapat jengah blog disebabkan masalah backache yang masih lagi menghantui. Tak tahu macamana lagi nak bendung.

Sakit tu berulang walau sebelum ni specialist dalam bidang orthopedic mengesahkan bahawa ianya hanya disebabkan urat saraf. Doktor yang berikan MC ni menyarankan aku buat MRI scan.

Aku pernah buat MRI sebelum ni disebabkan masalah mata. Lama dah pun tapi masih ingat lagi rasa sakit bila dicucuk. Tak ingat nama suntikan tu yang pasti sakit!

Seriau pula kalau nak buat lagi. Masih dalam pertimbangan. Nantilah.

--------------------------------------------

Sepatutnya hari ni aku ada amali untuk dapatkan L. Tempat yang aku ambil lesen ni beritahu yang hari ni punya schedule penuh. Postpone ke hari esok. Mujur juga sebab aku masih kurang sihat.

Si Angah pula disahkan mengidap demam denggi. Tapi dia tak kena masuk wad sebab ujian darah masih dalam tahap terkawal. Pagi tadi dia ajak makan roti canai, teringin katanya.

Aku okay kan aje walau nak bangun pagi tadi dah macam robot. Yelah orang nak belanja kan, tak kan nak tolong rezeki ye dak? Hehe!

Tiga daripada lima orang adik aku turut ada tadi. Syafie ada balik ke Klang tapi dia ikut Mak dan Abah balik Kuala Lipis, ziarah Atuk. Anis pula ada aktiviti di sekolah.

Kami ke restoran yang biasa kami kunjungi. Ia berhadapan dengan pasar besar Klang. Orang yang tinggal sekitar sini mesti tahu retoran ni yang dibuka 24 jam 7 hari seminggu.


Ni lah muka-muka yang ada tadi. Yang sebelah kiri tu isteri si Nuar, Dayah. Yang duduk dekat tengah pula Annur dan yang sebelah kanan tu Angah.

Ramai kata muka kami adik beradik tak sama.


Nampak yang Angah tak sihat lagi. Muka masih pucat dan badan yang masih lagi kelihatan lemah. Kalau tak kerana keinginan dia nak makan roti canai, kami tak akan mungkin sampai sini.

Lagipun dia sorang aje yang pandai drive! Hehe!


Yang ni pula adik aku yang nombor tiga, kira pangkat De kalau ikut sebelah Mak. Aku dengan Angah paggil dia dengan nama dia aje, Dayah. Adik-adik yang lain panggil dia Kakak.

Dia ni kira melangkah bendul. Tu yang dapat Khaira Mardhiah dalam pangkuan dia tu. Baru aje habis pantang dia ni pun. Excited sangat dapat keluar dari kepompong.


Gambar Annur aku lupa nak ambil, tak apalah Annur ye! Kau pun belajar lagi kan? Jangan marah ye! Hehe! Tayang gambar anak saudara kau, Afif yang excited dapat keluar.

Dah beberapa hari dia dok tanya Papa dia kenapa tak pergi jalan. Bosan tahap melampau agaknya. Kalau tak, tak adanya dia tanya soalan gitu. Kesian.

Habis sekeping roti telur dia makan sorang.


Yang ni pula tuan empunya blog dan anak-anak! Nak juga tu! Hehe!

Itu aje nak cerita hari ni. Insya ALLAH lain kali kalau kesihatan mengizinkan, aku akan bercerita lagi. Banyak benda yang aku nak cerita ni. Nantilah dulu ye.

Nak cuba tidur awal, kalau bolehlah. Biasa memang aku payah sikit nak tidur ni. Tapi ni memang gejala biasa untuk seorang pesakit hyperthyroid seperti aku.

Emm, besok ada amali. Wish me luck ye (^_^)   

32 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Makna Disebalik Lagu (^_^)

1:47:00 pm Yana Yani 40 Comments

Makna Disebalik Lagu | Masa aku jadi student dalam Diploma Pengajian Perniagaan dulu, ada satu subjek yang paling aku suka attended. Subjek tu code dia BEL atau nama panjang dia Bahasa Inggeris. Dia lebih kurang macam satu platform untuk menghadapi Malaysian University English Test (MUET). Setiap semester, lecturer berbeza untuk subjek ni. Cara pengajaran pun of course lah lain.

Ada seorang lecturer tu yang aku suka cara pengajaran dia. Time class dia aje aku rajin, kelas lain ponteng memanjang. Hehe! Memang dia berjaya menarik minat aku! Ada sekali tu kitorang kena buat projek menyanyi. So budak lelaki yang hanya ada 5 orang dalam kelas buat satu live band menyanyi lagu Hotel California yang dipopularkan kumpulan Eagle.

Memang best persembahan diorang. Tapi lepas persembahan lecturer tu tanya soalan, "When you sing that song, do you understand the lyric?"

Senyap. "Class, does anyone of you know?" tanya dia lagi. Semua senyap. Time tu kalau ada jarum peniti jatuh pun boleh dengar. Hehe! Lepas tu, dia kata lagu tu berkaitan dengan pemujaan syaitan. Dia explained setiap satu persatu lirik pada lagu tersebut. Time ni baru aku tahu maksud bintang terbalik. Especially masa part diorang sebut, "they stab it with their steely knives, but they just can’t kill the Beast” yang menceritakan kekuatan syaitan. Itu kata atau pemahaman dia.

Sejak dari hari tu aku kalau dengar lagu bukan setakat dengar aje. Aku akan cuba faham maksud sesuatu lagu tu. Kadang kala lagu tu sedap didengar tapi mempunyai maksud yang tak elok. Contoh paling mudah lagu Bad Romance nyanyian Lady Gaga. Muzik dia memang agak menarik dipendengaran telinga tapi maksud dia sungguh mendukacitakan.

Begitu juga dengan lagu Californication nyanyian Red Hot Chili Peppers yang menceritakan mengenai seks bebas. Emm, besok belum tentu habis kalau aku list down satu persatu. Hehe! Kalau macam lagu dalam bahasa Melayu memang kaw-kaw kena tapis. Contoh macam lagu Seksis nyanyian Anita Sarawak yang di banned atas alasan memcacatkan bahasa Melayu.

Baru-baru ni lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan dan Kaka yang nyaris kena banned sebab dikatakan mengalakkan remaja lari dari rumah. Lagu dalam bahasa Inggeris yang terang-terang mengajak melakukan seks tak ada pula kena banned. Musykil aku! Mungkin "mereka" terlepas pandang agaknya.

Moral of the story,hati-hati bila mendengar lagu dari bahasa yang kita tidak fahami atau kurang arif. Ia secara tidak langsung memberi impak dalam kehidupan kita. Macamana pula boleh bagi impak? Cuba korang dengar lagu Pergi Tak Kembali nyanyian Rabbani. Lagu tu kalau difaham betul-betul, memang buat kita takut pada mati. At least pada aku.

Secara tak langsung berikan kita initiative untuk mendekatkan diri pada DIA yang satu. Macam lagu raya jugalah kan, dengar aje lagu Selamat Hari Raya nyanyian Saloma memang buat rasa nak raya! Kenapa kita boleh menangis, ketawa atau even marah bila dengar lagu? Sebab muzik dan lagu memang secara tak langsung mempengaruhi kita secara sedar atau tak sedar.

Lagu lebih kurang sama dengan filem yang kita tonton. Ada permulaan dan pengakhiran. Malahan ada message atau makna tersembunyi yang perlu diselami. Jangan setakat dengar aje! (^_^)

P/S - Aku suka dengar lagu Gadis Jolobu Waris dan Hattan. Especially masa diorang sebut, "tak tahu tanyo dulu jangan goma-goma memandai-mandai"

40 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Part 2: Port Dickson Here I Come! (^_^)

1:09:00 am Yana Yani 32 Comments

Cerita ni dah lama terperab dekat dalam draft sebab gambar untuk cerita ni ada dalam laptop aku yang rosak. Sebab masalah tu lah terpaksa postpone cerita ni.

Walaupun lambat nak ceritakan, aku tetap akan cerita dekat sini sebagai kenangan untuk anak cucu cicit. Hehe! Manalah tahu umur tak panjang nak cerita pengalaman ni kan

Time nak ambik laptop, abang yang repair laptop tu bagi nasihat dekat aku. "Dik, ni kalau rosak lagi, beli baru ajelah. Bazir duit aje dok repair" kata abang tu.

Hehe! Jujur sungguh statement abang tu.

---------------------------------------

Alright, tak payah bazir masa dengan bebelan tak berfaedah. Meh kita sambung cerita kami di Port Dickson! By the way, untuk cerita sebelum ni, boleh klik di sini.

Tapi sebenarnya aku dah tak berapa ingat camne cerita dia. Maklumlah umur pun dah tak berapa nak muda. Hehe! Lagipun dah dekat setahun cerita ni. Mana nak ingat!

Yang aku ingat cuaca tak berapa elok hari tu. Kami tak dapat mandi-manda di pantai disebabkan keadaan pantai yang bergelora. Melepas!

Tapi dapat juga mandi kolam. Jadilah! Air jugakan? Janji dapat juga melepaskan gian. Hehe! Bebudaklah yang paling seronok! Especially Afif! Siap standby dengan pelampung Ultraman dia!

Mak budak tak usah cakaplah. Lebih excited daripada budak! Hehe!

 
 

Sebelum balik tu kami sempat naik boat yang memang dah dibooking. Dapat juga merasa tengok pantai Port Dickson dan Teluk Kemang dari atas bot yang laju bergerak.

Naik bot merupakan aktiviti paling best kami di Port Dickson! Kami diberikan extra hour sebab kebetulan bot tu nak ambik bekalan minyak. Seronok plus takut pun ada! Hehe!

Jurumudi bot sempat dok tunjuk dari jauh Melaka yang hanya 10 minit perjalanan dengan bot. Begitu juga sempadan Indonesia yang lebih kurang 40 minit perjalanan.

Manusia paling seronok sekali Afif sebab baru first time naik bot. Aisy yang ketakutan! Dia pegang aku kuat time tu. Aku tak boleh lupa Encik suami pun pegang aku kuat time tu.

Takut bini dia jatuh! Hehe! Sayang juga rupanya!

 
 

Pada hari yang sama kami gerak balik ke Klang. Memang seronok bila buat aktiviti bersama keluarga yang jarang-jarang dapat kami lakukan disebabkan urusan peribadi masing-masing.

Yang pasti Afif dan Aisy seronok! Tu yang priceless! (^_^)

32 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Hari-Hari Tanpa Kereta (^_^)

11:20:00 pm Yana Yani 32 Comments

Daripada zaman anak dara, aku tak pernah lekat dekat rumah tiap kali cuti hujung minggu. Ada aje aktiviti yang nak dilakukan dan ianya berterusan sehingga dan ada anak.

Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri tentang istirehat. Terpulang pada diri masing-masing bagaimana nak merehatkan diri. Bagi aku, keluar dari kawasan rumah adalah istirehat. Hehe!

Setakat dok pusing keliling kawasan perumahan pun aku dah rasa okay, janji berada di luar kawasan rumah. Tapi semenjak si Merah pergi meninggalkan kami, langkah kami agak terbatas.

Sebenarnya dekat rumah ni ada aje kereta lain yang agak berusia dipinjamkan oleh Abah Encik suami. Tapi disebabkan dia dah berusia, aircond tak ada!

Dalam keadaan cuaca yang panas semacam kebelakangan ni, berada di dalam kereta tanpa aircond bukanlah satu cadangan yang baik. Terasa macam duduk dalam microwave. Hehe!

So buat julung-julung kalinya kami menghabiskan masa berkualiti di dalam rumah. Tak adalah teruk sangat pun. Tapi kesian pada Afif dan Aisy yang kebosanan. Hehe!

Diorang kadang-kadang macam "lost"


Bosan tengok TV, Afif ajak adik dia mewarna. Banyak tempat lain diorang boleh mewarna, depan pintu bilik juga pilihan hati. Mungkin dekat situ simbol ilham. Hehe!

  
Bosan dengan mewarna, Afif ajak adik dia main kedai makan. Dia suruh keluarkan warung mainan dia, tapi aku buat tak dengar aje. Kejam sungguh! Hehe!

Walaupun tanpa warung, "bisnes" Afif tetap berjalan seperti biasa. Terdengar dia dok sibuk melayan dan ambil order daripada "rakan imaginasi" dia.

Aisy pula jadi Pak Turut aje. Sekali sekala aku dengar dia kata, "Dah abis!" Mungkin Abang dia suruh masak makanan yang "diorder" tapi dia jawab dah habis! Hehe!


Bosan main kedai makan, diorang tidur. Bila cuaca dah agak redup baru kami bergerak ke rumah parent Encik suami. Barulah nampak diorang "hidup"

Keadaan macam ni mungkin akan berterusan untuk dua atau tiga minggu lagi. Tak mengapalah, sooner or later terbiasalah diorang dengan situasi ni.

Kena juga sedikit sebanyak ajar mereka tentang ilmu susah! Barulah kehidupan ni lebih dihargai. Tiba-tiba teringat lagu puisi Ahmad Ramli. Next time aku share lagu ni ye. Kalau rajinlah! Hehe!

P/S - Aktiviti blogwalking agak slow sedikit. Sorry ye (^_^)

32 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Nenas, Test dan Kek (^_^)

10:09:00 pm Yana Yani 21 Comments

Seumur hidup aku, aku tak pernah peel buah nenas. So bila Encik suami request masak lemak nenas, berpeluh juga dahi aku. Macamana ni?

Aku pernah tengok Abah kopek dulu, macam susah! Tu yang buat badan rasa macam nak demam aje! Masak lemak tu okay lagi. Memang aku dah selalu masak. Tapi nenas!

Mujur Encik suami tak request pajeri nenas, kalau tak confirm aku kena sawan! Hehe! Lama juga aku tenung buah nenas tu sebab tak tahu nak mula dari mana.

Aku bantai aje peel buah nenas tu. Sana luka, sini luka. Mungkin tak betul teknik aku mengopek. Bila dah berjaya, rasa bangga pula! Hehe!


Tiba-tiba Encik suami muncul dekat dapur, "Laa, Abang tak suruh pun kopek nenas tu canti-cantik. Nanti dimakan masak perut, keluar jadi tahi juga!"

"Memanglah keluar jadi tahi cik Abang oii, tak akan jadi emas. Ye pelik!" jawab aku pula sambil tergelak. "Lagipun kalau main kopek aje, bazir" tambah aku lagi menghalalkan cara mengopek tadi.

"Tu udang tu nak dicampur dalam ni juga ke? tanya Encik suami sambil menundik ke arah udang yang sudah siap dibersihkan.

"Ha'a, tak akan letak nenas aje. Macam pelik" jawab aku pula.

"Ye buatlah" kata Encik suami sambil berlalu pergi. Aku pula teruskan kerja memasak walau luka disebabkan nenas menyebabkan kerja memasak agak perlahan.

Hasil berhempas pulas mengopek nenas, terhidang juga masak lemak nenas! Seronok bila tengok Encik suami laju aje makan. Worth it luka tadi! Hehe!

  
Lepas makan tengahari aku kelam kabut pula bersiap untuk buat test undang-undang. Mujur dah ada yang boleh diharap, senang sikit kerja aku. Alhamdulillah!

  
Aisy pula sibuk nak menolong juga. Bila Papa melarang, dia menangis. Manja betul! Kena tegur sikit pun dah menangis. Ish, anak siapalah ni ye? Hehe!


Tapi sekejab aje pun dia menangis, lepas tu menjerit dah! Satu taman boleh dengar suara dia! Sebab tu Papa dia panggil dia budak manjah! (Manja dalam bahasa Jawa)


Lepas dah settle semua kerja rumah. Aku berkejar pula ke Pusat eKhidmat, MYEG Klang yang terletak di Rantau Panjang. Kira tak berapa jauh dengan rumah aku ni.

Aku nak bagi teguran terbuka pada pihak pengurusan MYEG. Sila pastikan semua staff diberikan latihan khidmat pelanggan. Jangan ingat semua yang datang tahu apa mereka perlu lakukan.

Kalau ye pun nak tengok YouTube atau Facebook, layanlah customer semesra boleh. Itulah gunanya khidmat pelanggan. Lagipun perkhidmatan anda, kami bayar! Harap maklum!

Mungkin sebab hati bengkak dengan customer service yang pandang semua orang bodoh, aku dapat 42/50 aje! Ish, suka-suka hati aje nak salahkan orang! Hehe!

Tak apalah, janji LULUS! Minggu depan buat amali pula, lepas tu dapatlah L! Hehe!

Disebabkan dah lulus, aku nak reward diri aku sendiri! CehwahHehe! Tapi sebenarnya lebih kepada teringin! Dua tiga hari ni dok berceita pasal kek aje, tu yang buat teringin.

Aku buat kek memang boleh tahan jugalah, tapi tak adalah sehebat Angah! Hehe! Jadilah kan? Sekurang-kurangnya jadi juga kek bukan jadi kambing! Hehe!


Tapi moment paling best bila dok tengok anak-anak suka dengan hasil daripada air tangan aku. Semua yang rasa tadi pun kata sedap. Tak sampai satu jam, kek tu habis dimakan! Bangga beb!


So begitunya cerita tentang nenas, test dan kek! Semua benda yang berlaku pada aku hari ni dan yang pasti pengalaman yang tak boleh dilupakan.

Okay korang, chow dulu! Nak layan Afif dengan dia punya dinosour pula. Aisy dah lama beradu! Selamat berhujung minggu! (^_^) 

21 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Muhasabah Diri: Aurat (^_^)

10:15:00 pm Yana Yani 12 Comments

Sama ada kita sedari atau tidak, seseorang wanita paling senang melakukan dosa hanya dengan pemakaian dia. Sebab tu kaum wanita paling ramai menjadi penghuni Neraka. Nauzubillah!

Aku mula bertudung sejak berusia 12 tahun. Jujurnya pemakaian tudung bagi aku selama ni adalah lebih kepada satu keperluan tanpa begitu memahami sebab perlunya pemakaian tudung.

Seiring dengan peningkatan usia, aku kerap mendengar ceramah agama walau hanya setakat di YouTube. Minat dengan cara Ustaz Kazim Elias memberi pencerahan tentang sesuatu topik.

Satu ceramah dia mengenai pemakaian wanita Muslimah buat aku rasa tersentap. Mula perasan bahawa selama ni aku salah dari segi pemakaian seorang Muslimah. Berdosanya!

Jujurnya satu ketika dulu legging pun dulu aku pakai walau tudung terletak kemas di kepala. Tapi sungguh, aku tak tahu langsung bahawa salah pemakaian begitu. Tiada yang menegur.

Begitu juga dengan t-shirt tanpa lengan yang aku pakai selamba. Tapi hakikat sebenarnya tak tahu atau mungkin juga tahu tapi tak ambil kisah!

Paling parah, aku mati-mati ingat bahawa aurat aku dengan adik-adik ipar adalah sama dengan adik lelaki aku. Jahil sungguh rasanya!

Tapi kita tak pernah terlambat untuk memperbetulkan diri kan?

Gambar di bawah (aku lupa dari mana sumber dia) membantu aku memahami dan mencerahkan sebarang kekeliruan yang selama ni aku tak sedari.


Aku juga belajar untuk tidak mudah menghukum orang sebab mungkin ALLAH belum memberi dia Taufik dan Hidayah. Instead of mengata, kenapa tak kita doakan dia berubah?

Aku bagi contoh seorang wanita di bangunan tempat aku bekerja ni. Selalu terserempak dengan dia di surau. Tapi dia tak bertudung, pakaian pun tak mengambarkan seorang muslimah.

Tapi dia tak pernah tinggal dua waktu sembahyang, Zohor dan Asar. Aku mesti nampak muka dia di surau pada setiap waktu tu. Jujur aku memandang tinggi dia walau dia tidak bertudung.

Mungkin dia juga masih kurang arif hal mengenai menutup aurat seperimana aku dulu. Semoga ALLAH memberi dia Taufik dan Hidayah untuk dia berpakaian seperti seorang muslimah sejati.

Jangan ada yang salah faham bila aku kata begitu. Seorang muslimah memang wajib bertudung tak kiralah apapun alasannya. Jangan kata, "Aku tak bertudung pun aku sembahyang!"

Bukankan rugi walau kita sembahyang tapi pahala kita hilang begitu sahaja disebabkan pemakaian kita. Cuba juga untuk seketika rasa kesian pada bapa, suami, abang atau adik dan anak lelaki kita.

Mereka yang akan menerima akibat untuk semua kesalahan kita. Sanggup ke kita melihat mereka di azab disebabkan kesalahan kita? Sanggup? Kalau tak, mari berubah. Belum terlambat.

Meh kita tengok video dekat bawah ni. Harap ianya memberi manfaat buat semua seperti ianya memberi manfaat kepada aku seorang insan yang tak lari dari melakukan kesilapan.


Bila kita dah berubah, jangan pula riak atau bangga diri. Jangan mengata! Ingat bahawa Syurga dan Neraka adalah hak mutlak ALLAH untuk menentukannya.

Even Rasullullah SAW yang diberikan jaminan ke Syurga juga masih sentiasa cuba memperbaiki diri. Apalah lagi kita seorang hamba yang tak sempurna dan sering melakukan kesalahan.

Hanya dengan berpakaian sepertimana yang dikehendaki syarak, belum tentu ianya menjamin tiket ke Syurga. So don't judge!

Mari kita berhenti mengata, tapi kita doakan mereka berubah. Sekiranya mampu memberi teguran, tegur dengan cara berhemah. Ingat kita nak mereka dekat, bukan makin jauh.

Teguran yang hanya ikut sedap mulut hanya buat orang menjauh. Rugi! So cuba perbetulkan cara teguran, Insya ALLAH akan terbuka pintu hati mereka.

Yang pasti, ALLAH MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYANYANG.

12 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Angah: Dia Adik Aku (^_^)

12:15:00 am Yana Yani 18 Comments

Time aku dok published gambar kek masa cuti CNY tempohari, ramai dok tanya siapakah gerangan tukang masak. Sebab masing-masing teruja tengok gambar tu.

Tu hasil air tangan adik aku, Angah! Sebenarnya itu bukan first time aku letak gambar makanan yang Angah masak. Banyak kali juga dah cerita sebenarnya

Cuma mungkin dulu aku belum dikenali dalam kelompok blogger berbanding dengan sekarang. Cehwah, ayat! Macamlah kau popular Yana wei! Hehe!

Berbalik pada cerita Angah tadi, dia adik aku yang pertama sebab tu nama dia Angah! Hehe! So dah confirm aku ni Along kan. Antara adik-adik yang lain, memang aku rapat dengan dia.


Mungkin sebab jarak usia yang tak jauh. Dua tahun aje perbezaan kami. Time sekolah dulu aku selalu jadi bodyguard dia. Orang takut nak dekat dengan dia sebab aku.

Aku garang katanya. Hehe! Mana tak garang wei. Mak Abah aku dulu pesan, kalau apa-apa jadi dekat adik. Aku yang kena dulu. Seram!

Tu yang jaga dia semacam tu! Tak rela kena rotan beb! Aku punya prinsip dulu, aku pukul korang dulu sebelum aku kena pukul. So don't play-play! Hehe!

Angah memang ada bakat semulajadi dalam bidang masakan. Padahal dia tak pernah menghadiri sebarang kelas masakan setahu akulah! Hehe! Cuma buku resepi memang berlongok dekat rumah!

Dekat bawah ni adalah sebahagian gambar kek yang dia pernah masak. Yang lain aku tak ingat dekat mana aku simpan. Yang untung, kitoranglah sebab dapat makan! Hehe!


Sekarang ni dia kerja dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Banyak benda pasal kesihatan atau macamana nak bezakan antara houseman dan medical officer, aku tahu dari dia.

Masa dia buat degree dia dulu, dia masih lagi kerja dengan jabatan kerajaan tu. Tabik spring juga dekat dia sebab berjaya mengenggam segulung ijazah walau hanya separuh masa.  

For the time being, dia masih lagi single and available! Jodoh dia belum sampai bukan sebab jual mahal atau sebagainya. Tak adil bila mengatakan dia memilih.

Tak ada siapa dalam dunia ni yang tidak ingin mempunyai teman hidup. Apapun kami semua memang berharap dan berdoa dia menemui jodoh supaya boleh mengubat segala lara di hati.

One thing for sure, dia adik aku dunia dan akhirat (^_^)

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Aisy Dah Pandai Selfie (^_^)

11:36:00 pm Yana Yani 28 Comments

Selama ni aku tak pernah tahu aksi merakam gambar sendiri tu adalah selfie. Sebab tu bila pertama kali dengar perkataan tu aku jadi pelik. Ketinggalan sungguh! Hehe!

So bila dah tahu, mula nak menyebut aje perkataan yang aku baru belajar tu. Hehe!

Dalam dunia serba canggih ni, selfie bukan satu perkara asing di mana ianya sering kali dikaitkan dengan social networking. Hampir semua orang tak terkecuali melakukan selfie.

Tipulah kalau siapa tak pernah buat. Hehe! Anak dara aku pun tak terkecuali terjebak dalam selfie ni. Ye! Aisy pun dah pandai selfie! Hari-hari dok selfie tu!


Tengoklah tu, siap dengan tersengih! Bajet comellah tu! Anak siapalah ni ye? Hehe! Sekali tengok macam Mama dia pula dok selfie gitu.

Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi, ye dak? Hehe! Dah siap posing, dia suruh aku tengok telefon mainan yang dia dapat time hari jadi dia hari tu.

"Mama, nok! Mel! - Mama tengok! Comel!" kata dia sambil dok tarik muka aku suruh pandang telefon mainan dia.

Bila aku kata comel, dia sibuk tanya mana Papa dia. Nak tunjuk dekat Papa dia juga kononnya gambar yang dia snap tadi.

Aku jawablah yang Papa dia kerja. Tahu dia buat apa? Dia tekan keypad kononnya macam dail nombor. Lepas tu dengar dia cakap, "Alo Papa! - Hello Papa!"     


Tengok dia buat gitu, terasa kelakar. At the same time, muhasabah diri sendiri. Membayangkan setiap apa yang aku dan Encik suami lakukan, ada yang memerhati untuk dijadikan contoh.

Tak kena cara atau contoh yang diberikan, lingkup! Sebab tu kita selalu dengar, anak seumpama kain putih dan ibubapa yang mencorakkannya. So lepas ni kena beringat! (^_^) 

28 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Afif Dah Boleh Diharap II (^_^)

2:22:00 pm Yana Yani 26 Comments

Sebelum aku ada cerita kesungguhan Afif nak menolong aku mencuci pinggan mangkuk. Klik sini siapa yang belum baca ye (^_^)

Hari ni aku nak cerita pasal Afif lagi! Tak sangka pada usia 5 tahun 2 bulan 16 hari, dah banyak benda yang aku dah boleh harapkan pada Afif.

Rasa macam baru semalam dia ada dalam perut. Hehe! Sekarang dah ada depan mata dan sedikit sebanyak ciri-ciri kepimpinan tu boleh dilihat dengan jelas.

------------------------------------

Disebabkan musim panas sekarang dan ditambahkan dengan tahap kebosanan yang tinggi sebab cuti panjang hari tu, aku buat operasi "pembersihan"

Habis semua benda yang boleh dicuci aku cuci! Bila dah kering dia jadi macam gunung Everest! Tinggi melangit aje aku tengok, tak rajin betul nak bagi dia rata!

Tapi kena juga buat! Tengah dok berdukacita tu kan, tiba-tiba anak bujang aku cakap benda yang buat aku rasa excited dan bangga!

"Mama, Afif nak tolong boleh?" tanya dia sambil dok belek beberapa helaian baju.

"Afif nak tolong? Kalau nak tolong, tolonglah. Pergi pilih baju Afif. Afif lipat baju Afif aje" kata aku pula walau hakikatnya terasa gusar sebab membayangkan baju yang bakal dilipat.

"Mama ajarlah Afif" kata dia lagi sambil memerhati aku melipat baju.


Bersungguh dia melipat kain baju dia. Nampak tekun aje! Hasilnya pun diluar jangkaan aku! Aku bayangkan dia lipat tak kemas, tapi sebaliknya! Padahal baru first time dia melipat baju!

Unbelievable! (^_^)


Bila dia dah siap, aku puji! Bagi semangat sikit dekat dia yang hasil kerja dia dihargai! Lain kali boleh tolong lagi! Nak pula Mama dia tak rajin melipat kain baju ni. Hehe!

Afif bila kena puji bukan main lagi dia seronok!


Jujurnya hasil lipatan tu belum kategori sama level dengan aku. Tapi kalau nak tunggu sama level, belum tentu time tu dia nak buat. Baik ajar sekarang!

Aku banyak tengok orang yang tak yakin bila anak dia nak menolong. In the end bila dia dah tua, dia masih lagi kerja kena buat semua kerja rumah. Kesian bila dengar dia mengeluh.

Tapi nak buat macamana? Dah terlambat nak menyesal sekarang. So belajar dari pengalaman dia, aku ajar anak aku baik Afif mahupun Aisy semua kerja yang boleh dilakukan.

Hasilnya mungkin tak sempurna tapi kita tak akan tahu apa si kecil ni boleh lakukan hasil daripada didikan dan dorongan yang diberikan. Percayalah, kita akan terkejut!

Nak melentur buluh, biar dari rebungnya kan? (^_^)

26 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cuti Dan Anak (^_^)

12:47:00 am Yana Yani 24 Comments

Aku bercuti daripada hari Rabu sampailah semalam. Kejab lagi dah masuk kerja balik. Bercuti pun secara mengejut sebab Atuk dimasukkan ke wad disebabkan asthma yang teruk.

Dalam lapan orang anak yang dia ada, dia tetap minta Mak yang balik menjaga dia. Mungkin hanya dengan Mak aje Atuk selesa. Alhamdulillah Sabtu Atuk dah boleh discharge.

Aku pula sepanjang lima hari bercuti ni, banyak menghabiskan masa dengan anak-anak. Ada ketika aku terasa bosan sebab dah terbiasa dengan kesibukan di tempat kerja.

Itupun bila Afif bersekolah dan Aisy tidur. Mati kutu aku dibuatnya sebab tak tahu nak buat apa. Habis semua benda aku cuci semata-mata nak hilangkan perasaan bosan.

Mujur cuaca panas aje kebelakangan ni. Sekejab aje kering semua benda yang aku jemur. Seronok basuh time gini. Hehe!

Sehari sebelum Merah dijual, kami menghabiskan masa-masa terakhir dengan dia. Sana belek, sini belek. Tak sangka beginilah pengakhirannya yang sebenarnya tak dirancang.

Siapa sangka yang pada asalnya hanya suka-suka published dekat Mudah.com, dalam masa tak sampai berapa jam ianya terjual! Sebenarnya yang emosi lebih tu, aku aje!

Encik suami relax aje sebab dia memang dah berkira-kira nak jual especially dengan kondisi kaki dia yang agak tak berapa elok kebelakangan ni.

Afif lagilah! Aku kata Papa dia dah jual Merah, dia boleh kata tak apa sebab dia ada motor nak bawa Mama Papa pergi mana aje katanya. Sabar ajelah!


Tengah diorang dok seronok main motor keliling rumah Nenek, Aisy jatuh. Tak luka pun tapi dia dah pandai mengadu. Macam comel aje bila dia kata, "Atik! Abang wat!" - Sakit! Abang buat!

 
Afif dan Aisy bila ada dekat rumah, kejab bergaduh. Lepas tu kejab lagi buat pakatan sulit. Pening kadang-kadang. Tapi aku akui aku enjoy that moments.

Banyak benda yang aku tak nampak bila bekerja. Bila jadi suri rumah walau untuk seketika, banyak benda yang aku nampak daripada budak berdua ni.


Si Aisy dah banyak benda yang boleh ditutur. Cuma agak pelat tapi masih cukup jelas untuk faham apa yang cuba dia sampaikan. Banyak benda yang dia bebelkan.

Bila Abang tak ada, dia pun mati kutu. Main sekejab, lepas tu tidur! Ke mana aku pergi dia akan ekor aje tapi dia lebih senang diurus bila tak ada Afif. Dia jadi lembut.  


Afif pula kebelakangan ni kalau nak ke sekolah cukup bergaya. Rambut disisir rapi, bedak disapu kemas ke muka dan minyak wangi mesti kena sembur!

Sekali tengok sebiji macam perangai Papa dia yang cukup menjaga keterampilan.

  
Aku seakan menemui jawapan sebab kenapa Afif berkelakuan begitu apabila menemui "nota cinta" dalam beg sekolah Afif. Macam nak kena heart attact bila jumpa nota tu.

Tulisan tangan pada nota tu cukup aku cam dan yakin itu tulisan Afif. Nota tu berbunyi "Afif, Adlina dan gambar bentuk hati" 


"Afif, kau makan pun Mama suap lagi ada hati nak love-love anak orang!" jerkah aku pada Afif yang leka dengan permainan Ultraman dia.

"Apa Mama cakap?" tanya dia balik.

"Ni gambar love ni. Adlina ni siapa pula? Kenapa tulis macam ni?" tanya aku bertubi-tubi.

"Adlina tu kawan Afif lah! Afif tak suka dia pun. Hakimi yang suka dia. Dia banyak cakap, Afif tak suka!" jelas dia.

"Habis yang gambar love ni kenapa pula?" tanya aku lagi.

"Sebab Afif nak lukislah! Afif dah pandai lukis love" jawab dia selamba.

Mama sikit punya suspend jumpa nota ni, kau boleh jawab macam tu aje! Sabar ajelah!

------------------------------------

Sabtu lepas dah dengar bebelan selama lima jam untuk KPP. Mengantuk gila time tu, tak teringat langsung nak bawa gula-gula atau apa sahaja bahan untuk mengelakkan mengantuk.

Apapun banyak juga benda baru yang aku belajar especially pasal signboard. Menarik juga. Hehe!

Sekarang ni tengah berkira-kira pilih hari untuk ambil test. Orang yang dok bebel tu galakan kitorang dapat lesen P dalam tempoh dua bulan. 

Aku yakin boleh. Tunggu dan lihat (^_^)

24 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...