Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

8:29:00 am Yana Yani 23 Comments

Klik banner untuk maklumat lanjut

Segmen Jom Kenal Blogger Baru

Segmen jom kenal blogger baru khas dan khusus untuk mereka yang tepati ciri-ciri berikut:

  1. Sebuah blog daripada platform blogspot (mesti ada .blogspot.com) 
  2. Blog yang ada kurang daripada 500 followers 
  3. Blog yang trafik atau jumlah pageviews kurang dari 10,000 

Mana-mana blog atau blogger yang punyai blog yang terdapat 3 ciri di atas adalah dialu-alukan untuk join segmen jom kenal blogger baru ini.

Saya akan senaraikan blog-blog tersebut di dalam sebuah entri khas untuk berikan backlinks dan saya akan dari semasa ke semasa buat satu review percuma untuk blog-blog terpilih di dalam segmen ini.

Tutup terima penyertaan - 31 Disember 2014.

---------------------------------------------------

Sebenarnya YY tak tahu YY layak ke tidak sertai segmen ni sebab kalau ikut rule no 1 sehingga 2 dah kira qualify. Tapi pergi ke rule 3 macam tak berapa clear.

Lantaklah! Hentam ajelah labu! (^_^)

Anyway menyingkap kembali sejarah penceburan YY dalam dunia blogging ini adalah kira-kira dua tahun yang lalu. Dua tahun kira baru sangat lagilah kan..kan...kan? Hehe!

Blog ni diwujudkan hanya secara suka-suka untuk menggantikan journal sebelum ni. Selain itu disebabkan YY meminati bidang penulisan dan pernah menjadi kebanggaan cikgu di sekolah.

Diari Seorang Mama adalah medium untuk YY mengasah kembali bidang penulisan yang telah lama ditinggalkan. Secara dasarnya blog ini adalah sebuah blog peribadi.

Ia adalah tempat di mana YY menulis mengenai keluarga dan anak-anak. Yelah kan, siapa tahu blog ni nanti akan digunakan oleh keturunan YY untuk menyelidik mengenai salasilah keluarga (^_^)

Apart of that, YY juga menulis mengenai hal yang berlaku di sekeliling. Apa yang diceritakan atau diulas berdasarkan pandangan YY secara peribadi menggunakan garapan atau olahan sendiri.

Matlamat YY dalam dunia blogging ni secara jujurnya masih belum begitu jelas. Tapi YY hanya berharap apa yang YY tulis sedikit sebanyak memberi manfaat kepada yang membaca.

Nama blogger: Yana Yani (YY)
Email: blues.fren@gmail.com
URL Blog: http://iamaproudmama.blogspot.com/

---------------------------------------------------

Teguran dari Sifu Search Engine Optimization (SEO), Hasrul Hassan (^_^)


23 comments:

  1. Selamat bersegmen.. ^_^..nak join jgak laa segmen ni..!

    ReplyDelete
  2. Selamat bersegmen YY...ala join jer.. janji support kengkawan kan..=D

    ReplyDelete
  3. siap boleh buat penyelidikan lagi

    ReplyDelete
  4. Selamat bersegmen, YY. Moga terus bersemangat utk berblogging :)

    ReplyDelete
  5. habis sekolah ja bakat menulis mmg dah 'down' tak ada sokongan dr cikgu2..huhu
    goodluck btw kak.. :)

    ReplyDelete
  6. Selamat bersegmen, YY. Terlambat bacalah, kalau tidak boleh juga join. Tengah cuti macam ni memang malaslah nak online bersungguh-sungguh ^_^

    ReplyDelete
  7. selamat bersegmen.. =) http://yoorinmelacolea.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan.. saya join jugak segmen ni..

    jemput singgah http://gadiscokelat87.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. selamat bersegmen..tak sempat dah akak nak join..akak berblog ni hanya untuk suka2 cerita kisah family je hehehe

    ReplyDelete
  10. As-Salam. Terima kasih kerana join segmen saya ni.

    Nak kongsikan sedikit tips.

    Jika nak menulis mengenai keadaan sekeliling, kena pantas dan tunjukkan bahawa blog itu bernyawa seperti mana Ben Ashaari awal dulu, setiap kali ada kejadian sekeliling, dia snap gambar dan terus cerita, tak panjang pun, entri pendek tapi cukup menerangkan kejadian berlaku.

    Bila dah selalu buat entri sebegitu, orang dah boleh expect blog anda akan ada entri baru setiap hari, dan dengan cara yang sesuai, anda boleh kongsikan cerita tersebut di blog rakan lain.

    Ok bab bercerita pasal keluarga. Setiap keluarga tak sama, keletah anak-anak yang comel selalunya akan menarik perhatian orang. Jadikan itu salah satu cara untuk menarik pengunjung, pembaca dan menambah pengikut. Gambar anak-anak boleh dijadikan umpan untuk orang singgah. Bila gunakan gambar, letakkan related post guna gambar. Ia akan buat orang nak klik gambar tersebut.

    Semoga bermanfaat.

    Jom Aktfikan Mykad

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...