Segmen: Ini Entry terbaik 2014

6:51:00 am Yana Yani 13 Comments

Klik banner untuk maklumat lanjut

1 - Buat satu entry bertajuk 'Segmen: Ini Entry terbaik 2014'

2 - Copy banner kat atas tu dan link kan ke entry ini. Dalam entry kawan-kawan tu letakkan link 2 entry terbaik kawan-kawan. Kalau bukan yang terbaik pun , yang kawan-kawan suka pun boleh.

3 - Jangan lupa follow ATAU letak blog ni kat bloglist kawan-kawan ye...sebab lepas tamat segmen ni saya akan kongsikan salah satu daripada dua entry tersebut di blog ini. Maknanya semua berpeluang untuk entrynya dipilih. Jadi boleh la kita baca cerita-cerita paling menarik yang kawan-kawan tulis pada 2014 ni..kan?? 

4 - Tinggalkan link entry kawan-kawan di entry ini. Itu sahaja..

Tarikh tutup sampai 25 Disember

-------------------------------------------

Bila cerita perkataan TERBAIK tu, agak subjektif sebenarnya. Istilah terbaik tu boleh jatuh dalam pelbagai kategori berdasarkan perbezaan pandangan individu.

Tapi untuk ni YY pilih yang YY rasakan terbaik dari sisi pandangan YY

Yang pertama yang menjadi pilihan YY adalah cerita mengenai Antara Pork Free dan Halal. Kenapa? Sebab entry ni pernah menang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar.

Giveaway tu anjuran Buasir Otak dan ianya pernah diulang siar di sini. Bangga beb (^_^)

Yang kedua yang menjadi pilihan adalah berdasarkan komen yang terbanyak. Tapi bila belek, lebih kurang sama aje jumlah komen. So terpaksa juga pilih yang berkenan di hati (^_^)

YY pilih Hobi Yang Ditinggalkan sebab entry ni dekat dengan diri YY. Ia adalah diri YY satu ketika dulu sebelum YY terpaksa put aside kesemuanya disebabkan sukar memberi komitmen.

Melakukan sesuatu perkara yang diminati memerlukan komitmen. Tapi YY dapat hobi baru iaitu menulis melalui blog. Komitmen yang mungkin mampu dilakukan sepanjang hayat (^_^)

---------------------------------

Update 10/03/2015 - Entry Antara Pork Free dan Halal telah sekali lagi terpilih dan kali ni dalam segmen Entry Terbaik anjuran Diana Rashid pula. Klik sini untuk pembacaan lanjut.

13 comments:

  1. Selamat berjaya YY. Yang entry hobi tu saya rasa memamg bagus. InsyaAllah ada peluang cerah ni..

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya YY... all the best ye.. :)

    ReplyDelete
  3. nanti nak singgah baca dua entry tu..macam menarik bunyinya

    ReplyDelete
  4. Semoga berjaya dan tercapai matlamat...

    ReplyDelete
  5. Saya pon join jugak segmen ni.

    ReplyDelete
  6. Dah tamatkan segmen ni. Saya dah lebih seminggu rasanya tak blogwalking ke rumah kawan-kawan. Mana yang dapat ajelah. Tak tahu apa cerita tentang segmen ni sama ada Diana dah up entri ke belum.

    ReplyDelete
  7. Entry terbaik tu la yang first sy kenal akak.
    Ehh, yeke. Lupa dah.heee
    Selamat bersegmen kak

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...