The Liebster Award (^_^)

8:53:00 pm Yana Yani 22 Comments

Sejujurnya aku pelik bila saudara Khir Khalid beritahu dia tag aku pasal untuk benda ni.

Apa kebenda menatang Liebster Award ni? Tak pernah pula aku dengar pasal ni.

Nak faham lagi, aku pun bacalah entry dia berkenaan Liebster Award ni, barulah aku faham. Oooo, begitu rupanya! Barulah faham! Hehe!

Seronok juga sekali sekala participate benda gini kan? Hehe! Lagipun ianya sebagai tanda menghormati persahabatan di alam maya ni.

Tapi kan, benda ni sekali tengok dah macam surat berantai pula. Hehe!

Apapun terima kasihlah saudara Khir Khalid atas penghormatan ni. Bagi aku ni satu penghormatan. Dalam ramai-ramai kawan yang dia ada, aku tersenarai juga (^_^)

Terharulah pula!

Soalan dia untuk aku adalah:

1. Berikan sedikit pengenalan tentang diri anda
- Sedikit aje kan? Seorang isteri dan Mama kepada seorang putera dan seorang puteri yang paling comel macam aku! Hehe!

2. Apakah warna kesukaan anda?
- Hijau!

3. Apakah makanan kegemaran anda?
- Susah nak jawab ni sebab semua aku suka makan. Pisang goreng kot. Hehe!

4. Bilakah waktu yang anda rasakan seronok dan sesuai untuk berblogging?
- Biasakan aku hanya ada masa untuk buat entry hanya pada selepas 11 malam. Lain masa susah sikit sebab tanggungjawab lain perlu diselesaikan dulu.

5. Apakah sukan kegemaran anda?
- Aku suka tengok aje! Aku tak boleh aktif dalam sukan sebab disahkan oleh doktor, not psychically fit! Aku suka tengok badminton, bola sepak dan hoki 

6. Apakah yang anda pernah lakukan bila mengantuk yang tak tertahan ketika dalam mesyuarat, kursus atau seminar yang anda sertai?
- Kelakarlah soalan ni. Tapi memang biasa jadi pada aku. Biasa dalam poket memang dah standby gula-gula yang jenis mint punya. Kalau tak confirm dah tertidur!

7. Apakah rancangan televisyen dan filem yang anda gemari?
- Rancangan televisyen yang aku suka CSI dan Criminal Minds. Kalau filem aku suka Lord of The Rings. Tiba-tiba teringat Gandalf dok kata, "You shall not pass!"

8. Di manakah tempat yang paling anda suka lawati di Malaysia?
- Aku belum habis jelajah Malaysia lagi! Hehe! Tapi setakat ni aku suka Cameron Highlands!

9. Manakah negara pilihan yang anda paling suka untuk dilawati selain Malaysia?
- Perancis! Nak merasa cakap bonjour di bumi Perancis! Hehe!

10. Siapakah Khir Khalid berdasarkan pengetahuan anda sendiri?
- Seorang suami dan bapa kepada 3 orang anak dara dan seorang anak bujang. Aktivis sosial dan motivator. Betul ke aku cakap ni? Hehe!

11. Pendapat anda tentang blog Khir Khalid?
- Aku tahu istilah Orang DiParol (ODP) melalui blog dia lah! Pengisian entry yang menarik dan mudah difahami. Aku suka baca (^_^)

Akhirnya aku berjaya menjawab kesemua sebelas soalan! Yeah!

Sekarang aku kena listkan sebelas random facts pasal aku pula. Emm, mana nak mula ni?

1. Gelaran aku dalam keluarga adalah Kak Long sebab aku anak sulung!
2. Pernah mengenali lebih daripada 50 orang pen pal dari seluruh dunia! Happy sangat tiap kali posman hantar surat dekat rumah. Terasa diri teramat glamour!
3. Pernah teramat gila kan Howie D dari boy band popular sekitar lewat 90-an, Backstreet Boys. Siap gunakan nama glamour Yan D tiap kali berinteraksi dengan pen pal!
4. Kali pertama memiliki hand phone jenama Nokia 3310 masa umur 19 tahun.
5. Siti Nurhaliza dan aku tak ada kena mengena walau kami berasal dari tempat sama, Kuala Lipis!
6. Suka sangat kumpul setem! Tapi hobi tu dah lama pending sejak berkahwin.
7. Tak suka tengok cerita hantu tempatan sebab nanti boleh teringat. Kalau Dracula aku steady lagi sebab kat Malaysia mana ada Dracula kan. Hehe!
8. Belum pernah sampai Johor, Perlis, Sabah dan Sarawak. Lain semua dah meninggalkan jejak!
9. Aku adalah penghidap hyperthyroid sejak berusia 13 tahun. Still on treatment
10. Pernah menghidap penyakit tuberculosis a.k.a tibi. Alhamdulillah sudah sembuh sepenuhnya!
11. Last sekali, aku phobia pakai high heels! Pernah jatuh dekat Stesen Bas Klang dihadapan puluhan umat manusia! Malunya bila teringat!

So sekarang nak kena nominate orang lain pula. Aku tak kenal ramai blogger. Ada yang kenal dah kenal tag. Aku hanya boleh senaraikan lima sahaja. At least menetapi syarat juga kan. Hehe!

 Mereka ialah:

1. Hainom OKje - http://hainomokje.blogspot.com/
2. Kak Nurul - http://coratcoretnurul80.blogspot.com/
3. Farah - http://farahwahyda.blogspot.com/
4. Lieya - http://lieyalatif.blogspot.com/
5. Cikgu Helmi - http://mieadham86.blogspot.com/

Soalan untuk mereka adalah:

1. Bila korang mula menceburi bidang blogging ni?
2. Apakah pencentus untuk korang menceburi bidang blogging ni?
3. Berapa kerap korang post entry?
4. Apakah binatang yang akan korang pilih sebagai maskot blog korang?
5. Binatang apa yang paling korang geli?
6. Mana tempat peranginan di Malaysia yang korang teringin nak datang lagi?
7. Kalau korang diberi peluang memegang watak adiwira, korang nak jadi siapa?
8. Korang rasa alien dan dinosaur tu wujud tak?
9. Apakah profession yang korang teringin ceburi?
10. Apakah yang korang rasa perlu diperbaiki dalam blog http://iamaproudmama.blogspot.com/?
11. Apakah penyebab korang nak datang berkunjung ke blog http://iamaproudmama.blogspot.com/?

Fuhh! Akhirnya berjaya memenuhi semua peraturan yang ditetapkan! Yeah!

So sekarang kena senaraikan balik rules untuk tatapan mereka yang bercadang untuk menerima The Liebster Award dari aku ni.

Rules 1: Berterima kasih kepada orang yang nominated korang. Korang juga kena letakkan link blog dia dalam blog korang
Rules 2: Letakkan gambar Liebster Award dalam blog korang
Rules 3: Jawab kesemua sebelas soalan yang dikemukan oleh orang yang nominated korang.
Rules 4: Senaraikan sebelas random facts pasal diri korang.
Rules 5: Calonkan 5 ke 11 blog yang korang rasakan layak dan mempunyai kurang daripada 1000 followers. Yang lebih tak qualify ye (^_^)
Rules 6: Senaraikan sebelas soalan baru untuk blogger yang korang nominated kan
Rules 7:  Senaraikan kembali rules ni dalam blog korang
Rules 8: Beritahu orang yang korang nominated tu dan sertakan sekali link entry korang! (^_^)

Kepada yang tersenarai, sudi-sudikan untuk sertai dalam Liebster Award ni ye. Tapi tak ada paksaan! Jangan cakap aku memaksa pula ye. Hehe!

Okay ye korang, lain kali kita cerita lagi. Bye! (^_^)

22 comments:

  1. hehehehhe..sama kita di tag oleh khir..tapi sampai sekarang tak join lagi..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sekali sekala join sonok juga juga kak =)

      Delete
  2. Alamak kena tag ea... InsyaAllah k yana nanti Farah usahakan jawab soklan2 cepu emas yana tue.. btw thanks yer tag farah...lebiu...hahaha

    ReplyDelete
  3. Hehee.. jadi gelihati pulak bila baca jawapan dari soalan sendiri.. t kasih Yana sbb sudi join.. saya pun baru 1st time join segmen yg mcm ni.. seronok pulak. Semoga silaturrahim membawa berkat utk kita semua... aamiin. Salam ceria buat Yana sekeluarga ye.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu lah kan
      tak pernah dengar, tapi seronok juga
      boleh kenal secara dekat blogger lain
      apapun terima kaish tag saya ye =)

      Delete
  4. Dah dua orang tag okje ni....satu bahasa omputih satu bahasa melayu...senang sikit bahasa melayu ni...hehe...insyaallah nanti mak pikir pikirkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? wah glamour tu
      terima kasih sudi participate =)

      Delete
  5. saya dah kena tag oleh 2 blogger ...

    ReplyDelete
  6. Haha... Kna tag juga ea... Sma lh kita...

    ReplyDelete
  7. samalah dengan saya..saya pun tak suka tengok cerita hantu malaysia ni..nanti teringat-ingat. kalau hantu cite org putih x pe pulak...hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, tengok cerita pontianak confirm tak boleh tidur
      sebab dok terbayang
      kalau cite dracula selamba aje =)

      Delete
  8. Sy dh buat dua entry psl nih..kne tag..ikut pd ayarat xlayak sbb dh lebig dr 1k follower kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mereka tak baca rules kot =)

      Delete
  9. Salam kenal Yana...alahh..ruginya..kalau tak boleh tag nama JM jugak hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal! hehe
      mungkin ada orang lain yang boleh tag JM =)

      Delete
  10. Yana... k nrl dah jawab soalan cepu emas Yana tu... pergh, letih sat nak jawab soalan camni... amik masa sejam kot... tapi x tag saper2 plak, x boleh nak pikir nak tag sape... xpe kot ye... ada satu tag lagi k nrl nak jawab... esok lusa lah gamaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, saya dah baca petang tadi
      alah kak tak mengapa, bukan ada orang nak saman akak tak buat
      lagipun saje suka-suka disamping boleh eratkan hubungan
      kita anak sulung, sep sikit! =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...