Take A Good Care of Yourself! (^_^)

11:36:00 pm Yana Yani 0 Comments

Hari ni mula masuk kerja lepas dapat MC dua hari! Kerja dekat office macam tutak pernah nak surutnya! Ada aje, macam tak pernah settle!

Tapi honestly ni lah satu-satunya pekerjaan yang paling aku suka dalam tempoh hampir 10 tahun pengalaman aku bekerja. Aku jatuh dan bangun di sini.

Hampir kebanyakkan pengalaman aku perolehi di sini. No doubt tempat ni menyimpan seribu satu memori bagi aku. Di sini juga merupakan satu-satunya tempat yang aku boleh MARAH bos secara berdepan!

Bos dekat tempat lain sebelum ni, aku tak berani nak angkat muka pun. Tapi dekat sini terbalik sudah!Apapun, bos is always a bos! Tak kiralah berapa close kita dengan dia! Hehe!

Tadi bila Puan Bos call dan bertanya keadaan kesihatan aku, aku dah dapat nak agak apa yang dia akan bebelkan. Biasanya aku dah standby standard script seperti okay, I will dan yes.

Tapi hari ni, aku agak tergamam dengan apa yang dia katakan. Tak terkeluar langsung standard script aku.

"Hey woman, please take a good care of yourself! You are still young and remember your kids need you! What ever you do please think about them. What's going to happen to them if anything bad happen to you? Who's going to take care of them? Remember Yana, the world will still spining with or without you. Don't make a same mistake like me!"

Automatik fikiran teringat Afif dengan Aisy dekat rumah.


Entah kenapa, apa yang dikatakan oleh Puan Bos tadi menusuk terus ke hati aku. Betul kata dia! Apa akan jadi pada permata hati aku ni if anything bad jadi dekat aku.

Ya Allah! Berilah aku kekuatan untuk mengharungi segala ujian-Mu!

Aku percaya tak akan adan insan di dunia ni yang boleh menyayangi mereka sebanyak aku menyayangi mereka. Merekalah segalanya pada aku!

Bila Puan Bos kata macam tu, aku mula terfikir cara-cara nak atasi masalah bahagian belakang aku ni. Apa yang pasti, something must be done!

Terima kasih Puan Bos kerana menyedarkan aku dari dunia khayalan!

Balik rumah tadi, aku disambut dengan gelak tawa Aisy dan senyuman manja Afif. Hilang segala kesakitan bila lihat "penawar" hati ni.

Anyway, malam ni Encik suami suruh masak lauk yang Mak dia biasa buat! Asam pedas ayam! Tapi versi aku! Hehe!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Sakit Pinggang Lagi! (^_^)

11:52:00 pm Yana Yani 0 Comments

Aku dan sakit pinggang ni memang tak boleh nak dipisahkan. Memang kerap, cuma teruk dengan tak aje. Pada yang mulut jahat, mungkin akan kata aku ni tak tahan sakit.

Tapi harus diingat bahawa daya tahan sakit setiap individu tu berbeza sama sekali. Macam personaliti jugalah kan! Totally different! Sebab tu setiap seorang di antara kita ni, UNIK!

Kebelakangan ni aku memang kerja agak berat dan aku dah dapat agak pinggang aku tak akan mampu menampung bebanan tu. Tapi dari nak bagi orang faham masalah kita, baik kita menanggung aje.

Sebenarnya aku malas nak dengar mulut orang! Bila orang bercakap macam-macam, aku akan sakit hati! So daripada menanggung rasa sakit hati yang mungkin lebih parah, baik diam aje!

Lepas tu, padanlah muka aku! Kan dah sakit! Disebabkan kekerapan aku sakit pinggang, Encik suami suruh aku berurut!

Aku sebenarnya agak takut untuk berurut sebab tak tahan sakit diurut! Tapi sebab dah kena paksa, terpaksalah diturutkan aje. Lagipun bukan duit aku pun kan! Hehe!

Alhamdulillah agak kuranglah sikit selepas diurut. Lepas tu pergi klinik pula dapat dua hari MC! Doktor di klinik ni yang memang aku dah kenali sejak sekian lama ni menyarankan aku berhenti kerja.

Dia juga suruh aku cuba seboleh mungkin untuk elakkan melakukan apa-apa aktiviti yang boleh menganggu "kebahagian" bahagian belakang aku.

Bab elakkan bolehlah aku ikhtiarkan, tapi bab berhenti kerja tu agak mustahil! Bila aku jawab aje macam tu, bermulalah sesi meluahkan perasaan.

Doktor yang membahasakan diri dia kakak dengan aku ni dok cerita masalah dia yang aku tak jangka dia akan buat. Dia buat aku berfikir, sama aje manusia ni tak kiralah apa level punThis is life!   

---------------------------------------

Dua hari cuti, nak kata rehat sangat pun tak. Mata tak senang bila tengok keadaan rumah. Lagilah bila ada anak kecil. Ada aje yang dia orang "tolong". So sakit-sakit pun kena juga settle kan kerja rumah.


Hari ni aku agak sihat sikit berbanding semalam. So bila badan dah sedap tu, ada ajelah kerja yang nak dibuatnya. Biasalah orang perempuan, sakit pun bukan boleh MC sangat macam lelaki! Fakta tu!

Masuk aje tengahari, masing-masing bising lapar. Kelam kabut aku menyiapkan makan tengahari. Nasib baiklah Aisy dah besar, tak ada susah aku nak masak asing-asing.



Penat dengan sakit belakang hilang sekejab bila dok tengok anak-anak berselera makan hasil dari air tangan aku yang tak seberapa ni. Afif tak habis-habis kata, "Sedapnya Mama masak!"

Ayat tu diulang sampai dia habis makan. Bila dia kenyang dia kata, "Mama tengok perut Afif dah gemuk! Mama tu lah masak sedap sangat!" Tergelak aku dengar kata-kata dia.

Malam pula pergi ke pasar beli barang dapur. Biasa malam Khamis macam ni memang aku tak akan masak. Biasa beli aje makanan sebab aku agak sibuk mengemas barang-barang dapur yang dibeli.

Barang basah aku cuci bersih baru simpan dalam freezer, senang nak masak. Kadang-kadang ambil masa yang agak lama juga nak kemas semua barang tapi ia bergantung kepada barang yang dibeli.

Dan siapa yang menolong! Macam malam ni, anak bujang aku rajin menolong aku. Tengok gambar dekat bawah ni, tekun dia kopek ikan bilis sampai tak perasan aku ambil gambar!

  
Nasib baik ada juga yang nak menolong! Alhamdulillah anak Mama dah boleh diharap! Senang hati. Malam ni boleh tidur senang sikit. Besok dah kena masuk kerja.

Aduhai! Bila teringat kerja aje, automatik mood pun jadi down! Hilang semangat rasanya! Hehe! Tiba-tiba teringat dialog cerita Tan Sri P Ramlee, "Selagi hidup, kerja, kerja, kerja!"

Somehow I have to agree with that! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Politik Itu Kotor! (^_^)

11:40:00 pm Yana Yani 0 Comments

Dulu masa aku kecil-kecil, aku selalu dengar Mak kata politik tu kotor! Tapi masa tu tak berapa faham sangat apa yang cuba dia sampaikan.

Tapi bila dah "tua" macam sekarang ni, aku baru faham apa yang Mak maksudkan. Politik boleh buat orang jahat jadi baik dan begitulah sebaliknya.

Politik boleh buat hubungan atau tali persaudaraan terputus begitu sahaja. Politik boleh buat kawan jadi lawan. Politik boleh buat orang jadi kaya sekelip mata. Politik boleh buat rakyat sengsara!

Itulah hakikat yang mungkin boleh dilihat atau pura-pura tidak dilihat dalam dunia politik di seluruh dunia terutama sekali Malaysia. Pada aku politik ni menjijikkan dan menjengkelkan! 

Aku jadi malas nak tengok berita kebelakangan ini, lebih-lebih lagi TV di Malaysia ni didominasi oleh pemerintah dan of course perlu ikut telunjuk.

Hampir semua berita menggambarkan pihak kerajaan terlalu "baik" dan pihak pembangkang pula terlalu "jahat". Tapi cerita yang sama akan kita lihat kalau kita pergi ke blog atau laman web pembangkang.

Pendek kata, aku jadi confuse siapa yang betul dan siapa yang salah! Macam pagi tadi aku nampak satu banner tertera, "Nik Aziz Ulama Haiwan". Mengucap panjang bila terbaca ayat tu.

Mudah betul kita menjatukan hukuman kepada saudara seagama hanya kerana perbezaan fahaman politik. Jujurnya aku lebih suka berdiri di atas pagar sambil melihat siapa yang aku rasa layak mendapat undian aku.

Bercakap pasal politik ni pun kita kena hati-hati sebab orang lebih berminat nak tahu kita pro ke arah mana. Barulah layak berada dalam kelompok mereka. Sebab tu aku rajin berlakon part ni!

Siapa sahaja yang aku bakal undi adalah hak mutlak aku. Yang pasti, aku benci keganasan! Aku benci perpecahan! Aku hanya suka KEAMANAN dan PERPADUAN.

Merenung apakah yang bakal terjadi selepas PRU 13 agak menakutkan. As a Mama, perasaan worry tu memang ada. Encik suami kata, jangan fikir yang bukan-bukan sebab ni Malaysia! Kita SELAMAT!

Tapi siapa sahaja yang aku bakal undi adalah untuk masa depan keturunan aku!

-----------------------------------------

Cukup-cukuplah cerita pasal politik, kita cerita pasal lain pula! 

Tadi masa dekat office aku terfikir nak masak apa malam ni. Teringin nak makan taucu tapi ayam ada lagi dekat rumah. Last-last aku plan nak combine aje ayam dengan taucu.

Aku dah biasa masak taucu, tapi biasanya campur dengan sayur atau ikan aje. Kalau ayam ni baru first trail. Rupa dia agak buruk sikit sebab aku main campur aje tanpa digoreng atau direbus dulu.

Lagipun aku memang "terkenal" dengan kemalasan. Janji masak, sudah! Tapi rasa dia memang boleh tahanlah! Tapi tu kata akulah! Hehe!


Atas permintaan Encik suami, aku buat cendawan goreng sekali. Laju aje nampak dia makan tadi. Sedaplah tu! Hehe!


Ditambah pula dengan ikan cencaru sumbat hasil dari air tangan Mak. Meletup! Tapi apa nama resipi ni aku tak tahu, tahu makan aje! Sedap tau!

Maklumlah rumah Mak dekat aje, memang keraplah dapat makan masakan Mak. Mak memang pasti akan berikan apa yang dia masak dekat aku. Tinggal nak kata nak dengan tak nak aje!

Nasiblah siapa dok jauh dari Mak kan! Hehe!


Siapa yang dok rajin baca blog aku ni mesti perasan semenjak dua menjak aku dok rajin upload gambar makanan ni.

Aku pun tak tahu kenapa, tapi dah jadi satu kegilaan baru dah ni! Hehe!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Seronoknya! (^_^)

11:42:00 pm Yana Yani 0 Comments

Entry ni sepatutnya aku post semalam. Tapi tak berkesempatan pula. Lagipun semalam tidur rumah Mak. Macam jauh aje cakap macam tu kan. Hehe!

Tapi kami memang dah lama tak tidur rumah Mak. Dekat setahun jugalah! Anyway, berbalik kepada cerita yang aku nak cerita. Semalam Afif ada kelas tambahan.

Nasib baik kelas tak mula pagi sangat macam hari biasa Afif sekolah. Lagipun sekolah semalam pun sekejab aje. Mula-mula tu Afif liat juga nak bangun tapi lepas tu dia semangat aje.

Masa nak ambil Afif dari sekolah, Encik suami tiba-tiba ajak keluar sebab hari tu dia cuti. Aku pun macam orang mengantuk disorong bantal, terus kata okay.

Anis pun kita orang ajak sama. Biasa nak kemana aje, memang Anis akan diajak sebagai peneman Afif. Afif kalau tak ada Acu dia, bising!

Destinasi? Mana lagi, Taman Tasik Shah Alam! Tempat paling sesuai untuk aktiviti riadah bagi yang dah berkeluarga macam kita orang ni.

Time sampai tu dah nak masuk tengahari, so panaslah sikit cuaca. Tapi budak-budak ni apa yang dia orang tahu bila dah dapat main. Cuma Aisy aje yang tak berapa nak ceria. Dia kurang sihat sikit hari tu.

Masa Encik suami nak belikan aiskrim roti untuk budak-budak ni, aku baru perasan Akuarium dekat sebelah taman ni dah dirobohkan.

Banyak kenangan kita orang dekat situ. Tahu-tahu dah kena roboh dah! Encik suami kata Wet World dah beli tapak tu sebab nak kembangkan business dia orang.

Dengar cerita nak lawan iCity. Aku nampak signboard besar dah pasang nak beritahu pasal dia orang punya new excitement. Macam-macam!

Anyway, berbalik kepada cerita kita orang punya aktiviti tadi. Sebelum main, dia orang makan aiskrim roti. Aku seorang aje yang tak sebab sakit tekak. Aisy pula tengah "angin"

Lagipun aku sibuk buat kerja aku yang paling common sejak dari dulu lagi, "snap" gambar! Gambar sendiri yang kurang sebab dok gila ambil gambar orang lain. Hehe!

First time dia makan "benda" ni, sedap katanya!
Berlari berkejaran, lupakan segala duka, di kota di desa, di gunung dan laut, berlagu kita berdua  
Seronoknya dia orang ni!
On the mark, go!
Apa ajelah budak berdua ni

Disebabkan cuaca yang semakin panas, kami terpaksa balik awal. Lagipun Aisy tak berapa sihat. Dia banyak merenggek. Sampai rumah pula, Encik suami suruh masak.

Disebabkan tahap kemalasan yang tinggi, aku masak yang simple aje. Lagipun semua bahan ada, tinggal campak aje dalam periuk.

Apa lagi kalau bukan masak sup! Ada orang pernah kata dekat aku, masak sup ni pejam mata pun boleh buat. Kata dialah, aku tak pernah try lagi! Hehe!


Tapi licin ni, tak tinggal sisa pun!

Anyway aku nak share sikit satu petua dari Abah. Pernah alami sup yang dimasak masin? Worry no more! Tambah aje kentang banyak-banyak. Kata Abah, kentang boleh serap rasa masin dalam sup tu!

Cubalah try!

Mood aku sekarang ni, bosan sebenarnya! Encik suami kerja malam. Kalau dia ada, boleh juga layan aku punya bebelan ni! Hehe! Besok pula dah kerja! Malas sungguh rasanya!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Aku Dan Masak Lemak! (^_^)

9:36:00 pm Yana Yani 0 Comments

Aku Dan Masak Lemak! | Sebelum aku kahwin, aku memang jarang makan masak lemak. Mungkin disebabkan Mak orang Melayu dari Pahang, so disebabkan tu kami jarang dapat makan masak lemak. Tapi kalau masak tempoyak memang kerap! Hehe! Dalam sebulan boleh kira dengan tangan berapa kali kita orang dapat makan masak lemak, tu pun bila Abah buat special request!

Abah kata, masa dia kecil dulu arwah Nenek selalu masak lemak. Antara makanan wajib ada dalam komuniti masyarakat Jawa menurut cerita Abah. Aku hanya mengiakan aje time tu bila Abah bercerita. Sebab tak dapat nak sahkan cerita tu singgahlah aku berkahwin dengan Encik suami yang juga berketurunan Jawa.

Mula-mula kahwin dulu memang aku melalui detik paling mencabar sebab tak berapa tahu nak masak lemak. Lagipun aku ni kalau disuruh masak, macam kena hukuman mati! Paling aku tak suka memasaklah! Masa anak dara dulu pun aku jarang ke dapur. Mak membebel pun buat tak tahu aje! Tapi bila dah kahwin baru tahu!

Kahwin pula dengan lelaki yang suka makan dekat rumah aje, ambik kau! Dia pula cukup suka masak lemak! Boleh kata hari-hari dia nak makan masak lemak plus tempe! Owner kedai runcit dekat tempat aku ni pun dah tahu! Bila nampak aje muka aku dia mesti kata, "Kelapa separuh ye kak?" Tak payah cakap dia tahu dah!

Aku pun dari tak tahu, sampai dah kategori expert dah masak lemak ni! Sebutlah masak lemak apa, semua aku boleh buat! Bak kata pepatah, practise make perfect! Hehe! Tapi aku masih "hampeh" bab masak ni!

Aku Dan Masak Lemak!
Masak lemak ayam
Aku Dan Masak Lemak!
Masak lemak pucuk paku

Ni antara sebahagian masak lemak yang biasa aku masak! Tapi sebenarnya hari ni aku nak share dengan readers semua cara nak bagi tak pecah minyak dan mendapatkan santan yang pekat. Kalau masak lemak kita pecah minyak, bukanlah tak boleh dimakan! Cuma agak tidak cantik rupanya bila dihidangkan! Silap hari bulan boleh kembang tekak!

Berdasarkan pengalaman aku untuk mengelakkan masak lemak kita jadi pecah minyak, kita jangan terlalu kerap kacau dan jangan juga biarkan tanpa dikacau. Api pun pastikan perlahan aje. Walaupun dah matikan api, kacau seketika sebelum dihidangkan. Insya Allah, tak akan pecah minyak!

Next, aku share pula cara nak mendapatkan santan yang pekat. Ni petua dari Mak aku. Caranya adalah dengan blender kelapa tu. Macam gambar dekat bawah.

Aku Dan Masak Lemak!

Masukkan aje kelapa dalam mesin blender dan tambah air sampai tengelam kelapa tu. Lepas tu, tapis aje! Time nak perah pun kita tak perlu gunakan tenaga yang banyak! Kalau tak percaya, cuba readers try buat!

Begitulah ceritanya aku dan masak lemak! Sekian, terima kasih! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Hopefully Okay! (^_^)

9:57:00 pm Yana Yani 0 Comments

Sebelum ni aku ada janji nak ceritakan pasal ubat apa aku belikan untuk Afif kan? So hari ini aku akan ceritakan pasal tu. Tapi pada siapa belum baca, boleh klik sini

As you may know, Afif pernah disahkan menghidap scarlet fever. Klik sini kalau belum pernah baca. Penyakit tu ambil masa untuk pulih especially part gatal-gatal dan kulit kering.

Walaupun dah hampir sebulan selepas Afif disahkan menghidap penyakit tu, Afif belum 100% pulih. Hari ini dia masih lagi mengadu gatal-gatal walau tak seteruk mula-mula.

Apa yang menyebabkan kami cari pharmacist di Aeon Bukit Raja hari tu, disebabkan kami risau lihat keadaan kulit Afif yang kering dan gatal-gatal yang masih belum hilang.

Malahan pada siapa yang tak mengenali Afif secara up close and personal, mereka semestinya akan geli tengok keadaan kulit Afif. As parent, kami risau.

Keadaan kaki Afif sebelum di sapu dengan ubat

So kami pun pergi jumpa pharmacist untuk minta pendapat mereka tentang ubat yang sesuai untuk merawat kaki Afif. Hopefully okay macam sebelum ni.

Pengalaman kami sebelum ini yang agak menarik membuat kami mencari lagi mereka yang bergelar pharmacist ni. So bila sampai aje dekat farmasi, kami terus cari pharmacist.

Masalah Afif dari A sampai ke Z kami cerita. Faham dengan bantuan yang kami perlukan, pharmacist tu mensyorkan kami mengambil sabun khas dan ubat sapu.

Menurut pharmacist tu, sabun biasa yang biasa digunakan hanya akan membuat kulit Afif bertambah kering. Malahan dia juga mengakui scarlet fever mengambil masa untuk pulih terutama di bahagian kulit.

Kami juga dinasihatkan untuk tidak mengelap kulit Afif dengan kuat selepas mandi kerana ia boleh membuat keadaan kulit Afif menjadi bertambah teruk.

Ubat sapu disyorkan untuk disapukan pada kulit yang teruk terjejas. So dia pun menunjukkan sabun khas dan ubat sapu yang diperlukan.

 
Aku tak berani nak kata ubat ni mahal atau murah kerana setiap orang mempunyai tahap kewangan atau kemampuan mereka yang tersendiri. Bagi aku, ia masih dalam kemampuan kami.

Untuk sabun, harga dia RM14 ++. Ubat sapu pula, RM34 ++.

Hari ini sudah masuk hari ke empat Afif menggunakan sabun khas dan ubat sapu tersebut. Alhamdulillah sudah nampak perubahan. Kulit dia pun tak nampak mengerutu macam sebelum ni.

Kami pasti akan menggunakan khidmat pharmacist lagi bila memerlukan nasihat mengenai ubat-ubatan. Pada aku, pandangan mereka mengenai ubat lebih bagus berbanding doktor.

Sebab tu ada sesetengah ubat yang diberikan doktor tidak memberi kesan langsung kepada Afif. Tapi tu lah, pendapat aku hanya sekadar pendapat!

Tapi tak salah kita mencari alternatif lain kan? (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Aktifnya Dia! (^_^)

9:29:00 pm Yana Yani 0 Comments

Minggu ni Encik suami kerja petang. Malam lebih kurang pukul 10:30 baru sampai rumah. So aku agak susah sikit bila dia tak ada sebab tak orang nak membantu.

Biasanya dia akan ambil aku dari office, lepas tu ambil budak-budak dekat rumah Mak. Bila dia ada, bolehlah aku siapkan kerja rumah sebab dia boleh tolong tengokkan budak-budak. 

Bila dia tak ada minggu ni, aku agak kelam kabut nak uruskan kerja rumah. Kena pastikan Aisy tidur dulu, baru boleh buat semua kerja rumah. Kalau tak, huru hara jadinya sebab Aisy "menolong"

Sekarang dia dah makin besar, so agak susah nak bagi dia tidur ikut masa. Kadang-kadang naik penat tangan dok buaikan dia, tapi dia tak mahu tidur juga.

Aku pula kena kejar masa untuk masak. Kalau lambat, memang tak sempat nak masak! Bila dah penat dok buai dia tak mahu tidur juga, aku angkat dia bagi dia puas main.

Tapi tu menjadi masalah pada aku pula sebab mata kena tengok dia aje. Tak boleh buat kerja lain! Aisy ni jenis suka explorer semua benda. Nampak benda atas lantai, dia kutip masuk mulut!

Lepas tu dia suka pergi tempat yang ada suis. Pernah sekali nampak dia tengah korek suis yang tengah menyala. Terjerit aku dibuatnya. Terkejut dengar aku menjerit, dia menangis!

Tapi tak pernah serik! Marahlah macam mana pun, memang tempat tu lah yang dia tetap akan tuju. Kalau tak dekat suis, almari pinggan mangkuk pula dia 'kemaskan"

Takut aje barangan kaca tu akan memudaratkan dia. Pinggan mangkuk pecah tak apa, boleh ganti. Anak pecah, memang meraung seumur hidup wei

Apa kata kita tengok aksi Aisy tengah mengemas! Meh, check it out!

Mula-mula kita berdiri dan capai apa yang patut!
Bila dah dapat, cuba duduk ye! Gayat berdiri lama-lama ni!
Kumpulkan semua benda yang kita ambil tadi dalam satu bekas ye!
Lepas tu bolehlah kita main! 

Macam tu Aisy bila Papa tak ada! Aktif sungguh! Pening Mama dibuatnya. Tapi ni lah penghibur hati! Nak marah pun tak jadi bila tengok dia senyum! Hehe!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Petua Untuk Kurangkan Batuk Berkahak

9:40:00 pm Yana Yani 0 Comments

Lepas Aisyah disahkan menghidap pneumonia atau jangkitan pada paru-paru, aku agak risau setiap kali dia batuk berkahak. Baru-baru ni dia batuk berkahak lagi. Susah hati tak boleh cakap!

Petua Untuk Kurangkan Batuk Berkahak

Takut terpaksa melalui episod keluar masuk hospital lagi. Tak sanggup tengok dia "dikerjakan" oleh doktor-doktor. Membayangkannya pun buat aku rasa takut!

Doktor pernah kata penyakit tu memang akan berulang sebab pada usia Aisy ni, antibodi sedang dibina. Dan dia tak cukup kuat nak lawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus atau bakteria. 

Berbekalkan stok ubat yang masih ada, aku berikan pada Aisy. Ubat dah nak habis, tapi Aisy masih lagi batuk! Dan ia berterusan selama hampir dua minggu!

Kebetulan masa nak hantar Aisy ke rumah Mak Jumaat lepas, Mak tengah tengok Nasi Lemak Kopi O dekat TV9.

Aku dengar Farah Diana Anuar (dulu dikenali sebagai Farah AF) kata, "Anak saya selalu batuk berkahak kebelakangan ni, saya akan kongsikan petua bagaimana nak kurangkan batuk tu lepas ni."

Dengar aje dia cakap macam tu, aku terus pesan pada Mak suruh dengar petua apa yang dia nak bagi. Aku nak tengok tak sempat sebab dah lambat nak pergi kerja! Hehe!

Balik aje kerja aku terus tanya Mak petua yang Farah bagi. Mak kata dia suruh goreng bawang putih dengan minyak yang sedikit.

Lepas minyak dah sejuk, sapukan pada bahagian dada dan belakang baby. Tapi hanya sapu pada waktu malam sahaja! Kata Mak lagi, tu petua turun temurun Farah.

Aku rasa tak ada salahnya cuba, lagipun Aisy dah dua minggu batuk berkahak.

Malam tu Encik suami ajak pergi klinik ambil antibiotik. Doktor nasihatkan ambil gas sebab Aisy agak susah nak bernafas. 

Hari Sabtu baru aku berkesempatan sediakan benda seperti yang diberitahu oleh Mak pada aku. Malamnya aku sapu pada Aisy. Malam kedua pun aku buat benda yang sama.

Petua Untuk Kurangkan Batuk Berkahak

Hari Isnin bila nak pergi kerja, aku perasan malam tadi Aisy tak batuk lagi.

Pagi bangun pun dia ceria aje. Mujarat betul petua Farah Anuar niTak tahulah disebabkan antibiotik atau gas. Tapi aku rasa seronok!

Tengahari aku tanya Mak perkembangan Aisy, dia cakap Aisy elok aje dan tak batuk lagi. Alhamdulillah! Lega dengar! Sampai hari ini Aisy nampak okay berbanding sebelumnya!

So pada parents lain yang mungkin mengalami masalah yang sama, mungkin boleh cuba petua ni! All the best!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Balik Kampung! (^_^)

9:36:00 pm Yana Yani 0 Comments

Petang Sabtu baru ni kami sekeluarga balik ke kampung Encik suami. Sebenarnya memang tiap-tiap minggu kami balik, cuma kali ni kami tidur di sana.

Lagipun kali terakhir kami tidur dekat sana, hari raya tahun lepas. Mak mentua aku pun selalu dok tanya bila nak tidur rumah dia. Baru minggu lepas dapat peluang tidur dekat sana.

Sebab utama kenapa kami jarang tidur di rumah Mak Encik suami disebabkan jarak yang dekat. Tak sampai setengah jam pun! Lepas tu rasanya lagi selesa rumah sendiri, walau rumah tu buruk or sempit!  

Afif pun tak berapa nak tidur rumah Nenek dia. Mesti bising ajak balik! Tapi hari tu dia seronok aje, sampai tidur pun lambat! Dekat pukul 1 pagi baru tidur, main aje!

Bila tanya kenapa dia tak tidur lagi dia jawab, "Macam mana Afif nak tidur. Tak mengantuk lagi!"

Budak bertuah!

Sebab takut dengan Papa, laju aje buat kerja sekolah! Cuba kalau dengan Mama, mesti macam-macam alasan dia bagi!
Sempat lagi buat "pakatan sulit" dengan sepupu dia, Rayyan!

Petangnya pula, Encik suami ajak kami pergi Aeon Bukit Raja cari ubat untuk Afif. Ubat apa? Aku akan ceritakan di lain entry. Tunggu ajelah ye!

Kami pergi dengan Annur dan Anis sekali. Lama juga dekat situ sebab temankan Annur shopping! Tapi seronok juga bila sekali sekala keluar ramai-ramai macam tu!

Paling best tengok reaksi anak-anaklah! Rasa bahagia aje!

"Angin" Afif tengah tak betul sikit time ni
Senyuman ni lah yang buat aku dok teringat sepanjang masa!
"Mama ambil gambar Afif dekat dinosour!" kata Afif bila dia nampak aje "benda" ni 

Malam bila sampai rumah, aku terus cari bantal. Penat betul rasanya! Bunyi mercun berdentum berdentam puna aku tak peduli, hanyut dalam alam mimpi!

Lagipun pinggang aku sakit sangat. Mungkin sebab terlalu "aktif" dua tiga hari ni

Oh ya, tunggu entry aku besok, sebab nak share satu petua dengan readers semua. Till then, bye!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Nak Pergi Sekolah! (^_^)

11:01:00 pm Yana Yani 2 Comments

Hari ini ada sambutan Maulidur Rasul di sekolah Afif. Ikut hati, aku malas nak bagi Afif pergi bila dapat surat jemputan untuk acara ni minggu lepas.

Disebabkan "kemalasan" tu, aku terlupa langsung tentang acara tu. Aku hanya teringat bila Mak beritahu dia nampak Afif tengah buat raptai untuk perarakan.

Afif begitu teruja dengan acara ni. Beria-ria dia kata nak pergi.

"Afif nak pergi sekolah Mama! Best pergi jalan dengan kawan-kawan, dengan cikgu" kata dia bila aku kata tak payah pergi.

Disebabkan semangat dia tu, aku turutkan aje! Dan buat pertama kalinya juga kami sampai awal ke sekolah! Orang first tu!

Aku pun ikut juga berarak! Jauh juga berarak tadi, pusing beberapa blok rumah! Semput aku dibuatnya! Nampak sangat tak pernah buat exercise! HeheNi sekarang pun rasa penat lagi!

Apapun rasa seronok juga ikut berarak! Especially bila tengok keceriaan Afif. So hari ni nak share dengan readers semua gambar Afif di sambutan Maulidur Rasul peringkat Pasti Al-Hikmah

Semangat nak pergi sekolah hari ni
Sebelum berarak, kita makan dulu!
Sempat lagi main tu sebelum berarak
Budak perempuan depan sekali tu, aku dah chop buat calon menantu! Hehe!
Semua sedia!
Tiba-tiba dia buat muka sedih pula!
Sempat lagi Mama snap gambar time berarak! Hehe

Disebabkan kepenatan, masak pun lambat hari ni. Menu paling senang, masak paprik! Campak aje semuanya dalam kuali! Lepas tu tunggu masak aje! Hehe!

Kalau nak tahu cara-cara buat paprik lebih kurang macam aku buat, bolehlah jengah ke blog kawan aku ni. Bezanya aku tak rajin nak mesin-mesin! Hehe! Semua potong dengak ketuk je, lepas tu campak! Settle!

Lepas tu makan pula dengan telur dadar! TERBAIK!


 

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Tak Boleh Tahan: Part IV (^_^)

11:33:00 pm Yana Yani 0 Comments

Untuk previous entry, klik sini

19 Jan 2013 - Hari ini Afif nampak sihat! Suhu badan okay aje dalam tempoh 24 jam ni. Ada chance boleh balik ni! Hehe! Cuma gatal-gatal still tak berapa nak okay lagi!

Tapi aku dah rasa seronok bila tengok dia dah mula nak main.


Lagi seronok bila tengok senyuman dia pun dah mula terukir! Tak tahu nak gambarkan perasaan bila tengok anak dah mula nampak sihat. Rasa macam nak melompat pun ada!


Kedatangan doktor pakar pada hari tu memang paling aku tunggu kalau nak banding hari-hari lain dalam tempoh "pertapaan" kami di sini. Sebab doktor pakar aje boleh bagi approval.

Tak sabar rasa nak tunggu dia kata, "Okay, boleh balik!"

Encik suami yang datang sejak dari awal pagi walau penat balik dari kerja shift malam kata, doktor tak akan bagi balik sebab Afif still gatal-gatal lagi. Aku buat tak dengar aje!

Lagipun aku rindu sangat dekat Aisy especially dia punya senyuman yang boleh buat lemah kaki tangan aku! Rasa macam dah lama sangat tak jumpa dia. Kesian dia kena tinggal.

Bila nampak aje kelibat doktor, aku punya keterujaan tu tak tergambar! So bila sampai aje turn doktor untuk visit Afif punya katil, aku yang tersengih lebih-lebih!

"Adik, apa khabar hari ini?" tanya doktor tu sambil memeriksa badan Afif.

Afif hanya diam seribu bahasa. Memang itulah reaksi Afif bila jumpa dengan orang yang dia tak familiar. Tapi kalau dekat rumah, dialah "hero" bercakap! Semua benda boleh jadi bahan cerita dia!

Sebab tu kalau orang yang tak kenal Afif akan kata Afif pendiam!

"Macam mana perkembangan anak puan sekarang? Ada perkembangan tak?" tanya doktor tu kepada aku bila soalan dia tadi tak dapat respon daripada Afif.

"Alhamdulillah doktor. Nak compare dengan masa first day dia dekat sini, memang banyak sangat improvement!" jelas aku sambil mengusap dahi Afif.

Jawapan aku dibalas dengan anggukan dan senyuman. Carta suhu Afif disemak beberapa kali dan sekali lagi senyuman diberikan.

"Kalau macam tu okaylah. Kita bagi balik! Suhu badan dia pun nampak okay ni" kata doktor tu sambil mencatit sesuatu pada fail Afif.

Wah, aku rasa macam nak lompat aje bila dengar doktor kata macam tu! Melampau betul Mama Afif ni! Hehe!

"Tapi dia still gatal-gatal lagilah doktor" tiba-tiba Encik suami menyelit.

"Sakit ni memang akan ambil masa untuk pulih sebab dia melibatkan virus. Kalau bakteria dia kejab aje, virus memang macam ni. Sekurang-kurangnya dua minggu. Kita akan bekalkan antibiotik, he should be okay" jelas doktor tu panjang lebar.

Kami hanya mengangguk tanda faham. Afif pula senyum lebar aje bila dapat tahu boleh balik.


Petang tu bila sampai aje rumah, rasa seronok sangat! Siapa yang pernah tinggal dekat hospital sebab jaga orang sakit mesti faham perasan aku time tu! Anyway, lupakan pasal aku sebab entry ni pasal Afif! Hehe!

------------------------------------
Untuk makluman, Afif masih lagi tak berapa sihat untuk minggu yang berikutnya. Suhu dia tak begitu stabil and of course gatal-gatal yang dia alami buat dia jadi resah sentiasa.

Tapi sekarang, Alhamdulilah! Dah melasak balik, which is good! At least aku tahu dia sihat bila dia dah mula melasak. Pergi sekolah pun dah okay sekarang ni tak ada macam beberapa miggu lepas.

Apapun, aku anggap semua ni adalah dugaan untuk kami sekeluarga. Mula-mula Aisy dengan pneumonia, lepas tu Afif pula dengan scarlet fever. Sebelum ni aku tak pernah tahu pun pasal penyakit-penyakit tu.

Sekarang dah kategori expert dah! Hehe! Apapun terima kasih tak terhingga pada semua atas kasih sayang dan keprihatainan semasa Afif di Wad 6B Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Terutama Encik suami! Penat balik dari kerja shift malam pun sanggup terus datang hospital setiap hari menemani kami sepanjang kami berada di hospital. You are the BEST Papa!

Buat Aisy yang setia menanti Mama dan Abang! Tak lupa juga buat family tersayang yang sentiasa memberi support dari setiap segi!

Lastly buat readers yang sudi meluangkan masa membaca cerita aku niThank you so much!

-TAMAT-

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cendol Durian Borhan di Sungai Buloh

5:10:00 pm Yana Yani 2 Comments

Sebelum ni aku ada cerita pasal Encik suami nak belanja kita orang makan cendol kan? Hari ni aku cerita gerai cendol yang kita orang pergi tu. Tak lain dan tak bukan, Cendol Durian Borhan!

On the way balik dari rumah Wak aku di Kampung Bukit Kuching, kami singgah di gerai ni yang terletak di Sungai Buloh, Jeram.

Based daripada signboard yang dipasang, ni kemungkinan cawangan keempat!

Cendol Durian Borhan di Sungai Buloh

Warung asal dia terletak di Pasir Penambang (kalau aku tak silaplah! Hehe!) Sebab first time nak rasa keenakan cendol yang heboh diperkatakan ni, so perasaan excited tu memang ada!

Yelah nak tahu jugalah, apa yang sedap sangat sampai orang sanggup parking tepi jalan raya yang sibuk semata-mata nak makan cendol dia! Anyway, aku tengok menu pun dah rasa excited!

Cendol Durian Borhan di Sungai Buloh

Bila hidangan sampai, terus aje lahap! Sampai lupa nak ambil gambar! Masalah sungguh aku ni! Hehe! Tapi dekat sini bukan setakat cendol aje, ada macam-macam menu lain yang boleh dicuba!

Tapi jujur aku kata bagi yang first time makan, Cendol Durian Borhan ni memang TERBAIK! Aku puas hati tang rasa! Tapi adik aku Dayah yang tinggal dekat dengan cawangan asal kata, rasa dia kurang sikit!

Tapi ada aku kisah! Janji tekak aku kata SEDAP!

Cendol Durian Borhan di Sungai Buloh

Kedai ni pun full house memanjang! Keluar aje orang, datang orang lain! Tu dah menggambarkan betapa menarik dan tertariknya cendol yang ada jual dekat kedai ni.

Cendol Durian Borhan di Sungai Buloh

Rezeki kita orang, time sampai memang dah ada meja kosong. Kalau tak, confirm kena tunggu!

Cendol Durian Borhan di Sungai Buloh

Tapi mata aku tak berapa berkenan dengan beberapa perkara. Al-maklumlah, kerja dalam bidang customer service managament ni memang dok buat mata aku automatik "menilai" sesuatu.

First sekali cara dia orang handle customer! Dengan langsung tak bagi senyuman! Alahai, apa ke susah nak senyum tu! Lepas tu datang ambil order pun dah macam samseng aje.

Paling aku tak berkenan adalah environment dia! Kalau dah mampu buka banyak cawangan, tak akan tak mampu nak menaikkan taraf kedai! Sedih aku tengok kedai dia!

Cendol Durian Borhan di Sungai Buloh

Macam tak menggambarkan langsung kedai yang boleh dapat pendapatan RM20k sebulan! Ni kalau pelancong datang pun, menangis juga dia orang aku rasa!

Apa salahnya melabur untuk kecantikan kedai! Bagilah customer selesa sikit. Bila customer rasa selesa, automatik cerita tu akan tersebar! Advertise dari mulut ke mulut lagi menjadi!

So owner kedai kenalah lebih initiative sikit kalau nak menjenamakan produk dia! So aku bagi lima bintang untuk rasa, tapi dua bintang aje untuk environment!

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

CNY: Our Style II (^_^)

4:12:00 pm Yana Yani 4 Comments

Disebabkan kepenatan round satu Uptown, kita orang satu family tidur tak sedar apa-apa dah! Letih sungguh rasanya! Klik sini untuk baca previous entry.

Tapi aku jenis manusia kalau tidur, bunyi bising sikit aje confirm terjaga! Tak kiralah penat macam pun, memang akan terjaga punya. So nak dijadikan cerita, aku terdengar Aisy merenggek.

Aku jenguk katil sebelah, nampak Aisy tengah merenggek. Aku datang dekat and rasa suhu badan dia, panasnya! Aku terus ke dapur and selongkar freezer cari ubat.

Jumpa aje ubat dicari, terus masukkan ke bahagian dubur Aisy. Letak kain basah atas kepala dia. Teringat pesan doktor masa dekat hospital dulu.

"Kalau anak demam, sentiasa letak tuala basah. Jangan biarkan sebab boleh kena sawan. Once dah kena sawan, akan susah nak cureNi baju-baju ni semua buka tinggalkan diaper aje. Bagi haba dia keluar" masih terngiang lagi kata-kata doktor tu di telinga aku ni.

Tak lama lepas tu, Aisy punya suhu badan menurun. Aku sambung tidur lagi! Sedar-sedar aje dah hari dah terang menerang dah! Aisayman! Macam mana boleh terbabas tidur ni!

Tak lama kemudian dapat call dari Mak suruh keluar rumah dalam pukul 11.30 pagi. Wah, kelam kabut kami anak beranak bersiap! Aisy pun aku nampak dah mula nak main. Lega sikit!

Tepat pukul 11.30 pagi, Angah dengan Anis dah muncul depan pintu rumah aku! Wah, punctual betul budak-budak ni! Aku tak bersiap lagi! 

Dekat pukul 12 tengahri jugalah baru kita orang siap! Kesian Angah dengan Anis, cair make up dia orang! Hehe! Mak dengan adik-adik lain dah jalan dulu dah!

Mesti readers tertanya-tanya ke mana kita orang pergi RAYA ni kan?

Sebenarnya kita orang nak ke rumah kakak ipar Abah di Kampung Bukit Kuching. Dia ada buat kenduri cukur jambul untuk cucu baru dia. Kira macam pergi menziarah sanak saudaralah, kan tajuk dia CNY! 

Sampai aje, si Afif lah paling seronok sekali! Sebab dia BEBAS! Aku pun tak larat nak kata JANGAN! Bak kata adik lelaki tunggal aku Syafie, "Dia kan belajar daripada bermain!"


Tapi kita orang semua pun happy sebenarnya! Bukan selalu dapat balik kampung macam ni! Sejuk aje udara dia! Yang penting kita orang dapat berkumpul as a family! Tu yang paling penting!

Orang lain sibuk merewang, kita orang pula tolong tengok aje! Boleh tak macam tu? Hehe! Kita orang banyak dok lepak aje lagipun suka sangat udara dekat sini! Sejuk!


Aisy pula tak boleh langsung nak berenggang dari aku. Mungkin dia masih lagi rasa tak berapa sihat. Bila orang lain pegang aje dia mula merenggek. Budak bertuah!


Lebih kurang dalam pukul 4 petang kita orang bergerak balik. Paling best bila Encik suami ajak singgah ke warung cendol popular. Dekat mana? Jeng Jeng! Kenalah tunggu kalau nak tahu jawapan!

Aku akan cerita pada entry yang lain!

Anyway aku rasa belum terlambat lagi nak wish kepada semua yang merayakan perayaan tahun baru cina ni, may all of you have a happy and properous Chinese New Year! Gong Xi Fa Chai!

-TAMAT-

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...