Pengaruh Kathy Rbain (^_^)

11:53:00 pm Yana Yani 12 Comments

Pagi tadi sebelum mula kerja aku singgah kejab blog aku ni. Niat dihati nak baca entry yang aku post petang semalam

Macam dah jadi satu habit dok syok baca entry sendiri. Hehe!


Time sampaikan dekat Blogger Dashboard, aku pelik tengok tiba-tiba followers ramai.

Mana datang diorang ni? Dalam tempoh satu hari ada sembilan orang follow blog aku ni.

Pelik bin ajaib ni!

Followers aku tak ramai, so pertambahan satu angka pun memang tersangatlah perasan.

Rupa-rupanya puan Kathy Rbain reviewed blog aku untuk kedua kalinya! TERHARUNYA! Masa first time baca, aku rasa badan aku macam dilambung.

Kembang kejab bila baca entry dia pasal pengisian dalam blog ni. Aku rasa lebih daripada sepuluh kali aku ulang baca entry puan Kathy Rbain tu. Siap boleh hafal! Hehe!




Sebelum ni dia reviewed dekat Diari Resipi sekarang dekat Coretan Hati Kathy pula.

Puan Kathy Rbain ni ternyata cukup berpengaruh. Sebab entry dia tu, page views aku untuk hari ni tiba-tiba tinggi! TERIMA KASIH!

APPRECIATE sangat! 

Puan Kathy Rbain, hargai sangat masa yang digunakan untuk penulisan entry tu. Semoga persahabatan kita di alam maya ni berkekalan. Meh datang Klang, saya belanja teh tarik. (^_^)

-----------------------------

Top Commenter

Puan Kathy Rbain adalah orang yang paling kerap singgah sini. Tiap entry aku mesti dia akan komen. So bila dia dah selalu komen dekat blog aku ni, aku rasa I should do the same

Tak ada unsur paksaan kat situ, cuma aku malu sendiri. Hehe! Lagipun aku suka tengok cerita dia pasal masakan sebab aku tak pandai masak! Fakta tu! Hehe!

Wajah Blog

Yang ni memang teramatlah betul. Aku memang tak pandai. Takut nak usik coding dalam blog ni. Kang dia bertukar jadi alien siapa nak jawab. Hehe!

Mujur kenal dengan puan Fiza Ismail yang dok jadi sifu aku dalam dunia blogging ni. Lepas tu dengan hasil tangan Cik Rose Cute, maka blog ni jadi macam yang korang nampak sekarang.

Entry Panjang

Part ni, I can't help myself. The minute aku tekan keyboard laptop ni, memang akan jadi panjang bin lebar lah entry aku ni. Tak retilah nak tulis pendek.

Aku dalam dunia nyata pun memang agak talkative but it will be depend dengan topik atau isu ye. Hehe!


Dulu aku ada journal aku sendiri. Dalam tu pun aku tulis panjang lebar. Banyak yang aku coretkan di situ cuma sekarang aku transform kan dia dalam blog ni.

Followers

Populariti bukan matlamat aku. So aku tak kisah berapa ramai follow aku. Tapi one thing for sure, once korang dah follow, definitely aku akan follow balik.

Apapun aku memang akui bila tengok followers atau page views tinggi, keterujaan tu tetap ada. Macam puan Kathy Rbain memang nampak sangat dia berusaha untuk sampai stage dia sekarang.

Lagipun penulisan di dalam blog ni lebih kepada perkongsian dengan readers tentang kehidupan peribadi aku terutama dengan anak-anak yang sedang membesar. Siapa nak baca? Hehe!

Apapun terima kasih kepada sesiapa yang follow blog aku ni

-----------------------------

 Okay, cukup! Tengok, entry ni pun dah panjang! Hehe! Jumpa lagi di next entry ye

P/S - Kawan biar ramai, kasih hati biar satu. Hehe!

12 comments:

  1. tahniah,,,,,,,,moga bertambah rezeki......salam blogging.

    ReplyDelete
  2. hehehe ko mmg suka buat entri panjang berjela kan.. dulu aku camtu gak... lama2 pendek je.. hahaha

    ReplyDelete
  3. alahai..entri biasa je tu sis..kebetulan kathy memang suka baca entri sebegini..rasa seperti berkongsi cerita famili..serius,seronok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada biasa...TERBAIK!
      saya SUKA! =)

      Delete
  4. itulah namanya rezeki kan?? dia tak datang dalam bentuk duit jer.. Sama lah saya kalau tulis entri tak boleh pendek2 rasa tak macam tak lengkap je penjelasan. Yelah.. blog saya lebih bertema memberi pendapat & pandangan peribadi pada isu2 yg di tulis. Kang pendek2 jadi salah faham pulak.. dalam dok berjela taip pun ada yg salah paham lagi. kekekekek.. apapun tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...alahmadulillah
      kan...pendek macam tak ada feel! hehe
      tapi kan saya suka baca entry cik lekit walau panjang berjela =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...