Tua Sudah! (^_^)

11:38:00 pm Yana Yani 0 Comments

Keputusan rasmi PRU-13 dah pun diketahui. Tapi aku tak berminat nak membincangkannya hari ni. Aku akan cari hari yang sesuai untuk kupas isu-isu yang berkaitan PRU kali ni.

Hari ni aku lebih berminat nak cerita tentang sambutan hari jadi orang yang paling aku sayang dan hormati di di dunia ni, tak lain dan tak bukan Encik suami.

Ikut perancangan asal nak buat suprise tapi tak jadi sebab hari ni cuti. Kalau tak tinggal beli aje kek on the way balik kerja. Tapi nak buat macam mana, kita hanya merancang!

Encik suami bukanlah jenis sukakan sambutan hari jadi. Kalau orang lain sibuk dengan makan kek dan yang sewaktu dengannya. Dia lebih suka melakukan aktiviti outdoor dengan family.

So macam tahun-tahun sebelumnya, tahun ni juga dia celebrate birthday dia dengan cara dia yang tersendiri. Dia bawa kami anak beranak plus Acu ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Tak buat apa-apapun dekat sini. Just ronda-ronda and cuci mata aje. Mata aku lebih berminat dengan jualan awal untuk Hari Raya, terutama baju-baju yang cukup menggoda nafsu! Hehe!

Nasib baik poket kosong! Kalau tidak, selamat dah! Hehe!

Balik dari Alam Sentral, Encik suami ajak ahli keluarga aku makan dekat luar. Tapi malangnya Mak dan Abah tak dapat ikut sebab tak berapa sihat.

Apapun SAYANG, selamat hari TUA! Oopps, selamat hari jadi!

Semoga panjang umur sampai boleh tengok cucu cicit, murah rezeki, sihat walafiat dan paling yang penting sekali ingat AYANG sayang BANGAT sama SAYANG! Muaahhh!

Aisy dengan Afif pun SAYANG Papa sangat-sangat! You are the BEST!

Acu, Afif, Mama dan Aisy on the way to Alam Sentral!
Kegilaan baru Afif, Ultraman!

Aisy tengah cuak!
Encik suami melayan karenah anak dara  
Abang Ipar dan Adik Ipar setia menanti order tiba
Favourite aku dekat restoran ni, Laicikang

Entah apa ke nama dia, aku balun aje!


0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...