Kena Reviewed! (^_^)

11:07:00 pm Yana Yani 6 Comments

Blog aku kena reviewed! Hehe!

Sungguh tidak ku percaya! Bukan apa, ni adalah first time blog aku kena reviewed semenjak beberapa bulan aktif berblog ni.

Siapa yang reviewed? Puan Kathy iaitu empunya blog Dairi Resipi!

The truth is aku teramatlah excited bila Puan Kathy beritahu dia nak review blog aku! Yelah, nak juga tahu pandangan orang tentang blog aku ni.

Mesti readers pelik macam mana blog macam ni boleh kena review, ye dak? Sebenarnya secara kebetulan aku tinggalkan link blog aku ni dekat satu entry dia. Klik sini kalau nak baca entry tu.

Disebabkan syarat yang dikenakan bukan tahap boombastic, aku pun tinggalkan link aku tanpa langsung perasan yang aku kena tinggalkan link before 11:30pm. Bila dah tinggalkan baru perasan! Hehe!

Disebabkan Puan Kathy kita ni teramat generous, dia tetap review walaupun dah lepas masa yang ditetapkan! Terima kasih banyak-banyak! Really appreciated it! Ia satu penghargaan bagi aku!

Readers pun boleh terjah blog Puan Kathy sebab dia memang rajin buat macam-macam segmen dan giveaway. Manalah tahu lepas ni readers punya turn pula kan?

----------------------------------------------

Terlanjur dah bercerita pasal blog ni, aku nak cerita serba sikit tentang tujuan aku berblog ni. Kalau tak silap aku pernah cerita sejarah blog aku sebelum ni. Klik sini kalau still minat nak baca.

Aku berblog lebih kepada untuk kepuasan diri sendiri sebab secara jujurnya aku memang minat dalam bidang penulisan. Dengan berblog, hopefully dapat asah balik bakat menulis semulajadi (kata cikgu aku dulu lah! Hehe!) yang dah mula tumpul ni.

Lagipun blog ni lebih ke arah peribadi, siapa nak baca ye dak? Awak bukan artis! Hehe! Disebabkan tu juga aku tak berapa nak minat join sebarang segmen atau giveaway especially bila syarat yang dikenakan terlalu ketat!

Pun begitu harus aku akui page viewer aku dah makin meningkat selepas aku tinggalkan link dekat blog seperti Emas Putih, Dairi Si Froggie dan terbaru Diari Resipi

Jujurnya aku "buta" IT sebab tu aku ambil masa yang teramatlah lama untuk post entry walaupun tapak dah terbina sejak 2008.

Hanya selepas dok kenal sifu aku Fisa Ismail, barulah blog aku jadi seperti apa yang readers nampak atau lihat atau yang seumpamanya sekarang ni.

Puan Fiza lah yang tak jemu dok mengajar aku dari A sampai ke Z dunia blog ni. Thank you so much sifu! Sebab kebutaan aku dalam dunia IT, aku tak berani nak sentuh benda yang dah sedia ada dalam blog ni.

So kalau ada sesiapa nak menolong, memang teramatlah dialu-alukan! (^_^)

6 comments:

  1. ok sis..terima kasih atas entri ni..terbaiklah..ye,betul tu..kadang2 kita takut nak ubah apa2 kat blog kita takut kesannya jadi lain,apatahlagi jika bukan kita yang buatnya. macam seorang blogger ni,dia pun macam sis,tau buat entri je,last2 kathy tolong dia editkan blognyer sikit2..hehehe..kathy pun sama,tak suka join segmen yang rumit syarat2nyer..dah macam nak minta kerja pulak bila join segmen sebegini...apapun keep up blogging,blog sis dalam perhatian kathy..hehehe..

    ReplyDelete
  2. sis...kalau nak bantuan kathy sis emel kan emel dan password blog sis kat kathy di iqalovelah@yahoo.com..inshaaAllah,kathy bantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke boleh tlg ni...blh la juga kot. berapa charge nyer

      Delete
    2. takda cajnye sis..kathy tolong mana mampu je sis..hehe..

      Delete
    3. biar bebenor ni...hehe...excited nyer. Alright nanti saya email. thanks ye sis

      Delete
    4. tak pun sis pm saya kat fb je..
      https://www.facebook.com/HasilPenaKu

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...