Cara Kami II (^_^)

10:08:00 pm Yana Yani 0 Comments

Selepas melalui pengalaman "kelaparan" sepanjang perjalanan menuju ke kampung tercinta, kami akhirnya selamat sampai ke kampung halaman. Syukur Alhamdulillah!

Kami singgah dulu di kedai runcit Atuk. Nampak aje cikai, tapi jangan main-main. Sumber utama penduduk kampung di sini untuk membeli barangan keperluan harian tau!


Masa sampai tu ternampak Syafie tengah bakar ikan dekat tepi kedai Atuk sambil diperhati oleh kuda. Eh silap, Abang De! (Hehe, jangan marah!)



Mak pula baru aje siap masak ikan patin tempoyak. Bau dia, walawei! Sukar untuk digambarkan. Menyesal pula makan KFC tadi.

Nak sumbat lagi dah tak boleh dah, perut sudah penuh! Tengok ajelah jawabnya!

Orang lain time raya macam ini makan lemang ketupat, kami makan patin masak tempoyak dengan talapia bakar. Korang ada? Tak ada kan? Hehe

Lepas makan-makan, kami pun berangkat ke rumah Atuk yang sekarang dihuni oleh Ucu dan isteri. Ucu merupakan adik Mak yang paling kecil. Aku dan Ucu sebaya.

Selepas kematian Nenek, Atuk tak pernah lagi ke rumah itu. Terlalu banyak kenangan beliau dengan arwah Nenek. Atuk lebih banyak habiskan masa di kedai beliau. Makan dan tidur semua dekat situ.


Rumah ini walaupun bukan rumah asal adalah tempat di mana aku dan Angah di lahirkan. Rumah ini telah menyimpan banyak kenangan kerana kami banyak menghabiskan zaman kanak-kanak kami di sini.

Malam itu aku dan Encik suami tidur awal. Tak larat rasanya nak buka mata walau aku perasan ada saudara-mara yang datang berkunjung ke rumah Ucu ini. Nak buat macam mana, penat!

Pagi tu bangun kami bersiap untuk balik ke Klang Selangor. Satu malam aje dekat kampung kali ini. Tak rasa puas pun sebenarnya tapi terpaksa juga balik sebab ada banyak urusan lain dan yang paling penting nak elakkan jam!

Afif paksa Aisy pandang kamera

Mak dengan Ucu

Ayah De buli Aisy! 

Afif salam Tok Yang sebelum berangkat pulang
Kami berangkat pulang agak awal sebab nak singgah ke Jeram Besu yang terletak di bandar Raub. Aku akan ceritakan dengan lebih details tentang Jeram Besu dalam entry yang lain.

Dalam perjalanan balik tu sempat juga ambil gambar Gua Bama yang terletak di Mukim Telang untuk tatapan pembaca blog aku ini.

For your information, Gua Bama ini merupakan gua batu kapur dan agak popular dengan cerita-cerita mistik di kalangan penduduk setempat.


Alhamdulillah perjalanan balik ke Klang Selangor smooth aje. Kami singgah sekejab di hentian rehat Bentong.

Memang di sini adalah tempat yang biasa kami berhenti untuk solat dan makan bila nak balik ke Klang.



Lepas makan dan rehat sekejab, kami berangkat pulang.

So, macam itulah cara kami sambut Aidiladha kali ini. Agak simple tapi itulah cara kami! Yang penting dapat berkumpul yang entah bila berpeluang lagi untuk lakukan perkara yang sama.

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bonjour! (^_^)

9:40:00 pm Yana Yani 0 Comments

Siapa pernah pergi Paris angkat tangan macam ini \o/ 

Apa? Tak pernah? Aku pun tak pernah! Samalah kita ye. Hehe. Entah bila agaknya dapat pergi Kota Paris yang juga dikenali sebagai Kota Cinta.

Anyway, aku nak share satu benda yang menarik berkaitan dengan Eiffel Tower ni.

Apa yang kamu semua perlu buat hanya klik pada link dekat bawah gambar. Gambar mana? Lah gambar mana lagi, gambar dekat bawah tulah! Nampak tak?

Kalau tak nampak juga, tak tahulah aku nak kata apa.

Once dah klik, believe it or not kamu semua akan berada di atas Menara Eiffel sambil boleh melihat pemandang sekitar Paris! Menarik?

Memang menarik! Walau agak claudy tapi masih boleh lihat pemandang sekitar Paris dengan jelas dan terang! Jangan lupa klik juga setiap butang yang ada di bawah gambar. Cubalah!

Au Revoir!


0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cara Kami (^_^)

7:03:00 pm Yana Yani 0 Comments

Aidiladha kali ini terasa seronok sangat! Keterujaan nak balik ke kampung tu terasa menebal. Malam hari raya aku, Encik suami, anak-anak dan adik beradik yang lain berkumpul di rumah Mak dan Abah aku.

Meriah pula rasanya bila dah berkumpul ramai-ramai macam tu. Lagi best bila ada redang daging, rendang ayam dan sup tulang dari air tangan Mak. Wah, memang terbaik!

Lepas makan-makan, kami balik ke kampung Encik suami pula di Kampung Sungai Serdang, Selangor. Masa balik tu hujan lebat sangat sampai tak nampak jalan.

Sempat lagi Afif pesan Papa dia, "Papa bawa kereta elok-elok tau, jalan licin ni"

"Ye" jawab Encik suami sambil tersenyum.

Sampai aje di rumah Mak Encik suami, kami disambut dengan Khalis, anak kakak Encik Suami a.k.a best friend Afif. Wah, bukan main lagi bila dapat jumpa sepupu dia, tak ingat dunia dah. Main aje!

Bangun pagi aje sibuk "pakatan" ni cari katak keliling rumah Atuk. Atuk pun tersengih aje melayan cucu.


Bunyi takbir raya yang jelas kedengaran dari masjid berhampiran rumah Mak dan Abah Encik suami buat aku rasa sayu aje. Tapi perasan sayu tu hilang bila tengok anak bujang excited nak pergi masjid untuk sembahyang raya.

Aku mengiringi langkah Encik suami dan Afif untuk ke masjid dengan rasa bangga dan bahagia yang sukar untuk digambarkan.


Lepas sembahyang raya dan makan nasi lemak dari air tangan Mak Encik Suami, kami pun bergerak untuk ke Kuala Lipis. Tapi sebelum tu ambil Angah dan Annur dekat rumah Mak dulu. Mak dan Abah dah bergerak lebih awal sebab nak masak-masak katanya.

Lepas kunci pagar rumah dengan menggunakan kereta Angah. Oh salah ayat tu! Gunakan kereta Angah sebagai kunci. Eh macam salah juga! Lantaklah!

Yang penting tiada entiti yang tidak diingini masuk ke rumah kami sebab rumah kami tak ada pagar. Diulang, tiada pagar! So khemah yang tersergam di depan rumah kami cukup menggerunkan!

Siapa entiti tersebut akan aku ceritakan kemudian. Tunggguu! Hehe 

Berbalik kepada perjalanan kami ke Kuala Lipis, Pahang, everything smooth aje at the beginning. Kecuali cuaca panas dan ditambah dengan air-cond kereta membuat rasa mengantuk tahap gaban!

Tapi aku cuba tahan seboleh mungkin walau dah tersenguk entah ke berapa kali semata-mata nak temankan Encik suami drive. Silap hari bulan boleh tidur untuk selamanya. Encik Suami pun entah berapa kali menguap.

Baru nak sampai Bukit Tinggi dekat Lebuhraya Karak, jalan jem! Adoi!


Encik suami berhenti di Petronas sebab mengantuk sangat. Bagi dia rest kejab sebelum sambung perjalanan. Bercadang nak cari roti sebab dah masuk tengahari dan perut pun dah berkeroncong irama dangdut.

Apa? Licin rak roti? Ingat aku aje lapar.


Masuk bandar Bentong Angah suruh cari mana-mana kedai makan sebab dia dah kelaparan. "Wei cari kedai makan ye, aku belanja. Lapar sangat ni" kata dia.

Paling menyedihkan dari Bentong sampai ke Kuala Lipis kami tak jumpa satu pun kedai makan. Perut dah memainkan rentak rock! Nak tak nak terpaksa juga "melantak" KFC!

Erkkk. Alhamdulillah. Thank you Angah for the treat. Hehe!

Lepas masing-masing dah kekenyangan, kami pun sambung perjalanan. Lega rasa bila dah sampai ke kampung halaman.

Untuk makluman, aku dan Angah dilahirkan di kampung ini, Kampung Temperah, Kuala Lipis Pahang.



Macam mana kami celebrate Aidiladha di sini? Akan aku ceritakan kemudian.Tungguuu!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Alahai Aisy V (^_^)

4:54:00 pm Yana Yani 0 Comments

Kalau dalam entry sebelum ini aku cerita "kekejaman" doktor terhadap Aisy. Kalau ini aku nak cerita kecerian Aisy di hari-hari terakhir di Wad Pediatrik 6B Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Pada hari ketiga 15 Oktober, seperti biasa akan ada doktor pakar datang menjenguk selepas doktor lepasan siswazah. Doktor pakar kali ini yang berketurunan tionghoa memberitahu yang mereka akan meneruskan ujian tibi ke atas Aisy.

"Kita akan ambil sample kahak dari dia selama tiga hari berturut-turut dengan memasukkan tiub ke dalam tekak dia lepas tu kita sedut" kata doktor pakar tersebut.

"Sakit tak?" tanya aku. Beliau hanya menggelengkan kepala.

"Lepas tu kita akan cucuk sikit di bahagian lengan dia untuk ujian tibi. Kita juga terpaksa mengasingkan anak puan sebab kita takut virus tersebut tersebar kepada kanak-kanak lain" terang doktor pakar tersebut.

Aku mengangguk tanda faham.

Pagi itu aku dan Aisy dipindahkan ke bilik belakang di mana hanya aku dan Aisy sahaja penghuninya! Paling best aku ada katil aku sendiri! Wah macam ada dekat wad first class pula. Hehe! Bahagia ku rasa!

Berbalik pada Aisy, sejak diberikan antibiotik dia dah mula tersenyum. Dah mula nak main. Aku rasa seronok sangat.

Macam ni barulah anak Mama!


Petang hari ketiga aku didatangi oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan.

"Puan saya datang ni nak buat ujian tibi ke atas anak puan" sambil terus cucuk bahagian lengan Aisy.

"Dia akan sakit sikit bila ubat ni mengembung" kata beliau sambil membulatkan tempat dicucuk dengan pen.


"Tempat yang dicucuk tu jangan dikenakan air atau apa-apa bahan beralkohol seperti tisu basah" terang beliau. "Puan tak usah risaulah" kata beliau sebelum meninggalkan aku dan Aisy.

Hari keenam 18 Oktober, aku diberikan berita yang menggembirakan.

"Puan, dua ujian kahak ke atas anak puan adalah negatif. So hari ini kita benarkan anak puan balik. Tapi dia kena habiskan antibiotik yang kita akan berikan dalam bentuk syrup" terang doktor pakar tersebut.

"Alhamdulillah" spontan aku menjawab. Tetiba Aisy menjerit keriangan. "Eh kamu faham ke apa doktor cakap?" tanya doktor pakar tersebut sambil mencuit pipi Aisy disusuli ketawa.

Aku excited sangat dapat balik. Aisy pun macam tu. Beria-ria dia tolong aku mengemas. We are coming home!


Sebelum balik aku dibekalkan surat pengesahan dan kad temujanji untuk follow up.



Malam tu aku dapat tidur dengan lena di rumah dan atas katil sendiri. Wah best sangat! Aisy dan Afif pun excited sebab boleh bergusti atas katil balik.


Apapun aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang concern especially family members yang banyak bagi support.

Tak lupa pada staff nurse Wad Pediatrik 6B yang sentiasa ceria, helpful and friendly. You all memang terbaik! Juga pada student medical dari MMU yang sentiasa datang menceriakan Aisy especially pada yang bagi toy pada Aisy (sorry lupa tanya nama!)


All the best and hopefully you all baca entry ini!

Apapun terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak! Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. (^_^)

-TAMAT-

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Lukisan 3D Yang Menarik (^_^)

8:10:00 am Yana Yani 0 Comments

Rasa terharu bila Abah baca blog aku hari tu. Bangga pun ada juga! Entry kali ini nak tujukan khas untuk Abah tersayang!

Abah minat sangat dengan lukisan.

Sejak dia dah bersara, dia suka melukis walau hanya meggunakan pensil dan drawing board. So Abah, dekat bawah ini ada beberapa keping lukisan dari artis berketurunan Dutch, Ramon Bruin.

Lukisan 3D dekat bawah ini sangat menarik. Sekali tengok macam real aje, tapi bila pandang betul-betul ianya hanyalah lakaran dari pensil di atas beberapa keping kertas.

Tak percaya? Cuba tengok


Amacam? Mengagumkan betul tak? Kalau rasa tak cukup puas, Abah boleh klik sini dan sini.

Next time Along upload Abah punya lukisan pula ye (^_^)

Sumber: Yahoo! News

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Rindu Atuk! (^_^)

12:45:00 am Yana Yani 0 Comments

Tengah dok belek-belek gambar lama, terjumpa gambar lama Atuk tengah bagi pose special ini. Rasa rindu pula dekat Atuk.


Rasa tak sabar nak balik ke Kuala Lipis, Pahang sempena Hari Raya Haji ini. Memang dah agak lama plan nak balik ke sana. Lagipun Raya Puasa hari tu kami tak balik.

Kalau tak silap, last kami balik sebelum puasa hari tu. Lama juga dah tak balik. Afif pun sibuk dok tanya bila nak jumpa Tok Yang. Dulu tiap kali tahu kami nak balik ke kampung, Atuk adalah antara orang paling sibuk sediakan pelbagai juadah untuk kami.

Lemang, rendang kawah dan sup tulang adalah antara makanan yang akan dia sediakan. Mengingatkannya saja dah buat meleleh air liur. Atuk memang terror bab tu!


Tapi tu dulu, masa arwah Nenek ada lagi. Lepas Nenek pergi kira-kira dua tahun dulu ketika umat Islam menyambut Hari Raya Haji yang kedua kerana kanser perut, Atuk dah tak ceria macam dulu.


Dia pun makin tak sihat. Kesihatan dia tak stabil sejak kebelakang ini lebih-lebih lagi selepas hilangnya tunjang utama dalam hidup dia. Sukar nak lihat dia tersenyum macam dulu lagi.


Kalaulah atuk dapat baca semua ini, Along nak Atuk tahu yang Along sayang sangat dekat Atuk! Tunggu kami balik ye!

Apapun dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia yang baca dan paling penting faham entry ini. Berhati-hati di jalan raya!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Alahai Aisy IV (^_^)

12:24:00 am Yana Yani 0 Comments

Lepas dah tahu Aisy sakit apa (klik sini kalau belum tahu lagi), aku mula tak keruan. Semua serba tak kena. Terasa macam satu dunia menyalahkan aku.

Pagi 14 Oktober itu, selepas kedatangan doktor pakar, aku didatangi seorang doktor lepasan ijazah. "Puan, kita nak ambil darah anak puan" kata doktor tersebut sambil cuba mendukung Aisy. Tangisan Aisy mula kedengaran bila doktor tersebut cuba memegang dia.

"Tak apa, biar saya yang dukung" kata aku sambil cuba menenangkan Aisy. Aku dibawa ke bilik rawatan lain dari yang sebelum ini. Seperti sebelum ini, aku diminta tunggu di luar dan seperti sebelum ini juga aku menurut tanpa membantah.

Bilik kali ini mempunyai rekahan pintu yang mana aku boleh dengan jelas nampak setiap perbuatan doktor. Terasa begitu sakit hati bila aku nampak dengan jelas Aisy dicucuk lebih dari sekali. Aku juga nampak dengan jelas jarum ditonyoh di tangan dia yang comel kerana darah tak keluar. Hati Mama aku ini meronta bila tengok Aisy menangis kesakitan.

"Darah tak keluar. Nanti saya minta doktor lagi seorang buat" kata doktor tersebut ketika keluar dari bilik rawatan tersebut. Aku agak kebingungan ketika itu dan aku tidak memberi sebarang respon ke atas jawapan doktor tersebut.

Doktor kedua yang dimaksudkan datang dan Aisy dicucuk buat kali ketiga!



 
Petang hari yang sama, aku didatangi lagi oleh doktor yang gagal mengambil darah Aisy.

"Puan, kita perlu ambil darah anak puan lagi" kata beliau. Apa yang dikatakan oleh doktor tersebut cukup membuat aku angin satu badan. "Bukan pagi tadi dah ambil ke?" tanya aku dengan muka marah.

"Oh, yang pagi tadi tu ada sikit confusion sebab kan doktor lain yang ambil" kata doktor tersebut dengan senyum yang buat aku rasa nak lempang. "Macam mana you boleh kata confusion?" tanya aku dengan nada hampir menjerit.

Mungkin kerana terkejut dengan teriakan aku beliau hanya berkata, "Tak apa nanti kita datang lagi" sambil berlalu pergi.

Tak lama kemudian datang lagi seorang doktor meminta keizinan aku untuk ambil darah Aisy. "No!" tegas aku.

"Berapa kali you all nak ambil darah dia? Dia baru dua hari dekat sini dah lebih dari sepuluh kali kena cucuk! Kita orang besar pun tak tahan. Sakit tahu tak! You tahu tak sakit tu apa? Macam mana you all buat kerja?" soal aku bertubi-tubi pada doktor tersebut dengan nada marah.

Terasa sakit sangat kepala masa tu. Macam nak makan orang pun ada. Aku tak pernah marah macam tu seumur hidup ini.

Doktor tersebut cuba memujuk aku dengan memberi pelbagai alasan. Akhirnya aku mengalah, "Okay, tapi I nak you cucuk dia depan I!" tegas aku. "Puan pasti ke puan nak tengok?" tanya doktor tersebut sambil mengeluarkan jarum.

"Yelah!" jawab aku dengan nada suara tinggi. Aisy menjerit kesakitan saat jarum menusuk kulit beliau. Hancur hati aku melihat dia macam tu. Aku menangis dalam hati.

"Sabar sayang, adik kuat! Sayang anak Mama" aku cuba memujuk Aisy.

"Lepas ni no more blood test!" kata aku kepada doktor tersebut. Dia hanya membisu sambil membetulkan balutan pada kaki Aisy.


Lepas tu apa jadi? Kenalah tunggu kalau nak tahu. Hehe!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Gambar Hidupan Liar Yang Menakjubkan! (^_^)

4:10:00 pm Yana Yani 0 Comments

Aku nak share gambar-gambar yang memenangi pertandingan Veolia Environnement Wildlife Photographer of the Year yang dianjurkan oleh Natural History Museum di London.

Ada lebih 48,000 keping gambar dari 98 buah negara yang menyertai pertandingan tersebut. Pada aku gambar-gambar ini sangat menakjubkan dan Afif suka sangat gambar-gambar hidupan liar.

Inilah dia gambar-gambar top 10 yang memenangi pertandingan tersebut!

Into the Mouth of the Caiman, Luciano Candisani (Brazil), Brazil's Pantanal - the biggest wetland in the world
The Tourist Tiger Trail, Melisa Lee (Malaysia), Tiger Temple - a Buddhist monastery at Kanchanaburi in Thailand
Practice Run, Gregoire Bouguereau (France), Serengeti National Park Tanzania
Blast-Off, Paul Nicklen (Canada), Antarctica
The Duel, Sergey Gorshkov (Russia), Wrangel Island northeastern Russia
Lion in the Spotlight, Joel Sartore (USA), Queen Elizabeth National Park Uganda
Warning Night Light, Larry Lynch (USA), Myakka River State Park Sarasota Florida
Seized Opportunity, Gregoire Bouguereau (France), Tanzania's Serengeti National Park
Perilous Pickings, Jenny E Ross (USA), Ostrova Oranskie region of the Novaya Zemlya archipelago in the Russian Arctic National Park
Relaxation, Jasper Doest (The Netherlands), Jigokudani Valley of central Japan

Sumber: The GrindTV Blog

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...