Persediaan Goodies Bag Untuk Sambutan Hari Lahir Aisy

2:17:00 pm Yana Yani 1 Comments

Persediaan Goodies Bag Untuk Sambutan Hari Lahir Aisy | YY dah lama nak cerita pasal ni, tapi asyik tak berkesempatan aje. Hari ni disebabkan ada sikit masa terluang ni, moh lah baca pasal cerita yang berlaku pada tahun lepas. Kita semua tahu bila sebut persediaan untuk buat goodies bag epecially untuk sambutan hari lahir anak, kebiasaannya para ibu adalah orang yang paling excited. YY tak cakap orang lain, YY cakap pasal diri YY sendiri. Bila sebut aje prepare goodies bag, memang dia punya excited semacam weh! Dia punya panning aje dah macam nak takluk dunia. Huhu. Nampak tak dia punya level excited tu camne? Haha!

YY pertama kali buat goodies bag adalah ketika sambutan hari lahir Afif kira-kira empat tahun dulu. Masa tu Afif belajar di PASTI yang berhampiran rumah mak YY.

Baca: Preparation Birthday Celebration Untuk Afif

Persediaan Goodies Bag Sambutan Hari Lahir Aisy
Excited budak Aisyah ni menolong
Persediaan Goodies Bag Sambutan Hari Lahir Aisy
Riben sebagai penambah aksesori pada goodies bag

Masa Aisy pun YY berusaha untuk lakukan perkara yang sama walaupun terpaksa diadakan awal dari tarikh sebenar. Nak buat camne. Anak-anak YY semua lahir hujung tahun. Time tu dah cuti sekolah. Huhu. Anyway cerita pasal sambutan hari lahir Aisy, YY dah pernah cerita sebelum ni.

Baca: Sambutan Hari Lahir Aisy di Tabika KEMAS

Berbalik kepada persediaan goodies bag untuk sambutan hari lahir Aisy, memang dari A sampai ke Z adalah perancangan YY. MyChintaHati maleh nak terlibat sama. Haha. First of all, nak buat goodies bag ni korang kena tetapkan bajet korang. Pastu korang kena fikirkan design pada goodies bag dan barangan yang nak dimasukkan ke dalam tu. YY sangat recommend korang buat survey dulu sebelum buat goodies bag. Kalau main hentam aje, memang banyak pelaburan korang akan keluarkan.

Persediaan Goodies Bag Sambutan Hari Lahir Aisy
Kertas doilies juga sebagai penambah aksesori
Persediaan Goodies Bag Sambutan Hari Lahir Aisy
Beg kertas

Untuk design goodies bag, YY beli beg kertas pembungkus makanan. Untuk 100pcs, ia bernilai RM3.30. Lebih kurang RM0.03 sen untuk 1pc. Tapi beg kertas ni nampak dull sangat. Nak bagi lagi lawa, YY beli reben yang berharga RM9.50 untuk 50pcs. Sebenarnya lebih jimat kalau buat sendiri, tapi YY punya level malas semacam juga time tu. Haha. Ni pun kira okay lah, lebih kurang RM0.19 untuk 1pc.  YY beli juga kertas doilies yang berharga RM6.00 untuk 100pcs. Lebih kurang RM0.06 sen untuk 1pc.

Pastu dengan level kreativiti yang terhad, YY cari gambar Princess Elsa yang merupakan watak kegemaran Aisy dari filem animasi, Frozen. Tambah sikit beberapa perkataan, pastu photostat aje bebanyak. Then, tampal pada beg kertas tadi.

Persediaan Goodies Bag Sambutan Hari Lahir Aisy
Antara barang yang dimasukkan ke dalam goodies bag

Untuk barang yang dimasukkan ke dalam goodies bag, YY beli biskut coklat, bubble stick dan belon. Ia lebih murah dan bersesuaian dengan bajet YY. YY beli semua barang ni di kedai Pemborong Barangan Runcit & Makanan Ringan, Phong May (M) Sdn Bhd yang terletak di Jalan  Meru, Klang. Kedai ni memang sangat popular di kalangan warga Klang kerana harga yang barangan di situ lebih murah berbanding mana-mana kedai lain.

Harga barangan yang YY masukkan ke dalam goodies bag adalah seperti berikut:

1. Biskut Coklat Teddy, Hup Seng - RM9.28 untuk 40pcs, lebih kurang RM0.23 sen 1pc
2. Chocolate Wafer Cream, Apollo - RM7.63 untuk 48pcs, lebih kurang RM0.16 sen 1pc
3. Chocolate Stick Wafer, Apollo - RM12.72 untuk 60pcs, lebih kurang RM0.21 sen 1pc
4. Bubble Stick - RM15.48 untuk 48pcs, lebih kurang RM0.32 sen 1pc
5. Belon - RM11.87 untuk 100pcs, lebih kurang RM0.12 sen 1pc


Aisy bertanggungjawab memasukkan semua barangan tu ke dalam beg kertas. Dia memang sangat excited buat semua tu. Dia buat sampai siap. Lagipun tak banyak, lebih kurang 40 beg aje. Kelas Aisy pun ada 32 orang murid aje termasuk Aisy. Yang lebih tu YY agihkan pada kawan-kawan Aisy yang lain di kawasan rumah Mak YY. Once Aisy dah siap masukkan barangan dalam beg kertas tu, barulah YY design ikut kreativiti YY.

Kalau dikira jumlah keseluruhan untuk persedian buat goodies bag dari beg kertas sehingga ke barang yang dimasukkan ke dalam beg tu adalah RM1.32 untuk satu goodies bag. Sangat berbaloi dan yang pasti Aisy seronok sebab dapat share dengan kawan-kawan dia. YY apa lagilah kan bila tengok anak seronok ni.

Persediaan Goodies Bag Sambutan Hari Lahir Aisy
Jumlah keseluruhan untuk goodies bag ni tak sampai RM1.50
Persediaan Goodies Bag Sambutan Hari Lahir Aisy
Kek yang ditempah khas untuk MySweetPrincess a.k.a Aisy

Oh, untuk kek pula, YY tempah dengan office mate YY, Sha Aishah. Senang nak follow up sebab satu office. Lagipun design cake yng dia buat mrmang cantik-cantik. Kos untuk kek ni adalah RM90. Bab rasa YY tak tahu sebab tak rasa pun, tapi YY sangat berpuas hati dengan design pada kek. Aisy pun senyum meleret tau sebab dia memang suka sangat dengan Princess Elsa.

Kalau nak tengok design lain yang Sha pernah buat, boleh layari pautan berikut:


So begitulah cerita tentang persedian yang YY lakukan untuk menyediakan goodies bag untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Aisy di Tabika KEMAS. Moga bermanfaat buat korang yang membaca. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

1 comment:

  1. Wah siap senarai lagi.. KM pun tgh duk duk fikir preparation untuk gift birthday uzair bulan 4 ni.. Tak tau nk bg apa.

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...