Jangan Bagi Orang Lain Pegang Bayi Kita

11:52:00 am Yana Yani 1 Comments

Jangan Bagi Orang Lain Pegang Bayi Kita | Kelahiran orang baru adalah sesuatu yang sangat menggembirakan dan membahagiakan. Kalau boleh perasaan itu ingin dikongsikan dengan seluruh dunia. Kunjungan saudara-mara mahupun kenalan untuk melihat orang baru menambahkan lagi keseronokkan. Tapi ianya boleh menjadi cerita duka sekiranya kita tidak prihatain dengan isu yang YY ingin kupaskan ini. Baru-baru ini YY dinasihatkan oleh seorang kenalan YY supaya jangan bagi orang lain cium mahupun pegang bayi kita tanpa mencuci tangan terlebih dahulu.

Nasihat itu diberikan berdasarkan pengalaman peribadi dia sendiri. Anak bongsu dia terpaksa dimasukkan ke Neonatal Intensive Care Unit (NICU) pada usia sembilan hari kerana respiratory syncytial virus (RSV). Anak dia juga dimasukkan ke dalam bilik khas dan tidak boleh bercampur dengan bayi lain selama sebulan. Menurut dia "Akak masuk duduk dalam bilik dia pun pakai dah macam nak pergi ke bulan. Baju berlapik plastik, mulut bertutup dan tak boleh ada bau-bauan. Memang berjaga betul!"

Jangan Bagi Orang Lain Pegang Bayi Kita
Imej kredit http://bit.ly/2GDVaCl

Yang menyedihkan, peluang untuk anak dia terus hidup ketika itu hanya 30%. Walau dia dan suami reda dengan apa yang sedang dan bakal berlaku, tapi keajaiban tetap diharapkan. Anak dia khabarnya diberikan ubat dengan dos paling tinggi, mesin juga yang terbaik dan bantuan pernafasan penuh. Menurut beliau lagi, "Sakit yang dia dapat ni bukan sebab rokok ke apa, ia virus yang memang dah ada dalam badan manusia. Pembawa juga berkemungkinan tak sedar ada virus dalam badan dia"

Sekarang anak dia walau sudah berusia setahun tiga bulan, masih dalam tempoh kuarantin di dalam rumah sendiri. Anak dia juga tak boleh pergi ke tempat yang ada ramai orang terutama yang ada ramai warga asing. Walau anak dia dah ambil suntikan tambahan, ia tetap tak boleh halang anak dia dari sakit. Keadaan ini menyebabkan kenalan YY terpaksa mengambil cuti panjang.

Dia pernah cuba bekerja pada bulan Januari lepas, tapi bila hantar kepada pengasuh, anak dia terus demam teruk selama dua minggu. Doktor mengeluarkan surat untuk kenalan YY bercuti selama setahun lagi bagi memantau kesihatan anak dia.

Jangan Bagi Orang Lain Pegang Bayi Kita
Imej kredit http://bit.ly/2BMy2m7

Dia menjadi fobia setelah apa yang berlaku kepada anak bongsu dia. Malahan dia akan menasihatkan sesiapa sahaja yang ada bayi supaya jangan bagi orang lain pegang atau cium bayi mereka. Biarlah orang cakap kita sombong sebab kesan daripada perbuatan pegang dan cium itu mungkin akan beri impak yang besar kepada kehidupan si kecil yang baru menghirup udara di atas muka bumi ini.

Kenalan YY sekarang masih mengelak untuk berjumpa sesiapa sahaja bagi memastikan anak dia benar-benar sihat. Disebabkan itu dia terpaksa "mengurung" anak dia di dalam rumah sehingga paru-paru anak dia matang. Pada masa yang sama, dia kasihan dengan anak-anak dia yang lain kerana terpaksa turut terkurung. Tapi buat masa sekarang, itu adalah keputusan terbaik untuk mereka sekeluarga.

Sebelum mengakhiri perbualan kami pada hari itu, dia masih bepesan, "Jaga Haris baik-baik. Jangan bagi orang cium, pegang dia tanpa cuci tangan dengan bersih"

Jangan Bagi Orang Lain Pegang Bayi Kita
Lima langkah mengatasi RSV

YY memang agak particular mengenai bab kesihatan anak-anak. Sebab itu sepanjang tempoh berpantang sehingga anak YY berusia paling kurang tiga bulan, barulah YY membawa mereka keluar ke kawasan yang ada ramai orang. YY tak berani mengambil risiko sebab bayi sangat mudah terdedah kepada sebarang jangkitan penyakit kerana imun sistem mereka belum benar-benar kuat. Dengan suntikan vaksin yang masih belum lengkap dan keberangkalian mereka terdedah dengan sebarang jenis penyakit, maka kita sebagai ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Tapi dalam berjaga pun, kedua anak YY, Afif dan Aisy pernah dimasukkan ke wad kerana penyakit yang disebabkan virus. Masing-masing perlu bertapa lama di dalam wad bagi memastikan virus benar-benar "mati". Afif masuk wad disebabkan demam scarlet, manakala Aisy disebabkan jangkitan paru-paru. YY pernah ceritakan semua tu sebelum ni. Boleh klik pautan di bawah untuk membaca

Tak Boleh Tahan:Part I
Alahai Aisy
Part I: Pneumonia Again

Penyakit yang disebabkan virus memang mudah menyerang tetapi ia boleh dielakkan sekiranya kita tahu langkah pencegahan. Ikuti nasihat kenalan YY kerana kebersihan adalah antara langkah terbaik pencegahan. Dismping itu, jangan pegang atau cium bayi orang lain sekiranya korang tidak sihat demi kebaikan bersama.

Sekian bebalan YY untuk hari ini, semoga korang mendapat manfaat.

1 comment:

  1. Saya memang takut nak pegang baby walaupun anak saudara sendiri terutama ketika tidak sihat..

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...