Hukuman Bagi Suspek Kes Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dari Perspektif Perundangan

1:52:00 pm Yana Yani 1 Comments

Hukuman Bagi Suspek Kes Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dari Perspektif Perundangan | Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 14 September 2017 yang lalu adalah tragedi yang sangat mendukacitakan. Seramai 23 orang mangsa terkorban di dalam tragedi itu. 21 daripadanya adalah pelajar lelaki yang berusia di antara enam sehingga 17 tahun. Manakala dua yang lain adalah tenaga pengajar yang berusia 25 dan 26 tahun. Tragedi ini seolah mengulangi kejadian serupa yang pernah berlaku kepada Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pada 22 September 1989 yang mengorbankan 27 orang pelajar perempuan.

Hasil ketangkasan pihak Polis Diraja Malaysia, dua hari selepas tragedi, tujuh orang suspek berusia antara 11 sehingga 18 tahun berjaya ditangkap. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, enam daripada suspek disahkan positif dadah jenis ganja dan dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes rusuhan dan curi kenderaan. Hasil siasatan mengesahkan motif kebakaran pusat tahfiz sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa adalah disebabkan ejek mengejek di antara pihak pelajar tahfiz dan suspek. Punca kejadian ejek mengejek masih dalam siasatan.

Hukuman Bagi Suspek Kes Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dari Perspektif Perundangan
Imej http://bit.ly/2w3rqty

Tragedi yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menjadi perbualan utama di media sosial. Apabila pihak polis mengesahkan kejadian yang berlaku adalah akibat perbuatan khianat, maka lagi dahsyat komen yang ditinggalkan. Tak kira jantina, agama mahupun usia, semua pakat meluahkan komen yang berbaur sadistik. Walau hukuman yang korang harapkan ke atas suspek, berbaur sadistik, harus diingat bahawa negara kita ada undang-undang. Berdasarkan tragedi ini, YY kumpulkan beberapa pandangan dari perspektif perundangan untuk rujukan korang.

Pandangan Farah Nini Dusuki

Sedikit pencerahan dari perspektif perundangan tentang kes kebakaran tahfiz yang sangat terkesan kepada kita semua. Beberapa tindakan undang-undang boleh atau wajar diambil terhadap pihak-pihak yang bertanggungan seperti di bawah:

1. Tujuh suspek (pada tahap ini mereka hanyalah suspek sehingga pertuduhan rasmi di buat) berusia antara 11 hingga 18 tahun.

(a) Mereka MUNGKIN dipertuduhkan di bawah kesalahan bunuh yang membawa hukuman mati mandatori dengan niat bersama (Seksyen 34 Kanun Keseksaan) dan/atau menyebabkab kemudaratan dengan kebakaran (causing mischief by fire),

(b) Jika pertuduhan adalah bunuh, perbicaraan akan dijalankan di Mahkamah Tinggi dan bukan Mahkamah bagi Kanak-kanak kerana pertuduhan membawa hukuman mati,

(c) JIKA didapati bersalah, hanya yang berusia 18 tahun boleh dikenakan hukuman mati. Lima yang lain berusia antara 15 hingga 17 tahun akan ditahan di penjara sehingga perkenan YDP Agung menurut Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak (AKK). Bagi yang berusia 11 tahun saya tidak fikir dia akan dituduh bersama kerana telah pulang lebih awal. Tetapi kalau pun dituduh bersama, dia tidak boleh ditahan di penjara mahupun di Sekolah Henry Gurney kerana berusia bawah 14 tahun. Institusi yang boleh diperintahkan adalah Sekolah Tunas Bakti di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

2. Ibu bapa atau penjaga mereka wajar dikenakan tindakan undang-undang sama ada di bawah Seksyen 33 kerana telah meninggalkan kanak-kanak dalam keadaan yang tidak berpatutan memandangkan semua hal keadaan (parental neglect) dan jika disabit boleh dikenakan denda tidak melebihi 20 ribu ringgit dan boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali dan juga dikenakan perintah khidmat masyarakat (menurut pindaan terkini pada 2016, berkuatkuasa Januari 2017);

3. Mereka yang membocorkan maklumat berkenaan suspek boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15 AKK (sudah banyak dikongsi di FB);

4. Pemilik atau pentadbir Tahfiz yang tidak menyediakan tempat tinggal dan belajar yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sewajarnya terutama sekali di waktu-waktu genting seperti insiden yang baru berlaku? Persoalan yang lebih sukar untuk dijawab kerana melibatkan status tahfiz itu sendiri.

It is timely that we enforce the laws that we have since 2001; rujuk nombor 2 dan 3. Sudah terlalu banyak kes-kes yang berlaku walaupun tidak se'extreme' kes ini. Undang-undang digubal bukan sahaja untuk menghukum tetapi untuk mencegah kes-kes akan datang dan melindungi mereka yang mungkin menjadi mangsa termasuk mereka yang di bawah umur yang melakukan kesalahan. Semoga undang-undang yang dikuatkuasakan dengan ketat boleh menjadi pencegahan di masa hadapan.

Sumber: http://bit.ly/2wCtbgI

Hukuman Bagi Suspek Kes Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dari Perspektif Perundangan
Imej http://bit.ly/2xdOF5w

Pandangan Naufal Antezem

* Bolehkah kesemua suspek bagi kes kebakaran pusat tahfiz tempoh hari dihukum gantung sampai mati?

* Pihak polis telah memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 302 & Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman berbeza mengikut seksyen.

* Bagi seksyen 302, hukuman bagi matikan orang dengan salah dan dengan niat adalah diseksa dengan hukuman mati. Di Malaysia, adalah digantung.

* Bagi Seksyen 435, buat khianat jahat dengan api, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga denda. Semuanya ada ditulis di dalam akta.

* Persoalan hangat adalah, apakah hukuman yang bakal diterima suspek yang belum mencapai umur 18 tahun? Difahamkan hanya seorang sahaja yang berumur 18 tahun.

* Juga ada beberapa suspek yang berusia di bawah 14 tahun. Jadi aku pecahkan kepada umur 18 dan ke atas, bawah 18 tahun dan juga bawah 14 tahun

* Sebelum bergerak lebih lanjut, aku baru tamat pengajian dalam Ijazah Undang-Undang UKM. Takut ada yang bash aku acah-acah tahu je.

* Seksyen 2, Akta Kanak-Kanak tetapkan bahawa kanak-kanak adalah individu di bawah usia 18 tahun. Jadi jelas ada enam suspek kanak-kanak dan satu suspek dewasa.

* Aku juga bertanggungjawab untuk ingatkan prinsip penting iaitu tiada sesiapa adalah bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. Harap korang jelas.

* Explanation aku hanya untuk share kepada korang apa yang telah undang-undang kita tetapkan. Tiada hukuman rejam di Dataran Merdeka setakat ini.

* Baiklah, bagi kesalahan Seksyen 300 yang dihukum di bawah Seksyen 302 kemudiannya, maka adalah gantung sampai mati. Ya, sampai mati.

* Namun begitu, di bawah Seksyen 97 (1) Akta Kanak-Kanak, hukuman mati tidaklah boleh dijatuhkan kepada pesalah kanak-kanak (bawah 18 tahun)

* Kemudian selanjutnya, sebagai ganti maka hukuman penjara boleh dijatuhkan mengikut perkenan YDPA atau Yang Dipertua Negeri.

* Jadi, jelas di sini bahawa tiada hukuman gantung sampai mati kepada pesalah jenayah kanak-kanak di bawah undang-undang negara kita.

* Setakat ini, hanya penjara dan sekolah Henry Gurney alternatif kepada pesalah laku jenayah kanak-kanak. Penjara mereka juga tidak boleh dicampur.

* Twitter bukan medan yang sesuai untuk bincang hukuman apa yang wajar. Tapi aku nak kita berdoa semoga Timbalan Pendakwa Raya yang hebat lead case ni

* Jangan berhujah menggunakan emosi. Kalau ikut emosi, aku pun nak join hukuman yang barbaric kepada jebauk semua. Tapi sabar. Kita bertamadun dan berilmu.

* Sebagai orang yang ada setitik je ilmu undang-undang, aku pun tak puas hati dengan hukuman tapi masa hadapan bukan terletak di dalam tangan kita

* Pesalah kanak-kanak ini tidak boleh direkodkan jenis kesalahan mereka. Kiranya habis sahaja hukuman, mereka ibarat kain putih semula

* Tapi hidup menjadi kain putih tak mudah. Kecaman, makian dan doa ibu bapa mangsa serta kemarahan mereka mengiringi semua pesalah sepanjang hidup.

* Banyak kesalahan boleh dituduh kepada semua suspek. Tak masuk isu ceroboh, dadah dan banyak lagi. Tapi kita perlu pilih yang paling jelas dan berat.

* Ada yang kurang jelas, bahawa dalam jenayah, yang paling jelas acfus reus, mens rea serta berat hukumannya itulah impian Timbalan Pendakwa Raya

* Actus reus adalah perbuatan jenayah atau jahat. Mens rea adalah niat jahat. Kedua-dua ini perlu ada untuk kata sesorang itu bersalah.

* Actus reus agak mudah untuk dibuktikan kerana perbuatannya kita nampak. Contohnya bakar bangunan. Tapi nak buktikan niat adalah sedikit sukar.

* Kebiasaannya, tindakan akan membantu mahkamah untuk melihat sama ada jahat atau tidak, wujud atau tidak niat perlakuan itu tadi.

* Sebagai contoh, A kata dia tak tahu B boleh mati sebab termakan sandwich racun tikus yang dia bagi. Tapi mahkamah akan lihat sedalam-dalamnya

* Mahkamah akan melihat apakah kesan racun tikus dimakan manusia. Adakah A tahu kesannya. Adakah A well prepared dengan jenayah 'gurau-gurau' nya

* Dari situ, mahkamah dapat tafsirkan sama ada A memang berniat membunuh ataupun tidak. Bermotif ataupun tidak, tidak begitu diambil kira

* Dalam kes ini, aku melihat motif dari segi tindakan mereka. Kalau hanya sekadar bakar, cukuplah sekadar bakar kawasan sekitar, gate ke

* Tapi jika siap dibocorkan gas, kemudian pintu dihalang dengan tilam dan khusus kebakaran hanya di tingkat bilik tidur, amat jelas wujud mens rea

* Tapi itu cuma pendapat dan analisis aku semata-mata. Marilah kita bertenang dan rasional. Jangan risau. Keadilan tak pernah lelap.

* Kecuaian pemilik tahfiz tetap wujud kerana gagal sediakan pelan kecemasan kebakaran atau alat pemadam kebakaran. Tapi dilihat dalam sudut lain.

* Kerana persoalan utama adalah, siapakah yang memulakan kebakaran tersebut. Bukannya siapakah yang bina bangunan dengan satu pintu sahaja.

* Malang tidak berbau. Pusat tahfiz tetap perlu bertanggungjawab cuma kita jangan lari fokus kepada pemula kebakaran tadi dan meletak halangan pada pintu

* Kemudian, janganlah kita lari fokus. Adik tahfiz kita benar atau tidak mengejek. Tapi yang pasti, suspek memang ambil bahan terlarang. Itu pasti

* Kepada semua, pusat tahfiz janganlah diminta tutup. Kalau mereka tak sempurna, dekati dan bantu sempurnakan. Bukan herdik dan caci

* Kita pandai cakap je tapi seposen pun tak pernah kita sedekah pada pusat tahfiz ini. Kalau dah sumbang berjuta tapi masih tak selamat, baru boleh bising

* Ini satu wake up call buat kita. Pusat tahfiz itu adalab sekolah. Sekolah. Pusat tahfiz bukan tempat buangan. Jangan ada double standard

* Tengok impaknya. Berapa ramai gatal tangan terus hentam pusat tahfiz sebab imagine pusat tahfiz sebagai tempat sampah yang takkan pernah selamat

* Bila siasatan keluar pasal isu bukan litar pintas, kita corner lagi cari salah pusat tahfiz. Sampai bila? Ada yang tergamak suruh tutup

* Tahniah kepada sukarelawan yang mula begerak dekati pusat tahfiz swasta dan persendirian. Anda hero sebenar. Semoga kita semua dapat berbakti

* Akhir kata, dadah musuh negara. Ibu dan ayah, biar anak menangis air mata darah akibat didikan kita, jangan kita menangis kemudian hari

* Ibu dan bapa adalah tuan kepada anak-anak. Bukan anak-anak tuan kepada kita. Anda tak hirau anak-anak hari ini, tengoklah nasib anda di masa depan

Sumber: http://bit.ly/2wsE0Hm

Hukuman Bagi Suspek Kes Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dari Perspektif Perundangan
Imej http://bit.ly/2xMG90z

Dua pandangan di atas YY ambil kerana hanya dua ini sahaja (setakat ini) yang menilai hukuman ke atas suspek dari perspektif perundangan tanpa bercampur dengan emosi. YY tak akan menyentuh dari aspek perundangan kerana ianya bukan bidang YY. YY hanya akan mengulas dari sudut pandangan YY sebagai seorang ibu.

Di satu pihak, kematian anak dalam tragedi yang tak diduga pastinya sesuatu yang sangat berat untuk ditanggung. Lebih parah, kejadian itu disahkan adalah angkara perbuatan jenayah. Hati ibu mana yang mampu hadapi kesedihan ini. Bila ada statement yang dikeluarkan keluarga mangsa bahawa mereka tak akan memaafkan, ada juga yang menghukum. Come on lah, mereka baru kehilangan insan tersayang. Berilah mereka ruang untuk bertenang. Dari segi phycology, grieving akibat kematian anak mengambil masa yang agak lama untuk pulih berbanding kematian spouse. So, berikan mereka masa. Siapalah kita untuk mengadili keimanan mereka.

Di satu pihak yang lain pula adalah ahli keluarga kepada suspek. Entah kenapa terasa kesian pula hati ni bila mengenangkan betapa teruk kecaman masyarakat terhadap mereka di media sosial. Bukan main seronok kita mencela anak orang. Lupa yang kita belum ada anak atau anak-anak kita masih kecil. Kalau Tuhan nak duga kita, anak yang kononnya kita didik dengan ilmu seluas lautan sekalipun, belum tentu lagi dia akan membesar menjadi anak yang baik. Even Nabi Nuh Tuhan telah uji dia dengan anak yang derhaka. Lagikan kita manusia biasa. So jangan mudah menghakimi orang seolah korang tidak pernah membuat dosa.

Nasihat YY untuk kita-kita yang tak terlibat secara langsung ni, jagalah kata-kata. Tak payah dok sibuk cela anak orang. Apa yang kita boleh buat adalah mengambil pengajaran dari tragedi ini. Lihat di mana lompongnya. Fikirkan bagaimana cara terbaik bagi melindungi anak-anak kita daripada melakukan sebarang jenayah. Setelah segala usaha telah dilakukan, berdoa dan berserahlah pada DIA yang SATU. Semoga zuriat keturunan kita terhindar dari sebarang musibah dan perlakuan jenayah. Aamiin.

1 comment:

  1. Saya cuma tertanya2,6orang pesalah adalah di bawah umur. Sudah tentu tidak bekerja,tetapi mana mereka dapat wang utk mengambil dadah?
    Sedangkan dadah bukan boleh dapat dgn harga yg murah.

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...