Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Sejak 1986

11:24:00 am Yana Yani 27 Comments

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Sejak 1986 | Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan anugerah berprestij yang dinanti oleh peminat muzik tanahair. Malahan AJL sudah menjadi sebahagian dari industri hiburan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1986 oleh stesen televisyen swasta pertama Malaysia, TV3. Untuk makluman, AJL merupakan rancangan berbentuk pertandingan nyanyian yang membariskan lagu-lagu nyanyian artis popular.

Format pertandingan juga sudah beberapa kali mengalami perubahan mengikut perubahan zaman. Paling ketara adalah pertandingan mengikut kategori yang dimansuhkan pada 2009 kerana kekurangan lagu-lagu berunsur irama tradisional. Yang pasti salah satu lagu yang dipertandingkan akan dipilih oleh juri profesional yang dilantik sebagai pemenang ketika di pentas akhir.

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Sejak 1986
Logo Anugerah Juara Lagu ke-28

Dalam Anugerah Juara Lagu ni juga ada diwujudkan anugerah khas iaitu Anugerah Persembahan Terbaik di mana Dato Siti Nurhaliza menguasai dengan lima kali kemenangan diikuti Noraniza Idris sebanyak empat kali sejak ia mula diperkenalkan pada 1986. Manakala Anugerah Vokal Terbaik pula hanya mula diperkenalkan pada 2002, di mana Hafiz Suip dan Dayang Nurfaizah mengungguli dengan masing-masing tiga kali secara berturut-turut.

Anyway, bersempena dengan pertandingan akhir AJL yang bakal berlangsung tak lama lagi, YY berbesar hati menyediakan senarai pemenang AJL sejak ia mula dipertandingan. Please take note yang senarai ini akan sentiasa dikemas kini mengikut keperluan.

AJL
Tahun
Pencipta Lagu
Penulis Lirik
Lagu
Penyanyi Asal
1
1986
- Manan Ngah
- Lukhman S.
Sekadar Di Pinggiran
Francesca Peter
2
1987
- A.Ali
- Habsah Hassan
Menaruh Harapan
Zaiton Sameon
3
1988
- Ahmad Nawab
- Abdul Jalil Salleh
Kau Kunci Cintaku
Di Dalam Hatimu
Ramlah Ram
4
1989
- Suhaimi bin Abdul Rahman
- Yazid Ahmad
- Hamzah Mohd Taib
- Noordin Taib
- Nasir Daud
- Bob Lokman
Isabella
Kumpulan Search
5
1990
- Adam Ahmad
- Aishah
Janji Manismu
Aishah
6
1991
- Rahim Othman
- Juwie
Takdir dan Waktu
Kumpulan Mega
7
1992
- Fauzi Marzuki
- Bob Lokman
Pada Syurga di Wajahmu
Nash
8
1993
- Adam Ahmad
- S. Amin Shahab
Teratai Layu Di Tasik Madu
Fauziah Latiff
9
1994
- M. Nasir
- M. Nasir
Tanya Sama Itu Hud Hud
M. Nasir
10
1995
- Jari Idris
- Habsah Hassan
Cinta Beralih Arah
Aishah
11
1996
- Adnan Abu Hassan
- Hani MJ
- Othman Zainuddin
Jerat Percintaan
Siti Nurhaliza
12
1997
- M. Nasir
- Jamal Abdillah
- Cenderawasih
Ghazal Untuk Rabiah
M. Nasir dan
Jamal Abdillah
13
1998
- Pak Ngah
- Hairul Anuar Harun
Cindai
Siti Nurhaliza
14
1999
- M. Nasir
- Loloq
Andalusia
M. Nasir
15
2000
- Pak Ngah
- Hairul Anuar Harun
Balqis
Siti Nurhaliza
16
2001
- Yasin Sulaiman
- Yasin Sulaiman
Mimpi Laila
Yasin Sulaiman
17
2002
- Aidit Alfian
- Aidit Alfian
Keliru
Ajai dan Nurul
18
2003
- Adnan Abu Hassan
- Adnan Abu Hassan
Bunga-bunga Cinta
Misha Omar
19
2004
- Tam
- Keon
Relaku Pujuk
Kumpulan Spider
20
2005
- Aubrey Suwito
- Asmin Mudin
Gemilang
Jaclyn Victor
21
2006
- Azlan Abu Hassan
- Adibah Noor
Terlalu Istimewa
Adibah Noor
22
2007
- Richael Lawrence
- Gimbang
- Din Hormatov
- Nor Hanafi
- Azwin Andy Malik
- Richael Lawrence
- Gimbang
Itu Kamu
Kumpulan Estranged
23
2008
- Taja
- Tass
- Lan
- Taja
- Tass
Lagu Untukmu
Kumpulan Meet Uncle
Hussain
24
2009
- Pete Teo
- Amran Omar
Pergi
Aizat Amdan
25
2010
- Ana Raffali
- Ana Raffali
Tolong Ingatkan Aku
Ana Raffali
26
2011
- M. Nasir
- Budi Hekayat
Awan Nano
Hafiz Suip
27
2012
- Yuna Zarai
- Yuna Zarai
Terukir Di Bintang
Yuna Zarai
28
2013
- LY
- Baiduri
Bahagiamu Deritaku
Hafiz Suip
29
2014
- SonaOne
- Joe Flizzow
Apa Khabar
Joe Flizzow dan
SonaOne
30
2015
- Akim Ahmad
- Kamar Empayar
Potret
Akim Ahmad dan
Kumpulan The Majistret
31
2016
- Natashah
- Iman Imran
Lelaki Teragung
Dayang Nurfaizah

Kebanyakkan lagu yang dipilih sebagai pemenang, memang YY biasa dengar. YY yakin korang pun sama kan. Tapi ada juga beberapa lagu yang kurang biasa dipendengaran YY ni. Mungkin juga faktor usia. Secara jujurnya YY lebih suka mendengar lagu era 80-an sehingga awal 2000. Berbanding lagu sekarang yang kurang kena dengan jiwa YY. Again, usia dah meningkat. Haha!

Rasa itu ajelah bebelan YY untuk hari ini. Kalau nak dengar lagu yang pernah memenangi AJL, boleh klik gambar di bawah. Till then, bye

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Sejak 1986
Klik gambar untuk dengar lagu pemenang AJL

Sumber: http://bit.ly/2jqlQ1z

27 comments:

  1. Masa awal-awal dulu tengoklah sebabnya itulah satu aje saluran TV yang menarik, TV3. Sekarang ni buka pun jarang dah TV3. Maklumlah ada Astro.

    Teringat kat Eton Sameon, merah menyala makngah bibir ^_^ Paling tragik Ramlah Ram dengan lampu-liplap kat bajulah sebab nak kunci pintu hati katanya ^_^ Tapi, tahun bila yerk yang ada Allahyarham Sudirman, yang main tiup-tiup lilin ke tutup buka lighter tu?

    YY ingat tak?

    Eh, terlupa! Awak ni budak-budak sangat agaknya masa tu. Manalah ingatkan, hingusanlah sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. err...kenapa tak ingat ye pasal semua yang disebutkan tu
      saya hanya ingat masa siti nurhaliza mula menang
      sungguh ni. time sebelum tu ingat main aje...hehe
      memang hingusan sangat lagi
      kak ton boleh ingat semua tu, makna kak ton tersangatlah tua! hehe

      Delete
  2. ju pun lbh suka dgr lagu 80-an, bukan xbkenan lagu skrg tp lagu dulu2 lebih menusuk jiwa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jun. memang lagu dulu lebih terkesan
      even anak-anak saya pun terjebak...haha

      Delete
  3. lagu2 zaman rock2 kapak, 1980 an best2..walaupun lahir pada 1989..lgu dulu tetap dihati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! lagu era tu memang mudah melekat
      tak keterlaluan kata lagu era tu tak penah outdated
      memang lagu sepanjang zaman

      Delete
  4. Zarith baru tau sebenarnya malam esok ada AJL huhu.. Dulu ikuti jugak, tapi rasa dah bertahun tak tengok, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tahu juga...haha
      sekarang tak berapa follow
      tak macam dulu

      Delete
  5. Setuju sangat.... lagu zaman 80 an, zaman Francisca Peters lah jugak yg best. Kalau dulu AJL ni mmg acara yg ditunggu tunggu tapi sekarang ni AJL mcm tak best je. Betullah YY mmmg faktor usia kot haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ye tin nom weh
      sekarang tak tengok pun tak rasa apa...haha
      mungkin betul factor usia atau mungkin juara lagu dah tak relevan
      just my 2 cents...hehe

      Delete
  6. AJL dulu memang best. Tak tertidur pun tengok. Tahun ni siap tertidur lagi hahaha

    ReplyDelete
  7. betul tu,,,, walaupun sy generasi 90 an tapi kekadang lagi familiar dengan lagu 80 an.. :D
    follow sini #420

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu era tu memang tak luput dek zaman...hehe

      Delete
  8. akhirnya dayang muncul juara lagi buat kali ke 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. juara vocal ye kali ketiga
      tapi untuk juara lagu, baru pertama kali dia menang

      Delete
  9. Kaklong pun suka lagu lama2 juga..
    Dia punya lirik tu menusuk ke kalbu.. Dan lagu2nya pun susah nak nyanyi..
    Cuma lagu Aku Tanya Apa Khabar tu mcm tak berapa faham camana bole menang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...lagu dulu memang sangat meaningful
      penilaian sesuatu lagu berdasarkan keseluruhan arrangement
      muzik dan lirik, so kalau dibandingkan dengan semua lagu
      pada tahun yang sama, saya rasa layak lagu tu menang

      Delete
  10. Dalam ramai-ramai tu kakak dulu suka Zaiton Sameon, lontaran suara dia tak sepadan dgn usianya. Kesian apa jadi dia sekarang sejak accident dulu.

    Eh.. teringat zaman sekolah pulak hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka dengan lagu dia tu
      bab kemalangan tu saya just tau dari cerita mak aje
      memang kesian, dia pun tak boleh menyanyi sangat lepas tu

      Delete
  11. Lya membesar zaman ziana zain n siti nurhaliza jd juara.. mmg best layan AJL dulu2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita serupa! sep sikit
      sekarang tak berapa nak layan sangat kan

      Delete
  12. Lagu lama betul menyentuh perasan

    ReplyDelete
  13. dulu2 memang layan sebab lagu best, francessca peter,kak melah, kak eton semua lagu best2, kak echah janji manismu pun sedap..sekarang kurang sikitla nak layan, itupun layan masa lagu adam minat je munafik katanya shamsul yusof dengan mawi hahah lepas tu tidur

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...