Menghadiri Perkahwinan Ex-Colleague (^_^)

7:30:00 am Yana Yani 52 Comments

Sabtu lepas YY dan sekeluarga sepatutnya ke Melaka. Tapi disebabkan keadaan cuaca yang tak begitu sesuai untuk melakukan aktiviti seperti yang dirancang, maka ianya dibatalkan.

Instead of ke Melaka, kami ke majlis perkahwinan ex-colleague YY ketika zaman anak dara dulu. Tapi YY bekerja di situ tak lama sebab bos tak suka dengan prestasi kerja YY.

Mungkin time tu stress untuk menjadi seorang isteri dah mula terasa, tu yang tak boleh delivered! Masa kerja situ, lagi enam bulan sebelum YY bergelar isteri.

Dua minggu sebelum bergelar isteri, YY dah diberhentikan kerja. Padanlah muka! YY sedar itu adalah kesilapan sendiri yang memberi pengajaran berguna buat YY  (^_^)

Masa dapat undangan perkahwinan dari Erin ni, YY tak begitu menyangka sebab kami jarang berhubung walau dia ada dalam senarai kawan YY di Facebook.

Mendapat berita yang beliau akan berkahwin memang agak mengejutkan. Seolah baru semalam kami bertepuk tampar dan bergurau senda. Siapa menyangka masa berlalu dengan pantas.

Sebenarnya YY ada beritahu Erin yang YY tak dapat datang, siap minta alamat sebab cadang nak pos aje hadiah. Tapi bila dah cancel trip ke Melaka, hadiah pun tak sempat beli (^_^)

Masa kami sampai, majlis persandingan belum lagi bermula. So kami makan dulu sebab kebetulan time sampai, memang masing-masing tengah kelaparan.

Afif makan dengan cukup berselera siap bertambah sebab dia kata lauk dekat kenduri ni sedap. Jarang dapat peluang tengok Afif makan berselera macam tu. Siap bertambah!


Aisyah pula hari tu macam orang blur. Sepanjang hari dia tak senyum langsung tapi dia memandang orang yang berada di sekeliling seperti orang lain alien!

Pelik juga sebab selalunya dialah paling mudah tersenyum.


Tak lama selepas kami selesai makan, pengantin pun diarak masuk ke dalam dewan. Terus terpandang muka yang YY kenali dan yang hampir sekian lama tak jumpa.

Nampak kecerian wajah bergelar pengantin. Tapi Erin yang YY kenal memang seorang yang ceria kecuali ketika dia mengibarkan bendera bulanan. Hehe!


YY suka lagu yang dimainkan sepanjang majlis berlangsung yang lebih ke arah memuji ALLAH dan Rasul. Tak lupa doa yang dibaca yang cukup menusuk hingga ke kalbu.

YY rasa macam nak menangis ketika mengaminkan doa yang dibaca.


Sempat juga YY curi ambil gambar pengantin yang sedang bersanding. Lagipun meja kami tak begitu jauh dari pentas persandingan.

Tak lama lepas YY snap gambar di bawah, Erin baru perasan YY ada di majlis berkenaan. Sempat jugalah berlambai tangan.

Tapi pengantin sorang ni memang tak reti dok diam tau! Semua orang dia nak lambai time atas pelamin. Tapi tu kira macam melambangkan betapa cerianya dia pada hari berkenaan (^_^)


Masa dia berada dekat meja makan beradap, YY terus ajak Encik suami dan anak-anak jumpa pengantin. Nanti tak dapat peluang. Lagipun kami nak beransur pulang.

Sempatlah berborak kejab. Apapun Akak doakan Erin dan pasangan berbahagia hingga ke Jannah dan juga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin (^_^)


Sempat juga suruh bebudak ni posing atas pelamin sebelum beransur pulang. Aisyah pula masih lagi dengan riak wajah pandang orang semuanya pelik pada mata dia.


On the way nak keluar dari dewan tu, bebudak ni nampak ais krim yang sememangnya ada disediakan oleh keluarga pengantin. Ikutkan Papa dia, memang tak dapatlah.

Lagipun bebudak ni belum sepenuhnya baik dari batuk. Tapi Mama diorang pula yang kata, 'Kesianlah. Layankan ajelah" (^_^)

Masa makan ais krim pun Aisyah masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu senyum.


Kami singgah sekejab di Taman Tasik Shah Alam. Tapi disebabkan hujan sejak dari awal pagi, maka banyak permainan di situ yang tak boleh main disebabkan basah.

Padang juga digenangi air lopak yang buat mata rasa seram aje kalau dibuatnya Aisyah atau Afif main. Kalau dekat rumah tak apa lagi! Boleh terus mandi.

Ni nak masuk kereta dengan keadaan camtu, memang kena duduk atas bumbunglah diorang jawabnya! Afif bila YY kata gitu, dia gelak sikit punya besar.

Mesti dia membayangkan macamana keadaan dia bila kena duduk atas bumbung kereta (^_^)


Dekat sini nampaklah Aisyah ceria sikit. Tapi kami pun tak lama sebab tak berapa selesa nak bagi bebudak main dalam keadaan gitu.

Lagipun cuaca menunjukkan seolah mahu hujan semula.


Kami ke rumah parent YY selepas tu, menghabiskan saki baki petang di sana. Afif dan Aisyah aje yang masih terus berjalan mengikut Mak Ngah dan Acu diorang.

YY pula layan DVD cerita Underworld dengan Mak dan Abah. Encik suami pula pergi "belayar" mungkin kerana kepenatan (^_^)

Itu ajelah bebelan YY untuk hari ni. Moga berjumpa lagi di lain entry. Assalamualaikum (^_^)

52 comments:

  1. terus teringin nak mkn nasi kenduri..aisyah makan aiskrim sampai hidung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dah dekat cuti sekolah ni,
      mesti banyak jemputan nanti
      aritu dak aisyah cam blur sikit =)

      Delete
  2. Seronoknya bila pergi kenduri kawen tapi boleh makan dengan selesa macam tu. Tu sebab akak suka pergi awal kalau jemputan kahwin nie. Kita tak kelam kabut...hehehehe. Cantik pengantinnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa dia tak jemput ramai orang sebab dewan tu pun tak besar mana
      time saya datang tu sebenarnya adalah waktu puncak
      biasa orang hanya akan datang bila pengantin bersanding
      maklumlah, nak tengok pengantin! hehe

      Delete
  3. Nape si comel tu YY...baru bangun tidur ke apa.... dahlah pakai baju cantik buat buat blur pulak hihi...
    Pergi kenduri kawen pun best jugak......dapat makan nasi briyani hihi...Walaupun sekarang ni Nasi Briyani sekarang ni senang nak dapat tapi nasi briyani kat rumah org kawen kadang tu sedap lain macam haha berkat kot yek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa dia nak tidur, time tu hujan sepanjang hari
      masa kitorang sampai tu pun biasanya adalah waktu dia tidur
      time balik, dalam kereta dia tidur =)
      katering tu punya makanan memang sedaplah OKje
      afif memang beria makan, jarang tau nampak dia makan camtu =)

      Delete
  4. ye laa yana, tgk afif mkn mcm sedap bebeno...ishh dah lame lieya tak pekena nasi kenduri kawin ineh...lieya pun suke nasi kenduri kawin...kalo kene ngan tekak mmg bertambah gak hahaahahah...wat muke tebal jek pi amik pinggan n tambah nasi lagi heheheehehe....dah le semua jenis buffet skrang kan, kalo berhidang tak le segan nak menambah hihihihi....

    cantik mempelai.... moga cepat2 bertige plak...tu laa yana, ade hikmah xdpt gi melaka...dpt jumpe kawan lama...moga korang terus keep in touch n tak tak putus hubungan...in sha Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. afif ni jenis susah nak makan tau lieya
      tapi kalau nampak dia tiba-tiba nak makan tu, memang rasa seronok
      saya biasa layankan aje kalau dia nak tambah walau muka rasa tebal...hehe

      tulah lieya, tak ke melaka, boleh jumpa pula kawan lama =)
      insya ALLAH =)

      Delete
  5. Lain yg dirancang lain jadinya.
    Tapi ok juga perjalanan tak dirancang membawa kebahagiaan
    Org yg menjemput gembira, yg dijemput gembira sama
    Moga ukhuwah terjalin berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kita rancang kak, ALLAH tentukan
      betullah tu sebab memang tak plan ke majlis dia
      insya ALLAH kan, harap begitulah

      Delete
  6. Aisyah makan aiskrim ke cium aiskrim tu..hahahah...

    ReplyDelete
  7. Lecaknya taman permainan...
    Sedapnya dia makan aiskrim

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujan lebat sepanjang hari tu cikgu
      hehe...sape tak suka makan aiskrim ye dak?

      Delete
  8. Oh, tak jadi pergi Melaka rupanya ya! Nasib baik ada undangan perkahwinan. Adalah juga aktiviti luar rumah, ya tak? Napa si Aisyah langsung tak senyum? Bukan pertama kalikan dia senyum pada alien-alien semua....

    Si Afif pulak mesti dah membayangkan keadaan dia yang dah macam Ultraman kalau kena duduk atas bumbung kereta. Itu yang gelak besar agaknya. Saya pun gelak bila membayangkannya. Hihihi...

    Cantik kawan pengantin YY ni. Jenis tak duduk diam, jadi pengantin pun begitulah kekdahnyakan *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jadi! hujan lebat aritu
      betul jugalah sebab kalau idak memang duduk rumah sepanjang ari jawabnya =)
      dia mengantuk saya rasa, tu yang dia tak ada mood

      hehe...saya rasalah MD
      sebab bila saya kata duduk atas bumbung keta, besar gelak dia =)

      pengantin semua cantik, maklumlah raja sehari =)
      hehe...excited MD, excited =)

      Delete
  9. seronok ni dapat menghadiri kenduri kawin kawan lama..

    oh tak jadi pergi melaka ye,tp takpe ada juga aktiviti gantian kan, akak weekend lepas duduk rumha je dengan anak..

    oh singgah tasik shah alam,dulu selalu gak akak bawa anak2 ke situ sekarang ni setiap petang hujan,jadi tak kemana2 pun duduk rumah tengok tv je la..anak2 pun boring dibuatnya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, saya memang plan nak ke majlis dia kak
      suami pula ajak ke melaka sebab tu saya kata bagitau kawan tak jadi pergi
      tapi nak jadikan cite tak jadi ke melaka, tu yang ke majlis dia =)

      yeke? saya sekali sekala juga ke sini sebab situ selalu pack
      orang seawal 3 petang dah penuh
      kalau lewat lagi memang tak ada tempat nak parking =)

      Delete
  10. tahniah buat kawan YY tu..
    aisyah makan eskrem sampai cecah hidung..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap dia baca komen mar ni =)
      dia mengantuk tu mar, sampai hidung pun makan aiskrim =)

      Delete
  11. Apa kena anak dara sorg tu. Hehehe..wah,takpelah..xke melaka pun boleh juga ke mjlis khwin kawan. Cantik mempelainya,padan gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengantuk agaknya kak =)
      tulah kan, kita merancang, ALLAH tentukan =)
      hehe...moga dia baca komen akak ni =)

      Delete
  12. Comelnya dia..ada eskrim kat idung. :D

    ReplyDelete
  13. mesti ada sbb aisyah moody tu ... x pulak dia nak bercerita ya . oklah tu dia x buat perangai kat tpt org . sedap jer mkn ais krim sapai ke hidung ... heh heh . saya hujung minggu hadap lappy jer .

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia mengantuk gamaknyer sebab lepas tu dia tidur
      aisyah biasanya tak buat perangai,
      senang sikit jaga dia sebenarnya
      hehe...mengantuk sangat tu gamaknya

      Delete
  14. Semoga pengantin terus berbahagia selalu...
    Mesti seronok tgk Afif makan bertambah... Aunty jeles kat Afifi tau, dah lama aunty tak makan nasi kenduri.... huhuhu
    Comel jer Aisyah dengan muka blur macam tu...
    Yeay, dapat juga makan aiskrim... Hidung pun merasa ais krim jugak yer aisyah? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn...itulah yang diharapkan =)
      mesti seronok mama dia yang tengok sebab susah nak nampak
      afif makan bertambah. afif jenis susah makan
      hehe...kesian dia, kat sini lagilah musim cuti sekolah
      selalu sangat ada jemputan, tal tahu dapat penuhi ke idak =)

      hehe...dia mengantuk gamaknya
      tu yang buat muka blur gitu sampai hidung pun makan aiskrim =)

      Delete
  15. Lamanya tak makan nasi kenduri.
    Aisyah blur sampai ke akhirnya. Ok la daripada dia merengek jer. Gud girl Aisyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni kerap juga dapat jemputan
      tulah, tapi kat taman tu dia dah mula ketawa
      kebiasaannya dia memang tak merengek =)

      Delete
  16. Tahniah buat pasangan pengantin.. semoga berbahagia hingga ke syurga... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  17. cantiknye sang perantin nie... :)

    ReplyDelete
  18. Selamat pengantin baru buat mereka. Dah lama tak makan nasi minyak ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah saya baru aje dapat makan =)

      Delete
  19. amboi si kecik tu makan asicrem ke sampai kena hidung hihi... skang musim hujan... nak kemana2 pun fikir byk kalikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sedap sangat gamaknya
      betullah KM, memang tak selesa nak ke mana-mana
      dalam keadaan cuaca tak menentu ni

      Delete
  20. berjumpa balik sahabat lama. mesti seronokkan..
    cantik kaler baju pengantin tu..
    alahai..cutenya aisyah makan eskrem.. smpi ke hidung tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok! cuma tak ada peluang nak bercerita panjang
      lagipun raja sehari kan, jadi tumpuan orang ajelah
      dapat sekejab borak, jadilah!

      hehe...sedap sangat agaknya sampai hidung pun kena =)

      Delete
  21. Mesti masa tengok kawan tu, YY akan terkenang... 'Slimnya...aku dulu pun macam tu jugak'... Jeleslah tu...haha!
    Semoga kawan YY berbahagia menempuh alam rumahtangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...idaklah BM
      saya dulu chubby juga, idaklah slim gitu
      cuba ada jugalah terasa cam nak jadi pengantin lagi...hehe
      aminnnn =)

      Delete
  22. Cantik kalau pengantin Berpakaian muslimah secara proper. Ada nasi beriani..mmg menarik. Fevret saya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betullah tu
      suka ye? tapi aritu punya katering memang sedap

      Delete
  23. Lah.. kenapa Aisy macam takde mood je.. Nasib baik dia tak mudah meragam kan kak yana.. saya kalau bawak anak buah memang tak dapat nak lama. Anak buah saya macam tak suka berada di tengah2 orang ramai ni. Mulalah menangis, sendu tak berlagu.. Dia tak blur tapi menangis je.. Haihhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisyah bukan kategori mudah meragam
      cuma aritu akak rasa dia mengantuk
      tu yang blur semacam...hehe

      Delete
  24. Tahniah kepaa pengantin semiga dapat membina sebuah keluarga bahagia ye amin

    huhuuh..bila turn sis JM lak nih

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...